Sunday, September 5, 2010

.cool itu sejuk, sejuk itu cool,cool itu memang sejuk.

hello hello hello [sila baca dengan cepat yerr]

urgghh so tired la today, dari pagi shopping pastu balik umah and then petang shopping lagi..warhh sumpah gile penat macam dah bertaubat tanak dah visit mall-mall yang ada kat dunia ni...tapi sapa la yang nak caya kan kalau Erin Azizan buat statement senget macam tuh, aci kerat jari sepuluh pon belum tentu orang nak bagi feedback positif. paling tidak pon  dalam hati mesti terdetik.."eleh ye la sangat, nanti dah hilang letih penat kemana taubat pon kemana.." uff nanana jangan u ols, jangan buat statement macam tu yerr tak baik tau, doca..

hari ni dah la hari ahad, the only day yang aku cuti, so selalunya aku bangun agak lewat dari biasa, tapi hari ni disebabkan misi shopping-shopping aku, terpaksa la mengigihkan diri bangun seawal mungkin muaahaaa macam nak menangis ajer bila terpaksa meninggalkan tempat tidur yang begitu selesa dan nyaman..senget! pesal tah tempat tidur selalu ja jadi tempat yang paling indah dalam hidup aku? ha sebab tuh la aku kalau buleh tak mau langsung berpisah dengan dia...ohh maafkan aku tempat tidur,sebab aku terpaksa jugak blah dari mendampingi anda untuk jangka waktu yang agak lama...maaf kan aku yerr??

kejayaan bershopping kali ni agak tidak memberansangkan, sebab ada lagi satu benda yang aku tak mampu nak cari...hape lagi heels la. susah la nak cari yang berkenan, aku tak suka tinggi-tinggi sangat kalau buleh nak yang sedang-sedang aja, selalu aku prefer pakai wedges shoes jenis flat, sebab wedges jenis ni yang comel-comel senang cari..tapi heels mak oii sikit punya susah kot, nak wat cemana kan aku ni dah la agak kurang inci so kena la jugak cari heels, nak cover kekurang diri,huhuhu.. agak-agak kan bila la inci aku akan bertambah eh??

aku ni dah la agak teliti bila nak membeli barang, so sesapa yang nak shopping ngan aku tuh, memang kena ada iman yang sangat tinggi la sebab kalau dalam apa jua chapter bershopping, aku akan amek masa yang agak lama, memang tak kan terjangkau la dek pemikiran manusia biasa ni, hanya orang-orang yang terpilih jaa yang ala-ala bertuah macam aku ja dapat rasa aura aku.kehkehkeh. bunyi agak poyo disitu yerr..tapi ada sorang member aku ni memang perangai maakk aii sejibik macam aku..kalau tak caye sila tanya tuan punya badan ni, Myra (kelik kat nama dia if nak berkenalan ngan dia). serius aku cakap dia ni memang sempoi giler. kitorang memang penah la shopping sekali, time tuh dia ngah nak cari sandals, memang habes masa kat kedai-kedai sandals ja la satu hari tuh. satu lagi dia ni memang selalu ja willing nak temankan sesapa shopping, tak perlu risau kalau anda terpaksa bershopping sendirian kerana Myra kan ada... tidakkah anda rasa sangat cool bila ada member yang macam ni??cool kan....

besok lusa, harus kena shopping lagi nih..ha mcam tu la aku, lagi tak raya lagi tuh la aku sakan membeli dan membelah. pagi tadi, ber-jam-jam lamanya aku kat pusing-pusing baru dapat tangkap shawls ngan inner. pastu petang sambung lagi. this time memang aku nak pegy Elianto pon, so sampai je depan pintu Elianto dengan  rakusnya aku cari la benda-benda yang aku nak, concealer,blusher,pressed powder ngan glimerlistick.aii kejap kejap kejap [udah macam icon kat ym pulak] sejak bila lak Erin Azizan taksub ngan benda-benda alah ni yerr?uisshh konpius ni..tranformasi baru kot?hehehe no comment!.. dah dapat tetiba rasa macam nak beli benda lain pulak..tapi nafsu tersekat disitu yerr, sebab time nak bukak posa dah dekat sangat..[ngee ayat coverline je tuh, sebenarnya aku dah cuak tengok partner aku, muka dari kaler biru dah bertukar jadi kaler hijau, sikit lagi je nak jadi Incredibble Hulk, so langkah selamat, blah dari Elianto secepat mungkin!]

jadi tamatlah misi shopping-shoping bersama Erin Azizan pada hari ini yerr kengkawan, besok harus pegy lagi ya, [ hari ni misi shopping tak pegy ngan Myra, so tak berapa cool la hehehe]

eh kejap kejap kejap..terasa ingin menukar nama belog ini la...haha kali ni dah masuk kali yang ke-enam aku dok tukar nama belog. kali ni terasa nak buboh nama "Erin Azizan al-Mashoor" pulak, amacam cool tak?..Incik Bff sila komen sikit, legend tak nama baru ni??hehehehe


Introducing...Miss al-Mashoor

*
*
*
*
*
*
*
*
*


yess i am Erin Azizan al-Mashoor~~~ 
and, i'm the coolest person on earth..teeheee..

sekian, adioss.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: