Monday, January 31, 2011

No title.

i'm thinking to buy a new lappy for him. i know he needs lappy tu tapi dia buat tak kesah ngan apa yang jadi. kalau takda lappy macam mana dia nak mengajar? naseb baik tengah cuti so sempat hantar kedai dulu format lappy aku pastu dah boleh guna. sementara nak beli yang baru kena tabungkan duit lagik...nak harapkan netbook yang ada ni..giler lembab..dah la tu kekadang tak mampu nak support file yang besar.


nak baiki pon cost agak melampau tinggi..range harga pulak dalam 700-1000..dari baiki baik aku kumpul duit lagi belikan yang baru..yang lama tu rasa macam nak buang dalam tong sampah je! i hope he will forgive me,for what i've done..sumtimes rasa macam dah susahkan dia. lepas satu, satu aku buat. but he still bersabar..jangan kan kata nak tinggikan suara..marah pon tidak.


after tuition class, ngat nak pegi survey laptop..and then cari kedai-kedai baiki laptop jugak.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, January 30, 2011

It wasn't me.

cerita yang tak masuk akal.


neway tenks to Haikal's family especially Cik Limah and Pak Cik Ya..susah payah datang umah tengah-tengah malam ubat kan aku dan jaga aku sepanjang aku kat umah dorang pulak. maaf menyusahkan semua orang.


seumur hidop aku takan lupa apa yang dah jadi semalam. to my family..im sorry. it wasn't me..and i guess they already knew about it. sorry if i caused any trouble..im sorry im sorry im sorry!!!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, January 29, 2011

Biarkan aku jatuh cinta.

awww jatuh cinta lah! duhhh cemana nih...


kahkahkah..sumpah melampau, mana boleh dengan senang jepp nak jatuh cinta, betoool tak? tapi...dah rasa jatuh cinta sangat ngan budak ni....




cukup jambu tak? redup je mata dia.. yee memang betol tu, dia memang pakai subang oh tak kesah, nak jatuh cinta jugak! kahkahkah...tak la.. tak jatuh cinta pon dengan dia, cuma jatuh cinta sangat dengan suara dia..oh rasa macam suara lelaki sebenar..husky voice dia tu boleh bawak masuk sampai ke dalam mimpi kot. seb baik ah takde no tepon dia..kalau ada dah lama aku suruh dia call aku tetiap malam before tido. tu pon kalau dia nak la...hahaha


okeh la meh aku kenalkan brother ni.  nama dia Charlie, vocalist ST12..tak kenal ST12 tu sapa?hah pegy google seniri la eh. seriously aku pon tak sedar sejak biler lak aku suka melayan lelagu dari Indon nih...haiihh konpius la. tapi takpe je kan..lelagu dari dorang tu ada jepp yang best, aku tak pilih bulu sangat la nak compare Malaysia bagus ke Indonesia bagus ke janji telinga aku dengar best, kalau dorang nak bertekak sapa best tuh gasak la. aku tak nak campur.


sekarang ni aku addicted gila ngan lagu Biarkan aku jatuh cinta from ST12..setiap kali on lappy mesti aku pasang lagu tu jepp. nak kata jiwang sangat tu..tak jugak sebab ada element rock kot...eh betol ke apa aku cakap ni..entah la, aku bukannya komposer pon..main sedap mulut aku jepp cakap..hahaha






dalam video kat atas ni, aku paling suke bila Charlie pegang hanphone dia sambil nyanyi kat lirik "biarkan aku jatuh cinta..." konon-kononnya macam cakap kat awek dia la tu...perghh suke ok! tetiba lak rasa macam nak jadi pompuan yang dalam klip video ni...buleh dengar Charlie cakap "jatuh cinta" kat aku...hahaha. ok perasan. sila muntah sekarang.


eh try compare lagu Isabella nyanyian Charlie ngan Amy(Search)..terbaik la, Charlie memang bawak lagu tu ikut lenggok dia sendiri. muzik pon agak berbeza sikit..tapi still dia tak rosak kan lagu tu. so dah ada dua versi la sekarang ni Isabella versi Amy, ngan Isabella versi Charlie..woah..dua-dua pon best!


oh..Biarkan aku jatuh cinta!!!!!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Adakah hari ni hari eksaited sedunia? *duhhh biar betul.

yepp mari kita ulang pertanyaan lagi sekali...adakah hari ni hari eksaited sedunia?


okeh first thing yang buat aku eksaited hari ni aku dah cerita masa previous entry. now seriously aku eksaited lagik..sebab aku dah tau kat mana DOMO bermastautin kat Penang ni. aku rasa kan adrenalin aku dah mengalir dengan laju sekarang...eksaited tahap gajah!


just now, pegi dinner ngan Incik Bmw and his friend sorang...his friend tu la yang bagitau aku DOMO kat mana..duhh lupa pulak nk buat sessi taaruff dengan kawan dia tu, so aku tak tau la nama dia. aku main tegur macam dah lama kenal ngan budak tu, kahkahkah gasak la dari dia cakap aku sombong, baik aku buat macam dah lama kenal.


at the same time jugak Dinie text aku..terus aku call nak bagitau dia yang aku dah tahu kat mana DOMO ada..dengan harapan dia akan teruja terus kata "wow" macam selalu..tapi dia tak teruja pon..nampak sangat aku salah time call dia..*erkk sayang..sila teruja plish*..time tu jugak kat meja makan Incik Bmw dengan kawan dia dah gelak-gelak kat aku...ciss mesti dorang tak sangka kan perangai eksaited aku sampai macam tu sekali. whateverlah!


acctually Incik Bmw and his friend tu nak balik KL malam ni. so before dorang balik "kampung" tadi sempat la jugak kitorang pegi lepak kat Bangkok Station. first time kot aku sampai tempat tu..quite okay, aku suka environment kat situ...eksaited pulak nak bawak family aku lepak kat situ pasni..agak dekat ngan area Uitm..kejap..aku sedikit musykil..takan la abah aku tak sedar kewujudan tempat tu, sedangkan dia selalu kot ulang-alik Uitm?..ishh takpetakpe..bersangka baik je la..mesti abah aku taktau kan...


2-3hari lepas ni (ye la tu) Incik Bmw cakap nak balik Penang balik...boleh la pegy usha DOMO sesama. aku nak usha jepp sebab Odd tengah tunggu aku nak beli sesama..kan Odd kan? kawan Incik Bmw cakap, DOMO kat situ lagi murah compared to KL. ohh lupa nak bagitau, kawan Incik Bmw tu peminat DOMO jugekk! tengok la macam mana nanti hehehe..eksaitednya nak pegi usha kat kedai tu..duhh tak tahan dah ni.. macam nak ajak Yana pegy usha besok jugak!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, January 28, 2011

Apa cerita eksaited sangat?

hiphip hurrayyy!


wah kemain happy kan hahaha...acctually i'm kinda eksaited. eksaited sebab aku bakal di post ke sekolah yang dekat ngan area rumah aku. macam mana aku tahu? dont ask, trust me, you wont like the answer bahahaha. the officiall surat (lapor diri) will be sent to my house soon. sebenarnya tak perlu surat pon tak pe, with a simple phone call pangey lapor diri kat office pon dah okay. surat tu selalunya untuk diserahkan kepada headmaster sekolah yang bakal aku takluki nanti lalalala.*meroyan sekejap*


aku terpikir-pikir jugak, sekolah mana yang dorang nak post aku ni (kat area umah aku pon banyak sekolah sebenarnya)..dalam mind aku dah aim satu sekolah ni, sekolah tu Teacher Hajar (bff) mengajar sekarang. dia info aku yang sekolah tu kurang guru. so aku pon bajet yang aku mungkin dapat sekolah tu..tapi menurut sumber yang boleh dipercayai, mungkin aku dapat sekolah lain..well tak kesah la sekolah mana pon janji aku boleh clearkan status separa penganggur aku ni. at least status aku dah confirm, lambat or tak surat nak sampai, aku dah tak kesah. eksaited sangat nak face ngan environment sekolah yang baru, meet new people, friends and students..yaayyy. sayer dah jatuh chenta dengan karier baru (ceitt karier?tak boleh belah!)

Hajar and me..before jadi cikgu dulu-dulu..merayap jerr kejanya.



as for my CNY holiday pulak..im planning to meet my dearest Wani at Perlis. woah..ini pon agak eksaited sebenarnya. dah lama sangat tinggal kan tempat tu. bajet nak cuti dua hari jepp. lagipon aku cuti hari Rabu ngan Khamis, Jumaat start tuition macam biasa (eleh kalau aku mintak extend cuti pon confirm Teacher Rasiah bagi, aku kan pekerja(?) berdedikasi!). agak-agak ann dalam masa dua hari tu sempat tak aku nak,

yayyy dearest Wani dan sayer!

-kejar Makcik Iceblanded Arau,
-pegi peberet port Kole Perlis makan *sushi ditengah malam,
-makan lokchin, pasar malam Arau psst ni macam tak sempat jaa sebab pasar malam arau hari Jumaat.
-carik teh ais yang best,
-laksa beluuuttt(?)- Albert's favie, not my taste.
-pegi Kole Perlis lagi tengok bulan,
-pegi Jitra, midnite movie..Wani umpan aku untuk jumpa Suraya tapi aku plan nak ajak dia midnite movie..boleh tak?
-pegi Satun once again,
-visit chuping..confirm Wani tak mao t______t. ada bad history,
-pusing-pusing satu perlis..wahh ini memang best kalau dapat buat,
-visit my Ayah Mie and his family..oh i adore them bberryy much. rindu wek : P,
-c-mart arau..hunting for kayer ball..macam la kat penang takde,
-Burger Korner (kot) tempat tercetusnya iceblanded Butterworth..dayyummm! malu ok!


humm setakat ni itu je la kot. lagi best kalau dapat betol-betol buat semua ni. tapi imposible la kan..melampau sangat wish list aku ni..wish list ke? haa lebih kurang la. lagi syok kalau dapa merempit...tapi Wani punya unta ada kat Shah Alam..so segala pergerakkan lepas ni agak terbatas la. tapi jangan risau..Wani kan pandai merompak keta..suruh ah dia rompak keta sesapa lepas ni..bahahaha.


aku tak harap pon dapat buat semua yang kat atas tu, aku bajet pegi sana just nak jumpa dia. bukan apa aku kesian kat dia. dah nak dekat setaun dia ulang-alik jumpak aku kat penang. kadang-kadang tu dalam masa cuti yang sangat sikit dia boleh jaa susah payah dari Perlis datang jumpa aku pastu balik Shah Alam pulak. kiranya visit aku kat penang dah macam termasuk dalam aktiviti wajib dia everytime ada cuti. so this time i've made up my mind, biaq aku pulak visit dia.


cant wait to see her!


okeh bai!


NotaKaki : *sushi tu lokchin jugak..
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Bahagiakah kita?


status : aku meragui mu...


walaweih status tak boleh belah. ni kalau post kat fb status macam ni confirm ajer jadi kontrobersi. mula la ada yang nak create story aku patah hati la, kecewa berchenta la..aku gay la..aku tak suka laki la ..aku songsang la...blablabla...macam-macam lagi la. sumpah penat nak membanteras isu macam ni. tapi disebabkan orang-orang yang layan fb tu pon macam apa ja..maka nya aku lebih senang "iye" kan aja apa yang dorang cakap tu. puas hati aku. oh terpanjang la pulak mukadimah..sorry!


aku sebenarnya meragui kejujuran bff aku sendiri. aku bukan lah ragu sangat kesetiaan dia kat aku, since aku tau yang dia sumpah takan betray aku. aku cuma ada rasa doubt pasal dia ngan hidop dia ja. aku pernah terpikir nak tanya happy ke dia ngan hidop sekarang sedangkan aku tengok dia lebih banyak dalam keadaan "sakit" berbanding "sihat". mungkin orang luar nampak dia happy je memanjang padahal dalaman dia tuhan aja yang tahu. aku dulu pon buta jugak tak nampak. tapi bila dah tahu benda yang betol..tetiba lak aku simpati kat dia.


bayangkan dia penah ja cakap kat aku yang dia terpaksa buat-buat bahagia depan orang lain sedangkan hati dia sakit nak menanggung semua masalah. aku tak pasti pulak motif dia buat-buat bahagia tu sebab apa. tapi aku rasa mesti dia nak orang pandang yang dia ada kehidupan yang best dan yang paling penting mesti dia tak nak orang simpati kat dia. ini yang buat aku ragu sangat ni. selama ni dia tak jujur ke dengan hidop dia? kenapa dia mesti nak pilih jalan yang menyakitkan lepastu nak berlakon buat-buat bahagia depan orang sedangkan hati dia sendiri sakit.


aku cuba nak paham situasi dia. dah lama sebenarnya benda ni jadi. daripada aku tak paham apa-apa sampai la aku rasa aku dah tau punca masalah dia. aku kesian kat dia. sampai bila dia nak paksa diri dia berlakon semata-mata nak orang lain nampak dia bahagia? seriusly aku dah jump to a conclusion yang dia patot utamakan hati dia sendiri. tak perlu la nak sebok-sebok berlakon depan orang. kalau la aku boleh simply je kata apa yang aku kata tadi kan senang..kalau lah isu ni tak berkaitan dengan "orang lain" dah lama aku cakap kat dia macam tu.


apa yang aku boleh buat sekarang ialah memperbanyakkan masa dengan dia. everytime dia roger aku, aku memang dah ready untuk dia. entah la..aku rasa aku tak boleh buat apa-apa selagi dia stick ngan situasi dia sekarang. dia yang patot realise..dan ubah benda ni untuk jadi betol. aku cuma ada untuk bagi pendapat, guide mana yang patot. priority aku memang dekat dia la sekarang. hari-hari aku make sure yang aku akan text dia. aku takmao dia give-up dengan hidop. aku risau jugak ah, dari minggu lepas lagi aku tak jumpa dia. patotnya hari ni aku dah jumpa tapi entah apa masalah dia cancel pulak. hopefully tuhan akan sentiasa jaga dia untuk aku..aku nak jadi orang yang mengenang budi..aku nak ada sebelah dia macam mana dia ada untuk aku time aku "jatuh" dulu..hopefully semua ni akan setel cepat-cepat...uwaaaa aku tak boleh tengok dia sedih lama-lama!!


"semakin kuat orang itu semakin banyak ujian yang diterima untuk memperkukuhkan lagi keimanannya"


aku suka ayat kat atas ni..its from Incik Bmw. aku rasa ayat ni dapat motivate orang. betol cakap Incik Bmw semua ujian datang dari allah. kadang-kadang allah nak uji kita sejauh mana keimanan kita kepada-Nya, lalu diturukan ujian. sebaik-baik cara untuk menangani masalah adalah berserah dan meminta pertolongan dari-Nya. 


sorry la entry agak emosi sikit...well tengok la tomorro kalau ada mood baru aku mengarut lagi,
okeh bai!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, January 27, 2011

Mentaliti orang kampung versus mentaliti orang bandar.

heppp rasa macam nak buat satu tajuk kontrobersi pulak. metaliti orang kampung versus mentaliti orang bandar? amacam ada bran?bahahaha.. malas aku nak ketengah kan isu ni...gasaklah.


tetiba laks rasa macam nak ubah topik aku nak cerita pasal benda yang menghanginkan aku semalam. tak paham la kenapa ann duatigahari ni kerja nak naik angin je...selalu boleh je aku control. semalam ah tah macam mana boleh pulak ter-burst angin aku tu. heyy angin tu bukan kentut okeh..angin yang dimaksudkan kat sini..angin kemarahan. yerr sayer sedang mengalami satu fenomena kemarahan melampau-lampau sekarang ni. harap maklum dan sila takot banyak.


semalam mood aku memang ditahap yang agak kritikal la jugak. tapi takpa aku control. aku pegi tuition macam biasa. kali ni aku balik awal sikit. lagipon Fiq tak da homework so tak perlu la aku pantau dia. dalam pukul 8 macam tu mak aku ajak keluar pegi tesco, nak beli barang-barang. aku ok je..biasala kalau nak keluar merendek aku sentiasa ok. tapi bila dah sampai rasa macam tak seronok la pulak..macam nak balik. tapi takde la aku cakap kat mak aku..giler kau karang tak pepasal tercetusnya perang persaudaraan ngan mak aku pulak.


naseb baik la mak aku pon cepat ajerr membeli dan terus membelah. before balik dia ada tanya whether aku nak pegi makan sizzling noodles tak kat area-area situ. aku cakap la tanak. malas. padahal setiap kali datang kat situ, sizzling noodles yang super lazat tu la yang aku cari dulu. dalam tanak tu, sempat jugak aku mintak mak aku  beli kaya balls duaplohbijik kat kiosk bawah. tengok..kata takda mood, tapi sekali mintak duaplohbijik terus..sah la nafsu gajah.


habes cerita kat tesco. terus aku pecut keta nak balik umah. acctually tesco ngan rumah aku agak dekat la jugak..ala semua pakai hi-way kan..dalam sepoloh minit cam tu dah boleh sampai. okeh ini yang aku nak cerita ni part yang paling aku tak suka yang sudah mem-burst-kan aku.


kejadian ini berlaku di depan rumah aku seniri. masa aku nak bagi signal nak masuk jalan ke rumah aku, aku tengok ada la sebijik keta waja ni kemain elok ja tersadai kat jalan nak masuk rumah aku tu. heran ah, aku hon dia tak respon, tapi ada ja manusia lam keta tu. yang buat cerita ni lagi best, ada lagi sebijik keta proton(kot) depan keta waja tu. keta proton tu pulak...amboi-amboi sedap-sedap ja parking betol-betol depan gate umah aku. makna kata disini selagi dia tak ubah keta dia, selagi tu la aku tak boleh bawak masuk keta aku.


yang si pemandu keta proton tu, awat la biadap dia tu tahap melampau-lampau sangat tak tau. nak parking pon tak beragak. dah la parking depan rumah orang tengah jalan pulak tu. keta proton ni sebenarnya dah block keta waja yang kat belakang dia.  keta waja tu pon satu ngek jugak. tak reti nak buat hon panjang. tunggu je kat situ. aku yang dah memang nak meletop ni terus ah belok masuk jalan lain, lepas tu aku bawak keta aku letak depan rumah jugak. aku block balik keta dia. biaq sama kena block.


sampai ja depan umah terus aku turun keta dengan lagak penuh gengster la kan.. nak sound si pemandu keta proton tu padahal time tu tengah pakai baju kurung kot..dengan shawl terbelit sana sini..ada gaya ka macam gengster? tapi tak sempat pulak nak sound dia. sebab abah aku bertindak lebih pantas (masa ni abah aku baru sampai rumah dari amek adek aku kat tutition). dia yang pegi cakap kat pemandu proton tu suruh ubah keta. sumpah aku tak puas hati sebab aku tak dapat nak maki dia.


demi untuk tidak memudaratkan keta abah aku tu, aku suruh ah abah aku bawak masuk (jalan sempit sangat time tu, aku takot tak lepas ja kalau aku bawak masuk). aku pulak konon-kononnya nak tutup gate la kan..tapi mulut aku pulak tak berhenti-henti membebel..siap menjeling kot pemandu proton tu..dia pon tengok je aku dalam keta dia..mulut aku dah sumpah seranah macam-macam dah..boleh tak lepas aku dah menyumpah tu baru aku perasan yang cermin keta pemandu proton tu tak ditutup. makna kata dia dengar la semua sumpah seranah aku tu. patot la dia pon jeling aku...heh bajet aku takot la tu..werkk sumpah tak takot!


dah habes semua tu, tak pepasal lak aku kena tazkirah ngan mak aku. ye ah biadap la kan buat macam tu. aku kan perempuan, mana boleh maki-maki macam tu tak elok..(cisss, padahal aku cuma kata bodoh je kot)...ish geram geram geram!!!


last sekali mak aku cuma pesan, kalau rasa nak marah tu..bawak-bawak la banyak beristighfar..masalahnya aku mana la nak ingat beristighfar semua tu bila tengah marah..lagi layan amarah aku ada la. duhhh susahnya!





NotaKaki : macam biasa la tajuk takde kena mengena pon.


okeh bai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA