Friday, January 28, 2011

Bahagiakah kita?


status : aku meragui mu...


walaweih status tak boleh belah. ni kalau post kat fb status macam ni confirm ajer jadi kontrobersi. mula la ada yang nak create story aku patah hati la, kecewa berchenta la..aku gay la..aku tak suka laki la ..aku songsang la...blablabla...macam-macam lagi la. sumpah penat nak membanteras isu macam ni. tapi disebabkan orang-orang yang layan fb tu pon macam apa ja..maka nya aku lebih senang "iye" kan aja apa yang dorang cakap tu. puas hati aku. oh terpanjang la pulak mukadimah..sorry!


aku sebenarnya meragui kejujuran bff aku sendiri. aku bukan lah ragu sangat kesetiaan dia kat aku, since aku tau yang dia sumpah takan betray aku. aku cuma ada rasa doubt pasal dia ngan hidop dia ja. aku pernah terpikir nak tanya happy ke dia ngan hidop sekarang sedangkan aku tengok dia lebih banyak dalam keadaan "sakit" berbanding "sihat". mungkin orang luar nampak dia happy je memanjang padahal dalaman dia tuhan aja yang tahu. aku dulu pon buta jugak tak nampak. tapi bila dah tahu benda yang betol..tetiba lak aku simpati kat dia.


bayangkan dia penah ja cakap kat aku yang dia terpaksa buat-buat bahagia depan orang lain sedangkan hati dia sakit nak menanggung semua masalah. aku tak pasti pulak motif dia buat-buat bahagia tu sebab apa. tapi aku rasa mesti dia nak orang pandang yang dia ada kehidupan yang best dan yang paling penting mesti dia tak nak orang simpati kat dia. ini yang buat aku ragu sangat ni. selama ni dia tak jujur ke dengan hidop dia? kenapa dia mesti nak pilih jalan yang menyakitkan lepastu nak berlakon buat-buat bahagia depan orang sedangkan hati dia sendiri sakit.


aku cuba nak paham situasi dia. dah lama sebenarnya benda ni jadi. daripada aku tak paham apa-apa sampai la aku rasa aku dah tau punca masalah dia. aku kesian kat dia. sampai bila dia nak paksa diri dia berlakon semata-mata nak orang lain nampak dia bahagia? seriusly aku dah jump to a conclusion yang dia patot utamakan hati dia sendiri. tak perlu la nak sebok-sebok berlakon depan orang. kalau la aku boleh simply je kata apa yang aku kata tadi kan senang..kalau lah isu ni tak berkaitan dengan "orang lain" dah lama aku cakap kat dia macam tu.


apa yang aku boleh buat sekarang ialah memperbanyakkan masa dengan dia. everytime dia roger aku, aku memang dah ready untuk dia. entah la..aku rasa aku tak boleh buat apa-apa selagi dia stick ngan situasi dia sekarang. dia yang patot realise..dan ubah benda ni untuk jadi betol. aku cuma ada untuk bagi pendapat, guide mana yang patot. priority aku memang dekat dia la sekarang. hari-hari aku make sure yang aku akan text dia. aku takmao dia give-up dengan hidop. aku risau jugak ah, dari minggu lepas lagi aku tak jumpa dia. patotnya hari ni aku dah jumpa tapi entah apa masalah dia cancel pulak. hopefully tuhan akan sentiasa jaga dia untuk aku..aku nak jadi orang yang mengenang budi..aku nak ada sebelah dia macam mana dia ada untuk aku time aku "jatuh" dulu..hopefully semua ni akan setel cepat-cepat...uwaaaa aku tak boleh tengok dia sedih lama-lama!!


"semakin kuat orang itu semakin banyak ujian yang diterima untuk memperkukuhkan lagi keimanannya"


aku suka ayat kat atas ni..its from Incik Bmw. aku rasa ayat ni dapat motivate orang. betol cakap Incik Bmw semua ujian datang dari allah. kadang-kadang allah nak uji kita sejauh mana keimanan kita kepada-Nya, lalu diturukan ujian. sebaik-baik cara untuk menangani masalah adalah berserah dan meminta pertolongan dari-Nya. 


sorry la entry agak emosi sikit...well tengok la tomorro kalau ada mood baru aku mengarut lagi,
okeh bai!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: