Friday, March 18, 2011

Cukup berhemah tak?

ok, tengok tajuk macam ilmiah je kan..tapi jangan salah paham yerr, tak reti ah aku nak discuss bab-bab ilmiah ni. tapi rasa macam nak share sumthing jugak. it's about kereta, moto,jalan, dan pemandu.


well, jangan tanya aku pasal kereta because satu hapak pon pasal kereta aku tak tau, yang aku tau amek kunci, start engine..pecut je la..macam tu jugak ngan moto pon..amek kunci, ready kaki yang kuat untuk menendang 'engko' (macam ni ke eja dia entah?) and then pecut la sesuka hati. ok sila abaikan statement tak dak kena mengena ngan tajuk. acctually aku nak cerita pasal pemandu kat Malaysia ni. Malaysia ni kan besar, jadi aku kecikkan skop aku cerita pasal pemandu di Penang je la yeh.


ceritanya macam ni, last week before cuti sekolah hari tuh, ada la member ni tumpang kereta aku sebab dia nak balik kampung (she's from Perak acctually). dia suruh aku drop kan dia kat Jetty (Penang Sentral, heh kau ade??), well aku tak kesah pon since sekolah ngan Jetty tu tak la jauh mana. masa on the way nak pergi Jetty tu, member ni boleh lak sound direct kat aku, dia cakap pemandu dekat sini ni teruk la. bawak kereta laju-laju, and langsung tak bagi chance kat orang lain.


well apa yang dia cakap tu, betul sebenarnya. tau tak masa on the way nak ke Jetty tu jugak, ada bus (bus apa yang popular kat Penang sekarang? haaa bus tu la) kemain laju ni potong kereta aku. kalau dia potong laju ngan cara yang berhemah tak pa la jugak..ini tak, dah la laju..sipi-sipi je nak bedal kereta aku..nauzubillah, mengucap kot aku. cisss bedebah betol la..mentang-mentang la body dia besar, dia ingat boleh ah nak buat sesuka hati?? geram weh..


disebabkan mulut member aku tu jugak la, buat aku rasa macam malu. ye la dia datang dari negeri lain, bila tengok keadaan negeri aku..lepas tu bagi pulak bad impression mesti la aku rasa malu kan. satu benda lagi, lepas dia cakap macam tu baru aku realized, yang aku ni pon 2 kali 5 la jugak ngan pemandu bus tadi tu. memandu dengan cara tak berhemah. yess..i admit it. aku memang suka bawak keta/moto lelaju. nak-nak pulak bila ada kat atas highway..lagi la aku jadi lupa daratan. kalau boleh selagi meter tu tak tercabut, selagi tu la aku nak pecut....


satu lagi masalah aku..dulu kalau drive kereta, seat belt tu memang tak pernahnya nak pakai. nasib baik la sekarang ni dah banyak polis peronda kat Butterworth ni, kalau tak sampai sekrang la gamaknya aku tak reti-reti nak pakai seat belt lagi. itu tak pe lagi..yang lagi haru aku pernah buat, masa study kat Perlis dulu. pehh time tu jadik minah rempit sejati kot. naik moto, pakai helmet..tapi selalu tak ikat tali helmet tu. means that aku biar je terjurai kat bawah..sampai la ada satu tragedi kat atas highway Arau-Kuala Perlis, helmet yang aku pakai tu tercabut sebab aku tak ikat tali helmet. helmet tu pulak..terguling-guling masuk dalam tali air. mujur ah time tu aku jadi pembonceng jer..cuba kalau aku yang jadi pemandu, mawu benggak apa kepala orang belakang aku..hehehe.


since that day jugak la, aku dah belajar ikat tali helmet before nak naik moto. acctually aku reti nak ikat tali helmet,tapi selalu lupa nak ikat..agaknya aku ada amnesia kot? lepas dari hari tu jugak..everytime nak naik moto mesti Dinie akan ingatkan aku suruh ikat tali helmet. okok..kalau nak tau, masa helmet aku jatuh dalam tali air tu, Dinie la yang tolong amekkan balik. bapak payah gila nak amek..muka dia time tu memang tak boleh belah ah..macam nak makan orang kot. aku cakap tak payah amek, tapi dia nak amek jugak. so dengan bersusah payah la dia turun pegi amek helmet aku dalam tali air tu.sumpah sampai bila-bila pon aku takan lupa tragedi tu ahaha..tragedi di tengah highway!



[Picture] : stylo tu..pakai helmet macam ni.



[Picture] : ini betol-betol berhemah nih.


back to our main topic. kalau boleh, of course la aku nak jadi pemandu yang berhemah. in fact sekarang pon masih cuba-cuba nak jadi yang berhemah jugak dengan mem-follow segala jenis rules pemanduan..tapi taktau la kot esok lusa aku start balik habit lama aku, bukan kah "rules are made to be broken?" ehehe..


okeh bai!


NotaKakiErin : aku ada baca entry Cik GKSB tadi pasal kemalangan kereta TTM dia..perghh dasat kot kalau nak baca boleh kelik link ni : http://nurrcahaya.blogspot.com/2011/03/kemalangandatang-tanpa-diundang.html
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

4 comments:

meaw said...

cissss,sengal! HAHA

hadiee said...

Minah rempit ya? haha.
rempit2 juga, ingatlah orang tersayang. :D

angah said...

hahahha

hadiee said...

kepuasan sebenaqnya bawak laju-laju. tapi biar kena tempat dan cara. safe drive. :D