Thursday, August 11, 2011

My Life As A Teacher...Season Finale?


pagi tadi masa tengah dok kalut belit tudung nak pi keja, aku dapat satu phone call. dalam hati memang aku dok bajet ni mesti tempat keja aku call tah-tah nak suruh aku tukar shift masuk petang pa..dengan seberapa slumbernya aku pick up la cepat-cepat mana tau kalau dorang suruh masuk shift petang buleh jugak aku sambung tido lagi. tapi...hampa ja...rupa-rupanya officer dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang call. actually caller tu sebenarnya officer yang incharge aku selalu..masa dia call tu dia pakai number office padan lah aku tak dapat detect sapa yang call!


macam biasa la kalau dah officer call opkos la nak offer mengajar kan..katanya kali ni dorang nak hantar aku mengajar kat SK Convent Butterworth...dari rumah aku pegi sekolah tu adala dalam 5minit macam tu sebab sekolah tu memang lokasinya sebelah belakang taman perumahan aku ja pon..kalau nak calculate balik jarak SK Kuala Perai ngan SK Convent Butterworth ni kompem-kompem la Convent lagi dekat sebab jalan sehala ja tak payah nak kona-kona rata. Subject yang ditawarkan pulak..semestinya Science! masuk ni dah 2kali aku jadi cikgu Science..berdasarkan pengalaman aku selalunya subject yang aku kena mengajar mesti tak lari dari Science, Mathematics ngan Bahasa Inggeris(yang ni awai-awai lagi aku tolak,dah dua kali dorang offer tapi tak official la lebih kepada tanya aku willing ka tak.. BM pon tak berani nak ajaq ini kan pulak BI..orang perusak bahasa macam aku ni mana buleh jadi cikgu bahasa nanti rusak anak-anak bangsa..oh tak sanggup ok). kadang-kadang teringin pulak nak jadi cikgu Pendidikan Jasmani fulltime...main kat pandang hari-hari pon syok jugak!


unfortunely tawaran yang macam ni punya lumayan aku terpaksa tolak kali ni. memang aku serba salah jugak mula-mula tu sebab aku memang lagi suka teaching dari semua benda. sikit sebanyak ada jugak la rasa terkilan tu. kalaula tak disebabkan aku tengah tunggu permohanan rayuan nak further study agaknya hari ni aku dah jadi cikgu kat Convent kot. well tak pa lah..nak buat macam mana kadang-kadang kita terpaksa lepaskan sesuatu benda demi untuk memiliki sesuatu yang lain..aku harap aku pon dalam keadaan tu sekarang. kalau lepas ni aku still tak further jugak, Insyaallah aku nak jadi cikgu balik lah. seronok pulak bila dah lama-lama jadi cikgu ni..walaupon baru setahun kan tapi aku rasa macam serasi pulak ngan aku.





















rindunyerr kat dorang semua ni hoooh!

by the way nak sentuh sikit pasal tajuk entry ni yerr..sekali baca macam eksklusif ja kan haha #retiss buat entry mesti la kena kasi tajuk yang hot kalau tak mesti peminat tak nak baca ye tak?? so tajuk tu kalau korang rasa kena mengena ngan entry ni maka ada la kena mengenanya..kalau tak da pon...err aku rasa ada jugak la kot kena mengena...tak tau la kena kat kat mana tapi aku rasa macam kena ja..korang tak rasa ke? juling pulak mata aku sebab banyak sangat type perkataan kena ngan mengena ni..dah la nak masuk sleep dulu!


chiao =)





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

6 comments:

H Y D E said...

alololo. melepas...

kiera'sakura said...

xpe la.. insyaAllah ade rezeki nanti ampa msti dpt jgak..

and sometime kte xblh tamak nk pulun sume menda kan? :D

visitme@FaTiN cOrNeR said...

abis blaja nnt sy pn teringin nk jadi ckgu..hehehe..

xpa..myb ada hikmah tu..

mR.sAm said...

selamat pagi cikgu!!hahaha...mcm syok ja jd cikgu kan..

Amalina said...

weh..ko jd cikgu da ey?huhu..lame xjumpe.. ;)

zezolla_atin said...

cikgu erin !!!! hehe .