Sunday, January 2, 2011

Saja nak update sebab bosan. boleh tak?

assalamualaikum!


tak jawab doca..kalau jawab, kau memang comel oh....*sila perasan comel cepat..aku puji ni ikhlas tau!*


sebenarnya aku tak tahu nak conteng apa kat sini..tapi jari ni gatal nak menconteng jugak..ye ah..aku takot la nanti kang biar lelama tak update belog ada pulak yang rindu kan..sampai terjah fb. sebab dia takot aku dilanda simptom kemurungan sebab tu kalau boleh dia nak tengok belog aku ni penuh dengan cerita-cerita mengarut. pada yang berkenaan sila jangan risau okeh, saya kan dah janji takan hilang secara tiba-tiba dah.

*oh cepatla januari..injakkan tarikh keramat tu cepat tak sabar dah ni..da 6bulan lebih saya jadi perindu sepi..ewwwahh!*


tepat 04.16pm waktu Malaysia tadi, aku dah confirmkan pasal status kemasukkan aku ke Uitm Puncak Alam. jangan salah paham yerr, aku tak accept pon offer tu. aku tolak. dengan ini secara officialnya aku dah membuka peluang kepada sesapa yang ingin nak menggantikan tempat aku tuh..sila la aku bagi ja. he he he. Uitm bagi masa sampai pukul 5ptg ni untuk confirmkan kehadiran, kiranya aku ni tak terlewat la kan sebab tak pukul 5lagi. before ni banyak yang tanya aku pasal benda ni. aku pulak main tarik tali je nak menjawabnya. so dengan ini terjawab la kan spekulasi sama ada aku nak further ke tak.


its hard for me to decide. aku tau, banyak yang kecewa ngan keputusan ni..tapi aku rasa ini yang la terbaik. dan harapnya semua yang support aku tu tak da la kecewa sangat sampai tanak kawan dengan aku terus yerr..awak semua sentiasa ada dalam hati saye..sentiasa jadi darling saye..ahakss tetiba pulak nak menggedik..tapi guys, ini sangat serius..dan i dunno how to describe this..ada orang yang sangat-sangat tak putus harap dengan aku..dah lama dia tunggu aku, sangat lama ok..and now, bila dah dapat peluang aku let go kan macam tu aje. i'm sorry..i cant accept this offer dear..sangat berharap awak paham. dan aku sangat bangga dapat kenal dia luar dan dalam..aku tau dia seorang yang sangat penyabar. he he he...tolong la jadi comel untuk forever.


baik, habes cerita Uitm. now proceed untuk cerita esok. esok..will contact my officer, update my status as backup teacher. sebenarnya there's a few problem yang muncul saa-saat akhir ni. isu pasal guru ganti. i bet sapa yang alert mesti dah tahu. tanak komen lebeh..still hoping for something..aku rasa jiwa aku dah mula cenderung ke arah bidang perguruan. dulu-dulu pon aku teringin jugak nak jadi cikgu cuma tak da peluang jepp..plan asal, habes degree nak buat kpli. yepp skop terlalu kecil kalau nak harap kat kpli. maksud aku, aku cuma boleh join jadi pendidik dengan bersandarkan kpli jerr, kalau tak dak kpli maknanya tak dak la peluang aku nak jadi cikgu. noktah.


sekarang plan aku dah berubah. seboleh mungkin aku nak sambung study dalam education field. susah kot nak tembus line ni..banyak competitors..aku pulak kalau boleh nak masuk ipta ja..tak kesah la mana-mana janji ipta jugak. kenapa ipta? huh..well aku dipahamkan..oleh orang-orang tertentu yang amat boleh dipercayai sumbernya..better buat pendidikan kat ipta compared to ipts, bukan ipts tak bagus..cumanya ada la sebab-sebab tertentu yang aku rasa aku sangat-sangat patot consider. terpulang la kalau ada yang nak hentam aku..aku terima segala kritikan.


kalau khidmat aku masih diperlukan..aku dengan senang hati serela-relanya nak jadi backup teacher. hantar je la aku kat mana-mana pon. insyaALLAH aku cuba yang terbaik. ke tepikan soal gaji dulu. aku tak kesah pon gaji aku lewat dari orang..walau seberapa ringgit pon gaji aku serius aku tak kesah. sebabnya aku lebih kepada nak mencari experience sebelom aku betol-betol further study dalam bidang yang aku suka ni. aku percaya kalau dah memang aku ditakdirkan untuk menjadi seorang cikgu..biar lambat macam mana pon aku tetap akan jadi cikgu..tapi kalau rezeki aku dah termaktub dalam bidang lain, insyaALLAH dengan senang hati aku terima. no problem.



sila ketepikan isu ketinggian..aku tau aku tak nampak macam seorang cikgu pon..tapi ada aku kesah?hehehe


well i guess that's it for now. till i wrote again,


babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: