Monday, October 11, 2010

.sesuatu perkara tidak akan pernah menjadi sempurna andai terlalu dipaksa.

sila baca dengan nada yang santai yerr, kerana post kali ini tidak ditujukan kepada sesapa, jika ada diantara kau yang nak terasa..haa hambekk la.

"sesuatu perkara tidak akan pernah menjadi sempurna andai terlalu dipaksa"

tak paham? baiklah, sila cari laut yang berdekatan kemudian dengan perasaan yang separa mental cuba terjun ke dalam laut tersebut..err kenapa separa mental? sebab kalau buat dengan keadaan separa mental kau tidak akan di-charge sebagai membunuh diri, sebaliknya pihak hospital akan mengesahkan yang kau sebenarnya sedang mengalami masalah mental dalaman yang sangat bahaya...ada paham?

aku malas nak berhujah lebih-lebih, aku tau kau pon malas nak baca lebih-lebih jugak..aku just nak state kat sini yang aku bukan lah type yang suka dipaksa, meaning that aku tak boleh dipaksa, lets say aku nak buat something tuh biar datang tulus dari hati aku yang suci abadi, if ada orang paksa-paksa confirm aku takan buat.

yepp aku tau dan tersangat lah tau pasal sifat buruk aku ni, tapi nak buat cemana kan..kau tak boleh expect setiap manusia tuh perfect. nak kena positive sentiasa pon susah jugak. aku tak pernah percaya dalam dunia ni ada manusia yang punya sikap yang baik je...mungkin kau akan kata aku sceptical, tapi aku tak kesah pon. biar la kau nak labelkan aku sebagai apa sekalipon aku memang tak pernah kesah.

yang aku kesah sangat bila ada diantara kau yang cuba nak cabar ego aku, yang cuba nak paksa aku buat itu buat ini..itu memang tak boleh blah! diulang tak boleh blah yerr...bukan aku suruh kau blah, kau duduk je kat situ dendiam baca entry aku sampai lebam pastu kau nak blah pon blah la, mak cik Temah kat sebelah umah aku pon tak kesah kalau kau nak blah pastu.

serius aku cakap, aku tak suka nak melawan, jangan expect aku tak melawan, aku diam, maknanya aku boleh diarah sesuka hati. No! aku bukan macam tuh..kalau kau rasa teringin nak makan penampar aku silala paksa lagi..sure dengan senang hati aku boleh bagi penampar sulung keramat aku kat kau..

so agak-agak pasni kau nak paksa aku lagi ke tak?
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, October 7, 2010

.bukan tamak tapi memang nak.

masih dalam mood me-mental-kan diri. cerita mental kali berkisarkan tentang sumthing yang memang sangat-sangat aku teringin nak buat since dari tahun-tahun yang lepas lagi.

so pe masalahnya kan..buat ajer la.pesal tak buat dari tahun lepas jer kan??

masalahnya benda tuh hanya akan terjadi pada tahun ni ajer..once in a life time pulak tuh, memang teringin gilerr..sampai kalau aku cakap ngan orang gilerr pon dia mesty kata.."eh gilerr haperr minah ni?"

this time aku takdak luck kot untuk nak buat sumthing yang aku teringin tuh, serius dalam hati aku still mengharap that aku akan dapat peluang tuh. bukan tamak, but this is my dream..dah lama sangat aku simpan angan-angan tu.

ada orang yang selayaknya untuk jalankan my dream tu. aku? huff aku tak layak. dari segi undang-undang sememangnya aku tak termasuk dalam senarai kelayakkan pon..tapi dari segi unofficial-nya aku rasa aku lebih dari layak.

terlalu lama aku tunggu saat, detik, minit serta jam berputar..tup tup dengan hanya satu statement jaa dah boleh buat aku jadi orang yang tak layak. benda akan jadi sebaliknnya if status aku dinaiktarafkan, dan automatic aku layak proceed ngan dream aku tuh. kau tahu tak aku memang dah lama tunggu detik ni? but its okeh..aku tau sapa aku.

terasa macam kerdil gilerr..bukan macam orang-orang kerdil dalam citer Cinderella tuh yerr. tapi kerdil yang macam kalau orang pandang aku pon orang akan kata "eh eh..siannya, tak patotkan..kerdilnya kamu". tak kesah la kerdil macam mana pon..yang aku tau aku hati aku terasa sakit macam baru lepas kena toreh ngan razor blade..ouucchhh pedihnyer.

pada yang selayakknya tu, aku harap kau hepii la..please buat yang sepatotnya, yang macam aku mimpikan, eventhough aku tak pernah bagitau apa yang aku nak kau buat pada hari tuh, aku rasa kau lebih terer kot, mesty kau tau cemana nak buat semua ni.

satu gi walau aku tak pernah kenal ngan kau, aku still gak nak wish all the best kat kau. untuk kali terakhir ni aku harap sangat yang kau takkan rosakkan dream aku yerr..plish take care of it.

okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, October 5, 2010

kalau nak gebang,gebang sampai terbang!

hello hello hello!

entry ni dibuat kesinambungan dari previous entry yang lalu..ceh bajet macam dah lama jerr. eh kejap, entry yang mana yerr?..ala entry yang aku cakap pasal betapa aku disenangi oleh students aku tu la..ha tengok, kau punya pasal la nih kan dah terkeluar bait-bait riak serta takbur tak bertempat..tsk tsk aku tak bersalah keh.

enough. mari kita bercerita pasal case kejadian hari nih. today, sekolah berlangsung seperti biasa jugak, nothing special except aku terpaksa buat correction dalam registration book kelas yang aku handle. yee aku tahu mesti kau pikir aku punya salah la tuh kan..sebenarnya tidak okeh. setelah dipertimbangkan secara accurate serta di-cosinus-kan dan di-total-up-kan dalam scientific calculator, maka aku dapati kesalahan itu bukan berpunca daripada aku.

kesalahan tersebut berpunca dari guru yang sebelom ni, beliau telah membuat kesalahan pengiraan sejak dari bulan Januari lagi, sekarang dah masuk bulan Oktober..bayangkanlah hampir menjangkau sepuluh bulan kesalahan yang tak disengajakan itu berlangsung, dan dalam tempoh tersebut tak da seorang hatta sekuman manusia pon realize tentang benda tuh sampai la hari jumaat yang lepas masa aku nak buat closing untuk bulan September. berkali-kali aku calculate still tak dapat jumlah yang sepatotnya dan aku tak boleh nak close lagi register untuk bulan September. dipendekkan cerita aku dah dapat detect kesalahan tuh. so bermula la sesi corret meng-correct-kan all the data. ish kalau aku citer lebih details pon kau belom tentu paham. kita sudahi cerita itu disini saja.

sekarang mari kita baca cerita poyo tetapi benar mengenai aku.

baiklah sebelom aku mula bercerita, aku izinkan kau untuk memuntahkan segala isi perut kau dulu. kerana cerita seterusnya ini agak teruk serta bakal membuatkan kau terasa seperti ingin muntah hijau sekali lagi bila membaca bait-bait yang seterusnya!

setelah puas bergebang serta memutar belitkan fakta kepada mereka-mereka yang menuntut ilmu kaji alam ngan aku, maka loceng pon bebunyi tepat 01.00 p.m menandakan waktu pengajian ilmu alam telah tamat. kebetulan guru-guru terlibat dengan meeting, jadi untuk jam yang seterusnya students dibenarkan pulang tapi those yang naik beskal ja yang buleh balik, the rest yang tunggu parents, ngan bas sekolah have to stay sampai pukul 2.

aku ja the only cikgu yang tak terlibat ngan meeting, so aku la kena stay ngan students yang tak buleh balik tuh kat canteen. dengan lenggang kangkungnya aku pon hape lagi terus la melenggang ke canteen. pergh belom sampai canteen agi dah kena serbu beb. haa bukan dengan reporter atau paparazzi, tapi ngan students aku. ada yang nak bersalam lah yang nak bersembang lah haiishh semua ada la. bersopan dan bertatasusila betolkan bebudak nih..mana taknya, jumpa aku tengah jalan pon leh hulur nak salam.

sampai aku pon naik pelik, apa hal la bebudak ni kan..tuh tak termasuk lagi ngan seorang student ni..if dapat salam ngan aku mesty nak kena cukupkan 3 kali. memula tuh aku biarkan aja..tapi mana tahan beb, aku pon nak tau jugak pesal la dia pulun dok salam aku berkali-kali..nak kata tangan aku ni ada magic kalau dia salam, pastuh terus dapat 5A tak pa gak la. ni jangan kan kata magic,tangan aku sentiasa jerr comot penuh ngan kesan marker white board.

seperti bayi mengantuk diberi susu, kawan kepada budak tuh bagitau aku seniri yang budak tuh suka salam aku sebab aku ni wangi! erk..buleh eh alasan macam tuh? budak tuh pon ngan senyum-senyum jawab balik kat aku.

"a'aa la cikgu wangi..suka salam cikgu..sebab tuh setiap kali saya nak salam cikgu sampai 3 kali"

boleh gitu??

berbalik pada story kat canteen pulak. tak sempat aku nak duduk lagi dah kena serbu sekali lagi. this time students darjah 3 pulak. acctually aku tak mengajar dorang, depend gak la if ada relief then baru aku masuk. kelas tuh baru 2 kali aku masuk sebab ganti cikgu dorang yang tak datang.

makin lama makin ramai pulak yang mengelilingi aku. just imagine aku nak pegy beli air pon dorang ikot siap tunggu kat kaunter tuh, seh bila dah dapat air, aku pulak segan nak sroottt sebab bebudak tuh dok tengok aku.sudahnya aku biar kan je la air tuh tak sampai suku pon aku sedut!rugi..rugi...

sejam aku lepak ngan dorang. dah abes lepak kat canteen, aku hantar pulak budak-budak tuh kat gate, tunggu sorang-sorang sampai la parents or bus dorang sampai..haa Mithali tak aku? apa kau ingat Ibu je buleh dapat title mithali tuh...ha kau silap beb, Cikgu Mithali pon ada okeh.

macam mana? dah berapa bakul kau muntah hijau dengar citer aku ni? apa dah lapanploh sembilan kali dah? haa tak banyak tuh..pegy cukupkan seratuslapanplohlapan kali dulu..nanti biler dah cukup aku sambung citer len. as for now, aku nak tarik diri dulu la yerr.

oh yaa amacam cool tak tajuk post aku..macam tak relate je kan..tapi haku pedulik haper, post aku, punya suka aku la nak pakai tajuk haper pon kan. tak kesah la, janji kau baca sampai muntah hijau sudah. baiklah sila muntah hijau sekarang! werkkkkkss..

okeh babai!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

.hemm boleh la dari takda langsung!

hello hello hello...

petang ni nak buat review sikit la pasal muvie yang aku pegy tengok semalam. bila bercakap tentang muvie time-time cenggini filem apa yang mencetuskan fenomena dikalangan kaki wayang nak tonton?

ahha...betol tuh MAGIKA. filem terbitan KRU STUDIOS yang digarap dengan penuh santai oleh Edry Abdul Halim seniri.


semalam dengan gigihnya selepas tamat waktu persekolahan  aku memecut kereta kudaku dengan kelajuan separa sederhana menuju panggung pilihan, dengan keinganan yang sumpah tak dapat ditahan terus aku membeli tiket untuk menonton MAGIKA.

walaupon berseorangan menonton tapi still enjoy, mana tak nya..satu row tuh aku sorang-sorang jerr layan, nak ketawa bunyi kuda pon tak pa, bukan ada orang nak dengaq pon..jadi dengan perasaan yang tamak serta pentingkan diri sendiri, aku dengan suka citanya meng-take-advantage-kan peluang yang ada dengan membuatkan panggung tuh macam panggung aku seniri..ala buat seolah-olah macam harta aku seniri la.

eh eh..dah salah chapter ni patot aku ulas pasal MAGIKA ni, baik mari kita pulang ke pangkal jalan....
bagi aku MAGIKA merupakan filem santai yang sesuai ditonton dikala sedang berduka lara..agak menghiburkan la jugak walaupon filem ni tak dapat membuat kan usus perut aku berpintal-pintal macam benang pintal, tapi still aku leh layan gelak bila certain karakter melafazkan dialog berunsurkan humor.

kalau kau penggemar cerita-cerita cintan cintun aku rasa baik kau tak payah tengok MAGIKA sebab MAGIKA tak digarap untuk mempamerkan elemen cintan-cintun yang mengheret emosi kau. serius aku cakap, MAGIKA filem yang sangat santai sampai kau seniri takan rasa rugi dengan harga tiket kau. previous filem yag aku tonton hari tuh sumpah tak seronok dan giler menyesal aku tonton..tapi untuk MAGIKA tak pulak timbul soal rugi sebab aku agak berpuas hati.

dua tiga kalung tahniah aku ucapkan kat Edry sebab beliau pandai meyelitkan elemen kelakar yang tak menjengkelkan otak aku macam sesetengah filem yang seolah-olah memaksa aku untuk gelak padahal takda la kelakar mana pon.

err aku bukan nak wat promo kat filem ni yerr sila jangan salah paham, aku tak dapat sebarang komisen pon aku review ni sebab aku nak la kan kaki-kaki wayang yang lain turut sama men-support our local industry. kalau la pembikin-pembikin filem yang ada kat Malaysia ni mampu menghasilkan filem yang macam ni, nescaya orang-orang yang macam aku mesty bertaubat dah dari tonton filem luar.

okeh malas nak repot panjang-panjang. err nak tanya ni, agak-agak kau aku ni boleh ke jadi pengulas filem ha?

p/s : aku dah tau apa kaitan anjing yang ada dalam citer ni...apa? kau tanya aku kenapa?..haa kalau nak tau pegy la tonton seniri...

okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, October 4, 2010

.sumpah kau memang degil dan degil dan degil...

baiklah tanpa membuang masa lagi aku nak terus meng-agree-kan statement ni.."rules are made to be broken". so sebagai seorang budak nakal lagi degil serta COMEL statement ini sangat-sangat la disokong oleh aku yerr. aku rasa statement ni agak cool jugak kan. Apa? oohhh kau tanya kenapa aku support statement ni yerr?

beginilah jawapan lebih kurangnya yang aku jumpak masa aku selongkar tong sampah tadi, malas nk selak sekema jawapan..sebab soklan kau gampang giler!. aku ni dulu skema, nerd, budak kampung, tak makan udang, pakai kaca mata berkanta tebal seperti betty, pakai braces, baik sangat, serta bermulut hinggaq..so sekarang baru la tiba time nak memberontak..so sebab tu la kalau buleh nak langgar and hancurkan semua peraturan yang ada dimuka Bumi ni..haa buleh gitu?


oh ya point-point yang disenaraikan diatas tadi ada yang benar dan ada yang sengaja dipalsukan demi menambah perisa menyedapkan cerita. terus terang je la yerr..tadi aku pegy tengok wayang, window shopping,lepaking,nganga-ing serta usha-usha-ing. so apa de hal yang salahnya kan bila buat semua tuhkan? memang hal la mangkuk sebab aku kan sedang dalam menjalani hukuman perintah berkurung atau dalam bahasa kejamnya disebut sebagai curfew.

ye betol tuh perintah berkurung okeh! disaat kau mencecah umur 22 tahun, perintah berkurung masih lagi relevan untuk diamalkan. jangan ingat perintah berkurung hanya dikenakan pada mereka-mereka yang berumur belasan tahun je yerr..tetapi yang telah berusia 20-han,30-han..hatta 40-han sekalipon masih layak untuk menjalani jenis hukuman ini. sumpah weh time aku ala-ala suweet sebentin dulu tak dak pon hukuman jenis ni dijalani oleh aku. cuma sekarang jerr baru nak merasa jenis hukuman yang agak terbaru dari bapak aku. memang terbaekk dari ladang la aku cakap!

kalau agak-agak nak merasa jenis hukuman yang macam ni..silalah buat perangai giler + annoying + sedikit degil + keras kepala dan apa-apa jelah yang boleh buat kau nampak macam senget sampai 185 darjah celsius..dan hasilnya nanti sampai kau boleh menjerit "wow bangganya aku dah dijatuhi hukuman perintah berkurung..sumpah aku suke!" tak percaya?..malas aku nak cakap lebih-lebih apa kata kau buat jerr experiment yang aku bagitau tadi..tengok result macam mana..if tak dapat jugak, ulang sekali lagi, tak dapat lagi?ulang sekali lagi dan lagi..kalau tak dapat lagi, ulang sekali lagi dan lagi dan lagi dan kalau tak dapat lagi, baik kau terjun laut je lah pastu serah diri kat ikan Piranha..pada yang kuat berusaha silalah ulang step yang aku nyatakan tadi sampai la korang dapat hukuman tuh. pastu kau boleh la submit repot kat aku..sure aku bagi kau A++.

acctually tempoh untuk menjalani hukuman sebegini sebenarnya tidak tetap. agak-agak kalau kau nak merasa seronok lebih dari biasa dan bersifat kekal abadi silalah buat peragai-perangai yang menjengkelkan setiap hari, aku gerenti,confirm,sure,yakin serta tidak syak lagi..tempoh hukuman kau akan lebih lama dari biasa.

aku sendiri belom menetapkan berapa lamakah tempoh hukuman yang akan kujalani ni. rasa-rasa macam nak lebih lama  pendekkan je tempoh tuh..boleh tak? harus jadi budak suci atau baik eh pasni? urrghh..tetiba nak me-mental-kan diri pulak.

oh ya (untuk kali kedua) kau rasa comel tak bila seorang kanak-kanak datang kat kau pastu amek tangan kau and sapu losyen. siyes aku rasa comel giler. okeh sila jangan buat muka berkerut sambil berkata dalam hati.."aii perasaan comel minah ni"..aku tak maksudkan yang aku comel disini yerr, tapi aku maksudkan tindakkan yang budak tuh buat..comel giler. serius beb, benda ni berlaku masa dalam kelas tadi time aku ngah guide students buat homework dorang. aku tak mengajar kelas tuh tapi disebabkan relief so terpaksa la aku dimasukkan ke kelas tersebut. ni kali kedua, first time masa minggu lepas, so this time bila budak-budak tuh dah tau yang cikgu dorang tak datang terus tercari-cari aku, tanya wheter aku  kena di-relief-kan kat kelas dorang.



macam tetau je budak-budak ni kan..asal relief jer mesty muka aku yang nak masuk kelas dorang kan..tapi Aiman tak kesah dan budak-budak tuh lagi la tak kesah..kalau tak takde la dorang bersorak kuat time aku masuk kelas dorang..maaf aku tak dapat nak mengawal perasaan dari terasa seperti seorang Miss Universe yang menang pertandingan ratu cantik saat tu, terasa macam nak buat lambaian ratu pastu sambil cakap "kecantikkan adalah hak milik setiap insan" apa yang membezakan aku ngan Miss Universe yang betul adalah supporter beliau dikalangan adults tapi supporter aku dikalangan kanak-kanak. itu jer yang yang bezanya yang lain-lain aku rasa sama jerr.,err sama kerr?

aku tahu diri aku tersangat la best sebab tuh aku amek masa yang singkat untuk jadi popular kat sekolah tuh, hahah sila jangan takbur seperti aku yerr dengan mengulang statement diatas..okeh, enough,mari kita kembali ke pangkal jalan...secara fakta aku dapat mengklasifikasikan yang kehadiran aku menjadi sebahagian warga sekolah tersebut amatlah disenangi oleh students. setiap kali jugak aku mesty teruja nak masuk mengajar dan jumpa students aku. aku tau dorang pon mesty tak sabar nak tunggu waktu aku masuk kelas dorang,,macam mana aku tau? heh aku kan cikgu mesty la aku tau!

apa kau nak bukti?baik akan aku buktikan kat kau...tapi bukan hari ni, lain kali di entry yang seterusnya.

okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, October 3, 2010

habes kau ajer la yang buleh tanya yerr?

errr..aku masih disayangi ke tak?

huff tetiba jer tengah-tengah malam tanya soalan sengal lagi senget ni kan..apa cerr hang ni Erin? pening kot?..haa pening la tuh kan jiwa dia tengah dok tangkap syahdu syahdan sekarang ni.

harus tahu yerr bila seseorang tuh tengah mengalami masalah jiwa, mulalah soalan-soalan pelik macam yang kat atas tuh keluar..mulalah otak berfikir yang negative. asal ada peluang jer mesty cas-cas negative terhegeh-hegeh nak merasuk otak suruh pikir benda yang bukan-bukan.

tapi cas-cas negative ni power kot.memang jahat la cas-cas negative ni sebab mereka akan cuba merasuk otak sampai berjaya membuatkan si pemikir memikir benda yang kurang patot difikir kan..erk korang paham ker maksud statement di atas? eh kalau tak paham, tolong la pretend macam paham..takpe aku tak marah malah aku ampun kan doca korang..raya kan sebulan...sah kau dah mental ni Erin....

tak kesah la mental ke tidak still nak ulang soalan yang sama tapi bentuk ayat yang berlainan pulak..

korang sayang aku lagi tak?

saja gedik, padahal aku tau jer dorang tuh sebok. dia sebok study,dia pulak sebok kerja, yang lain-lain sedang nak prepare for final, yang lain-lain lagi sedang siapkan report, yang lain-lain lagi lagi sedang buat assigment..yang lain-lain lagi lagi lagi sedang sebok pening kepala dengan hal masing-masing..so kena la paham nenek ooiii...yeerr paham tapi tak salahkan kalau tanya lagi..

korang memang sayang aku ke tak?

duhhh mawu bagi sedas dua pelempang jugak kat budak ni ann..tak paham-paham..nak jugak men-psiko-kan diri men-tanya-kan soalan pelik kat mereka-mereka yang sebok tuh.

err sumpah ni last question.

sayang tak korang kat aku?

baiklah, memang tengah mental lagi mengalami masalah jiwa yang berleluasa sekarang.

maaf, malas nak buat entry best sebab tengah tak best macam mana nak buat best dah kalau tak best.

okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, October 2, 2010

guna hammer dapat lembutkan keras kepala tak?

bunyik tajuk jer dah psiko..pastuh pulak memang agak kurang stabil disaat ini. urrgghh hate this kind of feeling. well have to admit that life is suck jugak kadang-kadang, ye la takan nak bahagia jer sokmo,mana tahan, kena la jugak ada waktu-waktu yang bad..baru la namanya life.

Gotten into my most gruesome fight with my dad yesterday. salah satu faktor yang menyumbangkan kepada ke-tidak-stabil-an aku. malas nak citer in details cukup la malam tuh aku dah meraung sakan. bila di ingat-ingat balik memang sakit hati..just nak state, it wasnt my fault at all..sumtimes being silent pon salah kan.maksud aku orang disekeliling salah faham dengan cara kita. mungkin orang ngat kita rude, padahal takde niat pon nak jadi rude.

aku mengaku aku ni memang suka sentap. sentap pada benda-benda yang boleh menyakitkan hati aku. kata la apa jer..aku ego ke keras kepala ke degil ke ketegaq (same meaning as degil in Penang slang) ke pendendam ke kuat merajuk ke aku tak kesah..but one thing for sure aku memang sensetif. tahap sensetif aku kadang-kadang melampau-lampau sampai kalau ada orang tertinggi suara tanpa niat kat aku dah buleh buat aku hujan pastu mula la virus sawan hinggap kat otak aku. mula la semua benda aku buat tak menjadi, benda ni akan effect pulak kehidupan harian aku sampai aku betol-betol dapat overcome masalah ni baru la life aku akan jadi normal balik.

bila tak normal mula la aku buat benda tak senonoh,,err bukan benda lain yerr, tak senonoh yang dimaksudkan kat sini drive keta lelaju kat atas jalan, time tuh peduli hape aku hiway ke tak, jalan biasa pon aku redah laju..lepas tuh handphone mesti akan terlupa bawak. aku tak tau kenapa, tapi benda ni memang sangat tidak disengajakan. bila keadaan dah tak dapat nak dikawal memang la benda-benda senget macam ni akan jadi. selesai satu bab senget. masuk second punya bab senget lagi syokk, sebab time-time macam ni la aku suka alone. tempat yang aku suka layan bluess mesti kat tepi pantai berjam-jam pon takpe janji tak da orang ganggu aku...atau pon kalau malas sangat, habes busuk pon terperap jer kat bilik aku. tak kesah la lama mana pon janji aku tak perlu keluar dari bilik tuh.

sila  paham jugak yang bila aku dah masuk fasa-fasa mental macam ni, aku akan secara automatiknya akan kurang bercakap, tapi bagus jugak kalau aku kurang bercakap bila mental, sebab once aku dah stabil, mulut aku pon mula la tak henti-henti bercakap..so ni kira macam terapi untuk mulut aku la..ye la mulut pon kena la jugak me-reduce-kan aktiviti bercakap...penat tau kalau asik bercakap je.

hopefully kali ni tak lama la fasa mental aku..aku just perlukan masa..dan aku mengaku yang aku ni sangat annoying kadang-kadang...those yang tak pernah nak cuba paham aku,korang tak perlu paham pon takpe aku tak kesah, at least respect privacy aku and the most important thing..accept me the way i am.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA