Tuesday, October 5, 2010

.hemm boleh la dari takda langsung!

hello hello hello...

petang ni nak buat review sikit la pasal muvie yang aku pegy tengok semalam. bila bercakap tentang muvie time-time cenggini filem apa yang mencetuskan fenomena dikalangan kaki wayang nak tonton?

ahha...betol tuh MAGIKA. filem terbitan KRU STUDIOS yang digarap dengan penuh santai oleh Edry Abdul Halim seniri.


semalam dengan gigihnya selepas tamat waktu persekolahan  aku memecut kereta kudaku dengan kelajuan separa sederhana menuju panggung pilihan, dengan keinganan yang sumpah tak dapat ditahan terus aku membeli tiket untuk menonton MAGIKA.

walaupon berseorangan menonton tapi still enjoy, mana tak nya..satu row tuh aku sorang-sorang jerr layan, nak ketawa bunyi kuda pon tak pa, bukan ada orang nak dengaq pon..jadi dengan perasaan yang tamak serta pentingkan diri sendiri, aku dengan suka citanya meng-take-advantage-kan peluang yang ada dengan membuatkan panggung tuh macam panggung aku seniri..ala buat seolah-olah macam harta aku seniri la.

eh eh..dah salah chapter ni patot aku ulas pasal MAGIKA ni, baik mari kita pulang ke pangkal jalan....
bagi aku MAGIKA merupakan filem santai yang sesuai ditonton dikala sedang berduka lara..agak menghiburkan la jugak walaupon filem ni tak dapat membuat kan usus perut aku berpintal-pintal macam benang pintal, tapi still aku leh layan gelak bila certain karakter melafazkan dialog berunsurkan humor.

kalau kau penggemar cerita-cerita cintan cintun aku rasa baik kau tak payah tengok MAGIKA sebab MAGIKA tak digarap untuk mempamerkan elemen cintan-cintun yang mengheret emosi kau. serius aku cakap, MAGIKA filem yang sangat santai sampai kau seniri takan rasa rugi dengan harga tiket kau. previous filem yag aku tonton hari tuh sumpah tak seronok dan giler menyesal aku tonton..tapi untuk MAGIKA tak pulak timbul soal rugi sebab aku agak berpuas hati.

dua tiga kalung tahniah aku ucapkan kat Edry sebab beliau pandai meyelitkan elemen kelakar yang tak menjengkelkan otak aku macam sesetengah filem yang seolah-olah memaksa aku untuk gelak padahal takda la kelakar mana pon.

err aku bukan nak wat promo kat filem ni yerr sila jangan salah paham, aku tak dapat sebarang komisen pon aku review ni sebab aku nak la kan kaki-kaki wayang yang lain turut sama men-support our local industry. kalau la pembikin-pembikin filem yang ada kat Malaysia ni mampu menghasilkan filem yang macam ni, nescaya orang-orang yang macam aku mesty bertaubat dah dari tonton filem luar.

okeh malas nak repot panjang-panjang. err nak tanya ni, agak-agak kau aku ni boleh ke jadi pengulas filem ha?

p/s : aku dah tau apa kaitan anjing yang ada dalam citer ni...apa? kau tanya aku kenapa?..haa kalau nak tau pegy la tonton seniri...

okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: