Saturday, January 8, 2011

Cerita besdey yang dah basi tapi nak cerita jugak.

ke tepi ketepi gergasi sudah kembali!!


ohooooooooooohoiiiiii, kahkahkah, for the first time aku tak tau nak intro macam mana, sebab tu ah main petik lagu KRU sebagai mukadimah pembuka kata..ecececeh..


acctually takdak benda nak cerita, bout tuition center tu, humm nuthing much to say macam biasa jugak dikelilingi budak budak..me loikkeee..pastu kan..aku addicted balik la ngan si Jang Hyuk, pelakon Korea tu, habis aku godek-godek youtube cari all his drama and movies..ha ha ha giler kentang ah aku dulu masa 2003 time tu citer Succesful Story Of A Bright Girl tengah main kat tv..nak diikutkan aku ni bukan la suka tengok tv atau seseorang yang boleh diklasifikasikan sebagai peminat fanatik, pantastik orang korea..tapi bila tengok cerita ni sumpah best,cute pulak tuh..so sapa la tak jatuh hati ngan pelakon-pelakon dia kan. nanti la besok besok aku cerita more about Jang Hyuk he he he *bajet macam kamceng je kan.*


oh yerr, hari tu 5 January 2011 besdey Incik Bmw la. entah aku tak sambut pon..eh kejadahnya pulak aku aku nak sambut bukan besdey aku pon..ha ha ha..tak la,acctually kitorang just dinner biasa ja masa malam before besdey dia tu. mulanya aku macam tak sedap ah nak dinner ngan dia bukan apa..kot-kot la member-member dia nak seleb ngan dia kan almaklumla orang femes kan..aku ni kan picisan jerr (turun ke bumi sungguh) miahaha bukan apa..learn from de past jugak ni jangan attend majlis yang tak berkaitan dengan diri sendiri..tu ha amek tu peringatan kot.


so berbalik kepada cerita asal, petang tu dia dah text aku tanya jadi ke tak nak dinner ngan dia. so aku pon tak banyak soal cakap okay je. sebab aku pikir kalau dia dah plan ngan member dia buat apa la dia nak dinner ngan aku kan. jadik tanpa membuang masa kami pon men-dinner-kan diri kami di suatu tempat..hey bukan Mc D ok..this time around dia yang pilih tempat nya..(tak boleh belah masa dalam keta..Incik Bmw siap tanya aku nak makan mana ni? Mc D yeee?..ada unsur-unsur perli disitu grrrr T_______T ).


during our dinner macam-macam la kitorang borak, kang kalau aku cerita abes semua ada pulak yang nak muntah hijau sebaldi..apa yang boleh dikatakan, perbualan kami berkisar ke arah, masa depan, cita-cita dan harapan dan seterusnya soalan cepu-gangsa kenapa aku tak further study..cewwah ayat tak boleh nak skema lagi ke?ha ha ha tak lah ini betol yerr, Incik Bmw dah final sem sekarang, and now dia agak struggle gak la nak buat final projek dia, so mesti la dia bercita-cita untuk habeskan projek dengan succes betol tak? tapi aku tengok dia macam cool jepp takde ah nak serabut bagai..may be awal kot nak serabut-serabut ni.


well, before kite melalut lebih lanjut, marilah kita meng-wish-kan sumthing untuk Incik Bmw yerr.


TO : Incik Bmw,


kite doakan awak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. hope projek awak yang superrr cool tu success nanti. sorry eh kite bukan budak engine sebab tu bila awak teruja nak explain pasal projek awak tu kite macam tak tahu, pastu buat muka yang annoyying ajak pegy Mc D. hehehe walau pe pon kite tetap support awak,kite tahu awak genius. satu hari nanti awak mesti dapat title Ir tu. kite doakan jugak nanti awak dapat peluang study kat overseas lagi..kali ni jangan tolak yerr. humm last sekali, hope awak dapat perform dengan best for this semester semester. yayyy hidop Incik Bmw!!! *pufff dah macam apa lagi*


takenote : saya tak berniat untuk bajet comel dengan wish tersebut. sila amek perhatian yerr.


okeh tats all. bye for now.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, January 7, 2011

Ingat masa lena apa mimpi mu?



pergghh...cunn ann kasut-kasut Phua Chu Kang kat atas ni.. macammacam pesen ada. dulu macam dah jadi trademark ah kat Phua Chu Kang ngan Ronanld Mc Donald sebab dorang kan suka pakai kasut-kasut macam ni.


tapi sekarang pesen macam ni sangat in kot. orang pon dah tak sebut kasut Phua Chu Kang dah, orang sebut BOOTS nampak la macam sophisticated sikit kan kalau pronounce dalam bahasa Inggeris. dulu kalau pompuan pakai BOOTS nampak macam pelik je kan..ye ah aliran pesen time tu bukan macam sekarang. sekarang ni kalau kau rasa nak pakai apa-apa pon kau pakai je la, orang takan kata apa dah sebab orang akan kata itu fesyen. yeapp kalau kau berani kau pakai ah serabut-serabut sikit, mesty orang akan tak cakap :


 "ooo ni fesyen baru ni, chun jugak aku tengok walaupon messy"


silap-silap hari bulan, kau pulak akan dijadikan ikon fesyen. bukan nak kata la kan, trend sekarang ni macammacam ada weh, dari yang betol-betol berpakaian proper sampai la ke pakaian tak cukup kain, semua orang bedal kata itu fesyen. kalau tak follow, tak up-to-date la kan.


eh melalut pulak yerr, tak reti nak komen lebih cos im not a fashion designer. tapi kan aku suka tengok girl yang berani pakai BOOTS ni bukan apa nampak macam ganas jepp...woooh i loiikkke!!


ehehehehe...ader sesapa teringin nak bagi sayer BOOTS tak? my birthday is just around de corner ni...lalalalalala


orait babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saya kini seorang guru di Matahari Tuition Center.

assalamualaikum!


rasa macam dah hempatblastahun tak hapdate belog..kehkehkeh, busy mengalahkan menteri pulak aku ni kan...sebenarnya tak dak benda nak story thats why la aku tak update..sekali lagi ditegaskan, sayer memang tak hapdate belog, dan sayer tidak mempunyai sebarang masalah..sila jangan risau. sayer okok jerr disini. kamu disana sila jaga diri dengan baik dan sila makan mengikut waktu yang ditetapkan. pesanan ikhlas ini dibawakan oleh seorang gadis manis dari Penang. sekian.


orait sekarang ni kan aku dah officially jadi fulltime teacher kat Matahari Tuition Center. dalam previous entry yang lalu (cewwah) aku ada cakap yang aku jadi part time teacher je kan...disebabkan aku ni penganggur terhormat makanya terus Teacher aku amek aku keja fulltime ngan dia..wah panjang pulak eksepelenasyen..paham tak?


kiranya dah dua hari aku keja kat sana. memang sangat enjoy yeh kerja ni, rasa macam tak kerja pon ada. aku punya kelas pulak dari pukul 4 sampai 5.30 petang jerr setiap hari. so macam mana la aku nak rasa macam waktu bekerja kan..ha ha ha..tak kesah la janji ada gak sumthing yang aku buat. oh yerr lupa lak nak cakap aku handle budak-budak darjah 4 ngan 5 the rest Techer Rasiah yang handle..mantap seh dia, dari pagi sampai ke malam mengajar non-stop. ada la dua orang lagi Teacher yang mengajar kat situ, tapi aku tak sure pulak darjah berapa yang dorang handle. so far aku rasa okay je kat sana. yang bestnya dapat layan budak-budak...oh sukee ok!


sebenarnya aku still tunggu lagi job dari PPD. so tadi updated sekali lagi lah status aku. ish nak cakap cemana eh..nanti korang baca tak paham pulak...macam ni la yer dulu aku prefer nak mengajar sekolah rendah jerr, tapi sekarang aku rasa aku dah ready nak ke sekolah menengah. that day my officer ingat yang aku ni tak ready lagi nak ke sekolah menengah so dia macam bajet-bajet nak hantar aku ke sekolah rendah jerr...satu yang tak bestnya pasal sekolah rendah ni..sekolah rendah tak banyak job compared to sekolah menengah. so kalau nak kerja cepat kena willing gi sekolah menengah la..insyaALLAH aku ready untuk tu.


hopefully ada la kosong cepat-cepat..aku dah pinau bijik mata dok kat rumah ni lama-lama. lagi pulak aku kan nak cari experience. so aku harap sangat tahun aku dapat banyak job, bukan apa ni for future use la untuk nak apply buat pendidikan nanti. ish..tinggi giler harapan aku weh..kalau kecundang, tak tau ah nak meraung macam mana pulak, nauzubillah. mintak-mintak la tak seteruk yang disangka. aku pernah discuss benda ni ngan Hajar (mybestie) dia pon sependapat ngan aku, grab seberapa banyak peluang untuk mengajar tahun ni, sebelum apply U balik pastu ada lagi la beberapa plan lain ..kira macam plan A dan plan B...ye kami berdua memang nak sangat buat pendidikan ni, harapnya apa yang dirancang ni menjadi..doakan kami please.


so thats all for today. thanks for reading.


babai!!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, January 4, 2011

Tiada tajuk.

assalamualaikum!


jawab derr jangan tak jawab!


hiks dah tido eh? oh apakah jenis soalan yang ditanya ni..harus la dah tido sebab jam di lappy dah menginjak ke pukul 1.39 AM kot. aku sebenarnya tengah layan muvie kat youtube ni..lagi 2part je nak abeh...dah berjeman dah aku tunggu..tadi laju jerr..haishh nak benti rasa sayang pulak..dah setengah kot aku tunggu harus la nak tau ending dia macam mana kan...


well sementara tunggu muvie tuh, pe salahnya meng-update belog sendiri ye tak..


pertama-tama sekali aku nak ucap syukur sangat-sangat. ye la semalam kan aku ada cakap nak contact my officer tu nak update status aku kan..ye ah dah tak sambung study, giler kau takan nak dok umah goyang punggung..paling-paling pon kena ah korek-korek lubang cari keja. okok..proceed..sebetolnya aku happy sangat-sangat, because my bestfriend Hajar (kadang-kadang aku pangey dia Teacher Siti) and I, InsyaALLAH tak terlibat ngan rumours yang bertiup kencang kat ppd tuh.


apa-apa pon syukur beb syukur sangat-sangat. benda ni lah yang men-down-kan semangat aku duatigahari before new year tuh..sekarang secara otomatik status aku updated. tapi still kena follow up lagi la..sebab aku rasa aku dah ready untuk melangkah ke sekolah menengah pulak pasni. last time masa interview hari tu aku sendiri mintak nak mengajar kat sekolah rendah padahal dorang nak hantar gi sekolah menengah ajar menengah rendah ja pon..tapi aku tak sanggup..bukan apa time tu aku baru nak adapt ngan environment tanak ah masuk-masuk terus ajar budak-budak yang dah besar. aku lebih prefer ajar budak-budak hinggusan dulu, bagi aku ok what mula dari bawah...sebetolnya aku nak cari tune mengajar dulu..and now aku dah dapat tune tu dan aku rasa aku dah tau rentak mana yang patot aku follow bila berdepan ngan students nanti.


susah oh mula-mula memang psiko beb..pressure aku dok pikir cemana nak tackle budak-budak ni. tapi last-last berjaya jugak tackle dorang..in fact dorang pulak melebih-lebih tackle aku balik..pantang takda cikgu masuk kelas dorang, mula ah dorang datang bilik guru cari aku suruh ganti. ewahhh dorang ingat aku ni sukasuki main masuk kelas dorang kot...hai la anak-anak ku, saye ni kena ada surat relieve baru la boleh masuk..bukan sebarangan ye kalau nak masuk kelas pon. gedik tak bahasakan students sendiri anak-anak?ha ha ha..berangan je lebih..fakta disini adalah..aku tak pernah pon pangey dorang anak-anak..dorang pon mau sebakul apa muntah kalau dengar aku panggil macam tu...hisss!


dan satu lagi menda yang sumpah best tahap Gaban, guru tuisyen aku masa form3 dulu melamar aku! dia lamar aku weh..siriyes nih!! rasa macam nak lompat tinggitinggi di awangan jepp bila dengar tadi! oh heaven-nya hidop...yes dia melamar aku untuk jadi part time teacher kat tuisyen center dia..ha ha ha


well cerita dia macam ni, petang tadi aku follow parents aku gi register tuisyen untuk adik aku, dia amek PMR tahun ni (cis orang dah mula sekolah dia baru nak gi register..apadaaa...tapi takpe esok baru kelas start,tak missing papa pon he he he). sebenarnya dulu masa aku amek PMR, aku pon belajar kat tuisyen center yang sama. Teacher Rasiah (nama guru tuisyen tersebut) memang kenal habes ah dengan aku and the gang (Teacher Siti termasuk dalam geng ni), kalau boleh kan, nak je tempel kat dahi banner "kami budak dato' onn, kami sentiasa on" habes poyo la tu kan..sebab bajet macam sekolah kitorang yang paling femes meletop-letop kebabom, pastu duduk pulak depan-depan..kata sekolah femes, mesti ah kena jaga martabat sekolah, biar bebudak lain padang "wah terernya budak dato' onn tu kan...hebat ah depa". he he he baik sila abaikan penyataan yang tak penting kat atas ni..takdak kena mengena pon saja taip, bagi lenguh jari.


so berbalik kepada cerita sebenar, start dari situ la aku kenal teacher ni, dia memang superrr cool. bila dah habes PMR, aku pon tak belajar kat situ dah. seingat aku 2,3 tahun lepas tu kot baru aku terserempak ngan dia balik, itu pon dia still leh cam aku lagi..budak nakal la katakan..sapa tak ingat ye tak..itu hari masa aku keja kat Honda pon, terserempak jugak, dia pon macam pening-pening je tengok aku kat Honda tu kelakar dol time tu. and now..bila dah jumpak lagi terus dia ajak aku join dia...woohh umpama mimpi dalam mimpi la pulak kan.


teruja aku weh, nak tolak pon serba salah, sebab aku memang nak carik pengalaman dalam selok belok dunia perguruan..ni kira pembelajaran tak formal la kan, gain seberapa banyak experience kat tuisyen center dia pastu nanti kalau ada orang call suruh mengajar mana-mana takde la aku terkial-kial lagi dah. bagi aku Teacher ni memang banyak experience. rugi sesangat kalau tolak. apa-apa pon berbalik pada rezeki jugak la kan..kita merancang, Tuhan menetukan. InsyaALLAH kalau tak de papa hari khamis aku dah boleh join dia. hopefully aku dapat belajar sumthing dari teacher aku ni nanti tenkiu teacher...i lebiu ahhh!!!


okeh dah habes ngarut jom sambung tengok muvie balik.


babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, January 2, 2011

Saja nak update sebab bosan. boleh tak?

assalamualaikum!


tak jawab doca..kalau jawab, kau memang comel oh....*sila perasan comel cepat..aku puji ni ikhlas tau!*


sebenarnya aku tak tahu nak conteng apa kat sini..tapi jari ni gatal nak menconteng jugak..ye ah..aku takot la nanti kang biar lelama tak update belog ada pulak yang rindu kan..sampai terjah fb. sebab dia takot aku dilanda simptom kemurungan sebab tu kalau boleh dia nak tengok belog aku ni penuh dengan cerita-cerita mengarut. pada yang berkenaan sila jangan risau okeh, saya kan dah janji takan hilang secara tiba-tiba dah.

*oh cepatla januari..injakkan tarikh keramat tu cepat tak sabar dah ni..da 6bulan lebih saya jadi perindu sepi..ewwwahh!*


tepat 04.16pm waktu Malaysia tadi, aku dah confirmkan pasal status kemasukkan aku ke Uitm Puncak Alam. jangan salah paham yerr, aku tak accept pon offer tu. aku tolak. dengan ini secara officialnya aku dah membuka peluang kepada sesapa yang ingin nak menggantikan tempat aku tuh..sila la aku bagi ja. he he he. Uitm bagi masa sampai pukul 5ptg ni untuk confirmkan kehadiran, kiranya aku ni tak terlewat la kan sebab tak pukul 5lagi. before ni banyak yang tanya aku pasal benda ni. aku pulak main tarik tali je nak menjawabnya. so dengan ini terjawab la kan spekulasi sama ada aku nak further ke tak.


its hard for me to decide. aku tau, banyak yang kecewa ngan keputusan ni..tapi aku rasa ini yang la terbaik. dan harapnya semua yang support aku tu tak da la kecewa sangat sampai tanak kawan dengan aku terus yerr..awak semua sentiasa ada dalam hati saye..sentiasa jadi darling saye..ahakss tetiba pulak nak menggedik..tapi guys, ini sangat serius..dan i dunno how to describe this..ada orang yang sangat-sangat tak putus harap dengan aku..dah lama dia tunggu aku, sangat lama ok..and now, bila dah dapat peluang aku let go kan macam tu aje. i'm sorry..i cant accept this offer dear..sangat berharap awak paham. dan aku sangat bangga dapat kenal dia luar dan dalam..aku tau dia seorang yang sangat penyabar. he he he...tolong la jadi comel untuk forever.


baik, habes cerita Uitm. now proceed untuk cerita esok. esok..will contact my officer, update my status as backup teacher. sebenarnya there's a few problem yang muncul saa-saat akhir ni. isu pasal guru ganti. i bet sapa yang alert mesti dah tahu. tanak komen lebeh..still hoping for something..aku rasa jiwa aku dah mula cenderung ke arah bidang perguruan. dulu-dulu pon aku teringin jugak nak jadi cikgu cuma tak da peluang jepp..plan asal, habes degree nak buat kpli. yepp skop terlalu kecil kalau nak harap kat kpli. maksud aku, aku cuma boleh join jadi pendidik dengan bersandarkan kpli jerr, kalau tak dak kpli maknanya tak dak la peluang aku nak jadi cikgu. noktah.


sekarang plan aku dah berubah. seboleh mungkin aku nak sambung study dalam education field. susah kot nak tembus line ni..banyak competitors..aku pulak kalau boleh nak masuk ipta ja..tak kesah la mana-mana janji ipta jugak. kenapa ipta? huh..well aku dipahamkan..oleh orang-orang tertentu yang amat boleh dipercayai sumbernya..better buat pendidikan kat ipta compared to ipts, bukan ipts tak bagus..cumanya ada la sebab-sebab tertentu yang aku rasa aku sangat-sangat patot consider. terpulang la kalau ada yang nak hentam aku..aku terima segala kritikan.


kalau khidmat aku masih diperlukan..aku dengan senang hati serela-relanya nak jadi backup teacher. hantar je la aku kat mana-mana pon. insyaALLAH aku cuba yang terbaik. ke tepikan soal gaji dulu. aku tak kesah pon gaji aku lewat dari orang..walau seberapa ringgit pon gaji aku serius aku tak kesah. sebabnya aku lebih kepada nak mencari experience sebelom aku betol-betol further study dalam bidang yang aku suka ni. aku percaya kalau dah memang aku ditakdirkan untuk menjadi seorang cikgu..biar lambat macam mana pon aku tetap akan jadi cikgu..tapi kalau rezeki aku dah termaktub dalam bidang lain, insyaALLAH dengan senang hati aku terima. no problem.



sila ketepikan isu ketinggian..aku tau aku tak nampak macam seorang cikgu pon..tapi ada aku kesah?hehehe


well i guess that's it for now. till i wrote again,


babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

1.1.11

assalamualaikum!!!!


hai hai hai..dan hello to all.


so amacam hari korang hari ni? hari pertama dalam bulan januari..tarikh yang sangat chun. kalau la umur aku dah cukup nak aje aku buat tarikh ni tarikh nikah..biar sampai ke anak cucu boleh kenang tarikh bersejarah aku. he he he gatai nooo. dak aih cheq maenmaen ja...dan dan keluaq loghat Penang dia..


orait berbalik kepada subjek utama. hari ni korang buat apa eh? ye la hari ni kan public holiday mesti ah ada jepp ektibiti yang korang nak buat kan...macam memancing ke, ngorat awek tepi jalan ke, merompak warung cendol ke, main layang-layang ke, main congkak ke..main main hantu ke..ha yang mana satu korang buat?


aku punya ektibiti hari ni sangat lah memenatkan sampai lenguh kaki punya dok berjalan. dah nama pon perempuan kan..mana lengkap hidop kalau tak tawaf shopping complex bila cuti..uihh ektibiti wajib dalam list kot everytime keluar. aku bangun-bangun tidoq ja tadi terus text Bik aku tanya wheter dia jadi ke tak nak datang umah, sebab duatiga hari lepas dia ada bagitau nak datang..cis kecewa aku bila dia reply :


"sorry bik..aku otw gi arau ni..hantaq adik aku"
take note : Bik jugak memangil aku dengan panggilan Bik. jadi kami membahasakan diri sebagai Bik. jangan salah kan aku..salahkan dia err i mean my Bik, dia yang mencetuskan panggilan sebegini..hummppph.


ok fine. Bik tak jadi datang umah. aku dah plan nak keluar..ketidakhadiran Bik tidak sesekali menjejaskan plan aku. maka langkah seterusnya adalah me-roger Yana-member yang tak pernah say NO bila diajak berlibur. satu yang best pasal nenek yang beranma Yana ni..kau roger la dia time bila pon, mesti dia on je selalu..ni yang aku suka ni. tak banyak hal ngan kerenah..satu benda yang aku nampak kat Yana ni, dia pon agak giler jugak orangnya..maksud aku dia jugak buleh buat benda yang unexpected...i loikkeeee!


lepas Halo-halo Yana set tempat berlibur, maka seperti lipas kudung aku terus bersiap ala kadar. Misi hari ni nak pegi round-round Georgetown lagi! muehehehe minggu lepas dah keluar dengan dia, tapi time tu naik public transport so hari ni kitorang pegi meronggeng naik kapchai ah..baru  gempak. giler kau nak pegi naik keta round georgetown..jem kot!


sebelum memula kan misi agung kami, kami singgah makan dulu. isi perut agak dah kenyang baru gerak..tapi cuaca kurang elok..agak rintik-rintik macam tuh, naseb baik tak hujan terus..kalau tak, rosak program haku hehehe..disebabkan dah lewat, aku decide pegi QueensBay jepp. ingatkan boleh la membeli dengan happy..tuptuptup penuh sesak orang kat QB..nak masuk pon susah...naseb baik naik kapchai boleh jugak mencelah sini sana..setengah jam jugak la nak lepas masuk pon. lama jugak lepak kat QB..sempat asar ngan maghrib kat situ.


pukul 8 baru keluar dari QB...kali ni lagi best..pusing-pusing lagi..sumpah seronok. niat dihati nak ajer ke Feringghi tapi tak pegi pon. kalau dekat dah lama aku zupp ke sana. lagipon rumah Yana jauh...aku tak pe la dekat jerr..betol-betol kat Butterworth. so kena la consider keadaan dia. tak pe next time..Feringghi pulak. hehehe.


so macam tu la aku menghabeskan 1.1.11 aku hari ni. nak plan bestbest pon tak sempat. pakai main redah jerr ni. tu pon mujur Yana yang comel nak teman kalau tak..meringkuk la aku sorang-sorang kat rumah.


oh yeee ada ke sesapa seleberet NY semalam? hee aku dah lama tak join ektibi macam ni..almost 5years dah kot aku tinggal benda-benda ni semua. semalam masa awal tu sempat la aku ngan family pegi Uptown kat Perda. pastu dah agak pukul sebelas lebih baru ajak bapak balik tengok bunga api kat tepi pantai. sebenarnya umah aku ni dekat giler ngan pantai. sepanjang tepi pantai tu, berderet keta dok parking. memang dorang ni pon stock-stock macam aku gak la..stock tak seleb NY sebab tu lepak tepi pantai jerr. selalunya bunga api akan ditembak dari seberang. maksud aku ditembak dari Georgetown..tapi percikkan bunga api tu boleh nampak sampai ke Butterworth. best kan? ha ha ha..tak best pon sebenarnya..ala lepak kat tepi pantai..macam layan bluess..pastu tunggu detik doblas tengah malam..aku dah lali ngan semua ni. so Odd sila jangan imagine benda ni sangat best ok..harap next year dapat sambut ngan awak.



motif : aku baru beli shawl ni kat Uptown semalam. (dalam keta)



motif : nampak tak aku mempunyai kepakaran dalam membuat gaya yang hampir serupa masa ni aku kat tepi pantai dah. gelap. pantai tak nampak.



okeh till i wrote again...


babai.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, January 1, 2011

2011...tolong la jadi baik untuk saya please.


assalamualaikum!


syukur alhamdulillah, selangkah lagi kita ke tahun baru maka selangkah jugak lah kita mengahampiri hari kematiaan kita..oleh itu kengkawan..tak perlu la kita ghairah sangat dengan sambutan-sambutan tahun baru ni..bukankah berserhana itu lebih elok?...ewaahhh berbahasa kita hari ni yerr..


aku tak tau kenapa, hari ni lain sangat aku rasa. hati tak tenang..sedangkan orang lain dah happy-happy dengan azam baru, aku maseh lagi mendung. itu jugak antara sebab-sebab kenapa lately ni belog aku sunyi dari sebarang karutan aku. terima kasih untuk si comel kesayangan yang menegur di fb semalam. kalau tidak mungkin tak terupdate lagi la belog ni.


sebenarnya banyak yang aku pikirkan terutama sekali tentang hala tuju hidop.bila umur semakin bertambah, maka makin banyak yang harus dipikirkan. ya..aku masih muda. itu pendapat orang. tapi adakah mereka sedar yang di usia semuda aku ni sepatotnya aku telah memperkasakan diri untuk berjuang? dan tahukah mereka sehingga saat ini aku masih terus mencari kekuatan untuk memulakan kehidupan baru..hidop semakin hari semakin sukar. kita tak mungkin akan terus kekal di takuk lama. jadi dari sekarang la perlu pikir tentang masa depan.


aku tinggalkan 2010 dengan sejuta kedukaan yang amat dalam. kalau lah otak aku ni boleh delete semua benda yang menyakitkan tu..sumpah aku delete. walau macam mana pon aku still bersyukur dengan setiap kejadian yang jadi dalam hidop aku. tanpa kejadian-kejadian menyakitkan tuh, aku tak mungkin kenal lagi diri aku sekarang. banyak aku belajar dari kesilapan lalu..terlalu banyak nak di ungkap,..apa yang pasti aku sangat-sangat menghargai setiap saat kehidupan yang lalui sekarang. terlalu berharga untuk disia-siakan.


alhamdulillah aku lebih positif sekarang. aku nak sangat-sangat kekalkan sifat positif ni. dah terlalu banyak aku curahkan air mata sia-sia sebelum ni. yaa, aku memang seorang yang mudah menangis. itu fakta yang nyata tentang aku. terpulang kalau ada yang ingin mempersoalkan tentang kekuatan dalaman aku. mungkin bagi sesetengah orang, perempuan yang mudah menangis ini lemah dalam segala soal..pada aku itu pandangan masing-masing. ya terpulang.


azam aku di tahun 2011 amat tinggi. banyak yang perlu diperbaiki. kesalahan lalu harus ditebus. laluan untuk mengejar cita-cita tak semudah yang aku sangkakan. banyak liku. mungkin disaat ni Tuhan masih lagi menguji sejauh mana aku mampu bertahan. aku percaya dengan pada janji Tuhanku yang satu...


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupanya"


bagi aku, setiap yang jadi memang ada hikmah tersendiri. percayalah aku dah melalui semua proses tersebut dan sampai masanya untuk aku bangkit dan tak putus-putus aku utuskan doa pada Dia agar memerlihara hidop aku selama masih menumpang di dunia ini.


apa yang aku harapkan, semoga tahun 2011 bakal merubah hidop aku dan dilimpahi dengan segala rahmat dari Allah..sesungguhnya aku pernah terleka dengan dunia khayalan yang aku cipta. semoga Allah mengampunkan aku. dan aku benar berharap semoga tahun ini benar-benar "menjadi" untuk aku.


amin ya rabbal a'lamin.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA