Tuesday, January 4, 2011

Tiada tajuk.

assalamualaikum!


jawab derr jangan tak jawab!


hiks dah tido eh? oh apakah jenis soalan yang ditanya ni..harus la dah tido sebab jam di lappy dah menginjak ke pukul 1.39 AM kot. aku sebenarnya tengah layan muvie kat youtube ni..lagi 2part je nak abeh...dah berjeman dah aku tunggu..tadi laju jerr..haishh nak benti rasa sayang pulak..dah setengah kot aku tunggu harus la nak tau ending dia macam mana kan...


well sementara tunggu muvie tuh, pe salahnya meng-update belog sendiri ye tak..


pertama-tama sekali aku nak ucap syukur sangat-sangat. ye la semalam kan aku ada cakap nak contact my officer tu nak update status aku kan..ye ah dah tak sambung study, giler kau takan nak dok umah goyang punggung..paling-paling pon kena ah korek-korek lubang cari keja. okok..proceed..sebetolnya aku happy sangat-sangat, because my bestfriend Hajar (kadang-kadang aku pangey dia Teacher Siti) and I, InsyaALLAH tak terlibat ngan rumours yang bertiup kencang kat ppd tuh.


apa-apa pon syukur beb syukur sangat-sangat. benda ni lah yang men-down-kan semangat aku duatigahari before new year tuh..sekarang secara otomatik status aku updated. tapi still kena follow up lagi la..sebab aku rasa aku dah ready untuk melangkah ke sekolah menengah pulak pasni. last time masa interview hari tu aku sendiri mintak nak mengajar kat sekolah rendah padahal dorang nak hantar gi sekolah menengah ajar menengah rendah ja pon..tapi aku tak sanggup..bukan apa time tu aku baru nak adapt ngan environment tanak ah masuk-masuk terus ajar budak-budak yang dah besar. aku lebih prefer ajar budak-budak hinggusan dulu, bagi aku ok what mula dari bawah...sebetolnya aku nak cari tune mengajar dulu..and now aku dah dapat tune tu dan aku rasa aku dah tau rentak mana yang patot aku follow bila berdepan ngan students nanti.


susah oh mula-mula memang psiko beb..pressure aku dok pikir cemana nak tackle budak-budak ni. tapi last-last berjaya jugak tackle dorang..in fact dorang pulak melebih-lebih tackle aku balik..pantang takda cikgu masuk kelas dorang, mula ah dorang datang bilik guru cari aku suruh ganti. ewahhh dorang ingat aku ni sukasuki main masuk kelas dorang kot...hai la anak-anak ku, saye ni kena ada surat relieve baru la boleh masuk..bukan sebarangan ye kalau nak masuk kelas pon. gedik tak bahasakan students sendiri anak-anak?ha ha ha..berangan je lebih..fakta disini adalah..aku tak pernah pon pangey dorang anak-anak..dorang pon mau sebakul apa muntah kalau dengar aku panggil macam tu...hisss!


dan satu lagi menda yang sumpah best tahap Gaban, guru tuisyen aku masa form3 dulu melamar aku! dia lamar aku weh..siriyes nih!! rasa macam nak lompat tinggitinggi di awangan jepp bila dengar tadi! oh heaven-nya hidop...yes dia melamar aku untuk jadi part time teacher kat tuisyen center dia..ha ha ha


well cerita dia macam ni, petang tadi aku follow parents aku gi register tuisyen untuk adik aku, dia amek PMR tahun ni (cis orang dah mula sekolah dia baru nak gi register..apadaaa...tapi takpe esok baru kelas start,tak missing papa pon he he he). sebenarnya dulu masa aku amek PMR, aku pon belajar kat tuisyen center yang sama. Teacher Rasiah (nama guru tuisyen tersebut) memang kenal habes ah dengan aku and the gang (Teacher Siti termasuk dalam geng ni), kalau boleh kan, nak je tempel kat dahi banner "kami budak dato' onn, kami sentiasa on" habes poyo la tu kan..sebab bajet macam sekolah kitorang yang paling femes meletop-letop kebabom, pastu duduk pulak depan-depan..kata sekolah femes, mesti ah kena jaga martabat sekolah, biar bebudak lain padang "wah terernya budak dato' onn tu kan...hebat ah depa". he he he baik sila abaikan penyataan yang tak penting kat atas ni..takdak kena mengena pon saja taip, bagi lenguh jari.


so berbalik kepada cerita sebenar, start dari situ la aku kenal teacher ni, dia memang superrr cool. bila dah habes PMR, aku pon tak belajar kat situ dah. seingat aku 2,3 tahun lepas tu kot baru aku terserempak ngan dia balik, itu pon dia still leh cam aku lagi..budak nakal la katakan..sapa tak ingat ye tak..itu hari masa aku keja kat Honda pon, terserempak jugak, dia pon macam pening-pening je tengok aku kat Honda tu kelakar dol time tu. and now..bila dah jumpak lagi terus dia ajak aku join dia...woohh umpama mimpi dalam mimpi la pulak kan.


teruja aku weh, nak tolak pon serba salah, sebab aku memang nak carik pengalaman dalam selok belok dunia perguruan..ni kira pembelajaran tak formal la kan, gain seberapa banyak experience kat tuisyen center dia pastu nanti kalau ada orang call suruh mengajar mana-mana takde la aku terkial-kial lagi dah. bagi aku Teacher ni memang banyak experience. rugi sesangat kalau tolak. apa-apa pon berbalik pada rezeki jugak la kan..kita merancang, Tuhan menetukan. InsyaALLAH kalau tak de papa hari khamis aku dah boleh join dia. hopefully aku dapat belajar sumthing dari teacher aku ni nanti tenkiu teacher...i lebiu ahhh!!!


okeh dah habes ngarut jom sambung tengok muvie balik.


babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

1 comment:

msTeddy said...

selamat pagi chekgu