Thursday, March 17, 2011

13tahun yang indah.

Somewhere in 1998

Cikgu : hari ni Cikgu nak tanya setiap orang cita-cita masing-masing. mesti kamu semua dah ada target kan nanti bila dah besar nak jadi apa.

Murid-murid : ada..ala sorang-sorang ke Cikgu?

Cikgu : ye sorang-sorang. baik kita mula dari barisan tepi ni dulu okeh. bagitau Cikgu apa cita-cita kamu Azreen?

Murid yang bernama Azreen : hummm saya bila dah besaq nanti..saya ingat nak jadi Cikgu la.

Cikgu : hah? jadi cikgu? sebab apa nak jadi Cikgu?

Murid yang bernama Azreen : entah tak tahu. minat kot.........


********************


Now,Mac 2011

Murid yang bernama Azreen : duhh nak amek Bio ke tak ni?????


********************

dua cerita kat atas tadi..adalah cerita tentang aku, murid yang bernama Azreen tu aku. (okok dulu kat sekolah aku tak bagi orang pangey nama glamer..segan ah, sebab western sangat nama aku ni,heheh) aku ingat lagi, 13tahun yang lepas masa Cikgu aku tanya pasal cita-cita, jawapan standard yang aku akan jawab mestilah nak jadi seorang Cikgu. padahal time tu cita-cita aku lain kot...acctually time tu ann aku tersangat la gila nak menyanyi, sampai kan bercita-cita nak jadi penyanyi kot cuma malas nak mengaku kat Cikgu je, takot kawan-kawan dengar, malu.



sekolah lama aku.



ni bahagian depan SKPP..dah banyak berubah.




bila sampai giliran member aku, nama dia Fareezul..selamber rockers ja dia jawab kat Cikgu yang dia nak jadi penyanyi rock. perghh berdesing jugak ah telinga aku yang dengar ni. apesal la Fareezul ni nak jadi penyanyi macam aku. dasar kaki peniru betol la mamat ni. padahal si Fareezul tu tak pernah pon tahu yang aku nak jadi penyanyi..ala biasa la kan zaman budak-budak time tu, mudah rasa tercabar bila ada kawan buat benda yang sama dengan diri sendiri.


time Fareezul cakap dia nak jadi penyanyi rock tu kan..perasaan aku memang dengki gila la. tak habis-habis aku kutuk dia..pastu kata 'padan muka' kat diri sendiri sebab tak mau mengaku cita-cita sebenar..tengok kan Fareezul dah kebas cita-cita aku. rugi-rugi..... beberapa minit lepas tu, aku dah tak rasa rugi pulak. sebabnya satu kelas dah gelakkan Fareezul disebabkan dia nak jadi penyanyi. termasuk la aku..aku siap ngumpat ngan partner sebelah lagi, cakap nonsense la dia nak jadi penyanyi konon..padahal dalam hati..lega ya amat..sebab dapat elak dari digelakkan kawan-kawan. well, air muka kena jaga beb!


itu cerita 13tahun dulu. sekarang, baru aku sedar...sebenarnya aku memang minat nak jadi Cikgu pon. tambahan pulak bila aku dah betol-betol rasa macam mana perasaan bila bergelar seorang Cikgu. kalau lah 13tahun dulu aku dapat bagitau kat Cikgu aku, masa dia tanya "sebab apa nak jadi Cikgu?" kan best, mesti dia bangga ngan jawapan aku kan.


dan sekarang ni aku tengah struggle*cehh nak apply untuk buat degree dalam pendidikan pulak. aku tak dak pilihan lain kecuali memilih degree dalam pendidikan BIOLOGI. BIOLOGI ok! dalam sejarah hidop aku yang lampau, BIOLOGI tak pernah pon membawa sebarang kebahagiaan kat aku. memang aku bekas student BIO..3tahun bergelumang dengan BIO, tapi tak pernah walau satu sem pon aku serasi dengan BIO. dan kini..adakah aku harus memilih BIO lagi? owwwo ayat bajet novel sudah keluar nampaknya..hahaha


InsyaALLAH aku pilih BIO untuk further. ada rezeki, dapat la aku study BIO balik. aku tak mengharap apa-apa. it's depend on rezeki jugak la kan. aku percaya dah kalau aku memang terpaksa berjodohan dengan BIO lagi, aku terima aja. apa-apa pon aku berdoa yang aku akan lebih tabah kali ni kalau nak carry BIO lagi. hohohoh semangat Malaysia BOLEH!



okeh bai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, March 16, 2011

Belog biru ada kaitan dengan Beeha.

oh yeah!


jeng-jeng bukan rancangan Oh Yeah ok. Oh Yeah la sebab aku dah berjaya menata rias belog ni...hohoho terasa bahagia seketika. antara wishlist aku sepanjang cuti ni nak makeover belog. tak sangka aku cukup tabah jugak sebenarnya...acctually masih reconstruct lagi ni..tapi boleh la nak pakai lagi. lepas ni kalau cukup tabah lagi (berapa banyak lagi laa..) aku ingat nak tukar header..yea penting ok tukar header sebab aku dah bosan dengan header lama. lepas tu nak tukar font, dulu aku dah pernah tukar font title post tapi tak berkenan sebab tu aku stick ngan yang lama.


orait ter-over membebel pulak. sebenarnya entry ni entry penghargaan buat sorang adik yang comel lagi baik hati. sebab dia la yang tolong code kan belog aku ni. sumpah dah lama gila aku try buat code tu tapi tak menjadi..hanya dengan sekali sentuhan magic adik Beeha terus belog aku dah berubah wajah..huwaa bangun-bangun pagi, dengan tak mandi rambut kusut masai (of course la) terus on lappy..tengok belog..taraaaa dah berubah! yeah!


so buat adik Beeha,

terima kasih daun keladi, esok-esok boleh buatkan untuk kakak lagi!


hehehe tak de la gurau-gurau jerr, neway tenks sangat-sangat sebab dah buatkan code bahagian header tu.


FYI, Beeha ni baru 14years old kot..tapi dah terer bab coding-meng-coding ni..walaweh tak percaye? meh tengok belog dia kat bawah ni....




nampak tak..siap ada tutorial kot boleh la lepas ni sesapa yang rajin nak mengodek belog terjah belog Beeha belajar dari tutorial dia. kalau nak tanya dia pon boleh..sebab Beeha ni tersangat lah peramah dan baik hati..
saaaayaaaanggg Beeha ketat-ketat!


okeh bai.


NotaKakiErin: tema belog dah ubah dari pinkish kepada bluish..tat's why nak kena tukar header tu..macam tak kena je kan?
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, March 15, 2011

Penagih yang sedang insaf.


penagih.


sejak mula-mula masuk U dulu aku kenal ngan benda tu. masa mula-mula aku kena aku rasa macam cool. lepas tu kalau sehari tak kena pulak aku dah mula la rasa macam tak kena je hidop aku. dah lama-lama terus ketagih. seingat aku benda tu memang akan sentiasa ada ngan aku. kalau tak da pon cepat-cepat aku cari stock.


kawan-kawan semua dah puas nasihatkan aku. tapi nak buat cemana tahap ketagihan aku time tu dah memang tahap kritikal dah memang tak boleh nak buat apa dah. disebabkan hormat ngan dorang la kadang-kadang aku curi-curi melepas gian time dorang tak da. tapi cam besa ah...kekadang kantoi jugak.




lepas habes study, aku balik stay ngan family. kali ni agak bebas sikit kalau nak lepas gian pon sebab kat rumah aku selalu tak da orang, apalagi naik hantu la aku kan..tapi hari tu aku sakit and then terus jumpa doktor sebab kepala aku dah berdenyut semacam..dah macam bom jangka pon ada, tunggu masa nak meletup jer.


as expected la, doctor suruh aku hentikan ketagihan aku tu. dia cakap kalau berterusan akan boleh menyebabkan aku di serang migrain selalu. ok mai nak habaq mai kat hampa semua..kena migrain ni seksa tau dak..macam nak hentak je kepala kat dinding..time kau kena serang ngan migrain tu ann kau akan rasa yang macam ada satu wayar dalam hotak kau berdenyut ngan kadar yang sangat laju, dan setiap denyutan akan menyumbangkan kesakitan yang amat sakit....*kau paham tak? ok. sebenarnya aku tak reti nak terangkan sakit tu macam mana, kau imagine seniri la eh.


baik. demi sahaja mendengarkan perincian doctor terbabit, maka aku dengan rasa terpaksanya terpaksa la meninggalkan habit atau ketagihan melampau aku tuh, aku tak mau la sakit macam hari tu dah. seksa ooo. satu lagi aku tak tahan ah dengar mak aku bebel-bebel kat aku..duhh boleh kencing manis tau kalau dengar dia membebel. seperkara lagi benda tu dah jadi benda larangan kat rumah aku, sesapa pon tak boleh seludup bawak masuk..huhuhu..tak da chance la nak curi-curi lepas gian lagi pasni.


before aku blah dari klinik tu ann doctor tu ada la kasi beberpa beg plastik yang mengandungi ubat-ubatan kat aku dengan pesanan yang sungguh ikhlas "sila habiskan ubat anda esspecially antibiotik tu, kena makan sampai habis tau." erk...kena makan sampai habis? apesal eh kalau pegi je klinik mesti doktor nak kena bagi ubat yang banyak? cuba la buat perubahan sikit...bagi gula-gula ke..ais kerim ke..baru la aku tak rasa keberatan nak habiskan benda-benda tu..ni ubat??ayoookkk


okok..dari tadi membebel lupa pulak nak cakap aku ni sebenarnya ketagih apa ek?


>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>



NESCAFE...halus aje....


ok bai!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Gemilang, perjuangan warga pendidik.



Gemilang.


satu lagi drama Melayu yang heronya buat aku rasa macam nak terpacak je kat depan tv, sapa lagi kalau bukan Shahz Jazle la...


tapi ann kali ni yang buat aku terpacak kat depan tv tu bukan la atas sebab musabab Shahz Jazle itu sendiri..sebab utama yang buat aku teruja nak tengok drama ni mestilah pasal jalan cerita dia. aku rasa interesting sangat drama ni. cerita pasal guru-guru, students, masalah permasalahan..macam mana nak struggle study, isu-isu yang sememangnya sangat-sangat tak lapuk dek hujan la.


kalau diperhatikan semangat Lah (Shahz Jazle) nak bantu students dia untuk berjaya memang tak boleh belah la..kadang aku terpikir ada lagi ke guru-guru yang ada semangat macam Lah tu? kalau nak dibandingkan guru-guru dulu dengan guru-guru sekarang..semangat guru-guru dulu lebih kental kot sanggup buat apa saja demi anak bangsa.


well dont get me wrong ya. aku tak kata guru-guru sekarang kurang bersemangat. aku agak curios sikit masih wujud lagi kah Cikgu yang macam Lah tu?


sebenarnya masih ada cuma bilangan nya mungkin sudah kurang. kalau diizinkan ALLAH satu hari nanti, dan rezeki berpihak pada aku untuk mendidk anak bangsa..aku teringin sangat nak bantu sampai anak-anak didik aku tu berjaya. tanyalah pada sesapa saja yang bergelar guru apa yang dia ingin lihat pada anak didiknya..tak lain dan tak bukan, tentu jawapanya tetap satu..tentulah ingin melihat kejayaan anak didik tersebut.


aku pon berharap benda yang sama. walaupon title yang aku pegang sekarang hanya sementara, tak salah bukan untuk aku sentiasa mendoakan kejayaan dorang dan ia tetap menjadi harapan seorang guru, tahu.

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, March 13, 2011

Berubah untuk buat perubahan.

Berubah.


ya hidop perlu berubah. tak mungkin boleh stay kat tempat yang sama. sedangkan masa itu sendiri berputar inikan pulak kitaran hidop kita yang confirm-confrim sentiasa terputar 24 jam seharian. perubahan itu penting. dalam hidop there's a few things yang aku nak sangat buat perubahan.


benda pertama yang aku nak buat mestilah aku nak delete semua masa-masa lalu aku. aku nak lupa semua benda yang pernah buat aku sedih. yang paling penting aku nak lupa semua kenangan aku kat tempat yang pernah aku huni selama lebih kurang 4tahun lepas.


tempat tu banyak sangat kenangan dengan orang-orang tersayang aku. banyak sangat benda pernah jadi kat situ dan kalau boleh aku nak lupa semua benda yang pernah aku lalui kat sana. aku banyak sangat belajar pasal hidop kat tempat tu. dari sekecil-sekecil benda yang aku tak tahu sampai la ke sebesar-besar benda yang aku tak pernah buat, aku dah try. aku nak lupa semua tu.


fokus aku sekarang untuk 4tahun yang akan datang. aku dah tak mau lagi jadi someone yang selalu ingat pada kenangan lalu yang selalu hidop dalam mimpi..mimpi yang masa lalu akan sentiasa berputar kembali. aku dah tak mau hidop dalam pembohongan lagi..dulu akibat terlalu yakin dan percaya dengan janji seseorang yang aku trust aku selalu berangan-angan yang apa yang dia cakap kat aku akan jadi kenyataan walaupon benda tu macam nonsense dan aku tahu agak susah sebenarnya untuk dia kota kan janji dia..tapi aku percaya jugak..apa boleh buat, masa tu aku masih lagi seorang budak perempuan yang sangat naif..damn! dan sekarang aku nak lupa janji dia.


sebab dia jugak hati aku dah jadi betol-betol beku sekarang. aku dah penat sangat jadi seorang budak perempuan yang naif yang percaya dengan cakap-cakap crap dia. kalau lepas ni aku susah percaya kat orang, jangan tanya kenapa. in this case aku tak salahkan dia..sebab aku tahu aku yang bodoh mudah percaya kat orang. I mean dalam dunia ni takan ada manusia yang boleh dipercayai, melainkan diri sendiri, right?


anyway tenks to XXXX ( I  cant pronounce his/her name ) sebab dia la aku belajar sumthing dalam hidop ni..and yah..orang luar tetap orang luar, yang takan pernah jujur dalam setiap percakapan yang dituturkan walaupon dia pernah cakap yang dia sayang kau sampai nak mati atau dia tak boleh nak imagine life without you..itu semua mengarut..yess totally crap okay. trust me, saya dah lalui nya.




seriously aku harap..aku mampu delete semua benda yang aku mentioned kat atas.


NotaKakiErin: aku nak tukar link belog ni dalam waktu terdekat.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, March 3, 2011

Aishiteru pada siapa?

sila play lagu kat bawah ni eh sambil baca baru ah shiook!




Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali


amacam best tak? lagu ni dah jadi halwa telinga pulak. ni bukan la lagu baru, lagu ni dah on air since 2010 lagi cuma aku je yang terlambat baru nak review hehehe.


sejak dua menjak ni aku senang pulak nak "jiwa-jiwa" (jiwa-jiwa perkataan lain bagi jiwang menurut kamus bahasa aku) makanya semua lagu yang berunsurkan dakyah "jiwa-jiwa" semua aku bedal download..hey bukan download mp3 yerr..aku download video terus kot!


paling suka kat Reff part (yang aku besarkan font dia tu). tetiba jerr rasa macam best kan kalau ada someone yang macam tu..maksud aku, bila kita jauh..kita tetap rasa dekat. takan wujud istilah sunyi..selalunya long distance punya relationship la kan yang macam ni.


aku pernah jugak terpikir..ada ke someone yang boleh buat aku rasa sentiasa dekat dengan dia walau dia jauh kat mana-mana ceruk dunia pon..every-single-thing tentang aku dia akan tahu..sampai aktiviti harian aku
akan update kat dia...ada ke?


pikir punya pikir..at last aku dapat jawapan..yess theres someone yang sentiasa tahu pasal aku setiap masa..the one and only (so far la) sapa lagi kalau bukan My Beb..kelakar bukan? mungkin orang yang kurang kenal aku, akan cakap yang aku ni tak straight..ah gasak la...straight tak straight aku ja yang tau.


bila dikenang-kenang balik aku pon pernah ada long distance relationship ni..aku tak berapa suka sangat sebenarnya. bukan apa banyak masalah la kalau jauh-jauh ni. kalau dia boleh buat aku rasa dekat ngan dia ok la..masalahnya sekarang, aku selalu ja rasa jauh daripada dia..walaupon kadang-kadang aku yang banyak buat perangai dan sebagai conclusionnya semua long-distance-relationship aku hancurrr!


aku tak kesah, sebab aku tau kalau dah hancur tu makna-nya dia bukan jodoh aku la. lagi satu aku ni tak termasuk lagi dalam golongan wajib-ada-pasangan kot. buat apa aku nak built banyak relationship lepas tu satu-satu hancur kat tengah jalan kan..buang masa ajer. jalan terbaik, stay macam sekarang sudah. kadang-kadang aku rasa penat dengan semua ni pastu rasa macam nak kata :


" I dunt Need A Man!" 


tapi melampau la pulak kan..tetiba ja nak kata macam tu...hahah aku straight kot. perempuan yang straight perlukan lelaki...hahaha boleh camtu?


apa-apa pon kita berserah je la kat Tuhan ye. those friends yang dah gesa-gesa aku suruh bukak pintu hati cepat-cepat tu..jangan risau la weh...pintu hati aku sentiasa ter-open kot. sapa-sapa pon boleh mai singgah. sayer tak pilih pelawat pon.


okeh la mengarut saja..ada time aku coret lagi kat sini. last but not least, sayer nak cakap.....








kat sapa-sapa pon boleh...









TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, March 1, 2011

Lama menghilang ada sebab, sebok ngan budak-budak al-maklum la dah jadi mak budak (?)

status : entah la...hahaha agak blurr sikit


walawei rasa macam dah laam tak wujudkan status kat belog bacin ni. cemana nak ada status aku pon dah lama tak update ann dah berhapak kot...kahkahkah padan muka belog ni ann..sejak sebulan dua ni kekurangkan kaseh sayang pulak...aiihh teruk betol owner ni ann gelak kat belog senirik..ish ish belog sapa la tu kan..


naik pinau pulak mata aku dok type perkataan belog banyak-banyak aishh..*mengeluh sekali lagi


humm kat mana nak mula yaa..orait la mula ngan tarikh hari ni la. hari ni dah masuk 1 haribulan. bermakna dah sebulan la aku dekat SK Kuala Perai as a math teacher..dan jugak dah masuk bulan kedua aku kat Matahari Tuition Center. fuhh..memang kalut la hidop aku sejak sebulan kebelakangan ni. mana nak bajet masa kat sekolah lagi lepas tu balik rumah tak sempat nak rehat terus get ready pegi tuition pulak.


penat tu tak payah cerita la macam mana. ada satu time tu aku penah terpikir nak resign ja keja kat tempat tution tu..tapi kesian pulak kat Teacher Rasiah..aku rasa macam dia still perlukan aku kat situ..dush-dush..ni yang buat aku serba salah kalau nak berhenti pon. *bajet macam orang penting pulak kan..

Adli Ehsan..kitorang pangey Ehsan intan payung..memang intan payung pon budak ni, jeles tengok aku beramas mesra ngan bebudak lain.


akak Erin yang bajet nak comel cam Ehsan..haha comel apa...


nah..hambekk ni kita bagi layan gambar Ehsan yang kiut miut...adeesss ni yang tak sabar nak tawen ni..leh anak anak comel perangai tak betol macam ni..


okeh..as i promised..ni la gambar Faidhi si jantung pisang aku..dah la comey pandai lak tu..too bad aku tak leh nak snap pic ngan dia sebab Ehsan cemburu..ciss cisss...

percaya tak dalam masa sebulan ni memang aku tak sempat nak pikirkan apa-apa pon. kadang-kadang tu nak kontek kawan-kawan pon tak sempat. yang aku tau balik rumah lepas tuition, mesti nak kena siapkan lesson plan, pastu cari bahan-bahan nak mengajar untuk hari esok kat sekolah. may be kalau cikgu-cikgu yang professional tak dak masalah macam aku kot..disebabkan aku ni masih lagi guru amatur (ada ka istilah macam ni) maka terpaksa la aku buat preparation dulu tak buleh nak simply ajar jaa kang tak pepasal ada pulak students aku yang fail paper.


*jap-jap..aku ada berita best ni..ada student aku yang dapat fullmark untuk paper math yang aku set last week...fullmark okay! tetiba pulak..besa la mood aku maseh berbangga dengan student tersebut.


dan dalam sebulan ni jugak, aku sedar yang aku sememangnya mempunyai masalah  untuk bangun pagi yang amat serius..tapi takda la sampai masuk kes-kes memonteng lagi kan..mungkin jugak aku la satu-satunya cikgu dalam dunia yang susah amat nak bangun pagi..bangun pon ngam-ngam ja untuk bersiap dan teruss setat engine keta..(selalu tak sempat nak panaskan engine) dan teruss pecut pegi sekolah..alahai mentang-mentang la sekolah tu dekat jaa ngan rumah aku kan..apalagi aku pon makin betambah malas la nak bangun awai-awai ni..ish-ish..


semua ni cikgu SK KP..nmpak tak dua rang budak lelaki yang kat belakang tu..sorang namanya Izwan..sorang lagi Fitri..Fitri yang macam berisi sikit *ada sebab aku eksplen pasai Fitri ni..(both of them bakal cikgu muda masih praktikal kat SK KP


okay, nampak tak budak baju kaler cokelat yang tersengeh selebar-lebar alam tu? haaa sengeh leber sebab di belanja Cikgu Fitri makan eskrem kornetto..sigh padahal aku yang jual eskrem tu..dia pulak yang belanja..hoho


agak-agak ann ada tak serum-serum nak bagi rajin bangun pagi kat farmasi? kalau ada please inform me A.S.A.P aku nak beli la dalam sepuluh botol...buat bekal!





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA