Friday, April 8, 2011

Mulut Jahat Tu Tak Baik Untuk Kesihatan.

status : hati sedang panas.



astagfirullahalla'zim..entah berapa kali dah aku dok istighfar hari ni. kalau lah acara tembak menembak secara rambang tu legal kat Malaysia dah lama aku pi beli M-16 tembak kepala budak tu biar berkecai.


mood aku memang tak berapa nak ok. bayangkan dah la aku baru balik keja, penat pon tak habes lagi, on fb tengok notifications then macam besa la sesi balas membalas komen pon bermula. satu persatu aku reply, sampai la ada satu komen tu dekat wall sesorang ni (which is very close to me) buat aku benggang tahap nak membunuh.


that person yang komen tu bukan la orang yang close ngan aku, tapi "kawan" dia yang dari hutan gigih nak mencelah nak komen sama. sebab apa aku cakap dari hutan? sebab hanya makhluk yang dari hutan saja yang takdak akal dan fikiran yang sesuka-hati-sedap-sedap-perut-busuk-dia nak letak komen yang macam tu.


memang la aku ni jenis kepala yang gila-gila, tapi segila-gila aku pon still ada hati dan perasaan kot. apa dia ingat orang yang gila-gila macam aku ni suka-suka hati dia jaa nak kata apa-apa pon. sumpah aku cakap kalau hal lain hang kata pi la apa pon memang aku malas nak amek pusing, tapi kalau dah sampai menyumpah bab mati-mati ni sapa tak hangin.


"hahaha hang memang patot mati awal pon...pi la race sensorang, aku nak ***** ngan **"   boleh tak dia reply komen macam tu kat aku? agak-agak la kan nak melawak pon. aku tak paham la macam ni punya style manusia pon ada kan. nak kata budak-budak kot la tak reti nak pikir..ni umur pon lebih kurang aku jugak..takan tak reti nak pikir lagi kot.


aku bukan jenis pompuan yang suka nak mengamuk tak tentu hala kot. most of the time aku suka buat rilex jaa walaupon benda tu kadang-kadang buleh buat aku sentap 3,4 hari. this time aku rasa dia dah cukup-cukup melampau la. sengaja aku buat post baru kat wall orang yang rapat ngan aku tu dengan niat aku nak dia baca dan semoga dia sedar yang dia tu dah over the limit.


so those yang kalau terbaca latest status aku kat fb yang macam bonggak sikit harap maklum la ye, aku pun tak suka nak drag benda ni tapi aku nak dia sedar yang aku ni manusia kot, bukannya spesis dalam hutan macam dia.


aku tau aku tak perfect tapi aku just nak bagitau je la pada sesapa jugak yang baca entry aku ni, lain kali kalau nak keluarkan satu-satu statement tu pikir habis-habis dulu. jangan main ikut sedap mulut ja nak kata apa pon. kalau tak, takan la orang dulu-dulu buleh create pantun "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" sebab dah memang proven la yang mulut punca tercetus segala sengketa.


dah la malas nak komen lebih-lebih..eh ampa kalau tak paham pon tak pa, abaikan ja. anggap ja la ni sesi luahan jiwa seorang rockers sejati yang berjiwa kacau.


kbai.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

2 comments:

fRaMe+LenSeS said...

sabaQ cheq.. jgn memarah..sat muka nek kedut.. biaQ dia nak kata, mati bukan dia yang tentukan, ALLAH yang tentukan. biarkan dia.. mulut ta cover. orang yang sakitkan ati orang, akan disakiti jugak satu hari nt.. nadh penah dengaQ tau, kalau kita tanak brsedih, kita jgn sakitkan ati orang.. ;)

DiahRodzi said...

wohooo...komen tu mmg membakar jiwa la....nak joke pown agak2 la....