Wednesday, January 12, 2011

Dah la menganggur, macam-macam pulak yang kau nak yerr.


hooooyesss Obama wants you to be his new slave!!


apa tak percaye??


hooo percaye lah yang sememangnya sayer hanye menipu..ehehe..sayer hanye meminjam gambar beliau sahaje, tak de kena mengena pon ngan nak menjadi hamba abdi beliau. Obama, gua pinjam je gambar lu okeh? jangan lu pikir gua tangkap syok kat lu pulak eh...jangan perasaan yer.


sebetolnya aku tengah nak survey satu benda ni. boleh dikatakan agak berilmiah la jugak benda tersebut. aku rasa kalau aku dapat benda tu maka itu lah benda kedua terilmiah yang aku pernah ada selepas Laptop aku.
*walaupon aku guna laptop untuk surf tenet main benda-benda lagha je memanjang, tapi time nak setel assignment aku guna gak khidmat beliau..kira berilmiah la tu..surf tenet cari bahan, pastu copy-paste kat assignment*


so berbalik kepada benda yang aku nak cari tu ann..aku rasa korang pon tau kot kalau aku kata aku nak beli kamus lektronik. apa lagi kamus lektronik yang cantik menarik kau memang tembam yang ada kat pasaran kalau bukan Kamus Besss...taaaa. ala product yang amek Dr Fazley jadi duta tu la....sebut sekali lagi Bessss...taaaa.



salah satu dari model yang ada..eh maksud aku model kamus la..Dr Fazley tu duta jepp


eh..ini siriyus okeh. aku rasa benda ni agak tidak membazir kalau dibeli..sementelah orang yang bakal mengeluarkan duet untuk membeli barangan tersebut bukan aku, maka secara confirmnya aku rasa memang tak membazir langsung.


sekarang ni aku tengah berkira-kira nak grab Kamus Besss...taaa MD800 sebab, kalau kita beli model ni tambah lagi singgit je dah boleh dapat satu lagi Kamus Besss...taa MD231. yang MD231 tu boleh la bagi kat adik aku..aku pulak mesti la nak yang MD800..sebab dia multifuction weh, siap ada mp3,mp4,mpv,  games, boley record-record suara *ini sangat berguna yerr, time karox boley ah rekord suare ai yang lemak berkerim disukai ramai tuh, haktuiihhh* pastu ann...benda alah ni, siap boleh touch-touch sekerin lagi..hebat tak, hebat tak? *sila guna intonasi Eric Leong untuk hebat tak, hebat tak tu*.


bak kata petikan dari laman web Besss..taaa :


"Kini menelaah pelajaran serta berhibur bukan lagi satu masalah dengan MD800 "


aku nampak perkataan berhibur jepp, pelajaran tu..hummm nampak la jugak...kot. he he he



nampak tak, nampak tak? Besss...taa tengah buat promotion tambah singgit boleh dapat dua Besss..taaa


kan kan..untung kan..ha tu la ai dah cakap benda ni sangat berilmiah. zaman teknologi la kata kan. secara personal *mula menggunakan bahasa baku* aku rasa Bess...taaa ni sangat-sangat worth la kalau beli. ye la  size dia compact letak dalam poket baju kurung pon bollleyy. aku dah stalk semua function dia. benda ni bukan berfungsi sebagai kamus semata-mata tau, kalau kau nak belajar bahasa pon bolleyy. ada macam-macam bahasa kat situ. just tekan-tekan je apa bahasa kau nak, nanti dia keluar semua bahasa. oh bestnya nanti boleh la belajar bahasa korea..boleh la cakap kat Jang Hyuk ai lebiu..ehehehe.


kau nak tau satu benda tak?


ehehehe sebenarnya adik aku yang nak beli kamus ni. tapi saje aku yang over kan..nak jugak benda ni. kot-kot la aku further study pasni..kan ke boleh guna. tak yah nak pinjam-pinjam kat adik aku dah...hehehehe.


sumber : laman web BESTA

okeh babai!


NotaKaki : aku rasa macam tangkap best pulak kalau berimigrasi ke Terengganu..agak-agak ann ada tak yang nak tempeleng aku laju-laju kalau aku cakap macam ni? hohoho.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

1 comment:

Liquid said...

macam besss jek kamus neh eheh