Wednesday, May 11, 2011

Cinta Dan Perkahwinan.

*jam menunjukkan 03.37 pagi saat entry ini mula hendak di cipta. di sebabkan aku tak boleh nak melelapkan mata, lepas tu baru pulak pekena nescafe secawan maka aku membuat keputusan untuk mempost entry barang sekilo dua.


Cinta dan Perkahwinan?




bunyi topik dah cukup untuk mem-wow-kan sesapa saja yang membaca termasuk la aku sendiri. aku kurang pasti sama ada penyampaian aku disini bakal mem-wow-kan kau semua yang membaca atau tidak..tapi apadehal..haku totap jugak nak bagi pendapat.




sebenarnya topik diatas telah dicetuskan oleh sedara kita iaitu Incik Abdul Hadi yang mana secara tiba-tiba beliau terasa seperti ingin berdikusi beberapa hari yang lepas. mungkin pada saat itu beliau terasa seperti ingin mengendalikan rancangan bual bicara bersama Hadiee agaknya,bila lagi nak feeling-feeling jadi Oprah Winfrey kan....dan aku pon dengan secara tak diundang terhegeh-hegeh ingin turut serta menjadi salah seorang daripada panel lantang mengeluarkan pendapat...sambil bangun dan menghentak tangan ke meja...yaa saya pernah berkapel dan....




dan saya mengaku yang saya agak terpengaruh dengan rakan sebaya untuk ada kapel pada saat itu.




begitu la gamaknya jawapan aku kot. hentah la aku ingat-ingat lupa jugak ni. tapi aku still boleh ingat macam ni la lebih kurang jawapan yang aku bagi time tu tatkala diajukan persoalan mengenai cinta. nak aku carik balik soalan beliau dalam KBU tu memang tak dapat la sebab traffik kat situ gila babas laju.




to tell the truth, aku agak menyesal jugak la sebab muda-muda dulu dah pandai nak berkapel-kapel ni. aku mula serius nak berkapel pon masa first year kat U dulu. time tu aku rasa macam dah afdal sangat la kan kalau ada kapel ni sebab dah jadi anak dara sunti gitewww. tapi sebenarnya aku sendiri pon kurang sure sangat yang aku ni memang cintan kat kapel aku tu atau tak, memang jadi krisis dalam diri jugak la.




dalam tengah-tengah dok berkrisis dengan diri tu aku still teruskan percintaan kami. aku pulak jenis layan je. lagi pon dah orang treat aku elok-elok takan aku nak buat taik pulak kat dia kan. sampai satu tahap yang aku rasa aku dah tak boleh nak teruskan hubungan kami sebab aku belom ready nak ke next stage. gila kau..aku belom habess study dia dah plan nak menikah bagai...apalagi mengigil la aku! kang tak pepasal ja bapak aku ligan (kejar) keliling rumah..kes naya oh! yang lagi bertambah haru tu aku sendiri tak pasti yang aku ni nak berkahwin dengan dia ke tak....eh?




aku bukan la seorang yang menentang perkahwinan..no..no..no..tidak sama sekali. aku pon nak berkahwin jugak nanti tapi bukan dalam waktu yang terdekat ni. bukan nak bercakap besar, tapi secara peribadinya aku rasa banyak tanggungjawab yang perlu aku galas sebelum aku berkahwin. setiap janji aku dekat mak masa aku kecik-kecik dulu sebijik-sebijik aku ingat, walaupon mak aku anggap tu semua janji budak-budak yang tak cukup umor..tapi bagi aku janji-janji tu la yang patot aku langsaikan dulu.




baru-baru ni mak aku ada bercakap soal kahwen-mawen ni. macam biasa la aku mesti nak mengelak. bagi aku, im still a baby lagi, mana lah layak nak menyentuh bab-bab kawen ni. lagi pulak aku tak berapa suka sangat. mak aku pon tak da la dok paksa aku suruh aku kawen ka apa, dia just bagi greenlight giteww since dia tau aku jenis yang patoh pada arahan ibubapa..humm kan dah terpuji diri sendiri..malas betol la...



dan tatkala ini jugak la aku rasa yang sememangnya aku belom ready nak kawen. nak kapel ngan aku? boleh..tapi kawennya bukan dalam waktu terdekat. aku tak mau jadi seorang anak yang tak sempat nak berbakti pada ibu dan bapanya. habes jaa study terus nak kawen..wat de heyy..kalau boleh aku nak sangat buat bakti kat dorang dulu before apa-apa. entah la mungkin sebab aku dah berjanji dengan diri sendiri kot. lagi pulak aku rasa kalau aku dah berkahwin nanti for sure aku dah tak bebas nak melunaskan janji-janji aku..ye la time tu semuanya harus meminta keizinan dari pihak suami..ufff...




walaubagaimanapon aku hanya merancang, tetapi yang layak menentukan hanya yang di atas.




antara sebab kenapa aku menyesal tentang kesah cinta silam aku, ialah sebab aku bercinta dengan orang yang salah. even barkali-kali aku pupuk rasa sayang kat dia still benda tu rasa macam nothing jugak. nak kata aku ni gay, tak buleh jugak sebab memang confirm dah aku straight. sampai sekarang aku rasa keputusan aku untuk break-off dengan ex aku adalah keputusan yang sangat tepat dan aku tak pernah menyesal, cuba bayangkan kalau la saat ni aku masih kapel lagi dengan dia and than dia pulak dok pressure aku untuk ke next stage, macam mana..perrhh boleh mereng agaknya aku.




satu je aku nak state kan kat sini..walau macam mana sayangnya aku kat seseorang, dalam segala hal aku tetap akan utamakan family aku dulu..paling penting parent aku tu. so kepada bakal suami aku yang mungkin sedang membaca entry ini (who knows)..maaf hookeyhh saat ni saya masih ingin belum berkahwin. awak pon sama kan...belum cukup duit lagi kot..baik awak kumpul duit dulu bebanyak yerr and than bila economy kita dah stabil dan saat tu kita da berjaya capai cita-cita kita baru la kita pikir untuk ke next stage okeh? yang penting bagi saya capai cita-cita saya dulu!




err sapa tahu yang bakal suami aku tu kau...yeesss kau la yang sedang membaca entry ini!




*ini adalah entry auto-publish.

NoTaKaKiEriN : tatabahasa dan pengayaan bahasa yang kurang stabil adalah disebabkan oleh darjah ketermengantukkan yang amat sangat, gudnite peeps!!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

10 comments:

Muslimah Optimis said...

WOWWWWWWWWWWW... bila cikgu erin berbicara soal cinta dan perkahwinan..heheh.. maknanya tak lama lagi i akan dapat adik ipar

~nsar~ said...

hahaha... kahwin la bukan khawin.. aiyak.. memang pengejaan yang salah disebabkan kekurangan kefein yang segera.. haha..

apa2 pun aku sokong gila entry ni... aku juga punya pendapat yang sama...

Akmal Ezzah Alias said...

hiyak! datang sini

Akmal Ezzah Alias said...

WOW~~ hehehe CINTA tuuu

hadiee said...

nice one.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

wahhhhh...

panjangnya entry hahaha

tapi berjaya menghabiskannya.... =)

kadang2 keputusan yg kita amik tu dan kita tak pernah menyesal, adalah keputusan terbaik yang pernah kita ambil

Qamarul said...

rugi laa.. kawin awal best kot.. hahaha.
kawan aku la kate best..

*47!k@# said...

haha..macam2 kan fikir..peh..susah nak kata..(=_=)"

CikTomyam said...

CINTA is LUV.. <3

MiZi said...

hah cantik sangat bab perkahwinan.. ni nak jemput erin mai baca sat pastu wajib untuk erin ek.. kemon la.. kita kan adik beradik

Wajib Baca dan : Mizi Ajak Ni