Saturday, April 9, 2011

Video Aksi Ikan Yang Sangat Terlampau.

[GAMBAR] sekadar hiasan.


PERHATIAN : video yang bakal saya kongsikongsikonsini kan sebentar lagi agak keterlaluan jadi diharap para-para ibu mengandung, atau bakal dimengandungkan, penghidap migrain dan selsema burung gagak dinasihatkan supaya tidak menonton siaran video ini secara bersendirian. err jangan cakap saya tak wooorning okeh..






amacam dah puas tengok? kalau terasa nak rewind sekali lagi sila la..di alu-alukan.



acctually aku terserempak ngan video ni beberapa hari yang lepas kat wall member aku. cemana boleh gatal tangan nak play pon aku taktau. masa tu aku ingat kan mangsa yang mati lemas ni mangsa biasa, time tu aku tak baca tajuk pon terus je play, sekali part yang akhir tu memang betul-betul berjaya buat aku muntah sampai keluar air mata kot. seksa oucchh..


serius sampai sekarang aku dok terbayang-bayang lagi cemana ikan tu boleh keluar macam tu punya banyak dalam badan orang tu. kalau aku yang tengok thru video pon dah cukup ngeri macam mana la orang yang tengok secara real tu eh?


so, lepas ni tak tau lagi la berapa tahun pulak aku tak makan ikan. ingat tak masa kes Tsunami 2003 dulu tu? berapa tahun aku tak makan ikan sebab depa dok kata ada orang jumpa jari orang lah dalam ikan, jumpa cincin la, kepala orang la..blablablabla...macam-macam versi la. kali ni pasal video ni pulak..cisss memang aku kena jadi vegetarian terus la kot pasni...


okeh bai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Nama Saya Erin dan Saya Adalah Ahli Wajib Persatuan Salah Cakap...Oppsss!!

pernah dengar tak tentang Persatuan Salah Cakap....Oppsss!! ?




aku dah join site tu. disebabkan aku selalu salah cakap dan salah type maka aku rasa aku la insan selayaknya menjadi ahli wajib dalam persatuan tu. aku pon tak paham la kan kenapa everytime aku ghairah nak bercerita mesti time tu jugak la nak tersalah cakap. kalau salah type boleh undo lagik..salah cakap nak undo kat mana? memang jadi bahan la jawabnya.


ada satu malam tu, masa baru balik dari Kuala Perlis (kot) tak berapa ingat dah dari mana, Wani bawak aku ngan Dinie lepak-lepak chill kat Burger Cafe, Kangar. walaupon namanya lepek-lepak chill, tapi tak dak la chill sangat sampai tak order apa-apa kan..kurang-kurang pon mesti la ayaq suam splohgelas. time Wani ngan Dinie setadi menu-menu yang ada dalam catalog makanan tu aku dengan bangganya dan bersuara lantang meng-order sejenis ice blanded yang berperisa Butterworth kat waiter tu.


at fisrt macam tak dak respon dari waiter, tapi bila aku dah teruja sangat banyak kali dok sebut iceblanded Butterworth, Dinie pon naik pelik. dia try cari kat bahagian mana yang ada tulis iceblanded Butterworth tu. cari punya cari baru la dia tau ice blanded Butterworth tu sebenarnya ice blanded Butterscoth. bapak malu gilewww lewww. patot la waiter tu buat bonggak ja tak tulis dalam buku 555 dia masa amek order.


lepas tu, sampai ke sudah la jadi bahan benda ni. aku ni penghidap penyakit 'rumah sakit' sikit(rumah aku kat Butterworth) kebetulan pulak malam lepak-lepak chill kat Burger Cafe tu, penyakit aku pon mai..tu yang boleh tersebut iceblanded butterscoth jadi butterworth. habaq hang, masa aku dok setadi menu-menu dalam katalog makanan tu pon aku nampak perkataan Butterworth kot. sapa tak teruja kan..nama kawasan tempat tinggal di abadikan sebagai nama makanan..cuma tu je la..salah aku, tak baca dua tiga kali dulu before order..kan dah memalukan diri sendiri....t____________t.



tapi kiut apa salah sebut ni..at least kita create new word kot. contoh macam semalam, ngah dok gila mereng layan komen kat grup, boleh pulak aku aku taip perkataan RINSU(yess aku jugak seorang typo)...padahal aku nak taip perkataan RINDU kot..Kak Aima cakap perkataan RINSU tu comel. comel ke? hakhakhak.......


kbai.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, April 8, 2011

Mulut Jahat Tu Tak Baik Untuk Kesihatan.

status : hati sedang panas.



astagfirullahalla'zim..entah berapa kali dah aku dok istighfar hari ni. kalau lah acara tembak menembak secara rambang tu legal kat Malaysia dah lama aku pi beli M-16 tembak kepala budak tu biar berkecai.


mood aku memang tak berapa nak ok. bayangkan dah la aku baru balik keja, penat pon tak habes lagi, on fb tengok notifications then macam besa la sesi balas membalas komen pon bermula. satu persatu aku reply, sampai la ada satu komen tu dekat wall sesorang ni (which is very close to me) buat aku benggang tahap nak membunuh.


that person yang komen tu bukan la orang yang close ngan aku, tapi "kawan" dia yang dari hutan gigih nak mencelah nak komen sama. sebab apa aku cakap dari hutan? sebab hanya makhluk yang dari hutan saja yang takdak akal dan fikiran yang sesuka-hati-sedap-sedap-perut-busuk-dia nak letak komen yang macam tu.


memang la aku ni jenis kepala yang gila-gila, tapi segila-gila aku pon still ada hati dan perasaan kot. apa dia ingat orang yang gila-gila macam aku ni suka-suka hati dia jaa nak kata apa-apa pon. sumpah aku cakap kalau hal lain hang kata pi la apa pon memang aku malas nak amek pusing, tapi kalau dah sampai menyumpah bab mati-mati ni sapa tak hangin.


"hahaha hang memang patot mati awal pon...pi la race sensorang, aku nak ***** ngan **"   boleh tak dia reply komen macam tu kat aku? agak-agak la kan nak melawak pon. aku tak paham la macam ni punya style manusia pon ada kan. nak kata budak-budak kot la tak reti nak pikir..ni umur pon lebih kurang aku jugak..takan tak reti nak pikir lagi kot.


aku bukan jenis pompuan yang suka nak mengamuk tak tentu hala kot. most of the time aku suka buat rilex jaa walaupon benda tu kadang-kadang buleh buat aku sentap 3,4 hari. this time aku rasa dia dah cukup-cukup melampau la. sengaja aku buat post baru kat wall orang yang rapat ngan aku tu dengan niat aku nak dia baca dan semoga dia sedar yang dia tu dah over the limit.


so those yang kalau terbaca latest status aku kat fb yang macam bonggak sikit harap maklum la ye, aku pun tak suka nak drag benda ni tapi aku nak dia sedar yang aku ni manusia kot, bukannya spesis dalam hutan macam dia.


aku tau aku tak perfect tapi aku just nak bagitau je la pada sesapa jugak yang baca entry aku ni, lain kali kalau nak keluarkan satu-satu statement tu pikir habis-habis dulu. jangan main ikut sedap mulut ja nak kata apa pon. kalau tak, takan la orang dulu-dulu buleh create pantun "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" sebab dah memang proven la yang mulut punca tercetus segala sengketa.


dah la malas nak komen lebih-lebih..eh ampa kalau tak paham pon tak pa, abaikan ja. anggap ja la ni sesi luahan jiwa seorang rockers sejati yang berjiwa kacau.


kbai.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, April 6, 2011

Ketampanan Seorang Lelaki Dari Sudut Pandangan Erin Azizan.

oppss tajuk..over tak?



spec mata ni yang display punya..

hari aku rasa macam nak berkongsi pendapat pulak. walaupon pendapat yang bakal aku lontarkan sekejap lagi bakal meloyakan tekak serta membuat kan kau semua migrain seumur hidop, namun aku peduli hapa aku tetap nak lontar jugak..kalau takot simptom-simptom yang aku cakap tadi jadi, maka aku sarankan baik kau semua sediakan minyak hangin yang secukupnya kat tepi sekarang!


bagi aku la kan, ketampanan seorang lelaki bukan lah perlu di ambil kira dari rupa paras yang kacak saja. err kalau kau tu tergolong dalam kumpulan yang kacak, it's a bonus la. tu pon kalau kau cukup perasan-gila-babeng la yer. tapi kalau kau ni biasa-biasa  macam aku jaa, then kau patot rasa kacak sebab bagi aku lelaki yang tampan adalah merupakan lelaki yang :


@mempunyai lesen B2 DAN D yakni lesen moto dan kereta. kalau kau ada lesen kapal selam, satu bonus jugak tu, aku boleh bagi kau kredit.

@mempunyai superbike. pergh gila kau tak tampan, kalau ada superbike..bagi aku lelaki yang pandai naik super bike adalah lelaki yang terkacak di donia.

@pandai memandu kereta dengan laju. err al-maklum la aku ni kaki pecut, so aku akan rasa kalau ada lelaki yang bawak kereta dengan kadar kelajuan yang maksimum adalah lelaki yang uhhh sungguh kacak!

@pandai bermain alat musik. priority adalah kepada gitar dan piano.

@pandai bergurau dan tak mudah nak sentap. aku suka bergurau kasar, tapi last-last aku yang sentap.

@sentiasa ada tatkala (perghhh tatkala tu..) aku memerlukan. tak kira la siang ka malam ka pagi-pagi buta sebelum subuh ka janji bila aku buat emergency call ada orang nak melayan. time tu aku mesti cakap, kau memang kacak!

@alert dengan current issue. ini penting ok. untuk seseorang lelaki bergelar lelaki tampan, dia harus la mempunyai ilmu yang penuh di dada, lengan, perut serta di kepala otak nya.

@suka bersukan. bagi aku setiap lelaki wajib bersukan baru la tampan.

@kemas. walau kau ni biasa-biasa ja, tapi kalau kau kemas tak mustahil kau boleh jadi yang tertampan kat office/kolej/kelas/bilik darjah/tadika/sekolah kau.

@mempunyai otak yang gila. maksud gila di sini bukan hilang akal atau kurang waras naa. gila yang aku maksudkan otak dia sentiasa kreatif nak buat benda-benda yang unexpected. contoh panjat gunung kinabalu waktu malam hanya untuk teman aku tengok bintang...wooohhh tampan kot kalau buat macam ni.

@ada romantic look. macam mana romantic look tu? cuba buat experiment kat sapa-sapa suruh dia pandang kau dengan pandangan yang sangat manis dan misteri.....itulah romantic look.

@patuh pada agama ALLAH. as a muslim girl, semestinya aku akan rasa seorang lelaki tu tampan bila dia sanggup mendahulukan perintah ALLAH lebih dari segalanya. nowdays punya lelaki agak kurang bagi perhatian tentang benda ni.


err buat masa ni tu je la yang dapat aku list down pon. yang lain-lain tu nanti aku pikirkan yer, apa-apa pon untuk menjadi seorang lelaki yang tampan di mata seorang perempuan tak smestinya kau harus berwajah kacak kot. buat apa kalau kacak tapi perangai macam busuk macam sampah. yang penting kalau kau ada keyakinan diri dan semua point yang aku list kat atas, maka tahniah la aku ucapkan sebab kau dah berjaya kadi lelaki tampan menurut firasat aku.


err err kau semua tak migrain ke baca benda ni? adduii apasal la aku pulak yang dah migrain ni...panadol!!!!!


kbai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, April 4, 2011

Hilang sudah kemacho-an, bila petang tadi terheksiden dengan si pembawak moto besar.

04/04/2011


hari ni memang hari sejarah tercipta la gamaknya. for the first time aku blah dari assembly macam tu ja. bukan nak biadap, just rasa tak selesa sangat-sangat. sebab? malas la aku nak cakap. mujur dalam bilik guru ada Punitha tengah dok buat preparation untuk observation pagi ni, at least tak da la aku terperuk sorang-sorang kat situ.


habis bab kat sekolah, timbul lagi satu bab kat tempat tuition pulak. masa on the way nak pegi tuition tadi sekali lagi aku terheksiden. dah nasib aku kot dari dulu sampai sekarang asyik orang ja dok langgaq aku. sumpah tak paham, awat la depa suka dok langgaq aku tak tau.


pelik lagi hairan dan bertambah ajaib, aku langsung tak nampak apa-apa masa aku nak belok masuk simpang. tuptup ja bila tengok cermin dah nampak ada moto besaq jatuh. aku time tu dah cuak habis ah. terus tarik handbreak. dengan terketaq-ketaq aku bukak pintu keta terus pi tengok si pembawak moto yang jatuh tergedebuk kat atas jalan tu.


lepas tu mula la orang pon ramai-ramai mai nak tolong. nak harap aku sorang angkat moto besaq dia tu memang tak terangkat la jawab nya. dah la aku pon time tu tengah dok lost, sejuk habeh kaki tangan. hilang macho gua beb!. then ada la sorang lelaki ni offer aku wheter nak call ambulance ke tak sebab si pembawak moto tu macam cedera tak boleh nak jalan. boleh tak aku cakap kat lelaki tu nanti sat, keta saya tu macam mana. time tu memang aku dah ketaq lutut dah bila dari jauh aku nampak ada scratch besar yang maha dalam kat keta aku.


macam nak nangis wooh tengok. dah la baru ja habes riban-riban nak ngecat pastu jadi lagik. sapa tak meroyan kan kalau tengok macam tu. lepas tu aku mintak lelaki tadi call abah aku. kebetulan aku cam uniform resque yang dia pakai. mujur ah dia kenai abah aku(actually abah aku salah sorang pegawai kat resque tu so sebab tu la lelaki tu kenai kot). lupa pulak aku nak say thaks kat lelaki tadi. dah la dia teman sampai abah aku mai baru dia blah, aku pulak dok layan sayu tak habeh-habeh.


sumpah aku tak kan lupa kali ni punya heksiden. dah la sorang-sorang aku ja tadi. memang gelabah la. pakcik-pakcik yang ada kat tempat heksiden tadi memang terbaik la. depa banyak tenangkan aku kot. sepanjang 6tahun aku pegang lesen, ni la first time aku kena. memang lost gila la T_____T.



so the gud news is si pembawak moto tu akan bayar ganti rugi keta aku. and the bad news is lepas ni aku nak pi sekolah and tuition macam mana? kena naik moto ke?




T_________________T.


NotaKakiErin : tenks beb, for always there when I need You.




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, April 3, 2011

Penulis Senja Terakhir : Bisikkan Pertama.


ogeh hari aku rasa macam tertarik hati pulak nak join kontest dari Penulis Senja. macam biasa la, bila cerita bab kontest-mengkontest ni ada la terma dan syarat-syarat-nya yang tersendiri. yang kat bawah ni aku kopi-paste ja dari belog Penulis Senja, for more information sila la merajinkan jari-jemari anda yang runcing tu ke belog dia naa.


1. Jadi la follower kat belog Penulis Senja, mana tau kot-kot la dia nak update apa-apa ka, kot-kot kontest tak jadi ka..apa ka kan...takot ampa tertunggu-tunggu lak, memang recomended la untuk follow belog beliau tu.


2. kalau rajin lagi buleh la like page fb beliau,  http://www.facebook.com/wanmohdsalim


3. pastu buat entry ngan tajuk " PENULIS SENJA TERAKHIR " then tepek banner beliau kat atas entry ampa.


4 . Bagitau pasai pa, ampa nak join kontest ni.

example : aku join contest penulis senja nih sebab aku memang terer menulis..confirm-confirm aku menang.


5 . ghasak ampa la nak wat puisi ka .. cerpen ka .. novel ka .. suka hati la .. janji bukan hasil karya ore len .. kalo korang curi karye ore len .. dose beb ,,,


6. tarikh tutup kontets ni 25 apriL 2011. set dalam reminder naa takot ampa lupa pulak nanti.


7 . tinggalkan URL ampa dalam petak koment kat belog Penulis Senja naa


8. Lastly tag 3 org member, ok?


aku join kontest ni sebab rasa tercabar kot, orang lain boleh tulis cerpen dengan best, so aku pon teringin gak la nak terai buat kan..mana tau lepas ni boleh buat nobel ngan Ramlee Awang Murshid ka...who knows rite?



baiklah jum kita mula, mengarut lelama pon tak guna.


BISIKKAN PERTAMA
Milia membelek-belek sekeping gambar lama didalam simpanannya. Sekilas memori lalu terimbas. waktu itu adalah waktu yang sangat indah buat Milia. Andai ada satu permintaan indah yang membolehkan dirinya kembali ke alam itu, ingin saja Milia tuturkan permintaan indah tersebut. tetapi pada siapa? mampukah tertunai permintaan gila seperti itu?


Tidak terus melayan perasaan, Milia mempercepatkan pergerakkan jari melipat-lipat baju yang masih menimbun di atas katilnya. Milia harus cepat kerana sebentar lagi dia mahu bertemu dengan sahabat karibnya, Aisha. Ada sesuatu yang penting mahu diberi pada Aisha. Pada Milia, Aisha adalah satu-satunya sahabat karib yang paling dipercayainya malah Milia sudah menganggap Aisha seperti saudara kandungnya sendiri.


jeritan telefon bimbit Milia benar-benar mematikan lamunan. pantas Milia mencapai telefon bimbit, tertera nama Aisha disitu. tidak terus menjawab, sengaja dibiarkan Aisha menunggu lebih lama dari biasa, niat hatinya ingin mengusik si gadis comel itu. apabila dirasakan puas, barulah Milia menekan butang hijau di telefonnya untuk menjawab panggilan Aisha.


Aisha : hoi nenek tak reti-reti ka nak angkat call cepat-cepat ke? dah tumbuh uban aku tunggu kau nak menjawab ni tau.

Milia : hehehe..assalammualaikum! amboi marah sakan nampak Cik Aisha kita yang comel ni sampai lupa nak bagi salam?

Aisha : a'ah la ye ye lupa pulak aku. tadi kau dah bagi salam, sekarang aku jawab la ye...Waalaikumussalam warahmatullahhi wabarakatuh! haa sekarang aku dah betul-betul nak marah.

Milia : kenapa pulak? kau ni sikit-sikit nak marah. patot la aku tengok si Kimi tu dah makin kecut sekarang ni, gara-gara kau punya amarah la ye?

Aisha : ah kau ni Milia, ke situ pulak. Kimi tu lain la. sengaja aku yang tak nak kasi dia makan banyak-banyak takut nanti tak muat pulak baju pengatin yang aku tempah tu. dah dah..tak payah nak potong line ye, aku call ni pon nak bagitau kau yang aku on the way ke rumah kau. lagi sepuluh minit aku sampai.

Milia : oh ok ok. aku pun dah siap ni. kejap lagi aku tunggu kau kat depan rumah ye?

Aisha : alright then. cepat sikit ye nenek, kau tu kalau bersiap bukan aku tak tau mengalahkan pengantin. lotih den ni ha menunggu.

Milia : eh, tak baik la kau ni kutuk aku. aku dah siap la. tak percaya cepat datang ambil aku.

Aisha : ye la nenek oii aku tengah nak pegi ambil kau la ni.


sejurus kemudian perbualan ditamatkan.


Milia dan Aisha memilih sebuah restoren makanan segera untuk melepas penat setelah seharian bersiar-siar dan membeli belah. sementara Aisha sibuk memesan makanan di kaunter, Milia pula lebih senang mencari tempat duduk untuk mereka berdua. Milia memilih tempat duduk di hujung restoren itu. kebetulan pada hari itu tidak ramai  pula orang, jadi mudahlah untuk Aisha memilih tempat.


setelah menjamu selera, kedua sahabat itu mula bercerita. Kali ini giliran Aisha memulakan perbualan. Sebenarnya Aisha agak sedikit pelik dengan kelakuan Milia hari ni. Makanan yang dipesan Milia bagai tak terusik, bila di tanya katanya tidak berselera. paling menimbulkan tanda tanya di hati Aisha ialah Milia seakan bukan dirinya yang sebenar, tidak lagi menjadi seorang gadis yang periang dan ceria hari ni. semua itu amat membimbangkan Aisha. selepas seminggu hilang tanpa khabar berita, Milia muncul dengan keadaan yang jauh berbeza dengan dirinya yang dulu.


 "oii nenek kau pergi mana hah seminggu aku cari kau bagai nak gila" Aisha mula bersuara.

"tak pergi mama-mana pun ada ja kat sini." jawab Milia acuh tak acuh.

"kau jangan nak main-main la. aku cari kau merata beb, tapi semua tak tau kau pergi mana. kau hilang seminggu tuptup muncul macam ni, dengan muka pucat lesi..tak banyak cakap..macam bukan diri kau yang sebenar dah aku tengok" balas Aisha seakan tidak berpuas hati dengan jawapan dari Milia.

"aku ke Terengganu" ringkas Milia menjawab.

"apa? sikit pun tanak bagitau aku kan" Aisha sedikit protes dengan jawapan dari Milia. sungguh dia tidak menyangka gadis itu akan ke Terengganu sendirian.

"aku pegi bercuti la. tenangkan otak"

"oo selama ni otak kau semak ke? kau pegi bercuti ke kau pegi mengenang kisah cinta lama?" tanya Aisha yang masih ingin mengetahui kisah sebenar dari Milia.

"dua-dua pun boleh" Milia masih seperti tadi seakan mahu menghentikan perbualan mereka bila diasak soalan yang bertubi-tubi dari Aisha.

"kau masih ingatkan Rayyan?" berterusan pertanyaan Aisha masih ingin menduka hati kecil gadis dihadapannya ini. Segaja dibangkitkan soal Rayyan dengan harapan Aisha dapat mengetahui punca sebenar yang membawa Milia ke Terengganu.

"kenapa kau tanya ?" Milia mula menyoal kembali.

"jadi untuk apa lagi kalau kau ke Terengganu kalau bukan untuk kenangkan kisah kau dan Rayyan" pantas Aisha memerangkap Milia dengan soalan itu.

"ya, aku pergi ke sana untuk mengenang segala kenangan kami. at the same time jugak aku nak tatap Terengganu lama-lama. takot rindu pulak dengan Terengganu nanti hehehe"

"ah mengada-ngada la kau ni setakat nak fly pergi Adelaide tu aku rasa masih boleh lagi kot kau nak balik Malaysia sekali sekala kalau rindu sangat kat Terengganu tu" balas Aisha.

"entah la Aisha. mungkin lambat lagi kot kalau aku nak balik. ataupun aku ingat tanak balik Malaysia terus"

"mak aii kau ni takan nak beranak pinak kat sana kot. aduh la, ini belum pergi lagi dah cakap tanak balik..nanti kalau dah betul-betul jejakkan kaki kat Adelaide tu terus hilang ingatan kat Malaysia apa"

"macam-macam la kau ni. Aisha sebenarnya aku ada something nak minta tolong dari kau. boleh tak?" Milia mula berbicara dengan lebih serius.

"serius semacam kau ni. kau nak mintak tolong apa? kau tau kan apa saja yang kau mintak mesti aku tunaikan..tak payah la nak tanya boleh ke tidak"


sambil mengeluarkan sepucuk sampul surat berwarna biru dari tas tangan, Milia pantas menyorong sampul itu kepada Aisha.


"tolong berikan ini kepada Rayyan" pinta Milia kepada Aisha.

"apa ni? surat cinta atau undangan perkahwinan?" sambil berseloroh Aisha membalas percakapan Milia. Aisha tahu sampul tersebut bukanlah berisi kad undangan perkahwinan.

"itu kenangan untuk Rayyan masa aku takde nanti" terang Milia.

"kenapa kau tak bagi kat Rayyan sendiri?" giliran Aisha pula untuk menyoal.

"sebab aku nak kau bagi sampul ni kat dia masa aku takde nanti la" "lepas seminggu aku fly baru kau bagi kat dia ye" terang Milia lagi.

"baik boss!!" " bila kau nak fly ye?"

"lagi empat hari"

"mak aii cepat nya bukan bulan depan ke baru kau nak pegi?" Aisha sedikit terkejut mendengar jawapan dari Milia.

"ikut plan asal memang macam tu, tapi Uncle Azman suruh aku pergi awal, biasakan diri dengan keadaan kat sana"

"patot la, beriya kau shopping tadi rupanya dah nak berangkat"

" tak kesah la macam mana pon" "Aisha aku percaya kat kau, sampaikan amanat aku ni pada Rayyan ya"

"eh iya la tak kan la aku tak bagi pulak" "lepas je seminggu kau pergi cepat-cepat aku kasi kat dia ye.." "tapi kenapa lepas seminggu kau pergi baru nak kasi surat ni kat dia?"

"Aisha, Rayyan tak pernah tahu pun yang aku akan ke Adelaide." "sengaja aku rahsiakan pemergian ini, aku tanak dia sedih" berkaca-kaca mata Milia semasa menerangkan sebab kenapa Aisha harus menyerahkan surat itu selepas pemergiannya.

"Milia, sabarlah" "kau dan Rayyan masih seperti dulu?" Aisha cuba menduga perasaan Milia.

"aku tak tahu nak jawab macam mana Aisha" "dah hampir setahun aku tak berjumpa dengan Rayyan" "sometimes dia ada jugak call aku bertanya khabar"

"kau tahu bukan yang Rayyan akan ditunangkan dengan Syazlin?" tanya Aisha lagi bersungguh-sungguh.

"tahu. dan sebab itu aku ingin bawak diri ke Adelaide..jauh dari Rayyan" " aku dah tak mampu menipu diri aku lagi Aisha" "sesungguhnya dari dulu lagi aku sangat mencintai Rayyan"

"dan aku rasa Rayyan jugak mencintai kau, Milia"

"tidak Aisha, tidak. Rayyan hanya menyanyangi aku sebagai seorang adik sahaja tidak lebih dari itu, dia mahu aku kekal di dalam hatinya sampai bila-bila sebagai seorang adik" kali ini tampak bersungguh benar Milia menerangkan perkara itu kepada Aisha.

"baiklah Milia, kalau itu yang kau mahu, akan aku sampaikan surat ini pada Rayyan nanti" Aisha cepat mengalih perbualan tidak mahu Milia terus mengenang Rayyan dalam hidupnya.

"terima kasih Aisha kau satu-satunya orang yang aku percayai dan maaflah kalau permintaan aku ini menyusahkan kau" " ingat tau apa pun yang jadi, seminggu lepas tu baru kau kasi kat Rayyan ye" ucap Milia lagi.

"eh takde benda la perkara kecil ja ni" dengan senang hati Aisha membalas ucapan Milia sebentar tadi.


hari hampir menginjak senja. Aisha mengajak Milia untuk pulang kerana malam nanti Aisha mahu bertemu dengan tunangnya, Muhammad Hakimi. tetapi Milia berkeras mahu Aisha pulang terlebih dahulu. alasannya dia mahu menikmati dan menghirup udara luar dengan lebih lama lagi. mendengarkan permintaan Milia yang agak pelik itu membuatkan Aisha mahu menemani Milia selama mana yang gadis itu mahu. Milia masih seperti tadi berkeras mahu Aisha pulang juga. Aisha tidak ada pilihan lain. pada pandangannya mungkin Milia mahu bersendirian. sebelum pulang Aisha berpesan pada Milia agar menghubunginya jika ada apa-apa berlaku.


Azan Maghrib sudah lama berkumandang. Milia tahu kewajipannya sebagai umat Islam harus ditunaikan segera. lantas dia mempercepatkan kayuhan langkahnya ingin ke Masjid yang berdekatan. seboleh mungkin Milia mahu segera menunaikan solat. dia tahu sesungguhnya melewat-lewatkan solat adalah perkara yang tidak disukai Allah.


sewaktu ingin menyeberang ke kawasan Masjid tanpa Milia sedari ada sebuah kereta meluncur laju ke arahnya. dengan tidak semena-mena kereta itu melanggar sekujur tubuh Milia. Milia rebah. darah membuak-buak keluar dari hidung dan mulutnya, tudung putih yang di pakai Milia mula bertukar warna. orang ramai mula memenuhi kawasan kemalangan itu.


kini cukup seminggu pemergian Milia. pemergian yang telah tertulis di dalam buku takdirnya. Milia maut dalam kemalangan jalan raya seminggu yang lepas. masih terngiang lagi gelak tawa Milia dicuping telinga Aisha. dan satu-satunya amanat Milia pada Aisha harus dilaksanakan pada hari ini. Rayyan harus ditemui.


* * * * * * * * *

Rayyan membaca satu persatu bait-bait surat terakhir yang ditinggalkan Milia kepadanya;


Rayyan yang sangat aku sayangi,

Rayyan semasa kau membaca surat ini, aku telah pun berada jauh dari kau. aku amanahkan Aisha untuk memberi surat ini pada kau. maaf Rayyan aku sengaja merahsiakan pemergian ini dari pengetahuan kau kerana aku tak mahu kau bersedih.

Rayyan seminggu sebelum aku pergi, aku telah ke Terengganu. sengaja aku ke sana sendirian, mengulang kembali detik-detik perkenalan kita disana. terasa seperti baru semalam kita tinggalkan UMT dan Terengganu. sesungguhnya kerinduan ini telah membawa aku kesana untuk mencari kenangan kita berdua.
betapa hati ini terlalu rindu untuk bersama-sama kau melewati tempat-tempat yang pernah kita jejaki berdua. kadang-kadang hati terlalu berharap agar kau akan sentiasa ada bila mana aku memerlukan kau.

aku tahu Rayyan aku tidak harus mengkhianati janji yang telah kita patri bersama.  kita berjanji tidak akan jatuh cinta demi menjaga hubungan persahabtan kita kerana kau takut akan kehilangan aku andai ditakdirkan percintaan kita kecundang. aku terima keputusan kau itu.

dan hari ni Rayyan ingin aku akui yang aku sangat menyayangi dan mencintai kau. dan demi itu aku ingin jauh dari kau. Rayyan aku sentiasa mendoakan kebahagian kau walau dengan siapa pun yang menjadi pilihan kau. Rayyan detik-detik seaktu kita di Terengganu adalah detik yang terindah dalam hidupku. terima kasih Rayyan kerana sudi mencipta kenangan bersama aku semasa di sana.

aku harap kau akan dapat membahagiakan gadis yang menjadi suri di hati kau nanti. tentang aku usah kau bimbang. yang penting aku mahu kau sentiasa bahagia dengan hidup yang bakal kau tempuh. aku sentiasa berdoa kepada Tuhan agar di berikan segala kebahagiaan buat Rayyan yang aku kasihi.

aku akhiri surat ini dengan segala kasih dan sayang aku pada kau Rayyan. jaga diri sebaik mungkin semasa ketiadaan aku nanti. dan yang penting kau harus sentiasa ingat yang aku akan sentiasa kekal sebagai adik di dalam hati kau buat selama-lamanya ikatan yang tak akan pernah terputus.

sekian, Assalammualaikum.


Yang sentiasa merindui,

Milia.


sebak di dada Rayyan tidak tertahan lagi bila mengetahui perkara sebenar. Milia masih mencintainya. betapa tulus gadis itu menyanyanginya dan sanggup berkorban untuk kebahagiaannya. Rayyan mula mengakui silapnya. sesal mula menyelubungi benak hati. sesungguhnya Rayyan juga amat mencintai Milia. sudah terlambat untuk mengakui cintanya pada gadis itu.


Rayyan tersa kehilangan yang teramat sangat. dahulu Rayyan takut untuk mencintai Milia kerana Rayyan bimbing jika sesuatu terjadi pada perhubungan cinta mereka akan menyebabkan Milia terus terpisah darinya. atas sebab itulah Rayyan menetapkan yang dia dan Milia hanya sebagai kawan. bagi Rayyan hubungan sebagai kawan tidak akan terpisah. tapi keadaan sebaliknya berlaku...Milia pergi di saat Rayyan belum sempat melafazkan rasa cintanya.


beberapa keping gambar yang diselitkan bersama surat itu turut menambahkan sebak di hati Rayyan. gambar-gambar semasa Milia di Terengganu di tempat-tempat yang pernah mereka lewati bersama suatu ketika dulu dan sekeping gambar kenangan lama antara Rayyan dan Milia sewaktu mereka masih lagi bergelar penuntut di UMT. seingat Rayyan gambar itu antara yang menjadi gambar kesayangan Milia.

"Milia Adnan, aku cinta padamu...cinta padamu!!" bisik hati kecil Rayyan. andai bisikkan pertama itu mampu mengembalikan Milianya pasti Rayyanlah orang yang paling berbahagia di dunia.



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, April 1, 2011

Saya single, saya okay.



just now terbaca entry Adam Zulhilmi...giler kentang lenyek ah targis macam dilanggar lori cerita dia. personally aku rasa Adam mesti dah trauma ngan kesah dia sebab tu dia lebih selesa berstatus single sekarang, well....anyway aku pon berkongsi perasaan yang sama ngan Adam. cuma kesah aku ngan Adam ja tak sama.


kalau Adam persoalkan kejujuran dan kesetiaan, aku pulak nak persoalkan tentang kepercayaan. bagi aku dalam satu relationship kita kena ada sikap saling percaya antara satu sama lain..yeah bunyi macam sama meaning ngan kejujuran la jugak tapi konsep dia tak sama. percaya, maksudnya kita yakin dengan pasangan. setiap tindak tanduk dia kita percaya (trust), maksudnya tidak ada sebarang pertikaian dalam sesuatu isu. jujur pulak bermaksud benar. maknanya disini..kita harus bercakap benar dengan pasangan. jangan sesekali menipu takot nanti terkantoi lagi susah.


jujur dan percaya antara dua elemen penting yang aku percaya tak semua orang boleh buat. kalau ada pon maybe golongan tu dah makin pupus sekarang ni. to be honest, aku agak ragu-ragu ngan lelaki zaman sekarang. aku tak cakap semua. pengalaman-pengalaman dalam hidop banyak buat aku berhati-hati. aku pernah buat silap, aku mengaku. tapi kesilapan dulu tu la banyak buat aku sedar yang lelaki macam mana yang boleh dibuat kawan dan lelaki yang macam mana jenis nak have fun saja.


sorry to say that aku tak percaya orang yang kalau selalu dok ungkap soal kesetiaan dan kejujuran tu adalah orang yang betul-betul setia dan jujur terhadap pasangan dia. bagi aku orang yang macam ni selalu reflect apa yang dia kata. makna nya kalau dia cakap dia jujur..sebenarnya dia bukan seorang yang jujur sangat pon. kalau ada yang nak menghentam..silakan. aku cakap ni pon based on pengalaman jugak.


bagi aku, selagi aku tak dapat cari sifat jujur dalam pasangan aku dan selagi aku tak mampu nak letakkan trust aku kat dia..selagi tu la aku rasa yang stay single ni lagi better. jujur aku cakap aku dah pernah tengok boyfren-boyfren curang terhadap gerlfren-gerlfrennya, hubby-hubby pulak dok sebok takel anak dara..apa lagi yang aku nak expect dari seorang lelaki? cukup la benda-benda ni semua.


walau macam mana pon aku bersyukur jugak sebab seawal ni Allah dah tunjukkan aku mana lelaki yang baik, mana yang tidak. aku terima setiap benda yang jadi ada hikamah tersendiri. well..as a perempuan opkos la aku sentiasa mendoakan agar dipertemukan dengan seseorang yang beriman yang dapat membimbing aku dan semoga Allah akan bukak kan balik pintu hati aku. so buat Adam harapnya lebih tabah, chill dan tak payah la kenang kan lagik kesah-kesah tu. tak perlu membenci dia, aggap saja yang satu waktu dulu, dia pernah memberi kebahagiaan buat Adam.


macam biasa la...I hate to talk about love!

okeh bai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA