Sunday, January 2, 2011

1.1.11

assalamualaikum!!!!


hai hai hai..dan hello to all.


so amacam hari korang hari ni? hari pertama dalam bulan januari..tarikh yang sangat chun. kalau la umur aku dah cukup nak aje aku buat tarikh ni tarikh nikah..biar sampai ke anak cucu boleh kenang tarikh bersejarah aku. he he he gatai nooo. dak aih cheq maenmaen ja...dan dan keluaq loghat Penang dia..


orait berbalik kepada subjek utama. hari ni korang buat apa eh? ye la hari ni kan public holiday mesti ah ada jepp ektibiti yang korang nak buat kan...macam memancing ke, ngorat awek tepi jalan ke, merompak warung cendol ke, main layang-layang ke, main congkak ke..main main hantu ke..ha yang mana satu korang buat?


aku punya ektibiti hari ni sangat lah memenatkan sampai lenguh kaki punya dok berjalan. dah nama pon perempuan kan..mana lengkap hidop kalau tak tawaf shopping complex bila cuti..uihh ektibiti wajib dalam list kot everytime keluar. aku bangun-bangun tidoq ja tadi terus text Bik aku tanya wheter dia jadi ke tak nak datang umah, sebab duatiga hari lepas dia ada bagitau nak datang..cis kecewa aku bila dia reply :


"sorry bik..aku otw gi arau ni..hantaq adik aku"
take note : Bik jugak memangil aku dengan panggilan Bik. jadi kami membahasakan diri sebagai Bik. jangan salah kan aku..salahkan dia err i mean my Bik, dia yang mencetuskan panggilan sebegini..hummppph.


ok fine. Bik tak jadi datang umah. aku dah plan nak keluar..ketidakhadiran Bik tidak sesekali menjejaskan plan aku. maka langkah seterusnya adalah me-roger Yana-member yang tak pernah say NO bila diajak berlibur. satu yang best pasal nenek yang beranma Yana ni..kau roger la dia time bila pon, mesti dia on je selalu..ni yang aku suka ni. tak banyak hal ngan kerenah..satu benda yang aku nampak kat Yana ni, dia pon agak giler jugak orangnya..maksud aku dia jugak buleh buat benda yang unexpected...i loikkeeee!


lepas Halo-halo Yana set tempat berlibur, maka seperti lipas kudung aku terus bersiap ala kadar. Misi hari ni nak pegi round-round Georgetown lagi! muehehehe minggu lepas dah keluar dengan dia, tapi time tu naik public transport so hari ni kitorang pegi meronggeng naik kapchai ah..baru  gempak. giler kau nak pegi naik keta round georgetown..jem kot!


sebelum memula kan misi agung kami, kami singgah makan dulu. isi perut agak dah kenyang baru gerak..tapi cuaca kurang elok..agak rintik-rintik macam tuh, naseb baik tak hujan terus..kalau tak, rosak program haku hehehe..disebabkan dah lewat, aku decide pegi QueensBay jepp. ingatkan boleh la membeli dengan happy..tuptuptup penuh sesak orang kat QB..nak masuk pon susah...naseb baik naik kapchai boleh jugak mencelah sini sana..setengah jam jugak la nak lepas masuk pon. lama jugak lepak kat QB..sempat asar ngan maghrib kat situ.


pukul 8 baru keluar dari QB...kali ni lagi best..pusing-pusing lagi..sumpah seronok. niat dihati nak ajer ke Feringghi tapi tak pegi pon. kalau dekat dah lama aku zupp ke sana. lagipon rumah Yana jauh...aku tak pe la dekat jerr..betol-betol kat Butterworth. so kena la consider keadaan dia. tak pe next time..Feringghi pulak. hehehe.


so macam tu la aku menghabeskan 1.1.11 aku hari ni. nak plan bestbest pon tak sempat. pakai main redah jerr ni. tu pon mujur Yana yang comel nak teman kalau tak..meringkuk la aku sorang-sorang kat rumah.


oh yeee ada ke sesapa seleberet NY semalam? hee aku dah lama tak join ektibi macam ni..almost 5years dah kot aku tinggal benda-benda ni semua. semalam masa awal tu sempat la aku ngan family pegi Uptown kat Perda. pastu dah agak pukul sebelas lebih baru ajak bapak balik tengok bunga api kat tepi pantai. sebenarnya umah aku ni dekat giler ngan pantai. sepanjang tepi pantai tu, berderet keta dok parking. memang dorang ni pon stock-stock macam aku gak la..stock tak seleb NY sebab tu lepak tepi pantai jerr. selalunya bunga api akan ditembak dari seberang. maksud aku ditembak dari Georgetown..tapi percikkan bunga api tu boleh nampak sampai ke Butterworth. best kan? ha ha ha..tak best pon sebenarnya..ala lepak kat tepi pantai..macam layan bluess..pastu tunggu detik doblas tengah malam..aku dah lali ngan semua ni. so Odd sila jangan imagine benda ni sangat best ok..harap next year dapat sambut ngan awak.



motif : aku baru beli shawl ni kat Uptown semalam. (dalam keta)



motif : nampak tak aku mempunyai kepakaran dalam membuat gaya yang hampir serupa masa ni aku kat tepi pantai dah. gelap. pantai tak nampak.



okeh till i wrote again...


babai.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: