Thursday, March 17, 2011

13tahun yang indah.

Somewhere in 1998

Cikgu : hari ni Cikgu nak tanya setiap orang cita-cita masing-masing. mesti kamu semua dah ada target kan nanti bila dah besar nak jadi apa.

Murid-murid : ada..ala sorang-sorang ke Cikgu?

Cikgu : ye sorang-sorang. baik kita mula dari barisan tepi ni dulu okeh. bagitau Cikgu apa cita-cita kamu Azreen?

Murid yang bernama Azreen : hummm saya bila dah besaq nanti..saya ingat nak jadi Cikgu la.

Cikgu : hah? jadi cikgu? sebab apa nak jadi Cikgu?

Murid yang bernama Azreen : entah tak tahu. minat kot.........


********************


Now,Mac 2011

Murid yang bernama Azreen : duhh nak amek Bio ke tak ni?????


********************

dua cerita kat atas tadi..adalah cerita tentang aku, murid yang bernama Azreen tu aku. (okok dulu kat sekolah aku tak bagi orang pangey nama glamer..segan ah, sebab western sangat nama aku ni,heheh) aku ingat lagi, 13tahun yang lepas masa Cikgu aku tanya pasal cita-cita, jawapan standard yang aku akan jawab mestilah nak jadi seorang Cikgu. padahal time tu cita-cita aku lain kot...acctually time tu ann aku tersangat la gila nak menyanyi, sampai kan bercita-cita nak jadi penyanyi kot cuma malas nak mengaku kat Cikgu je, takot kawan-kawan dengar, malu.



sekolah lama aku.



ni bahagian depan SKPP..dah banyak berubah.




bila sampai giliran member aku, nama dia Fareezul..selamber rockers ja dia jawab kat Cikgu yang dia nak jadi penyanyi rock. perghh berdesing jugak ah telinga aku yang dengar ni. apesal la Fareezul ni nak jadi penyanyi macam aku. dasar kaki peniru betol la mamat ni. padahal si Fareezul tu tak pernah pon tahu yang aku nak jadi penyanyi..ala biasa la kan zaman budak-budak time tu, mudah rasa tercabar bila ada kawan buat benda yang sama dengan diri sendiri.


time Fareezul cakap dia nak jadi penyanyi rock tu kan..perasaan aku memang dengki gila la. tak habis-habis aku kutuk dia..pastu kata 'padan muka' kat diri sendiri sebab tak mau mengaku cita-cita sebenar..tengok kan Fareezul dah kebas cita-cita aku. rugi-rugi..... beberapa minit lepas tu, aku dah tak rasa rugi pulak. sebabnya satu kelas dah gelakkan Fareezul disebabkan dia nak jadi penyanyi. termasuk la aku..aku siap ngumpat ngan partner sebelah lagi, cakap nonsense la dia nak jadi penyanyi konon..padahal dalam hati..lega ya amat..sebab dapat elak dari digelakkan kawan-kawan. well, air muka kena jaga beb!


itu cerita 13tahun dulu. sekarang, baru aku sedar...sebenarnya aku memang minat nak jadi Cikgu pon. tambahan pulak bila aku dah betol-betol rasa macam mana perasaan bila bergelar seorang Cikgu. kalau lah 13tahun dulu aku dapat bagitau kat Cikgu aku, masa dia tanya "sebab apa nak jadi Cikgu?" kan best, mesti dia bangga ngan jawapan aku kan.


dan sekarang ni aku tengah struggle*cehh nak apply untuk buat degree dalam pendidikan pulak. aku tak dak pilihan lain kecuali memilih degree dalam pendidikan BIOLOGI. BIOLOGI ok! dalam sejarah hidop aku yang lampau, BIOLOGI tak pernah pon membawa sebarang kebahagiaan kat aku. memang aku bekas student BIO..3tahun bergelumang dengan BIO, tapi tak pernah walau satu sem pon aku serasi dengan BIO. dan kini..adakah aku harus memilih BIO lagi? owwwo ayat bajet novel sudah keluar nampaknya..hahaha


InsyaALLAH aku pilih BIO untuk further. ada rezeki, dapat la aku study BIO balik. aku tak mengharap apa-apa. it's depend on rezeki jugak la kan. aku percaya dah kalau aku memang terpaksa berjodohan dengan BIO lagi, aku terima aja. apa-apa pon aku berdoa yang aku akan lebih tabah kali ni kalau nak carry BIO lagi. hohohoh semangat Malaysia BOLEH!



okeh bai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

1 comment:

~nsar~ said...

chaiyok.... aku sokong hang buat deg... cont rrr wei... usaha jaya bakti...