Monday, March 21, 2011

My life as a Teacher!

tak boleh nak poyo lagi ke tajuk tu eh?


boleh...boleh...kang kalau aku letak tajuk yang lagi poyo tahap gaban, ada pulak yang masuk hospital sebab muntah hijau berbaldi-baldi kot.


yapp (bukan Yap Ah Loy ok!) hari ni hari pertama bukak sekolah lepas cuti seminggu. duhh hari pertama, mesti la rasa malas-malas tu berleluasa kot. dan of course la jugak rutin harian dah back to normal balik..pagi ke sekolah, petang di tuition center. dengan rasa yang agak keterpaksaan aku ucapkan gudbye kat hidop yang heaven selama seminggu yang lepas. sobss sobss...


before cuti hari tu aku dah war-war-kan kat Punitha yang aku nak tidoq aja masa cuti ni, sebab aku selalu tak cukup tidoq. and then hari ni nampak-nampak ja muka aku, terus Punitha tanya.."amacam cuti seminggu,puas tido tak?" aiii Punitha ni..dia buat ayat pertanyaan ke ayat penyata? ghasakla..dengan rasa yang megah, aku cakap kat dia..puas sangat-sangat. heaven oohh. rasa nak cuti lagi la. hehehehe


habes assembly (hari ni kan hari Isnin wajib assembly kot) terus aku gerak masuk kelas (ok, hari-hari kelas aku stat masa FIRST period, terbaekk ann?). as expected la budak-budak pon macam dalam mood cuti lagi, so hari ni aku malas la nak pom-pang-pom-pang banyak-banyak, sekadar recall balik topic yang lama pastu buat disscussion dalam kelas.


naseb la hari ni banyak waktu free, sempat la aku prepare untuk nak test students LINUS besok. acctually aku macam blurr sikit hari ni, maklumla dah cuti lama kan..beku pulak otak rasanya, pegang itu tak kena pegang ini tak kena. memang blurr sungguh la.


well, sebenarnya aku agak happy jugak la hari ni sebab dapat feedback yang unexpected dari students. acctually selama aku dok jadi Cikgu math ni, aku terpaksa jadi lebih serius. aku dok rasa mesti bebudak semua meluat kat aku. nak buat macam mana aku ni mana la ada experience nak ajaq math kat budak-budak, kalau bagi subject sains tu boleh la aku handle..ni math..subject mengira kot, subject yang banyak budak-budak meluat kot...aku ni lagi la tension kot, takot benda yang aku ajaq tak deliver kat dorang.


tapi tadi aku dah lega sesangat bila Cikgu Salwana bagitau aku yang bebudak semua suka cara aku ajar kat dorang. boleh tak dorang cakap kat cikgu Salwana yang dorang dah mula minat subject math since aku mengajar kat situ..lepas ni bila aku dah tak da, mesti dorang akan benci math balik sebab cikgu yang sepatotnya ajar math tu garang. perghh...aku pelik betol aaa bebudak ni. selama ni yang aku dok menjerit-jerit, menengking-nengking sampai bergegar bangunan tu, tak cukup garang ke? ke dorang nak aku bertukar jadi Incredible Hulk dulu baru dorang nak kata aku ni garang?






pemandangan sekolah dari tingkat yang paling atas, perasan tak dekat gila kan ngan jalan keretapi.


 lesson plan...acctually nak tunjuk pencil box aku tu..besar tak..macam-macam aku sumbat dalam tu.


ok, ni bukan subjek math..tapi subjek PS..acctually aku jadi cikgu PS jugak


 kad ucapan hari jadi.


 dalaman kad tersebut....siap ada simbol heart giteww auww


bila suruh buat lukisan bukan main semangat lagi..


oh yaa, lupa pulak. application untuk further study dah selamat di hantar secara online. lepas ni acara menghantar dokumen-dokumen la pulak. aku dah bagitau pihak sekolah, feedback dorang sangat la positif. insyaALLAH ada rezeki dorang panggil la aku untuk interview course BIO (pendidikan). tak sabar nak jadi student balik. doakan aku ya.




ni muka cikgu yang tak bersalah tu.

okeh bai.


NotaKakiErin : memang sah Sejarah fail masa SPM dulu kalau tak kenai Yap Ah Loy tu sapa.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

4 comments:

Adib said...

haha..best juga jd cikgu ni..

mr E oSk gurL said...

kak erin nk further study kt mna ek??

Erin Azizan said...

@adib
actually tak best sgt kot...bnyak keja huhuhu

Erin Azizan said...

@ttm
akak apply kat uitm jerr..hehe