Monday, January 10, 2011

Ke perkampungan yang sumpah kampung semata-mata nak main sampan..eh silap nak attend majlis akad nikah.

assalamualaikum!


sebenarnya ni story pasal semalam. semalam kan satu hari kot aku tak de kat rumah celik jerr bijik mata terus mandi bersiap sedia sebab nak pegy attend majlis akad nikah sedara (mother's side). si pengantin tu lelaki..err tak tau nk adress him as what, tapi aku rasa aku patot panggil dia pakcik kot sebab dia tu cousin kepada mak aku.. heh betol la kot..ah gasak la pape je la..bukan masalah negara pon kan.


dipahamkan tempat yang kitorang nak pegi ni jauh giler babeng. masuk kampung somewhere in Kedah..so awal-awal pagi dah kena gerak la. pagi tu tak la pagi sangat, dalam pukul 9 macam tu jugak la baru kitorang gerak secara berkonvoi.


okeh ini adalah satu fakta. bila orang cakap jauh..makanya tempat tersebut memang jauh ok. aku sempat sambung tido duatigakali jugak ah dalam keta. tiap kali bangun, tak sampai-sampai lagi sampai perut aku pon dah main lagu Ana Rafali dah. nak merungut tak berani..simpan je la dalam hati..tapi terpikir ugak..apekejadahnya la jauh betol tempat ni..lenguh punggung aku ni dah ha.


masa tengah dalam keta tu adik aku sempat ah bising-bising cakap tempat ni ada satu tasik yang besar so dia pesan kat aku jangan tido sebab nak tunjuk tasik ni (dia dah penah sampai tempat ni dulu, aku ja yang ketinggalan). so aku pon cuba la berjaga nak tengok tasik tu. sumpah memang besar weh. dah la dalam pedalaman kampung. aku yang macam jarang-jarang nak tengok ni dah macam jakun kot. mata tak berkelip ke kiri ke kanan..terkeujut tengok tasik tu. weh ini tak sama macam yang dekat Empangan Timah Tasoh kat Perlis tu yee..tempat ni lagi awesome..superb..marvellous..semua ada.


cuma satu je yang kurang pasal tempat ni..kampung sangat. dia punya pekan..nauzubillah jauh beribu batu. sempat la jugak kitorang borak-borak ngan penduduk kat situ. dorang cakap tempat ni ada empangan jugak. orang panggil Empangan Pedu. aku macam pernah dengar nama Empangan Pedu tu..humm may be dulu masa form3 time belajar subjek Geografi kot. whatever la. sementara tunggu dorang nak arrange majlis tu, (tetiba je kadi yang nak meng-akad nikah pengantin kena hantar wife dia pegi hospital sebab wife dia sakit, bapak lama aku tunggu) kitorang pegi la lepak kat satu tasik ni..padahal kitorang main redah masuk je, tengok-tengok boleh masuk siap ada warung makan-makan lagi.


aku rasa lama oh kitorang lepak kat situ mau dekat 3jam kot. sempat main-main sampan lagi kat situ. peniaga kat warung tu friendly giler. ye la dia pon pelik la kot, mana ada orang datang dekat tempat tempat macam ni berbaju kurung bagai. yang paling best orang kat warung tu kasi kasi kitorang kail ikan lagi..siap provide umpan kot..tapi biase la ikan tak dapat pon T_____________T.




antara beribu-ribu sampan yang ada..yang ni aku snap.

gaya mau lebih..ikan tak dapat tak pa..baju kurung tuuu naik sampan kot.

sebenarnya banyak lagi gambar..malas ah aku nak letak kat sini. bukan ada apa pon cuma gambar pemandangan tasik jepp..kalau aku guna desler (DSLR) bangga la jugak nak letak, ini setakat digital camera je kot..nanti ah biler dah ader desler kiter letak banyak-banyak kat sini yerr.


habes sesi menangkap ikan, baru la kitaorang pegi ke masjid. sebab akad nikah buat kat situ. kira jenuh jugak ah nak menunggu kan..dari pagi sampai ke petang baru boleh akad nikah..elok ah dah cair semua mekap aku dari pagi..siap dah comot-comot lagi. sebenarnya aku tak expect ada penempatan yang macam ni, kalau aku la..mungkin tak mampu kot nak dok tempat tempat macam ni.. salut ah orang-orang kat sini sebab boleh hidop tanpa Mekdi ngan Coolblog dan err wayang juga. tak dapat dibayangkan kalau aku tercampak kat situ...oh....argghhhh *pengsan*.



aku rasa gambar ni something wrong sumwhere la..ke aku dah nampak macam Yuna..ke bukan?ha ha ha


ok. ini cerita off record. sebenarnya sebelum aku ke tempat sampan-sampan yang banyak tuh (masa ni ada line lagi, dah enter tempat tu terus takde line), aku sempat text Incik Bmw info dia pasal tempat ni. since dari awal lagi dia memang tahu yang aku nak pegi attend majlis tu. ada satu time tu dia cakap "tempat ni ada sejarah dia". tempat ni tu merujuk kepada tasik yang ada kat situ. aku tak tau which one sebab besar sangat dan meliputi kiri dan kanan.


so semalam dia ada call aku and then dia cerita la pasal tempat tu. dia cakap kalau kita perhati betol-betol kat dalam air (salah satu area kat situ la) kita akan nampak macam ada jalan tar. dan sebenarnya kat bawah tasik tu memang ada sekolah ngan jalan dan mungkin jugak ada kampung yang dah ditenggelami air..woahh..scary aku dengar, padahal takde pape pon kan..tapi imaginasi aku ni mengatasi segalanya. mula la aku imagine macam macam..tu yang jadi scary tu. tengah malam jugak dia nak cerita pon.


wallahualam la kan pasal benda ni. Incik Bmw cakap dia pernah nampak jalan dalam air tuh. tapi mungkin betol cerita ni..sebab aku pernah dengar cerita versi yang sama pernah jadi kat Tasik Banding. orang kat situ cakap dekat bawah Tasik Banding memang ada kampung yang tenggelam.


oh...scarryyyyy...


okeh babai.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: