Sunday, September 5, 2010

.cool itu sejuk, sejuk itu cool,cool itu memang sejuk.

hello hello hello [sila baca dengan cepat yerr]

urgghh so tired la today, dari pagi shopping pastu balik umah and then petang shopping lagi..warhh sumpah gile penat macam dah bertaubat tanak dah visit mall-mall yang ada kat dunia ni...tapi sapa la yang nak caya kan kalau Erin Azizan buat statement senget macam tuh, aci kerat jari sepuluh pon belum tentu orang nak bagi feedback positif. paling tidak pon  dalam hati mesti terdetik.."eleh ye la sangat, nanti dah hilang letih penat kemana taubat pon kemana.." uff nanana jangan u ols, jangan buat statement macam tu yerr tak baik tau, doca..

hari ni dah la hari ahad, the only day yang aku cuti, so selalunya aku bangun agak lewat dari biasa, tapi hari ni disebabkan misi shopping-shopping aku, terpaksa la mengigihkan diri bangun seawal mungkin muaahaaa macam nak menangis ajer bila terpaksa meninggalkan tempat tidur yang begitu selesa dan nyaman..senget! pesal tah tempat tidur selalu ja jadi tempat yang paling indah dalam hidup aku? ha sebab tuh la aku kalau buleh tak mau langsung berpisah dengan dia...ohh maafkan aku tempat tidur,sebab aku terpaksa jugak blah dari mendampingi anda untuk jangka waktu yang agak lama...maaf kan aku yerr??

kejayaan bershopping kali ni agak tidak memberansangkan, sebab ada lagi satu benda yang aku tak mampu nak cari...hape lagi heels la. susah la nak cari yang berkenan, aku tak suka tinggi-tinggi sangat kalau buleh nak yang sedang-sedang aja, selalu aku prefer pakai wedges shoes jenis flat, sebab wedges jenis ni yang comel-comel senang cari..tapi heels mak oii sikit punya susah kot, nak wat cemana kan aku ni dah la agak kurang inci so kena la jugak cari heels, nak cover kekurang diri,huhuhu.. agak-agak kan bila la inci aku akan bertambah eh??

aku ni dah la agak teliti bila nak membeli barang, so sesapa yang nak shopping ngan aku tuh, memang kena ada iman yang sangat tinggi la sebab kalau dalam apa jua chapter bershopping, aku akan amek masa yang agak lama, memang tak kan terjangkau la dek pemikiran manusia biasa ni, hanya orang-orang yang terpilih jaa yang ala-ala bertuah macam aku ja dapat rasa aura aku.kehkehkeh. bunyi agak poyo disitu yerr..tapi ada sorang member aku ni memang perangai maakk aii sejibik macam aku..kalau tak caye sila tanya tuan punya badan ni, Myra (kelik kat nama dia if nak berkenalan ngan dia). serius aku cakap dia ni memang sempoi giler. kitorang memang penah la shopping sekali, time tuh dia ngah nak cari sandals, memang habes masa kat kedai-kedai sandals ja la satu hari tuh. satu lagi dia ni memang selalu ja willing nak temankan sesapa shopping, tak perlu risau kalau anda terpaksa bershopping sendirian kerana Myra kan ada... tidakkah anda rasa sangat cool bila ada member yang macam ni??cool kan....

besok lusa, harus kena shopping lagi nih..ha mcam tu la aku, lagi tak raya lagi tuh la aku sakan membeli dan membelah. pagi tadi, ber-jam-jam lamanya aku kat pusing-pusing baru dapat tangkap shawls ngan inner. pastu petang sambung lagi. this time memang aku nak pegy Elianto pon, so sampai je depan pintu Elianto dengan  rakusnya aku cari la benda-benda yang aku nak, concealer,blusher,pressed powder ngan glimerlistick.aii kejap kejap kejap [udah macam icon kat ym pulak] sejak bila lak Erin Azizan taksub ngan benda-benda alah ni yerr?uisshh konpius ni..tranformasi baru kot?hehehe no comment!.. dah dapat tetiba rasa macam nak beli benda lain pulak..tapi nafsu tersekat disitu yerr, sebab time nak bukak posa dah dekat sangat..[ngee ayat coverline je tuh, sebenarnya aku dah cuak tengok partner aku, muka dari kaler biru dah bertukar jadi kaler hijau, sikit lagi je nak jadi Incredibble Hulk, so langkah selamat, blah dari Elianto secepat mungkin!]

jadi tamatlah misi shopping-shoping bersama Erin Azizan pada hari ini yerr kengkawan, besok harus pegy lagi ya, [ hari ni misi shopping tak pegy ngan Myra, so tak berapa cool la hehehe]

eh kejap kejap kejap..terasa ingin menukar nama belog ini la...haha kali ni dah masuk kali yang ke-enam aku dok tukar nama belog. kali ni terasa nak buboh nama "Erin Azizan al-Mashoor" pulak, amacam cool tak?..Incik Bff sila komen sikit, legend tak nama baru ni??hehehehe


Introducing...Miss al-Mashoor

*
*
*
*
*
*
*
*
*


yess i am Erin Azizan al-Mashoor~~~ 
and, i'm the coolest person on earth..teeheee..

sekian, adioss.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

.realiti seorang perempuan.

"lu pehal sebok-sebok hal gua tah, lu nak kena maki ngan gua ke? lu penah dengar gua mencarut tak? hape lu ngat gua tak pernah mencarut, then gua tak reti la nak cakap-cakap kotor ni?lu silap beb, gua berani buat hape saja.."

huff kan bagus kalau aku buleh cakap macam tuh kan? yepp realitinya aku memang mengelak dari nak cakap-cakap kotor macam ni, yela i'm a girl, so macam kurang manis bila seorang perempuan, Melayu pulak tuh dengan bangganya terpekik terlolong depan public dok maki-maki bila bercakap. aku memang anti gila ngan puak-puak macam ni. i mean, kalau nak maki pon jangan la depan public, consider la orang lain yang dengar kau dok maki-maki tuh. eventhough maki-maki ni dah jadi nadi dalam setiap percakapan kau, tapi agak-agak la weyh....

aku bukan la suci sangat nak menegur orang-orang yang macam nih tapi dah lama aku perhatikan perempuan-perempuan nowdays gile bangga cakap main lepas ja kalau nak maki pon, dah tuh bukan main kasar bila berbahasa, heyh hello awak tuh perempuan okeh, jaga adab susila sikit jangan nanti orang lebel awak perempuan sundal sudah.

aku tegur ni bukan nak kata aku ni sentiasa menjaga adab percakapan aku, kadang-kadang aku pon ada angin gak, terlepas jugak maki-maki semua nih tapi sekejap je la tak da la sampai nak terbawak bawak dalam percakapan harian, biasanya kalau aku ter-maki sekalipon time tuh aku dah lost control, and aku akan pastikan takan ada orang asing yang terdengar aku mencarut ke maki ke melainkan kawan-kawan rapat aku ja. sepuluh kali ganda lebih bagus dari aku dok mencarut depan pulic kan.

selalunya kalau aku ter-maki,kengkawan aku akan tegur, ha la giler kau, aku tak pernah kot nak ikut sedap mulut aku memaki hamun, and bila dah jadi camtuh mesti la dorang terkejut. ye la Erin Azizan mengamuk kot. bukan nak bangga cerita, tapi ada la one day ni my bestie tegur. time tuh aku memang lost habess la aku pon tak tau cemana buleh terkeluar ayat kotor tuh, and she said " Erin stop it, u jugak yang cakap perempuan tak elok maki-maki and now u pulak yang dok maki-maki orang, ape kes?" terkelu lidah aku cesh terkena aku disitu. ye la aku penah basuh my bestie tuh pasal kes maki-maki la. alhamdulillah dia follow basuhan aku tuh..tup-tup terbalik kes, aku pulak yang dok seronok memaki..memang patot pon dia pakukan aku balik.

lepas dari kes tuh, insaf kot aku. memang betol la perempuan kalau dah mula bercakap kotor memang sangat annoying okeh. macam mana yang aku rasa bila aku dengar orang perempuan cakap kotor macam tuh la public rasa. maaf cakap la bagi aku perempuan yang kuat maki ni tak selayaknya hidop kot. dah kalau hidop pon asyik nak memaki wat hape hidop..ye tak? dari orang dok buat dosa kering mengutuk kau, baik la kau tuh mati aje, tak pon insaf la cepat-cepat yer.


perempuan melayu terakhir..awww~~

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, September 3, 2010

Kalau U Ols Lelaki....

hello hello hello u ols...
macam tak lengkap lak entry i ols ni kalau tak mengedix nak nyebut hello hello hello tuh.
udah jadi sumpahan gamaknya kowt..gasak lah kau lah munyet sumpah ke sesumpah ke janji i ols bukan munyet yerr. i ols tetap si gadis yang vogue gituh.awwwuuu

eh eh pesal lak i ols terover melampau macm sutun neh?..ni i ols nak story ni. i ols nak la kan tanya u ols ni sikit...sikit jer tak banyak pon kalau banyak pon i ols pedulik hape, i ols punye suka la nak soal banyak mana pon kan..sebabnya i ols yang nak bertanyakan, takan la u ols pulak nak tanya, kalau u ols tanya sapa pulak la yang nak menjawab..ye tak?? u ols tuh cuma bace dan renung-renungkan lah perkara-perkara yang bakal i ols rungkai kan sat lagi..hehehe harap bersabaq noo i ols agak fanatik sikit nak gunakan bahasa penang i ols ni, ye la kalau bukan i ols yang nak guna, sapa lagi kan?

lailailai...meh i ols nak tanya soalan pembunuh yang wajib u ols jawab...sila jujur yerr.

u ols ni LELAKI ke?

kalau u ols ni seorang pompuan, orang di sekeliling u ols mungkin takkan amek kesah kalau u ols nak buat benda-benda ni. tapi kalau u ols ni LELAKI dan buat benda-benda tak senonoh ni mesty aci kerat jantung pisang laa orang- orang kat sekeliling u ols akan di-heart attack dan mengalami diabetis yang berpanjangan, dan dikhuatiri jugak yang orang-orang ni akan dijangkiti penyakit urinary bladder yang menyebabkan orang-orang ni akan sentiasa nak terkencing tilam bila tidoq.


haa tunggu pe lagi jom kita sekodeng point-point kat bawah ni yerr.
  • u ols ni bila pi supermarket tetiba pulak bernafsu nak try lipstick, nak tenyeh kat bibir u ols yang tebal tuh..tak kesah la cap hape pon janji lipstick tuh kaler merah ank ank..fuyyoh, paling tidak pon kan mesty sales girl yang jaga kat kaunter tuh histeria sebab tengok jantan pure try lipstick, lain la kalau u ols ni ehem ehem..awwww awwww camtuh, takda la minah tuh nak histeria....

  • bila u ols pegy kedai kasut, bukan lagi u ols nak cari kasut jantan tapi sebok pulak nak cari heels yang 3 inci tuh..sebabnya seumur hidop u ols, tak pernah nak merasa sakit pinggang bila pakai heels. jadi untuk nak turut merasa kesakitan tersebut u ols pon pegy la cari heels, selalunya kalau size u ols ni memang tak de la, tapi macam mana pulak u ols yang kaki kecik? haa mesty u ols tak lepas peluang kan...tsk tsk..awww i ols pon teringin kot nak tengok u ols yang konon-kononya masculine tuh pakai heels, macam mana la gamaknya kan?

  • ni lagi satu fakta yang tak boleh blah, u ols masuk tandas pompuan. al kesahnya u ols ni nak la kan compare apa beza tandas pompuan ngan tandas u ols, pastu u ols pon nak la jugak tahu kan kenape la yang pompuan selalu berlama-lamaan dalam tandas..dok buat curry ayam ke dok main golf kan??

  • tiba-tiba jaa u ols ni tukaq cara duduk, kalau selalu u ols dok bersila kali ni u ols dengan selesanya duduk bersimpuh dengan sopan ala-ala anak dara tengah tunggu orang nak sarung cincin tunang gituh..awwww tergoda u, kalau takda orang melamar u ols jadi partner dorang, sila jangan tanya kenapa yerr, jawapannya ada pada u ols seniri, tepuk dada tanyalah orang sebelah "oii Seman pesal eh Minah tuh tanak kat aku eh??" nescaya Seman pon tak gamak nak jawab soalan standard one u ols tuh.

  • nak lagi besh, pe kata lepas ni u ols pegy taman pastu jalan berpimpin tangan ngan seorang lelaki..paling busuk pon kan i ols buleh jamin la, orang-orang yang kat taman tuh sure muntah hijau sambil mata terjuling dok perahati u ols...tapi kan, besh jugak tuh, ye la bila lagi kan u ols nak jadi perhatian, time ni je la kan...so hape lagi cuba la mana tau lepas ni terus glamer, masuk majalah sapa yang untung..u ols jugak..i ols tak dapat pape pon...

