Monday, October 11, 2010

.sesuatu perkara tidak akan pernah menjadi sempurna andai terlalu dipaksa.

sila baca dengan nada yang santai yerr, kerana post kali ini tidak ditujukan kepada sesapa, jika ada diantara kau yang nak terasa..haa hambekk la.

"sesuatu perkara tidak akan pernah menjadi sempurna andai terlalu dipaksa"

tak paham? baiklah, sila cari laut yang berdekatan kemudian dengan perasaan yang separa mental cuba terjun ke dalam laut tersebut..err kenapa separa mental? sebab kalau buat dengan keadaan separa mental kau tidak akan di-charge sebagai membunuh diri, sebaliknya pihak hospital akan mengesahkan yang kau sebenarnya sedang mengalami masalah mental dalaman yang sangat bahaya...ada paham?

aku malas nak berhujah lebih-lebih, aku tau kau pon malas nak baca lebih-lebih jugak..aku just nak state kat sini yang aku bukan lah type yang suka dipaksa, meaning that aku tak boleh dipaksa, lets say aku nak buat something tuh biar datang tulus dari hati aku yang suci abadi, if ada orang paksa-paksa confirm aku takan buat.

yepp aku tau dan tersangat lah tau pasal sifat buruk aku ni, tapi nak buat cemana kan..kau tak boleh expect setiap manusia tuh perfect. nak kena positive sentiasa pon susah jugak. aku tak pernah percaya dalam dunia ni ada manusia yang punya sikap yang baik je...mungkin kau akan kata aku sceptical, tapi aku tak kesah pon. biar la kau nak labelkan aku sebagai apa sekalipon aku memang tak pernah kesah.

yang aku kesah sangat bila ada diantara kau yang cuba nak cabar ego aku, yang cuba nak paksa aku buat itu buat ini..itu memang tak boleh blah! diulang tak boleh blah yerr...bukan aku suruh kau blah, kau duduk je kat situ dendiam baca entry aku sampai lebam pastu kau nak blah pon blah la, mak cik Temah kat sebelah umah aku pon tak kesah kalau kau nak blah pastu.

serius aku cakap, aku tak suka nak melawan, jangan expect aku tak melawan, aku diam, maknanya aku boleh diarah sesuka hati. No! aku bukan macam tuh..kalau kau rasa teringin nak makan penampar aku silala paksa lagi..sure dengan senang hati aku boleh bagi penampar sulung keramat aku kat kau..

so agak-agak pasni kau nak paksa aku lagi ke tak?
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA