Monday, March 21, 2011

My life as a Teacher!

tak boleh nak poyo lagi ke tajuk tu eh?


boleh...boleh...kang kalau aku letak tajuk yang lagi poyo tahap gaban, ada pulak yang masuk hospital sebab muntah hijau berbaldi-baldi kot.


yapp (bukan Yap Ah Loy ok!) hari ni hari pertama bukak sekolah lepas cuti seminggu. duhh hari pertama, mesti la rasa malas-malas tu berleluasa kot. dan of course la jugak rutin harian dah back to normal balik..pagi ke sekolah, petang di tuition center. dengan rasa yang agak keterpaksaan aku ucapkan gudbye kat hidop yang heaven selama seminggu yang lepas. sobss sobss...


before cuti hari tu aku dah war-war-kan kat Punitha yang aku nak tidoq aja masa cuti ni, sebab aku selalu tak cukup tidoq. and then hari ni nampak-nampak ja muka aku, terus Punitha tanya.."amacam cuti seminggu,puas tido tak?" aiii Punitha ni..dia buat ayat pertanyaan ke ayat penyata? ghasakla..dengan rasa yang megah, aku cakap kat dia..puas sangat-sangat. heaven oohh. rasa nak cuti lagi la. hehehehe


habes assembly (hari ni kan hari Isnin wajib assembly kot) terus aku gerak masuk kelas (ok, hari-hari kelas aku stat masa FIRST period, terbaekk ann?). as expected la budak-budak pon macam dalam mood cuti lagi, so hari ni aku malas la nak pom-pang-pom-pang banyak-banyak, sekadar recall balik topic yang lama pastu buat disscussion dalam kelas.


naseb la hari ni banyak waktu free, sempat la aku prepare untuk nak test students LINUS besok. acctually aku macam blurr sikit hari ni, maklumla dah cuti lama kan..beku pulak otak rasanya, pegang itu tak kena pegang ini tak kena. memang blurr sungguh la.


well, sebenarnya aku agak happy jugak la hari ni sebab dapat feedback yang unexpected dari students. acctually selama aku dok jadi Cikgu math ni, aku terpaksa jadi lebih serius. aku dok rasa mesti bebudak semua meluat kat aku. nak buat macam mana aku ni mana la ada experience nak ajaq math kat budak-budak, kalau bagi subject sains tu boleh la aku handle..ni math..subject mengira kot, subject yang banyak budak-budak meluat kot...aku ni lagi la tension kot, takot benda yang aku ajaq tak deliver kat dorang.


tapi tadi aku dah lega sesangat bila Cikgu Salwana bagitau aku yang bebudak semua suka cara aku ajar kat dorang. boleh tak dorang cakap kat cikgu Salwana yang dorang dah mula minat subject math since aku mengajar kat situ..lepas ni bila aku dah tak da, mesti dorang akan benci math balik sebab cikgu yang sepatotnya ajar math tu garang. perghh...aku pelik betol aaa bebudak ni. selama ni yang aku dok menjerit-jerit, menengking-nengking sampai bergegar bangunan tu, tak cukup garang ke? ke dorang nak aku bertukar jadi Incredible Hulk dulu baru dorang nak kata aku ni garang?






pemandangan sekolah dari tingkat yang paling atas, perasan tak dekat gila kan ngan jalan keretapi.


 lesson plan...acctually nak tunjuk pencil box aku tu..besar tak..macam-macam aku sumbat dalam tu.


ok, ni bukan subjek math..tapi subjek PS..acctually aku jadi cikgu PS jugak


 kad ucapan hari jadi.


 dalaman kad tersebut....siap ada simbol heart giteww auww


bila suruh buat lukisan bukan main semangat lagi..


oh yaa, lupa pulak. application untuk further study dah selamat di hantar secara online. lepas ni acara menghantar dokumen-dokumen la pulak. aku dah bagitau pihak sekolah, feedback dorang sangat la positif. insyaALLAH ada rezeki dorang panggil la aku untuk interview course BIO (pendidikan). tak sabar nak jadi student balik. doakan aku ya.




ni muka cikgu yang tak bersalah tu.

okeh bai.


NotaKakiErin : memang sah Sejarah fail masa SPM dulu kalau tak kenai Yap Ah Loy tu sapa.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, March 20, 2011

Saya milik dia, dia milik saya. muktamad. ada bantahan?

duatigahari ni hati rasa macam kembang setaman pulak. al-maklum la sejak-sejak dapat kekasih hati ni, rasa macam bahagia sesangat...hahaha werkkk nak muntah!


okok malas nak cakap banyak. hari ni aku dah decide nak bagi nama kat kekasih hati aku yang terrrrbaaaaruuuu. apa namanya? jap tengok gambar dulu yerr..




 tengok tu..body dia..buleh buat wanita cair kot..ehehehe



mantap ann body dia..kaler merah lak tu, walaupon huduh aku tetap chenta padamu kekasih!



 merpati dua sejoli yang baru meng-official-kan relationship mereka...duhh


ok...jangan nak macam-macam sangat la..macam ni pon ok kan??




Aaron. sedap tak nama ni? aku kasi nama ni kat dia bukan sebab aku minat kat Aaron Aziz ke, Aaron Kwok ke..tapi sebab nama Aaron ni macam serasi je. tak paham? ok cuba korang pronounce perkataan Aaron tu...ada iras-iras nak bunyi macam nama Erin kan? so dats why la I choose this name for him..hopefully Aaron suka nama dia ni.


ok la Aaron, saya harap kita akan kekal bersama.lebiu muah muah Aaron!



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, March 19, 2011

Sapa kata jadi anak sulung tak best??

asalammualikum dan selamat sejahtera semua..aiseh tetiba lak hari ni jadi 'baik' sikit bagi salam dulu..ni yang buat rasa macam nak pakai baju kurung ni..bajet ayu..heheh


okok..ni adalah entry respon aku pasal hal yang berkaitan "Anak Sulung". acctually semalam lepas SZ buat statement nak resign jadi anak sulung, Cik GKSB bagi keterangan balas yang dia happy jadi anak sulung sebab ada power, Nora pulak at first macam tak best jadi anak sulung, tapi sekarang dia dah adapt. Ranger Muslimah pulak rasa tak happy sebab dapat adik sebelas tahun yang lalu..dan sekarang giliran aku pulak nak bercerita.


may be, cerita aku tak sama ngan dorang semua, adat la tu setiap orang kesah hidop dia tak sama kan..well aku memang dilahirkan sebagai anak sulung dalam family. yang membezakan aku dengan SZ, Cik GKSB, Nora, Ranger Muslimah..ialah aku hanya mempunyai seorang saja adik. kalau nak diikutkan dorang yang aku mention nama tadi, ada adik beradik yang ramai.


ok, proceed story.


jarak umur antara aku ngan adik sangat la jauh..8tahun kot. boleh tak, masa aku umur 8tahun baru aku dapat adik. time tu perasaan sangat la tak best. ye ah..aku dah sedap-sedap jadik anak tunggal tuptup nak dapat adik, rasa tercabar kot. penah aku bagitau Abah,  yang nanti bila adik aku dah lahir aku tanak kongsi satu bijik mainan pon dengan dia..dalam erti kata yang lain..semua barang-barang aku, jangan berani-berani dia nak sentuh, kalau dia sentuh jugak aku nak karate tangan dia. Abah aku cool je, dia just cakap "ada adik la best, boleh buat kawan. takan nak dok sorang-sorang ja kot kat rumah? nak kawan ngan dinding ka?". sebijik-sebijik aku ingat apa yang Abah aku penah kata 15tahun yang lepas.


06/02/1996...perasan tercabar yang aku rasa sebelum ni dah bertukar menjadi sayang. kali pertama dan kali terakhir aku dapat adik hari tu..memang eksaited tahap cipan la. dulu masa aku kecik aku pernah terpikiaq yang aku tak kan boleh kawan ngan adik aku sbb aku tak suka dia..tapi sekarang alhamdulillah dah 15tahun hidop bersama sikit pon tak dak aku nak berdengki atau rasa tercabar ngan kehadiran dia.


Mak ngan Abah pon tak pernah nak bebankan aku dengan tanggungjawab sebagai anak sulung. tapi dah kalau namanya anak, sikit sebanyak mesti la ada rasa tanggungjawab tu kan. serius cakap, walaupon aku tak terbeban ngan adik aku tapi aku nak sangat amek alih tugas parents aku untuk tanggung dia nanti (time aku dah keja la..hehehe).


acctually itu je la kot pengalaman aku sebagai anak sulung. tak banyak sangat yang aku boleh kongsi. sangat bersyukur la walaupon family aku sikit tapi aku tak pernah rasa kekurangan. itu kelebihan sebenarnya jadi anak sulung dalam family aku.


ada satu benda yang aku perasan perbezaan anak sulung ngan anak bongsu..orang kata anak sulung ni lebih mature permikirannya...yess aku sangat-sangat la bersetuju. anak bongsu pulak..lambat sikit nak matang, sebab manja..eh betol ke? well bagi aku benda ni depends jugak. macam aku perempuan, dilahirkan sebagai anak sulung..of course aku lebih matang. adik aku pulak lelaki..anak bongsu..agak kureengg matang sikit la aku tengok dia. tapi ada jepp member-member aku yang lain walaupon dilahirkan sebagai anak bongsu pemikiran dorang jauh lebih matang....tak gitu?


apa-apa pon selama aku hidop kat atas bumi ni, tak pernah sekali pon aku rasa menyesal dilahirkan sebagai anak sulung. walaupon aku tak pernah dapat chance untuk kata "aku kan kakak" kat adik aku, aku tetap sayang dia. walaupon aku sebenarnya terigin sangat nak kata macam tu...bila agaknya aku boleh kata macam tu ntah..baru la nampak ke-power-an aku sebagai anak sulung...muehehe..



the one and only..adik aku



this picure aku curik lam lappy dia, I'm dead if my adik finds out benda ni..sorry eh Abang Chik,akak curi gambar tak bagitau..hohoho



we look macam perfect together kan..macam penuh kasih sayang..tapi kadang-kadang gadoh jugak..I mean gadoh sekejap-sekejap la..ala macam peribahasa moden tu.."carik-carik bulu tangkis, lama-lama jadi shuttlecock".



walaupon sikit tapi dorang la soul aku selama ni. banyak bagi support. Mak, Abah and Abang Chik family members yang sangat perfect bagi aku. they are everything to me.



okeh la..dah habes bergebang..next sapa pulak nak buat kesah anak sulung ni? jangan lupa tinggalkan link yerr, aku nak terjah belog korang nanti..bye!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, March 18, 2011

Tolong lah..kenapa cepat sangat ni?

26/04/2011
kalau tak salah aku, tarikhnya lagi sebulan lebih..tapi apesal cepat sangat dapat ni? oh tak percaya!!!




okok..hari ni aku dapat advance birthday gift dari emak yang terchennta. sumpah terkejut kot tetiba ja dapat hadiah. tak boleh belah ann..dah nama pon advance birthday gift..so harus la kena dapat awai-awai. tak gitu kengkawan?


hee...benda ni dah lama kot aku mengidam. acctually nak kata mahal tu tak da la mahal sangat kan, sampai aku tak mampu nak beli sendiri tapi..dah orang nak kasi, bedal aje la. since dah dapat benda alah ni dari petang tadi..bukan aku yang dok belek sangat pon, tapi adik aku pulak yang sebok dok buat macam harta dia sendiri..ciss..takpe-takpe..sabar Erin sabar...adik-beradik kena la bertolak ansur...dush2.


mai nak tunjuk sikit benda apa la yang mak aku bagi kan..JENG-JENG.....




yess..saya dapat dia, si solid yang berwarna merah..awuuumm



zoom sikit.muehehe



ok ni body dia..mak aku kata pelik..tapi who cares..kat mata aku dia tetap cantik.



dah tua-tua macam ni baru nak dapat hadiah gitar kan..dulu time muda-mudi tanak pulak mak aku kasi hadiah macam ni. serius aku minat sangat tengok orang main gitar. teringin jugak nak petik gitar time tu tapi ilmu kureng la pulak. nak masuk kelas muzik masa tu tak sempat sebab terkejar-kejar dengan study. sekarang ni dah free sikit maybe sempat la nak belajar pon.


aku ingat lagi tahun lepas masa pegi kenuri abang sepupu aku kat Negeri Sembilan, masa tu hari sanding dia kat sana. boleh tak, dia buat live performance main gitar sambil nyanyi-nyanyi kat isteri dia...pehh aku rasa macam dengki pon ada..apesal la dia romantik sangat dan pandai main gitar? lepas dari hari tu semangat teringin nak petik gitar tu melonjak la jugak..tapi macam tu la..selalu tak berkesempatan nak belajar. lagipon time tu aku tak dak gitar lagi.


sekarang dah ada gitar seniri..yess totally mine! boleh la memetik sepuas-puasnya..tapi sebelum tu kena la mendaftarkan diri kat kelas muzik dulu..belajar basic..hehehe..bunyik macam gempak je kan, tapi sepatah haram pon aku tak reti bab-bab nak goreng gitar ni.


Najwa Latif. mesti korang kenal kan budak ni. memang membakar semangat la dia. she's only 16teen kot tapi dah terer compose lagu sendiri. her song yang tajuknya 'Carta Hati' tu memang sedap woohh..haha aku kuat skodeng budak ni jugak..sebab dia sangat-sangat talented dan ada tone suara yang best.


so hopefully lepas ni bila aku dah register kelas, boleh la aku goreng gitar semahu-mahunya hehehe..aku nak main gitar ni pon just for fun aje..takda la aku main sebab dengki ngan Abang sepupu aku ke, dengki ngan Najwa Latif ke..tak da masa ah..tapi ann..harap-harapnya masa wedding aku splohtahun nanti boleh la aku perform kat future husband aku..biar meleleh air liur dia tengok aku petik gitar..baru dia tahu sapa Erin Azizan!


okeh bai!


NotaKakiErin : tajuk memang tak dak kena mengenag ngan topik. sila abaikan.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Cukup berhemah tak?

ok, tengok tajuk macam ilmiah je kan..tapi jangan salah paham yerr, tak reti ah aku nak discuss bab-bab ilmiah ni. tapi rasa macam nak share sumthing jugak. it's about kereta, moto,jalan, dan pemandu.


well, jangan tanya aku pasal kereta because satu hapak pon pasal kereta aku tak tau, yang aku tau amek kunci, start engine..pecut je la..macam tu jugak ngan moto pon..amek kunci, ready kaki yang kuat untuk menendang 'engko' (macam ni ke eja dia entah?) and then pecut la sesuka hati. ok sila abaikan statement tak dak kena mengena ngan tajuk. acctually aku nak cerita pasal pemandu kat Malaysia ni. Malaysia ni kan besar, jadi aku kecikkan skop aku cerita pasal pemandu di Penang je la yeh.


ceritanya macam ni, last week before cuti sekolah hari tuh, ada la member ni tumpang kereta aku sebab dia nak balik kampung (she's from Perak acctually). dia suruh aku drop kan dia kat Jetty (Penang Sentral, heh kau ade??), well aku tak kesah pon since sekolah ngan Jetty tu tak la jauh mana. masa on the way nak pergi Jetty tu, member ni boleh lak sound direct kat aku, dia cakap pemandu dekat sini ni teruk la. bawak kereta laju-laju, and langsung tak bagi chance kat orang lain.


well apa yang dia cakap tu, betul sebenarnya. tau tak masa on the way nak ke Jetty tu jugak, ada bus (bus apa yang popular kat Penang sekarang? haaa bus tu la) kemain laju ni potong kereta aku. kalau dia potong laju ngan cara yang berhemah tak pa la jugak..ini tak, dah la laju..sipi-sipi je nak bedal kereta aku..nauzubillah, mengucap kot aku. cisss bedebah betol la..mentang-mentang la body dia besar, dia ingat boleh ah nak buat sesuka hati?? geram weh..


disebabkan mulut member aku tu jugak la, buat aku rasa macam malu. ye la dia datang dari negeri lain, bila tengok keadaan negeri aku..lepas tu bagi pulak bad impression mesti la aku rasa malu kan. satu benda lagi, lepas dia cakap macam tu baru aku realized, yang aku ni pon 2 kali 5 la jugak ngan pemandu bus tadi tu. memandu dengan cara tak berhemah. yess..i admit it. aku memang suka bawak keta/moto lelaju. nak-nak pulak bila ada kat atas highway..lagi la aku jadi lupa daratan. kalau boleh selagi meter tu tak tercabut, selagi tu la aku nak pecut....


satu lagi masalah aku..dulu kalau drive kereta, seat belt tu memang tak pernahnya nak pakai. nasib baik la sekarang ni dah banyak polis peronda kat Butterworth ni, kalau tak sampai sekrang la gamaknya aku tak reti-reti nak pakai seat belt lagi. itu tak pe lagi..yang lagi haru aku pernah buat, masa study kat Perlis dulu. pehh time tu jadik minah rempit sejati kot. naik moto, pakai helmet..tapi selalu tak ikat tali helmet tu. means that aku biar je terjurai kat bawah..sampai la ada satu tragedi kat atas highway Arau-Kuala Perlis, helmet yang aku pakai tu tercabut sebab aku tak ikat tali helmet. helmet tu pulak..terguling-guling masuk dalam tali air. mujur ah time tu aku jadi pembonceng jer..cuba kalau aku yang jadi pemandu, mawu benggak apa kepala orang belakang aku..hehehe.


since that day jugak la, aku dah belajar ikat tali helmet before nak naik moto. acctually aku reti nak ikat tali helmet,tapi selalu lupa nak ikat..agaknya aku ada amnesia kot? lepas dari hari tu jugak..everytime nak naik moto mesti Dinie akan ingatkan aku suruh ikat tali helmet. okok..kalau nak tau, masa helmet aku jatuh dalam tali air tu, Dinie la yang tolong amekkan balik. bapak payah gila nak amek..muka dia time tu memang tak boleh belah ah..macam nak makan orang kot. aku cakap tak payah amek, tapi dia nak amek jugak. so dengan bersusah payah la dia turun pegi amek helmet aku dalam tali air tu.sumpah sampai bila-bila pon aku takan lupa tragedi tu ahaha..tragedi di tengah highway!



[Picture] : stylo tu..pakai helmet macam ni.



[Picture] : ini betol-betol berhemah nih.


back to our main topic. kalau boleh, of course la aku nak jadi pemandu yang berhemah. in fact sekarang pon masih cuba-cuba nak jadi yang berhemah jugak dengan mem-follow segala jenis rules pemanduan..tapi taktau la kot esok lusa aku start balik habit lama aku, bukan kah "rules are made to be broken?" ehehe..


okeh bai!


NotaKakiErin : aku ada baca entry Cik GKSB tadi pasal kemalangan kereta TTM dia..perghh dasat kot kalau nak baca boleh kelik link ni : http://nurrcahaya.blogspot.com/2011/03/kemalangandatang-tanpa-diundang.html
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

First BHS Bloglist.

just nak info yang aku join BHS punya bloglist, since owner dah buat announcement kat fb tadi.


mai kita usha sikit belog BHS ni yerk.




okok..aku orang yang ke-85 jadi follower BHS, syuhh diam-diam suda eh? BHS tu short form untuk Bicara Hati Semalam kan? heheh acctually aku main agak je la..betol la kot ye.


since aku pon baru je jadi follower BHS, so tak banyak sangat la yang boleh aku review pasal belog ni. tapi one thing for sure, aku suka masuk belog dia sebab tak payah nak tunggu lama-lama..which means belog ni tak berat dan tak da la serabut dengan segala mak nenek wideget yang menyemakkan mata. satu lagi yang buat aku suka pasal belog ni..of course la dia punya banckground, kaler biru..sama macam aku punya background belog.


tanak bebel panjang-panjang dah, those yang rasa teringin nak di masukkan ke dalam belog list BHS boleh kelik kat link bawah ni. if not mistaken korang boleh join benda ni dari sekarang, sampai ke 1 tengah hari esok kot...well Cik Owner BHS, sila betolkan maklumat saya ye, kalau saya tersalah bagi info kat readers.


sapa yang nak join, here's the link :




okeh, that's all for now, bye!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, March 17, 2011

Tak semua yang kita pilih, adalah pilihan yang tepat.


dalam hidop, takan sempurna rasanya kalau kita tak pernah menghadapi situasi untuk memilih. dan untuk membuat pilihan yang tepat banyak perkara yang perlu kita pertimbangkan. dari sekecil-kecil perkara sampai la ke sebesar-besar perkara..semuanya perlu di berikan pertimbangan yang khusus.


eh, kejap,kejap...apa kejadahnya la ayat aku dah macam budak buat esei SPM ni..duhh skema semacam la pulak.


lurus ke titik je la. aku dah pilih BIO. cuma tinggal nak key in je lagi. lepas tu yang lain-lain pon aku bedal amek course sains jugak. yayy selamat kembali menjadi budak nerd di masa depan. masalahnya nerd ke? hahaha..whatever je la.


hope this is the best for me. aku tak berani nak cakap lebih-lebih..tawakal dan beserah je la lepas ni kalau aku tercampak kat benua yang lain daripada orang lain.....


thats all for now.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA