Saturday, March 19, 2011

Sapa kata jadi anak sulung tak best??

asalammualikum dan selamat sejahtera semua..aiseh tetiba lak hari ni jadi 'baik' sikit bagi salam dulu..ni yang buat rasa macam nak pakai baju kurung ni..bajet ayu..heheh


okok..ni adalah entry respon aku pasal hal yang berkaitan "Anak Sulung". acctually semalam lepas SZ buat statement nak resign jadi anak sulung, Cik GKSB bagi keterangan balas yang dia happy jadi anak sulung sebab ada power, Nora pulak at first macam tak best jadi anak sulung, tapi sekarang dia dah adapt. Ranger Muslimah pulak rasa tak happy sebab dapat adik sebelas tahun yang lalu..dan sekarang giliran aku pulak nak bercerita.


may be, cerita aku tak sama ngan dorang semua, adat la tu setiap orang kesah hidop dia tak sama kan..well aku memang dilahirkan sebagai anak sulung dalam family. yang membezakan aku dengan SZ, Cik GKSB, Nora, Ranger Muslimah..ialah aku hanya mempunyai seorang saja adik. kalau nak diikutkan dorang yang aku mention nama tadi, ada adik beradik yang ramai.


ok, proceed story.


jarak umur antara aku ngan adik sangat la jauh..8tahun kot. boleh tak, masa aku umur 8tahun baru aku dapat adik. time tu perasaan sangat la tak best. ye ah..aku dah sedap-sedap jadik anak tunggal tuptup nak dapat adik, rasa tercabar kot. penah aku bagitau Abah,  yang nanti bila adik aku dah lahir aku tanak kongsi satu bijik mainan pon dengan dia..dalam erti kata yang lain..semua barang-barang aku, jangan berani-berani dia nak sentuh, kalau dia sentuh jugak aku nak karate tangan dia. Abah aku cool je, dia just cakap "ada adik la best, boleh buat kawan. takan nak dok sorang-sorang ja kot kat rumah? nak kawan ngan dinding ka?". sebijik-sebijik aku ingat apa yang Abah aku penah kata 15tahun yang lepas.


06/02/1996...perasan tercabar yang aku rasa sebelum ni dah bertukar menjadi sayang. kali pertama dan kali terakhir aku dapat adik hari tu..memang eksaited tahap cipan la. dulu masa aku kecik aku pernah terpikiaq yang aku tak kan boleh kawan ngan adik aku sbb aku tak suka dia..tapi sekarang alhamdulillah dah 15tahun hidop bersama sikit pon tak dak aku nak berdengki atau rasa tercabar ngan kehadiran dia.


Mak ngan Abah pon tak pernah nak bebankan aku dengan tanggungjawab sebagai anak sulung. tapi dah kalau namanya anak, sikit sebanyak mesti la ada rasa tanggungjawab tu kan. serius cakap, walaupon aku tak terbeban ngan adik aku tapi aku nak sangat amek alih tugas parents aku untuk tanggung dia nanti (time aku dah keja la..hehehe).


acctually itu je la kot pengalaman aku sebagai anak sulung. tak banyak sangat yang aku boleh kongsi. sangat bersyukur la walaupon family aku sikit tapi aku tak pernah rasa kekurangan. itu kelebihan sebenarnya jadi anak sulung dalam family aku.


ada satu benda yang aku perasan perbezaan anak sulung ngan anak bongsu..orang kata anak sulung ni lebih mature permikirannya...yess aku sangat-sangat la bersetuju. anak bongsu pulak..lambat sikit nak matang, sebab manja..eh betol ke? well bagi aku benda ni depends jugak. macam aku perempuan, dilahirkan sebagai anak sulung..of course aku lebih matang. adik aku pulak lelaki..anak bongsu..agak kureengg matang sikit la aku tengok dia. tapi ada jepp member-member aku yang lain walaupon dilahirkan sebagai anak bongsu pemikiran dorang jauh lebih matang....tak gitu?


apa-apa pon selama aku hidop kat atas bumi ni, tak pernah sekali pon aku rasa menyesal dilahirkan sebagai anak sulung. walaupon aku tak pernah dapat chance untuk kata "aku kan kakak" kat adik aku, aku tetap sayang dia. walaupon aku sebenarnya terigin sangat nak kata macam tu...bila agaknya aku boleh kata macam tu ntah..baru la nampak ke-power-an aku sebagai anak sulung...muehehe..



the one and only..adik aku



this picure aku curik lam lappy dia, I'm dead if my adik finds out benda ni..sorry eh Abang Chik,akak curi gambar tak bagitau..hohoho



we look macam perfect together kan..macam penuh kasih sayang..tapi kadang-kadang gadoh jugak..I mean gadoh sekejap-sekejap la..ala macam peribahasa moden tu.."carik-carik bulu tangkis, lama-lama jadi shuttlecock".



walaupon sikit tapi dorang la soul aku selama ni. banyak bagi support. Mak, Abah and Abang Chik family members yang sangat perfect bagi aku. they are everything to me.



okeh la..dah habes bergebang..next sapa pulak nak buat kesah anak sulung ni? jangan lupa tinggalkan link yerr, aku nak terjah belog korang nanti..bye!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

4 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hehehe..comel adik tu..

GK rasa bertuah plak sebab leh tunjuk power kat adik2

kih3..

Nadzli Azlan said...

hai kakak ! :D HAHAHAHA ! ;p

Erin Azizan said...

@GKSB
akak dia tak comel ke? (=

Erin Azizan said...

@nadz
haiii ADIK!!haha