Tuesday, October 5, 2010

kalau nak gebang,gebang sampai terbang!

hello hello hello!

entry ni dibuat kesinambungan dari previous entry yang lalu..ceh bajet macam dah lama jerr. eh kejap, entry yang mana yerr?..ala entry yang aku cakap pasal betapa aku disenangi oleh students aku tu la..ha tengok, kau punya pasal la nih kan dah terkeluar bait-bait riak serta takbur tak bertempat..tsk tsk aku tak bersalah keh.

enough. mari kita bercerita pasal case kejadian hari nih. today, sekolah berlangsung seperti biasa jugak, nothing special except aku terpaksa buat correction dalam registration book kelas yang aku handle. yee aku tahu mesti kau pikir aku punya salah la tuh kan..sebenarnya tidak okeh. setelah dipertimbangkan secara accurate serta di-cosinus-kan dan di-total-up-kan dalam scientific calculator, maka aku dapati kesalahan itu bukan berpunca daripada aku.

kesalahan tersebut berpunca dari guru yang sebelom ni, beliau telah membuat kesalahan pengiraan sejak dari bulan Januari lagi, sekarang dah masuk bulan Oktober..bayangkanlah hampir menjangkau sepuluh bulan kesalahan yang tak disengajakan itu berlangsung, dan dalam tempoh tersebut tak da seorang hatta sekuman manusia pon realize tentang benda tuh sampai la hari jumaat yang lepas masa aku nak buat closing untuk bulan September. berkali-kali aku calculate still tak dapat jumlah yang sepatotnya dan aku tak boleh nak close lagi register untuk bulan September. dipendekkan cerita aku dah dapat detect kesalahan tuh. so bermula la sesi corret meng-correct-kan all the data. ish kalau aku citer lebih details pon kau belom tentu paham. kita sudahi cerita itu disini saja.

sekarang mari kita baca cerita poyo tetapi benar mengenai aku.

baiklah sebelom aku mula bercerita, aku izinkan kau untuk memuntahkan segala isi perut kau dulu. kerana cerita seterusnya ini agak teruk serta bakal membuatkan kau terasa seperti ingin muntah hijau sekali lagi bila membaca bait-bait yang seterusnya!

setelah puas bergebang serta memutar belitkan fakta kepada mereka-mereka yang menuntut ilmu kaji alam ngan aku, maka loceng pon bebunyi tepat 01.00 p.m menandakan waktu pengajian ilmu alam telah tamat. kebetulan guru-guru terlibat dengan meeting, jadi untuk jam yang seterusnya students dibenarkan pulang tapi those yang naik beskal ja yang buleh balik, the rest yang tunggu parents, ngan bas sekolah have to stay sampai pukul 2.

aku ja the only cikgu yang tak terlibat ngan meeting, so aku la kena stay ngan students yang tak buleh balik tuh kat canteen. dengan lenggang kangkungnya aku pon hape lagi terus la melenggang ke canteen. pergh belom sampai canteen agi dah kena serbu beb. haa bukan dengan reporter atau paparazzi, tapi ngan students aku. ada yang nak bersalam lah yang nak bersembang lah haiishh semua ada la. bersopan dan bertatasusila betolkan bebudak nih..mana taknya, jumpa aku tengah jalan pon leh hulur nak salam.

sampai aku pon naik pelik, apa hal la bebudak ni kan..tuh tak termasuk lagi ngan seorang student ni..if dapat salam ngan aku mesty nak kena cukupkan 3 kali. memula tuh aku biarkan aja..tapi mana tahan beb, aku pon nak tau jugak pesal la dia pulun dok salam aku berkali-kali..nak kata tangan aku ni ada magic kalau dia salam, pastuh terus dapat 5A tak pa gak la. ni jangan kan kata magic,tangan aku sentiasa jerr comot penuh ngan kesan marker white board.

seperti bayi mengantuk diberi susu, kawan kepada budak tuh bagitau aku seniri yang budak tuh suka salam aku sebab aku ni wangi! erk..buleh eh alasan macam tuh? budak tuh pon ngan senyum-senyum jawab balik kat aku.

"a'aa la cikgu wangi..suka salam cikgu..sebab tuh setiap kali saya nak salam cikgu sampai 3 kali"

boleh gitu??

berbalik pada story kat canteen pulak. tak sempat aku nak duduk lagi dah kena serbu sekali lagi. this time students darjah 3 pulak. acctually aku tak mengajar dorang, depend gak la if ada relief then baru aku masuk. kelas tuh baru 2 kali aku masuk sebab ganti cikgu dorang yang tak datang.

makin lama makin ramai pulak yang mengelilingi aku. just imagine aku nak pegy beli air pon dorang ikot siap tunggu kat kaunter tuh, seh bila dah dapat air, aku pulak segan nak sroottt sebab bebudak tuh dok tengok aku.sudahnya aku biar kan je la air tuh tak sampai suku pon aku sedut!rugi..rugi...

sejam aku lepak ngan dorang. dah abes lepak kat canteen, aku hantar pulak budak-budak tuh kat gate, tunggu sorang-sorang sampai la parents or bus dorang sampai..haa Mithali tak aku? apa kau ingat Ibu je buleh dapat title mithali tuh...ha kau silap beb, Cikgu Mithali pon ada okeh.

macam mana? dah berapa bakul kau muntah hijau dengar citer aku ni? apa dah lapanploh sembilan kali dah? haa tak banyak tuh..pegy cukupkan seratuslapanplohlapan kali dulu..nanti biler dah cukup aku sambung citer len. as for now, aku nak tarik diri dulu la yerr.

oh yaa amacam cool tak tajuk post aku..macam tak relate je kan..tapi haku pedulik haper, post aku, punya suka aku la nak pakai tajuk haper pon kan. tak kesah la, janji kau baca sampai muntah hijau sudah. baiklah sila muntah hijau sekarang! werkkkkkss..

okeh babai!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: