Tuesday, May 17, 2011

Muhasabah Cinta.


currently aku suka sangat dengar lagu ni. liriknya indah..boleh tersentap hati dengar ok. sekarang ni aku tengah jiwang in mood so layan pon lagu jenis-jenis cam gini je la.


hope you guys enjoy!


okehbai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, May 16, 2011

Saya Menghitung Hari.


Sedar tak sedar sekarang dah setengah bulan pon kita di bulan MEI yang indah ni. yesss hari-hari yang aku lalui sekarang sangat indah, tak ada kata yang dapat aku aku terjemahkan by words untuk menggambarkan betapa aku melalui hidop yang sangat best. Tuhan semamangnya Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. tak pernah dia hadirkan kesedihan yang berkekalan buat aku. terima kasih ALLAH atas nikmat ini.




hampir setahun kisah sedih itu berlalu dan sekarang aku dah betul-betul bangkit. kuat dari segi mental dan hati aku dah betul-betul cekal untuk terima kisah setahun yang lalu. Syukur!



nampaknya jugak bulan 6 dah semakin dekat. seriously cakap la aku memang nervous tahap gajah dah ni, padahal orang lain yang patot nervous rilex ja siap buleh pusing satu Malaysia dalam weekend ni lagi aku sebok round Pendang, dia dah siap sampai Johor kot..grrrrr geram tau!


Bulan 6..aku taktau nak describe macam mana..macam mana nak face bulan 6...boleh tak kita skip tak yah ada bulan 6 teruss ke bulan 7. boleh tak? boleh tak..bolehh takkkkk??? hah meroyan dah..eh eh tak la, tak meroyan ok..cuma nervous jerp. not so sure la macam mana aku kan bila dah sampai tarikh tu dan dia betol-betol dah fly...wuwuwuwu mesti sedih..mesti nangesss..mesti teringat mekdi selalu..mesti tanak jengah TGV dah pasni..err GCS terkecuali...mesti dah tak lepak kat Route69..mesti dah tak pusing-pusing uptown mesti tak boleh..blablablablabla....mesti punya la!


well to tell the truth masa aku tau yang dia dapat offer untuk 'keluar' aku dah macam speechless gilaaaa sumpah tak sangka. masa zaman kawan tu dok study aku pulun la dok berapi bagi semangat kalau dapat offer keluar lagi (before ni dah penah dapat offer further luar dan mereka menolak atas sebab alasan belom ready) lepas ni MUST grab it. dan ternyata dia memang ditakdirkan untuk keluar jugak akhirnya! perghhh...imma bit sad about it, tapi takpa it is for his own good jugak kan. untuk hidop dia. aku akan senantiasa mendoakan yang terrrrbaik buat dia yeahhh gambatae!


so untuk hidop aku pulak..akan diteruskan seperti biasa. lepas beberapa bulan ni aku dah tekad akan sambung study balik. bukan dah bosan keja..cuma aku rindu sangat nak jadi student balik. asyik aku ja yang dok membebel..lenguh mulut tau. tak kesah la apa yang ada aku bedal saja, yang penting study! walaupon plan asal agak sedikit berubah tapi takpa..kita stick jugak la pasal sambung study tu..yang lain-lain kita hold dulu. kalau tak sempat buat untuk beberapa tahun ni..kita tunda lepas 5tahun ok..hahaha gila-bapak-selfish nak jugak orang ikot plan aku tu.


okeh la malas mengarut panjang-panjang dah. orang yang pusing Malaysia tu pon dah selamat sampai rumah. so saya pon sudah mahu tidurr dah sekrang. baiklah saya tahu entry ini agak ngade-ngade-gedik sikit yerr..so maaflah kalau ada yang dah baca..errr....kbai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, May 15, 2011

Terima Kasih Guru!

besok bersamaan 16MEI2011 merupakan tarikh keramat bagi semuuuuuuaaaa warga guru. 








bagi aku yang masih setahun jagung dalam bidang teaching ni mungkin masih tak berapa nak layak sambut..tambahan pulak aku ni bukan la officially lagi pon so tak payah la nak ghairah sangat Erin oiii!


mungkin ada sesetengah pihak yang akan mengeluarkan statement di atas kan, ye la bak kata orang tu, rambut sama kaler tapi hati lain-lain...tapi ann sekarang ni rambut pon dah banyak kaler kot..kau nak kaler apa, biru,merah,hijau,pink,violet,kuning semua ada you just name it dear..walaubagaimana pon aku tetap akan bersangka baik kat semua orang..tak pa aku tak kesah pon..kata la apa saja, yang penting aku bahagia. heh!







sebelum aku mengarut pepanjang lebar, apa kata aku lurus ke titik je la. dikesempatan yang tak berapa nak sempat ni (aku pulun type sambil mata dok hayun ke teevee) aku nak tarik perhatian kau semua tentang pengertian guru,cikgu, teacher, sir, miss, madam dan sebaginya.. well kau semua sedar tak, yang sambutan hari guru ni di sambut oleh semuuuuaaa warga yang bergelar pendidik. bila aku kata semua warga pendidik maksudnya seseorang yang memberikan pendidikan kepada kau secara formal dan tak salah jugak kalau aku kata seseorang yang mengajar kau secara tidak formal jugak layak digelar pendidik dan menyambut perayaan hari guru.


FYI, suatu masa dahulu pengajian agama yang dilakukan di rumah-rumah guru agama dikenali sebagai sistem pendidikan tidak formal. apa yang membezakan sistem pendidikan formal dan tidak formal ialah, guru yang mengajar dalam sistem pendidikan formal selalunya berpenampilan segak, kemas dan menarik. manakala guru yang mengajar dalam sistem pendidikan tidak formal selalunya tidak menitik beratkan sangat soal pemakaian ni. asal pakai kain sarung pon dah boleh mengajar ok! hebat bukan? 


aku bukanlah bertujuan nak mengutuk guru-guru tidak formal ni jauh sekali nak membanding-bandingkan mereka. cuma nak bertanya kepada kau semua...berapa orang dari kita yang pernah mengucapkan "Selamat Hari Guru" buat guru-guru yang mengajar agama ini? pernah tak kita terpikir yang guru-guru agama ini sebenarnya jugak seorang guru? kenapa kita tak pernah nak meraikan mereka dalam perayaan hari guru? kenapa..kenapa dan kenapa? 



apa kata selepas ini kita buat pembaharuan dalam kehidupan. setiap kali tiba hari guru, sama-sama kita ucapkan jugak kalimah "Selamat Hari Guru" buat mereka. memang bunyi nya agak peliks tapi apa salahnya kan..kita tengok pulak bagaimana reaksi mereka selepas ini. aku sendiri pon teringin nak buat benda macam ni, tapi masalahnya dah tak berkesempatan. kebanyakkan guru yang pernah mendidik aku mengaji semuanya dah selamat. yang tinggal pon aku tak tau nak jejak dorang kat mana...dan saat ni la aku nak sangat cakap kalau la masa dapat diputarkan semula......


ok sudah mengarut. dikesempatan ini jugak aku nak sangat ucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru aku yang dah membentuk sebahagian diri Erin Azizan sekarang. dari guru yang pernah mengajar aku mengenal aliff, ba, ta..satu,dua,tiga..a,b,c...one,two,three..semuanya aku takan lupa. bagi aku jasa mereka sangat besar dan semoga ALLAH akan sentiasa melimpahkan segala rahmat yang ada buat mereka. baru aku sedar tugas mengajar bukanlah satu tugas yang ringan dan mereka seharusnya berbangga kerana mereka adalah insan yang terpilih dan peranan mereka itu lah yang membolehkan anak-anak bangsa sekarang menggenggam cita-cita untuk menjadi manusia berguna. 








Terima Kasih Cikgu! 





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, May 12, 2011

Kita Selalu Merungut.

Sebenarnya kan aku dah bosan sangat-sangat dengar orang merungut itu tak kena, ini tak kena, itu tak okey, ini tak sempurna dan sebagainya. bukan lah aku nak bajet suci sangat. aku mengaku, kadang-kadang dalam keadaan terlebih emo aku pon selalu merungut jugak.  TAPI...ye ada tapi nya okey, aku rasa normal la kalau stakat nak merungut sikit-sikit tu.Kalau stakat nak merungut jem atas jalan..apedehal la sangat kan? normal la tu orang Malaysia sekarang semuanya dah kaya-raya sorang sebijik keta kot. kalau tanak merungut pasal jem pegi ah duduk Perlis..aman, damai ja kat situ..bebas dari jem jalan raya..oh I LURVE PERLIS BERRY MUCH! yaa aku sedang mengeluarkan hujah membela diri aku disitu.



Back to our main topic, pernah tak kau semua terpikir dalam hidop kau, ada tak satu hari yang kau semua bebas dari sebarang kegiatan merungut-rungut ni? tak kesah la merungut lapar ke, sembelit ke, line berukbeng lambub ke, kredit kau tetiba habes masa tengah gayut ngan awek(s) ke, mesin basuh rosak ke, atau apa je la yang boleh menyebab kan kau merungut...ada tak?konfirm tak da kan..






bagi aku la kan, bukan tak buleh nak merungut ni, boleh....TAPI...ye ada tapi nya sekali lagi okey, kalau dah setiap benda yang kau buat, kau nak merungut..agak-agak la kan kau rasa itu dah jadi perkara normal ke perkara yang abnormal? sendiri mau jawab la ye, tepuk dada tanya la hati...






aku just nak mengingatkan je la yang merungut ni bukan la satu benda yang berfaedah sangat pon. kadang-kadang aku sendiri naik letih kalau dengar orang asyik merungut macam-macam. dalam hati aku terdetik la jugak aii dia ni tak lenguh mulut ke asyik nak merungut..tak buleh diam ke? lama-lama buleh pecah gegendang telinga aku ni asyik dengar benda-benda tak elok ni..dan saat tu jugak kalau la buleh nak aja aku bagi penendang sulung kat muka orang yang suka merungut tu...paham tak? telinga aku ni perlukan rehat tau!






dan sebagai orang yang selalu mendengar rungutan yang tak berfaedah dari segenap lapisan masyarakat tak kira la dari section U, 18SX, mahupon 18SG aku nak kau renungkan secebis kata-kata hikmah ni yang dipetik dari SINI




Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan. 
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.




gambar sekadar hiasan




so pesanan aku jangan terlalu merungut sangat la, syukur dengan apa yang kita ada nescaya ALLAH akan melipat ganda kan nikmat kepada kita. renung-renungkan dan selamat merernung!






NotaKaKiErIn : lambub tu lambat okeh..bukan typo.






TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, May 11, 2011

Cinta Dan Perkahwinan.

*jam menunjukkan 03.37 pagi saat entry ini mula hendak di cipta. di sebabkan aku tak boleh nak melelapkan mata, lepas tu baru pulak pekena nescafe secawan maka aku membuat keputusan untuk mempost entry barang sekilo dua.


Cinta dan Perkahwinan?




bunyi topik dah cukup untuk mem-wow-kan sesapa saja yang membaca termasuk la aku sendiri. aku kurang pasti sama ada penyampaian aku disini bakal mem-wow-kan kau semua yang membaca atau tidak..tapi apadehal..haku totap jugak nak bagi pendapat.




sebenarnya topik diatas telah dicetuskan oleh sedara kita iaitu Incik Abdul Hadi yang mana secara tiba-tiba beliau terasa seperti ingin berdikusi beberapa hari yang lepas. mungkin pada saat itu beliau terasa seperti ingin mengendalikan rancangan bual bicara bersama Hadiee agaknya,bila lagi nak feeling-feeling jadi Oprah Winfrey kan....dan aku pon dengan secara tak diundang terhegeh-hegeh ingin turut serta menjadi salah seorang daripada panel lantang mengeluarkan pendapat...sambil bangun dan menghentak tangan ke meja...yaa saya pernah berkapel dan....




dan saya mengaku yang saya agak terpengaruh dengan rakan sebaya untuk ada kapel pada saat itu.




begitu la gamaknya jawapan aku kot. hentah la aku ingat-ingat lupa jugak ni. tapi aku still boleh ingat macam ni la lebih kurang jawapan yang aku bagi time tu tatkala diajukan persoalan mengenai cinta. nak aku carik balik soalan beliau dalam KBU tu memang tak dapat la sebab traffik kat situ gila babas laju.




to tell the truth, aku agak menyesal jugak la sebab muda-muda dulu dah pandai nak berkapel-kapel ni. aku mula serius nak berkapel pon masa first year kat U dulu. time tu aku rasa macam dah afdal sangat la kan kalau ada kapel ni sebab dah jadi anak dara sunti gitewww. tapi sebenarnya aku sendiri pon kurang sure sangat yang aku ni memang cintan kat kapel aku tu atau tak, memang jadi krisis dalam diri jugak la.




dalam tengah-tengah dok berkrisis dengan diri tu aku still teruskan percintaan kami. aku pulak jenis layan je. lagi pon dah orang treat aku elok-elok takan aku nak buat taik pulak kat dia kan. sampai satu tahap yang aku rasa aku dah tak boleh nak teruskan hubungan kami sebab aku belom ready nak ke next stage. gila kau..aku belom habess study dia dah plan nak menikah bagai...apalagi mengigil la aku! kang tak pepasal ja bapak aku ligan (kejar) keliling rumah..kes naya oh! yang lagi bertambah haru tu aku sendiri tak pasti yang aku ni nak berkahwin dengan dia ke tak....eh?




aku bukan la seorang yang menentang perkahwinan..no..no..no..tidak sama sekali. aku pon nak berkahwin jugak nanti tapi bukan dalam waktu yang terdekat ni. bukan nak bercakap besar, tapi secara peribadinya aku rasa banyak tanggungjawab yang perlu aku galas sebelum aku berkahwin. setiap janji aku dekat mak masa aku kecik-kecik dulu sebijik-sebijik aku ingat, walaupon mak aku anggap tu semua janji budak-budak yang tak cukup umor..tapi bagi aku janji-janji tu la yang patot aku langsaikan dulu.




baru-baru ni mak aku ada bercakap soal kahwen-mawen ni. macam biasa la aku mesti nak mengelak. bagi aku, im still a baby lagi, mana lah layak nak menyentuh bab-bab kawen ni. lagi pulak aku tak berapa suka sangat. mak aku pon tak da la dok paksa aku suruh aku kawen ka apa, dia just bagi greenlight giteww since dia tau aku jenis yang patoh pada arahan ibubapa..humm kan dah terpuji diri sendiri..malas betol la...



dan tatkala ini jugak la aku rasa yang sememangnya aku belom ready nak kawen. nak kapel ngan aku? boleh..tapi kawennya bukan dalam waktu terdekat. aku tak mau jadi seorang anak yang tak sempat nak berbakti pada ibu dan bapanya. habes jaa study terus nak kawen..wat de heyy..kalau boleh aku nak sangat buat bakti kat dorang dulu before apa-apa. entah la mungkin sebab aku dah berjanji dengan diri sendiri kot. lagi pulak aku rasa kalau aku dah berkahwin nanti for sure aku dah tak bebas nak melunaskan janji-janji aku..ye la time tu semuanya harus meminta keizinan dari pihak suami..ufff...




walaubagaimanapon aku hanya merancang, tetapi yang layak menentukan hanya yang di atas.




antara sebab kenapa aku menyesal tentang kesah cinta silam aku, ialah sebab aku bercinta dengan orang yang salah. even barkali-kali aku pupuk rasa sayang kat dia still benda tu rasa macam nothing jugak. nak kata aku ni gay, tak buleh jugak sebab memang confirm dah aku straight. sampai sekarang aku rasa keputusan aku untuk break-off dengan ex aku adalah keputusan yang sangat tepat dan aku tak pernah menyesal, cuba bayangkan kalau la saat ni aku masih kapel lagi dengan dia and than dia pulak dok pressure aku untuk ke next stage, macam mana..perrhh boleh mereng agaknya aku.




satu je aku nak state kan kat sini..walau macam mana sayangnya aku kat seseorang, dalam segala hal aku tetap akan utamakan family aku dulu..paling penting parent aku tu. so kepada bakal suami aku yang mungkin sedang membaca entry ini (who knows)..maaf hookeyhh saat ni saya masih ingin belum berkahwin. awak pon sama kan...belum cukup duit lagi kot..baik awak kumpul duit dulu bebanyak yerr and than bila economy kita dah stabil dan saat tu kita da berjaya capai cita-cita kita baru la kita pikir untuk ke next stage okeh? yang penting bagi saya capai cita-cita saya dulu!




err sapa tahu yang bakal suami aku tu kau...yeesss kau la yang sedang membaca entry ini!




*ini adalah entry auto-publish.

NoTaKaKiEriN : tatabahasa dan pengayaan bahasa yang kurang stabil adalah disebabkan oleh darjah ketermengantukkan yang amat sangat, gudnite peeps!!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, May 10, 2011

I Miss You Beb!

Beb,
I wish you were here right now..and feel my pain..will ya?


dah lama rasanya tak jumpa lu beb, gua malas nak cakap yang gua rindu kat lu sebab gua tau lu mesti akan gelak kaw-kaw punya la kalau dengar statement gua ni. tapi kan beb serius gua rindu lu.


beb lu tau dak gua tengah demam ni? err gua tau lu bukan doctor pon no point la gua ngadu kat lu kan. tapi ann beb gua suddenly missing you like crazy. gua tak tau pasai pa, may be sebab dah banyak bulan kot lu tak hit Penang kan.


lu tau dak beb, gua sampai termimpi-mimpi kot kat lu. tengok..tengok power tak? memang la gua pon rock macam lu tapi selalunya gua mesti kalah punya la sebab gua tak kental cam lu. gua mesti nak ingat balik time kita sama-sama dulu.


heh, kalau gua menangis lu mesti ada untuk sapu air mata gua. kalau gua susah hati, lu mesti nak senangkan hati gua bawak gua ronggeng-ronggeng. kalau gua ask for something, tak pernahnya lu kata no. and kalau gua tak mau pi skolah(kuliah actually) tak pernah lu nak marah gua, paling lekeh pon lu mesti cakap, ala kesian lecturer..pi la skolah. kalau gua tak siap keja skolah pulak mesti lu ada untuk siapkan sama keja skolah gua. kalau gua lari, lu mesti tau kat mana nak cari gua....pendek kata lu memang serba tau beb. thats why I really love you!




Beb,
I am so thankful to have you in my life. You have been there for me always. and again...I miss You Beb!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Demam Pon Nak Demand!

Status : oh saya demam lagi!


baiklah seperti yang tertera di atas, maka dengan ini secara officialnya saya mengumumkan yang saya diserang demam lagi. hal ini semestinya berkaitan dengan keadaan cuaca yang panas melampau pada masa kini. biasa la budak kurang imune macam saya ni selalu ja menjadi mangsa demam pabila musim dan cuaca berubah. phewww...apa nak di kata, tu la antibiotik tak pernah habes makan, sekarang dah tak cukup imune nak salahkan cuaca pulak.


bercakap soal demam ni kan, mesti kau semua pernah mengalami satu situasi di mana kau tak lalu nak makan, time ni la perut kau pon nak demand benda-benda pelik kan. err aku tak rasa orang lain masa demam demand nak makan benda pelik, most of the time orang tak lalu nak makan je kan...TAPI!!! situasi yang berbeza berlaku kat aku. well memang aku tak lalu nak makan. to tell the truth dari pagi sampai petang semalam langsung aku tak makan..err lapar memang lapar tapi tak selera la.


sebenarnya mind aku tengah dok teringat oreo cisskek buatan MISS FARHANA kita yang gojes sebab tu la aku macam tak selera nak hadap benda lain. woohh sampai sekarang masih terasa kelazatan kek itewww. kejap lagi lepas habes tuition aku rasa macam nak pegi shopping ja beli barang-barang yang di perlukan. sumpah simple gila nak buat cisskek ni. before ni aku pernah gak buat cisskek (plain je) tapi dia punya ingredient tu bapak banyak beno..this time around rasa macam nak try resepi si-doctor-in-the-making ni pulak. hope menjadik!



nyummmy..oppss ni bukan aku punya kek yerr ni Farhana yang punya..kita tengok nanti aku punya kek jadi ke tak. kalau tak jadi sumpah aku tak post hehe.



kbai!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA