Thursday, January 27, 2011

Mentaliti orang kampung versus mentaliti orang bandar.

heppp rasa macam nak buat satu tajuk kontrobersi pulak. metaliti orang kampung versus mentaliti orang bandar? amacam ada bran?bahahaha.. malas aku nak ketengah kan isu ni...gasaklah.


tetiba laks rasa macam nak ubah topik aku nak cerita pasal benda yang menghanginkan aku semalam. tak paham la kenapa ann duatigahari ni kerja nak naik angin je...selalu boleh je aku control. semalam ah tah macam mana boleh pulak ter-burst angin aku tu. heyy angin tu bukan kentut okeh..angin yang dimaksudkan kat sini..angin kemarahan. yerr sayer sedang mengalami satu fenomena kemarahan melampau-lampau sekarang ni. harap maklum dan sila takot banyak.


semalam mood aku memang ditahap yang agak kritikal la jugak. tapi takpa aku control. aku pegi tuition macam biasa. kali ni aku balik awal sikit. lagipon Fiq tak da homework so tak perlu la aku pantau dia. dalam pukul 8 macam tu mak aku ajak keluar pegi tesco, nak beli barang-barang. aku ok je..biasala kalau nak keluar merendek aku sentiasa ok. tapi bila dah sampai rasa macam tak seronok la pulak..macam nak balik. tapi takde la aku cakap kat mak aku..giler kau karang tak pepasal tercetusnya perang persaudaraan ngan mak aku pulak.


naseb baik la mak aku pon cepat ajerr membeli dan terus membelah. before balik dia ada tanya whether aku nak pegi makan sizzling noodles tak kat area-area situ. aku cakap la tanak. malas. padahal setiap kali datang kat situ, sizzling noodles yang super lazat tu la yang aku cari dulu. dalam tanak tu, sempat jugak aku mintak mak aku  beli kaya balls duaplohbijik kat kiosk bawah. tengok..kata takda mood, tapi sekali mintak duaplohbijik terus..sah la nafsu gajah.


habes cerita kat tesco. terus aku pecut keta nak balik umah. acctually tesco ngan rumah aku agak dekat la jugak..ala semua pakai hi-way kan..dalam sepoloh minit cam tu dah boleh sampai. okeh ini yang aku nak cerita ni part yang paling aku tak suka yang sudah mem-burst-kan aku.


kejadian ini berlaku di depan rumah aku seniri. masa aku nak bagi signal nak masuk jalan ke rumah aku, aku tengok ada la sebijik keta waja ni kemain elok ja tersadai kat jalan nak masuk rumah aku tu. heran ah, aku hon dia tak respon, tapi ada ja manusia lam keta tu. yang buat cerita ni lagi best, ada lagi sebijik keta proton(kot) depan keta waja tu. keta proton tu pulak...amboi-amboi sedap-sedap ja parking betol-betol depan gate umah aku. makna kata disini selagi dia tak ubah keta dia, selagi tu la aku tak boleh bawak masuk keta aku.


yang si pemandu keta proton tu, awat la biadap dia tu tahap melampau-lampau sangat tak tau. nak parking pon tak beragak. dah la parking depan rumah orang tengah jalan pulak tu. keta proton ni sebenarnya dah block keta waja yang kat belakang dia.  keta waja tu pon satu ngek jugak. tak reti nak buat hon panjang. tunggu je kat situ. aku yang dah memang nak meletop ni terus ah belok masuk jalan lain, lepas tu aku bawak keta aku letak depan rumah jugak. aku block balik keta dia. biaq sama kena block.


sampai ja depan umah terus aku turun keta dengan lagak penuh gengster la kan.. nak sound si pemandu keta proton tu padahal time tu tengah pakai baju kurung kot..dengan shawl terbelit sana sini..ada gaya ka macam gengster? tapi tak sempat pulak nak sound dia. sebab abah aku bertindak lebih pantas (masa ni abah aku baru sampai rumah dari amek adek aku kat tutition). dia yang pegi cakap kat pemandu proton tu suruh ubah keta. sumpah aku tak puas hati sebab aku tak dapat nak maki dia.


demi untuk tidak memudaratkan keta abah aku tu, aku suruh ah abah aku bawak masuk (jalan sempit sangat time tu, aku takot tak lepas ja kalau aku bawak masuk). aku pulak konon-kononnya nak tutup gate la kan..tapi mulut aku pulak tak berhenti-henti membebel..siap menjeling kot pemandu proton tu..dia pon tengok je aku dalam keta dia..mulut aku dah sumpah seranah macam-macam dah..boleh tak lepas aku dah menyumpah tu baru aku perasan yang cermin keta pemandu proton tu tak ditutup. makna kata dia dengar la semua sumpah seranah aku tu. patot la dia pon jeling aku...heh bajet aku takot la tu..werkk sumpah tak takot!


dah habes semua tu, tak pepasal lak aku kena tazkirah ngan mak aku. ye ah biadap la kan buat macam tu. aku kan perempuan, mana boleh maki-maki macam tu tak elok..(cisss, padahal aku cuma kata bodoh je kot)...ish geram geram geram!!!


last sekali mak aku cuma pesan, kalau rasa nak marah tu..bawak-bawak la banyak beristighfar..masalahnya aku mana la nak ingat beristighfar semua tu bila tengah marah..lagi layan amarah aku ada la. duhhh susahnya!





NotaKaki : macam biasa la tajuk takde kena mengena pon.


okeh bai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

1 comment:

Odd Casablancas said...

Wowowo, Erin sejak bila dah tak cool ne? Erin dah berubah..hehehe