Tuesday, March 15, 2011

Penagih yang sedang insaf.


penagih.


sejak mula-mula masuk U dulu aku kenal ngan benda tu. masa mula-mula aku kena aku rasa macam cool. lepas tu kalau sehari tak kena pulak aku dah mula la rasa macam tak kena je hidop aku. dah lama-lama terus ketagih. seingat aku benda tu memang akan sentiasa ada ngan aku. kalau tak da pon cepat-cepat aku cari stock.


kawan-kawan semua dah puas nasihatkan aku. tapi nak buat cemana tahap ketagihan aku time tu dah memang tahap kritikal dah memang tak boleh nak buat apa dah. disebabkan hormat ngan dorang la kadang-kadang aku curi-curi melepas gian time dorang tak da. tapi cam besa ah...kekadang kantoi jugak.




lepas habes study, aku balik stay ngan family. kali ni agak bebas sikit kalau nak lepas gian pon sebab kat rumah aku selalu tak da orang, apalagi naik hantu la aku kan..tapi hari tu aku sakit and then terus jumpa doktor sebab kepala aku dah berdenyut semacam..dah macam bom jangka pon ada, tunggu masa nak meletup jer.


as expected la, doctor suruh aku hentikan ketagihan aku tu. dia cakap kalau berterusan akan boleh menyebabkan aku di serang migrain selalu. ok mai nak habaq mai kat hampa semua..kena migrain ni seksa tau dak..macam nak hentak je kepala kat dinding..time kau kena serang ngan migrain tu ann kau akan rasa yang macam ada satu wayar dalam hotak kau berdenyut ngan kadar yang sangat laju, dan setiap denyutan akan menyumbangkan kesakitan yang amat sakit....*kau paham tak? ok. sebenarnya aku tak reti nak terangkan sakit tu macam mana, kau imagine seniri la eh.


baik. demi sahaja mendengarkan perincian doctor terbabit, maka aku dengan rasa terpaksanya terpaksa la meninggalkan habit atau ketagihan melampau aku tuh, aku tak mau la sakit macam hari tu dah. seksa ooo. satu lagi aku tak tahan ah dengar mak aku bebel-bebel kat aku..duhh boleh kencing manis tau kalau dengar dia membebel. seperkara lagi benda tu dah jadi benda larangan kat rumah aku, sesapa pon tak boleh seludup bawak masuk..huhuhu..tak da chance la nak curi-curi lepas gian lagi pasni.


before aku blah dari klinik tu ann doctor tu ada la kasi beberpa beg plastik yang mengandungi ubat-ubatan kat aku dengan pesanan yang sungguh ikhlas "sila habiskan ubat anda esspecially antibiotik tu, kena makan sampai habis tau." erk...kena makan sampai habis? apesal eh kalau pegi je klinik mesti doktor nak kena bagi ubat yang banyak? cuba la buat perubahan sikit...bagi gula-gula ke..ais kerim ke..baru la aku tak rasa keberatan nak habiskan benda-benda tu..ni ubat??ayoookkk


okok..dari tadi membebel lupa pulak nak cakap aku ni sebenarnya ketagih apa ek?


>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>



NESCAFE...halus aje....


ok bai!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

2 comments:

~nsar~ said...

wakaka... aku x kena g... ari2 ngadap nyaa... haha... kat opis ni dua kali aku bancuh... huahuahua

Erin Azizan said...

akaka..aku dah tak bleh ah..tahap kritikal dah ni..huhu pikah jagn telan bnyk sgt weh...nt jd cm aku