  • u ols yang lelaki ni tentu tak pernah try kan berpakain sedondon dari atas ke bawah. haa cuba la u ols match-matchkan baju u ols sekali ngan kasut-kasut. kalau u ols pilih nak pakai kuning ha cari baju yang kaler kuning, seluar kuning pastuh jangan lupa kasut pon kena kuning tau baru la namanya sedondon. i ols gerenti kalau Naomi Champbell terserempak u ols, menangis kot dia sebab u ols lagi vogue and terang dari dia.

  • sekali sekala pe kata u ols try pakai skirt singkat yang ketat pastu terbelah sampai nampak peha u ols yang gemuk-gemuk serta berhutan tebal tuh...terbalik donia kot..

  • yerr dah kalau namanya LELAKI wajib la kan u ols pegy sembahyang jumaat, cuba kalau u ols tak pegy sembahyang jumaat tak terasa u ols ni cam pompuan ke??ish ish malu nya ngan tuhan kan...
jadi secara kesimpulannya u ols yang benama LELAKI ni agak-agaknya ada tak ceciri yang i ols sebut kat atas tadi tuh yerr? kalau ada pepandai la u ols adjust bagi jadi  betoi balik noh, selamat meng-adjust la yerr.


awww u ols nak jadi cam ni tak?

sekian...i ols bawak diri dulu...aawwww~~
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

.macam-macam ada.

hello hello hello...

wah wah pembuka kata macam artis glamer gituh, padahal makcik ngan pakcik yang jual ice blanded kat pasar malam Perlis tuh pon belum tentu kenal aku, walaupon aku ni regular customer dorang, sadis kan?? werks stop!! stop!! stop!!no more sadis sadis story, life must go on rite? tak dapat ngap ice blanded dorang pon tak pe lah, sebab last sem aku dah bedal cukup-cukup kot. mana tak nya setiap minggu 3 hari berturut-turut start dari hari rabu, khamis,jumaat memang hari wajib untuk aku ngap ice blanded dorang tuh. addicted giler babeng kot. so pada korang yang still lagi stay kat Perlis aku sarankan pegy la cari dorang tuh, hargailah ice blanded dorang, selagi korang masih kat sana..tsk tsk sessi promo ice blanded berakhir disini yerr... kepada makcik dan pakcik yang jual ice blanded tuh, jika terbaca entry ni harap dengan segera hubungi saya okeh. saya nak perlukan komisen dari iklan yang tidak disengajakan ini, harap makcik dan pakcik dapat menyediakan imbuhan dalam bentuk duit raya yang lumayan kepada saya yerr.

lately ni agak banyak pulak orang yang  nak mengajak aku berbukak posa sesama, dah tuh siap offer nak belanja kot, otak aku yang dah sentiasa senget ni pon makin bertambah darjah kesengetannya, ye la tiap hari dok pikir, hari ni nak bukak posa ngan sapa, kat mana, makan apa...aisehh cam hawt jer kan...hahaha seniri-seniri perasan tak pe, tak susahkan orang lain kot.

yeww aku still lagi berhutang nak bukak posa ngan depa-depa yang aku dah list down nih :

  • Cik Twin @everywhere,tak spesific pon
  • Cik Panda @Pizza
  • Mr Nemo* @Sizzling,Sunway
  • My girls @KFC
kira dah tak banyak la, majlis bebukak posa yang aku nak kena attend pasni, still ada lagi 4, tapi 4 tuh pon cam nak pecah otak kot pikir, ye la aku abes keja kol 7 nak pegy jejauh mesty tak sempat unless aku blah balik awal macam hari tuh masa aku bukak posa kat Route69. naseb baik la aku dah lepas semua event-event bukak posa ngan family aku, ni tinggai lagi seminggu je berbaki nak posa aku ngat nak berbuka ngan bebudak kat atas tuh la, karang tak pepasal aku dituduh mungkir janji kalau aku cancel ngan dorang. lagi pon seminggu ni family aku cam sebok jaa, mesty dorang pon makan kat luar ugak. besa la dah nak raya kan macam-macam la nak kena prepare, kalau dorang makan kat luar, aku tak join pon tak pe kot.

ha satu lagi nih, rasa bersalah giler sebab minggu lepas tak dapat join my girls shoping-shoping, padahal aku jugak kot yang terloncat-loncat awalnya plan nak shoping sekali last-last kena cancel sebab masa sangat limit, so weekend ni if tak da pape leh la ajak dorang re-shoping ngan aku pulak. sorry yerr korang, nanti kita shoping okeh..banyak benda aku nak beli nih.

misi yang belum terlaksana pulak, misi aku nak jejak kaki kat uptown, patotnya semalam lagi dah sampai ngan Incik Bmw, tapi dah beliau ada hal so tak dapat la, hari  ni pulak beliau dah balik "KL jerr" kalau tak memang malam ni dah sampai kot...haa owh yaa Incik Bmw takda, tapi kan ada lagi sorang Mr yang kepala senget cam aku gak,orait gaks tuh ajak beliau  round-round uptown..setel satu masalah. pasal Incik Bmw lak nanti bila beliau dah balik semula ke Penang kitorang da plan nak round-round sesama, pape hal pon depends on him la, aku tak dak hal, jangan time nak keuar tuh beliau ada meeting lagi suda.....

akhir kata dari aku, semoga Erin Azizan berjaya dalam misi-misi hangat beliau...

sekian, adioss.

p/s: *subject to change hehehehe
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Dakyah Diteruskan

halooo haloo haloo..

wah setelah dua hari tak membelog, kini aku kembali meneruskan dakyah marang perapu marang kepunden aku kat sini. teehee...well well well aku memang suka merapu pon. itu adalah satu fakta okeh!

just received a call from my princess, lama betol tak dengar gelak dia yang "keh keh keh" tuh and today she called me, lama jugak we both gossip-gossip, macam-macam hal keluar, oh damn how i miss her so much!! nak sangat jumpa dia. but how?? dah la aku lately ni makin busy nak berfoya-foya pon dah tak buleh inikan pulak nak pegy kat dia yang nun jauh disana...gile sengal, baru je tadi time tengah drive aku dok terpikir-pikir pasal dia, tup-tup sampai ja rumah terus dia call, i told her bout this, aku cakap yang we both ni ada chemistry, princess pulak cakap yang aku ngan dia ada telepathy..haaa yang mana satu betol pon aku tak tahu la.

tak kira la chemistry ke telepathy ke first party ke, third party sekalipon aku tak kesah  janji aku ngan princess always happy together, eventhough kitaorang terpisah but there's always something yang buat kitaorang selalu ja rasa dekat. can't describe that thing tapi tu la yang aku rasa bila dengan princess. she always make me happy. and satu fakta yang penting jugak yang aku rasa menjadi pengikat aku ngan princess adalah gossip. sila jangan salah paham,kitorang tak gossip pasal orang lain yerr, melainkan pasal diri seniri dan kehidupan harian..errr actually ada la sikit pasal orang lain kot...sikit jaaa.

************************************************

al-kesahnya pulak tadi, masa kat office time tengah layan mengantok dan lapar buleh pulak aku menganggu kententeraman Incik Bmw masa beliau kat kampus, ye la aku kan posa mesti la kena lapar takan la nak kenyang pulak..ngeee agak senget disitu ye bila tiba-tiba ja aku dengan pantas menaip message kat Incik Bmw...

erin : asa cam nak gigit fillet-o-fish lak, hahaha mana leh dapat eh?

bmw : nak gigit benda tu ye. x pasti lah kat mane?

erin : tah la. ada idea x kt mana bnd tu ada?

bmw : x pasti lah kat mane. nak gi k. leh tlg carikan. huhuhu. (saja buat-buat tak paham)

erin : nk tlg cr ke? aik xbz meting ari ni? hahahaha ( sebenarnya ini adalah ayat perli, bmw je tawu)

bmw : ceh meeting mlm ni jam 10. smpt je.

erin : ha tgk br sbt ja dan dan meting..xpela huhu.

+ + + + + + + + + + + + + +

haa mesti korang ngat aku ngan Incik Bmw tak jadi cari Fillet-O-Fish kan? oh sila jangan buat telahan awal ya, sebenarnya kitaorang pegy jugak, tapi pegy lepas bukak posa. tuh pon lepas kitorang disscuss dengan panjang lebarnya dalam mesej. memula tuh aku sesaja je kacau dia,tak sangka pulak beliau agak bersungguh-sungguh disitu.lagi pon besok Incik Bmw dah nak balik kampung..balik KL jer katanya..dah beliau cakap macam tuh aku pon, terus je la setuju, tapi dengan syarat lepas bukak posa, aku set pukul 8 nak jumpa dia kat Mc D Seberang Jaya. he said ok.

lepas je bukak posa, aku dengan kalutnya bersiap-siap, ye la dah bukak posa pon dekat pukul 7.30 kot janji ngan dia nak jumpa pukul 8, setengah jam nk bersiap macam tak sempat ja, pastu nak drive pegy Mc D gi, tuh tak termasuk jamm yang menggila kat hi-way, tapi naseb baik la tadi aku kuar lagi 5 minit pukul lapan and 15 minutes pastu dah sampai, kira tak lari banyak la dari jam yang dijanjikan tuh.masa aku sampai tuh Incik Bmw tak sampai gi, beliau tiba 5 minit pastuh, pergh kecut ugak aku kot-kot dia terlupa, ye la Incik Bmw kan always busy...karang tak pepasal aku lepak sorang-sorang kat situ. kes naya kot.

kitorang lepak tak lama pon, sebab Incik Bmw nak kena balik awal, nak teraweh pastu meeting la hape lagi..sampai-sampai je beliau terus ajak aku gi order, kitaorang makan set yang sama..sekali lagi agak senget disitu yerr bila aku dengan rasa tak bersalahnya tidak meng-order Fillet-O-Fish, tetapi menukar menu aku kepada Mc Chicken Burger pulak dah, well aku memang camtu pon awal sebut benda lain last-last order sebut benda lain pulak.harap maklum yerrr. semua perbelanjaan di Mc D ditanggung oleh Incik Bmw, padahal dia yang suruh aku belanja last-last dia pulak yang bayar.

sambil makan sambil borak-borak, aku ngat nak ajak beliau pegy uptown tapi tak sempat kan..semuanya gara-gara meeting beliau tuh la, beliau pon ada gak cakap yang sebetolnya malam ni memang beliau nak ajak aku keluar jejalan pon tapi terpaksa cancel, bunyi macam ada nada kecewa disudut hati beliau, ye la beliau dah plan nak bershopping before balik raya, last-last tak jadi.kan kecewa tuh..

sebenarnya kemaren pon aku ngan Incik Bmw bukak posa sesama kat Route 69, Perda, time tuh ramai-ramai la ngan kawan sekampus beliau serta Incik Abah. Incik Abah yang invite beliau join bukak posa sekali, time dia terserempak ngan Incik Abah dalam kampus. tuh aku pelik tuh pesal lak mamat ni bleh ada sekali masa bukak posa tuh, tapi belum sempat aku tanya beliau da bagi explaination yang panjang lebar..aku pon hangguk-hangguk ye ye je la. malas nak ulas pepanjang, bukan masuk exam pon.

so dipendekan story maka, misi aku ngan Incik Bmw nak pegy Mc D pon tercapai, setelah bermacam dugaan yang kitorang tempoh. mana taknya time beliau datang umah aku pon kitorang asyik dok mention pasal Mc D jer..mesti Incik Abah pelik, apo kono eh budak bedua ni, memanjang mention Mc D bila jumpa. tu la Incik Abah tak tahu kitorang punya deal. semuanya because of nak makan Mc D sesama la tapi selalu tak berkesempatan, ada ja halangan. ni kira kejayaan yang agak membanggakan la sebenarnya hehehehe..

satu lagi fakta yang aku dapat hari ni. Incik Bmw kata,bila nak keluar ngan aku je, time tu la beliau ada meeting, meeting je mesti time tuh beliau nak keluar ngan aku, apa kena-mengenanya aku ngan meeting, aku pon tak kenal sapa meeting tuh...hahahah..korang kenal ke?sila jangan buat-buat garu kepala yerr kerana ini adalah kesah benar antara aku dengan Incik Bmw. kalau tak paham belakon je la buat-buat paham, tak pon tak payah paham langsung sebab confirm final exam tak tanya soalan killer cam ni.

sekian, adiosss~~







TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, August 30, 2010

merdeka, JEPUN dan Erin Azizan.

merdeka kali ni memang bagi impak yang besaq buat mereka-mereka khususnya kaki-kaki konsert kan..ye la mana tak nya, kan ke merdeka kali ni tak de dah konsert-konsert atau percikkan bunga api tengah malam. aku gerenti paling tidak pon bebudak ni mesty dalam hati terdetik.."aiseh tak syok ar merdeka, tak de konsert, cam tak de feel jer.." 

jangan nak tipu la kalau korang dengan rela hati terima keputusan kerajaan tahun ni tanak buat konsert, aku pon besa muda kot, besa layan feel muda-mudi cam nih, cuma sekarang jer dah kureng sikit, bukan paa saja nak amek feel bulan posa, nak stick kat umah ke kat surau ke, kan ke lebih afdal tuh...

pokok (sekali ngan daun-daun dia) pangkalnya tu bukan la persoalan utama yang aku nak merepek kan kat sini, aku memang sahut hundred and thirsty eh silap thirty percent kalau kerajaan nak mansuhkan terus bunga api and konsert-konsert diambang merdeka ni. sebabnya benda macam ni la yang buleh menyebabkan kejadian social sekarang ni menjadi-jadi..aku malas nk state satu-satu kejadian social tuh korang ada otak so pikir la seniri yerr, kalau dah agak otak tuh senget sangat cuba la bawak-bawak baca paper ke surf internet ke, search pasal isu-isu terkini.

meh aku nak tanya korang, korang tahu ke apa erti merdeka tuh sebenarnya, memang la bebas dari belenggu penjajah, tapi betol ke kita nih dah bebas?so sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 besok, aku dengan bangga serta riak nak cerita sikit la pasal pengaruh Jopun yang tak pernah hilang kat negara kita ni yerr..okeh sila amek perhatian yang serius mengenai perkara ini. maaf  fakta ini tiada siaran ulangan jadi tolong bagi sepenuh attention, sebelum aku sumpah korang seko-seko jadi ferrari....

kesan pengaruh Jopun kat Tanah Melayu yang bermula di Kota Bharu pada 8 Disember 1941 hingga Ogos 1945 bila Hiroshima dan Nagasaki di kebaboomm kan dengan bom atom. walaupon tempoh penjajahannya singkat tapi kesannya maseh boleh kita nengok hingga ke hari ini..tak caye cuba check fakta yang aku dah selongkar neh....

fakta pertama, kita selalunya pergi ke tandas menggunakan selipar JEPUN. jangan nk temberang la kalu korang kata tak pernah pakai selipar JEPUN tak caye cakap aku bek korang pegy check toilet korang tuh, paling tidak pon mesty ada sepasang selipar JEPUN kaler dia selalunya merah,biru atau hijau..haaa tunggu pe lagi, pegy la check cepat!!!

fakta kedua, bila anak-anak kita (anak-anak korang yerr, aku tak kawen lagi harap maklum)  buat hal kita (korang jugak) hukum dorang dengan penampar JEPUN...panggg

fakta ketiga, kita pon termasuk aku jugak suka tengok rancangan kartun JEPUN. eleh macam la aku tak tau korang tuh tiap ary sabtu jer stat dari pukul 7 mesty dah terpacak depan tibi, semata-mata nak tengok shin chan ngan an an an totamodaisuki..doraeeeemmonnnn...

fakta keempat, mat rempit merempit dengan menunggang motosikal buatan JEPUN. halamak Mr Black aku pon buatan JEPUN daa...okeh sila amek perhatian, aku bukan minah rempit yaa..

fakta kelima, semakin banyak muncul restaurant makanan JEPUN cam sushi king tuh. kita yang lidah melayu ni pon da jadi lidah JEPUN pulak dah sangap nak makan sushi tapi biler suruh speaking JEPUN tergeliat pulak lidah dorang ni satu patah hape pon tak reti nak sebut perkataan JEPUN, melainkan JEPUN je la yang dorang reti sebut .isk-isk ni la namanya melayu mudah lupa.

fakta keenam, di negeri Johor terdapat sebuah kampung yang diberi nama Kampung Parit JEPUN, silalah google kalau agak ragu-ragu ngan fakta ni.

fakta ketujuh, tahukah korang yang baju rayer Erin Azizan yang da sekian lama beliau tempah memang takan siap?? hah tak siap????urghh...mommyyy orang nak baju rayer!!! baiklah sila abaikan fakta ini ya.

sekian.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, August 29, 2010

aku bukan stalker okeh!

al-kesahnya dalam 2-3 hari yang lepas, time aku dok layan baguih punya blog member aku yang sorang ni secara tiba-tiba mata aku terpandang follower dia yang beribu-ribu lemon tuh. ape yang besh sangat kat follower dia tuh ek? haa ni nak story ni, kat follower dia tuh takde pon buah lemon,jauh sekali pak cik leman yang meniaga satay kat pasar malam tuh yerr...hatta pak cik leman seniri pon bukannya kenal ngan member aku tuh..aiseehh tengok dah terlajak mengarut pulak..sorry-sorry jum kita straight to the story (kehkehkeh sila gelak mengikut cita rasa anda okeh).


macam ni dalam banyak-bnayak follower dia tuh, ada la sorang minah ni. sekali tengok sumpah, memang tak kenai. ye la nak kenai cemana dah kalau gambo yang appear tuh besar kuman je. tapi dia punya nick name tuh cam familiar jer, so aku pon haper lagi terus la melakukan jenayah tanpa niat ------> stalk blog minah tuh. ah biarla bukan dia tahu pon aku stalk blog dia. dengan itu secara rasmi dan sengaja dengan niat aku menjadi seorang stalker yang tak bertauliah,eh eh kejap jadi stalker pon kena ada tauliah ke? (sila jawab dalam hati anda yerr).


lepas sekodeng blog minah tuh, baru la aku tau, and memang aku dah agak dah dari awai yang minah ni member aku time skewl menengah dulu. cuma nak confirmkan aje sebab tuh la aku terpaksa dengan rela sekodeng blog dia habes-habesan. aku penah gak cari minah ni through fb tapi sampai lebam bijik mata tak jumpa-jumpa jugak. aku agak minah ni paling tidak pon mesti la nak menyepikan diri dari dunia siber kan.ye la fb yang popular lagi ganas tuh pon dia tak join..ini kan pulak nak buang masa blogging benda yang tah pape..tapi kan weyh bak kata pepatah traditional yang diberi nafas urban sikit.. "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya masuk olimpik jugak" minah ni lebih advance, bukan advance sampai masuk olimpik yerr..advance berblog, eventhough dia tak join fb, dia ada blog kot..satu benda yang tak tercapai oleh akalku. patot la selama 5tahun ni aku tak dengaq story pasai dia..rupanya dia dok buang masa kat blog dia. ya mungkin beliau (minah tuh laa) boleh berbangga sebab blog dia dah dapat satu award dari saper tah..(hehehe..sila gelak sambil menampakkan gigi anda yang berterabur tuh yer)


tapi yang paling besh lagi, minah tu post story yang betol-betol buat aku terkejut kambeng yang kalau cicak pandai baca pon dia mesty nak terberak.. citer pasal abang sedara dia yang dah menikah and baru timang baby 2-3minggu lepas. kalau nak tahu abang sedara dia tuh ex-boyf aku dulu..giler babeng cam tak pecaye jer, ex aku dah ada baby kot, chummell siot. serius aku tak tau pulak yang dia dah kawen tahun lepas. tup-tup bila keluar story dah ada anak..wah tahniah-tahniah. aku pon turut happie bila tau yang dia dah berjaya mengembangkan family dia. hopefully anak dia yang chummell siot tuh pon bakal jadi anak yang soleh, kuat agama cam bapak dia yerr. serius aku memang happy for him. tak de masa nak berdengki-dengki nih..first benda yang aku buat lepas baca story tuh terus aku report kat my beb. aku siap buleh gelak-gelak lagi sembang ngan my beb. pastuh my beb pulak bagitau yang ex dia pon dah kawen hidup berdua sekarang nih. aku pon batai gelak sakan la. orang lain dah sebok-sebok kembangkan keluarga, aku ngan my beb ni, study pon tak habess lagi. perangai pon tak macam orang dewasa lagi..ha cemana nak kawen kan??hahahaha


malam tuh sebelum my beb letak fon sempat jugak dia mengajukan soklan terjah lagi berbisa kat aku...

"orang lain dah kawen, ang cane weeyyy??"


TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA