Sunday, April 3, 2011

Penulis Senja Terakhir : Bisikkan Pertama.


ogeh hari aku rasa macam tertarik hati pulak nak join kontest dari Penulis Senja. macam biasa la, bila cerita bab kontest-mengkontest ni ada la terma dan syarat-syarat-nya yang tersendiri. yang kat bawah ni aku kopi-paste ja dari belog Penulis Senja, for more information sila la merajinkan jari-jemari anda yang runcing tu ke belog dia naa.


1. Jadi la follower kat belog Penulis Senja, mana tau kot-kot la dia nak update apa-apa ka, kot-kot kontest tak jadi ka..apa ka kan...takot ampa tertunggu-tunggu lak, memang recomended la untuk follow belog beliau tu.


2. kalau rajin lagi buleh la like page fb beliau,  http://www.facebook.com/wanmohdsalim


3. pastu buat entry ngan tajuk " PENULIS SENJA TERAKHIR " then tepek banner beliau kat atas entry ampa.


4 . Bagitau pasai pa, ampa nak join kontest ni.

example : aku join contest penulis senja nih sebab aku memang terer menulis..confirm-confirm aku menang.


5 . ghasak ampa la nak wat puisi ka .. cerpen ka .. novel ka .. suka hati la .. janji bukan hasil karya ore len .. kalo korang curi karye ore len .. dose beb ,,,


6. tarikh tutup kontets ni 25 apriL 2011. set dalam reminder naa takot ampa lupa pulak nanti.


7 . tinggalkan URL ampa dalam petak koment kat belog Penulis Senja naa


8. Lastly tag 3 org member, ok?


aku join kontest ni sebab rasa tercabar kot, orang lain boleh tulis cerpen dengan best, so aku pon teringin gak la nak terai buat kan..mana tau lepas ni boleh buat nobel ngan Ramlee Awang Murshid ka...who knows rite?



baiklah jum kita mula, mengarut lelama pon tak guna.


BISIKKAN PERTAMA
Milia membelek-belek sekeping gambar lama didalam simpanannya. Sekilas memori lalu terimbas. waktu itu adalah waktu yang sangat indah buat Milia. Andai ada satu permintaan indah yang membolehkan dirinya kembali ke alam itu, ingin saja Milia tuturkan permintaan indah tersebut. tetapi pada siapa? mampukah tertunai permintaan gila seperti itu?


Tidak terus melayan perasaan, Milia mempercepatkan pergerakkan jari melipat-lipat baju yang masih menimbun di atas katilnya. Milia harus cepat kerana sebentar lagi dia mahu bertemu dengan sahabat karibnya, Aisha. Ada sesuatu yang penting mahu diberi pada Aisha. Pada Milia, Aisha adalah satu-satunya sahabat karib yang paling dipercayainya malah Milia sudah menganggap Aisha seperti saudara kandungnya sendiri.


jeritan telefon bimbit Milia benar-benar mematikan lamunan. pantas Milia mencapai telefon bimbit, tertera nama Aisha disitu. tidak terus menjawab, sengaja dibiarkan Aisha menunggu lebih lama dari biasa, niat hatinya ingin mengusik si gadis comel itu. apabila dirasakan puas, barulah Milia menekan butang hijau di telefonnya untuk menjawab panggilan Aisha.


Aisha : hoi nenek tak reti-reti ka nak angkat call cepat-cepat ke? dah tumbuh uban aku tunggu kau nak menjawab ni tau.

Milia : hehehe..assalammualaikum! amboi marah sakan nampak Cik Aisha kita yang comel ni sampai lupa nak bagi salam?

Aisha : a'ah la ye ye lupa pulak aku. tadi kau dah bagi salam, sekarang aku jawab la ye...Waalaikumussalam warahmatullahhi wabarakatuh! haa sekarang aku dah betul-betul nak marah.

Milia : kenapa pulak? kau ni sikit-sikit nak marah. patot la aku tengok si Kimi tu dah makin kecut sekarang ni, gara-gara kau punya amarah la ye?

Aisha : ah kau ni Milia, ke situ pulak. Kimi tu lain la. sengaja aku yang tak nak kasi dia makan banyak-banyak takut nanti tak muat pulak baju pengatin yang aku tempah tu. dah dah..tak payah nak potong line ye, aku call ni pon nak bagitau kau yang aku on the way ke rumah kau. lagi sepuluh minit aku sampai.

Milia : oh ok ok. aku pun dah siap ni. kejap lagi aku tunggu kau kat depan rumah ye?

Aisha : alright then. cepat sikit ye nenek, kau tu kalau bersiap bukan aku tak tau mengalahkan pengantin. lotih den ni ha menunggu.

Milia : eh, tak baik la kau ni kutuk aku. aku dah siap la. tak percaya cepat datang ambil aku.

Aisha : ye la nenek oii aku tengah nak pegi ambil kau la ni.


sejurus kemudian perbualan ditamatkan.


Milia dan Aisha memilih sebuah restoren makanan segera untuk melepas penat setelah seharian bersiar-siar dan membeli belah. sementara Aisha sibuk memesan makanan di kaunter, Milia pula lebih senang mencari tempat duduk untuk mereka berdua. Milia memilih tempat duduk di hujung restoren itu. kebetulan pada hari itu tidak ramai  pula orang, jadi mudahlah untuk Aisha memilih tempat.


setelah menjamu selera, kedua sahabat itu mula bercerita. Kali ini giliran Aisha memulakan perbualan. Sebenarnya Aisha agak sedikit pelik dengan kelakuan Milia hari ni. Makanan yang dipesan Milia bagai tak terusik, bila di tanya katanya tidak berselera. paling menimbulkan tanda tanya di hati Aisha ialah Milia seakan bukan dirinya yang sebenar, tidak lagi menjadi seorang gadis yang periang dan ceria hari ni. semua itu amat membimbangkan Aisha. selepas seminggu hilang tanpa khabar berita, Milia muncul dengan keadaan yang jauh berbeza dengan dirinya yang dulu.


 "oii nenek kau pergi mana hah seminggu aku cari kau bagai nak gila" Aisha mula bersuara.

"tak pergi mama-mana pun ada ja kat sini." jawab Milia acuh tak acuh.

"kau jangan nak main-main la. aku cari kau merata beb, tapi semua tak tau kau pergi mana. kau hilang seminggu tuptup muncul macam ni, dengan muka pucat lesi..tak banyak cakap..macam bukan diri kau yang sebenar dah aku tengok" balas Aisha seakan tidak berpuas hati dengan jawapan dari Milia.

"aku ke Terengganu" ringkas Milia menjawab.

"apa? sikit pun tanak bagitau aku kan" Aisha sedikit protes dengan jawapan dari Milia. sungguh dia tidak menyangka gadis itu akan ke Terengganu sendirian.

"aku pegi bercuti la. tenangkan otak"

"oo selama ni otak kau semak ke? kau pegi bercuti ke kau pegi mengenang kisah cinta lama?" tanya Aisha yang masih ingin mengetahui kisah sebenar dari Milia.

"dua-dua pun boleh" Milia masih seperti tadi seakan mahu menghentikan perbualan mereka bila diasak soalan yang bertubi-tubi dari Aisha.

"kau masih ingatkan Rayyan?" berterusan pertanyaan Aisha masih ingin menduka hati kecil gadis dihadapannya ini. Segaja dibangkitkan soal Rayyan dengan harapan Aisha dapat mengetahui punca sebenar yang membawa Milia ke Terengganu.

"kenapa kau tanya ?" Milia mula menyoal kembali.

"jadi untuk apa lagi kalau kau ke Terengganu kalau bukan untuk kenangkan kisah kau dan Rayyan" pantas Aisha memerangkap Milia dengan soalan itu.

"ya, aku pergi ke sana untuk mengenang segala kenangan kami. at the same time jugak aku nak tatap Terengganu lama-lama. takot rindu pulak dengan Terengganu nanti hehehe"

"ah mengada-ngada la kau ni setakat nak fly pergi Adelaide tu aku rasa masih boleh lagi kot kau nak balik Malaysia sekali sekala kalau rindu sangat kat Terengganu tu" balas Aisha.

"entah la Aisha. mungkin lambat lagi kot kalau aku nak balik. ataupun aku ingat tanak balik Malaysia terus"

"mak aii kau ni takan nak beranak pinak kat sana kot. aduh la, ini belum pergi lagi dah cakap tanak balik..nanti kalau dah betul-betul jejakkan kaki kat Adelaide tu terus hilang ingatan kat Malaysia apa"

"macam-macam la kau ni. Aisha sebenarnya aku ada something nak minta tolong dari kau. boleh tak?" Milia mula berbicara dengan lebih serius.

"serius semacam kau ni. kau nak mintak tolong apa? kau tau kan apa saja yang kau mintak mesti aku tunaikan..tak payah la nak tanya boleh ke tidak"


sambil mengeluarkan sepucuk sampul surat berwarna biru dari tas tangan, Milia pantas menyorong sampul itu kepada Aisha.


"tolong berikan ini kepada Rayyan" pinta Milia kepada Aisha.

"apa ni? surat cinta atau undangan perkahwinan?" sambil berseloroh Aisha membalas percakapan Milia. Aisha tahu sampul tersebut bukanlah berisi kad undangan perkahwinan.

"itu kenangan untuk Rayyan masa aku takde nanti" terang Milia.

"kenapa kau tak bagi kat Rayyan sendiri?" giliran Aisha pula untuk menyoal.

"sebab aku nak kau bagi sampul ni kat dia masa aku takde nanti la" "lepas seminggu aku fly baru kau bagi kat dia ye" terang Milia lagi.

"baik boss!!" " bila kau nak fly ye?"

"lagi empat hari"

"mak aii cepat nya bukan bulan depan ke baru kau nak pegi?" Aisha sedikit terkejut mendengar jawapan dari Milia.

"ikut plan asal memang macam tu, tapi Uncle Azman suruh aku pergi awal, biasakan diri dengan keadaan kat sana"

"patot la, beriya kau shopping tadi rupanya dah nak berangkat"

" tak kesah la macam mana pon" "Aisha aku percaya kat kau, sampaikan amanat aku ni pada Rayyan ya"

"eh iya la tak kan la aku tak bagi pulak" "lepas je seminggu kau pergi cepat-cepat aku kasi kat dia ye.." "tapi kenapa lepas seminggu kau pergi baru nak kasi surat ni kat dia?"

"Aisha, Rayyan tak pernah tahu pun yang aku akan ke Adelaide." "sengaja aku rahsiakan pemergian ini, aku tanak dia sedih" berkaca-kaca mata Milia semasa menerangkan sebab kenapa Aisha harus menyerahkan surat itu selepas pemergiannya.

"Milia, sabarlah" "kau dan Rayyan masih seperti dulu?" Aisha cuba menduga perasaan Milia.

"aku tak tahu nak jawab macam mana Aisha" "dah hampir setahun aku tak berjumpa dengan Rayyan" "sometimes dia ada jugak call aku bertanya khabar"

"kau tahu bukan yang Rayyan akan ditunangkan dengan Syazlin?" tanya Aisha lagi bersungguh-sungguh.

"tahu. dan sebab itu aku ingin bawak diri ke Adelaide..jauh dari Rayyan" " aku dah tak mampu menipu diri aku lagi Aisha" "sesungguhnya dari dulu lagi aku sangat mencintai Rayyan"

"dan aku rasa Rayyan jugak mencintai kau, Milia"

"tidak Aisha, tidak. Rayyan hanya menyanyangi aku sebagai seorang adik sahaja tidak lebih dari itu, dia mahu aku kekal di dalam hatinya sampai bila-bila sebagai seorang adik" kali ini tampak bersungguh benar Milia menerangkan perkara itu kepada Aisha.

"baiklah Milia, kalau itu yang kau mahu, akan aku sampaikan surat ini pada Rayyan nanti" Aisha cepat mengalih perbualan tidak mahu Milia terus mengenang Rayyan dalam hidupnya.

"terima kasih Aisha kau satu-satunya orang yang aku percayai dan maaflah kalau permintaan aku ini menyusahkan kau" " ingat tau apa pun yang jadi, seminggu lepas tu baru kau kasi kat Rayyan ye" ucap Milia lagi.

"eh takde benda la perkara kecil ja ni" dengan senang hati Aisha membalas ucapan Milia sebentar tadi.


hari hampir menginjak senja. Aisha mengajak Milia untuk pulang kerana malam nanti Aisha mahu bertemu dengan tunangnya, Muhammad Hakimi. tetapi Milia berkeras mahu Aisha pulang terlebih dahulu. alasannya dia mahu menikmati dan menghirup udara luar dengan lebih lama lagi. mendengarkan permintaan Milia yang agak pelik itu membuatkan Aisha mahu menemani Milia selama mana yang gadis itu mahu. Milia masih seperti tadi berkeras mahu Aisha pulang juga. Aisha tidak ada pilihan lain. pada pandangannya mungkin Milia mahu bersendirian. sebelum pulang Aisha berpesan pada Milia agar menghubunginya jika ada apa-apa berlaku.


Azan Maghrib sudah lama berkumandang. Milia tahu kewajipannya sebagai umat Islam harus ditunaikan segera. lantas dia mempercepatkan kayuhan langkahnya ingin ke Masjid yang berdekatan. seboleh mungkin Milia mahu segera menunaikan solat. dia tahu sesungguhnya melewat-lewatkan solat adalah perkara yang tidak disukai Allah.


sewaktu ingin menyeberang ke kawasan Masjid tanpa Milia sedari ada sebuah kereta meluncur laju ke arahnya. dengan tidak semena-mena kereta itu melanggar sekujur tubuh Milia. Milia rebah. darah membuak-buak keluar dari hidung dan mulutnya, tudung putih yang di pakai Milia mula bertukar warna. orang ramai mula memenuhi kawasan kemalangan itu.


kini cukup seminggu pemergian Milia. pemergian yang telah tertulis di dalam buku takdirnya. Milia maut dalam kemalangan jalan raya seminggu yang lepas. masih terngiang lagi gelak tawa Milia dicuping telinga Aisha. dan satu-satunya amanat Milia pada Aisha harus dilaksanakan pada hari ini. Rayyan harus ditemui.


* * * * * * * * *

Rayyan membaca satu persatu bait-bait surat terakhir yang ditinggalkan Milia kepadanya;


Rayyan yang sangat aku sayangi,

Rayyan semasa kau membaca surat ini, aku telah pun berada jauh dari kau. aku amanahkan Aisha untuk memberi surat ini pada kau. maaf Rayyan aku sengaja merahsiakan pemergian ini dari pengetahuan kau kerana aku tak mahu kau bersedih.

Rayyan seminggu sebelum aku pergi, aku telah ke Terengganu. sengaja aku ke sana sendirian, mengulang kembali detik-detik perkenalan kita disana. terasa seperti baru semalam kita tinggalkan UMT dan Terengganu. sesungguhnya kerinduan ini telah membawa aku kesana untuk mencari kenangan kita berdua.
betapa hati ini terlalu rindu untuk bersama-sama kau melewati tempat-tempat yang pernah kita jejaki berdua. kadang-kadang hati terlalu berharap agar kau akan sentiasa ada bila mana aku memerlukan kau.

aku tahu Rayyan aku tidak harus mengkhianati janji yang telah kita patri bersama.  kita berjanji tidak akan jatuh cinta demi menjaga hubungan persahabtan kita kerana kau takut akan kehilangan aku andai ditakdirkan percintaan kita kecundang. aku terima keputusan kau itu.

dan hari ni Rayyan ingin aku akui yang aku sangat menyayangi dan mencintai kau. dan demi itu aku ingin jauh dari kau. Rayyan aku sentiasa mendoakan kebahagian kau walau dengan siapa pun yang menjadi pilihan kau. Rayyan detik-detik seaktu kita di Terengganu adalah detik yang terindah dalam hidupku. terima kasih Rayyan kerana sudi mencipta kenangan bersama aku semasa di sana.

aku harap kau akan dapat membahagiakan gadis yang menjadi suri di hati kau nanti. tentang aku usah kau bimbang. yang penting aku mahu kau sentiasa bahagia dengan hidup yang bakal kau tempuh. aku sentiasa berdoa kepada Tuhan agar di berikan segala kebahagiaan buat Rayyan yang aku kasihi.

aku akhiri surat ini dengan segala kasih dan sayang aku pada kau Rayyan. jaga diri sebaik mungkin semasa ketiadaan aku nanti. dan yang penting kau harus sentiasa ingat yang aku akan sentiasa kekal sebagai adik di dalam hati kau buat selama-lamanya ikatan yang tak akan pernah terputus.

sekian, Assalammualaikum.


Yang sentiasa merindui,

Milia.


sebak di dada Rayyan tidak tertahan lagi bila mengetahui perkara sebenar. Milia masih mencintainya. betapa tulus gadis itu menyanyanginya dan sanggup berkorban untuk kebahagiaannya. Rayyan mula mengakui silapnya. sesal mula menyelubungi benak hati. sesungguhnya Rayyan juga amat mencintai Milia. sudah terlambat untuk mengakui cintanya pada gadis itu.


Rayyan tersa kehilangan yang teramat sangat. dahulu Rayyan takut untuk mencintai Milia kerana Rayyan bimbing jika sesuatu terjadi pada perhubungan cinta mereka akan menyebabkan Milia terus terpisah darinya. atas sebab itulah Rayyan menetapkan yang dia dan Milia hanya sebagai kawan. bagi Rayyan hubungan sebagai kawan tidak akan terpisah. tapi keadaan sebaliknya berlaku...Milia pergi di saat Rayyan belum sempat melafazkan rasa cintanya.


beberapa keping gambar yang diselitkan bersama surat itu turut menambahkan sebak di hati Rayyan. gambar-gambar semasa Milia di Terengganu di tempat-tempat yang pernah mereka lewati bersama suatu ketika dulu dan sekeping gambar kenangan lama antara Rayyan dan Milia sewaktu mereka masih lagi bergelar penuntut di UMT. seingat Rayyan gambar itu antara yang menjadi gambar kesayangan Milia.

"Milia Adnan, aku cinta padamu...cinta padamu!!" bisik hati kecil Rayyan. andai bisikkan pertama itu mampu mengembalikan Milianya pasti Rayyanlah orang yang paling berbahagia di dunia.



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

6 comments:

waN Mohd Salim said...

perghhhhhhhh best nyer

Erin Azizan said...

pergghhhh tuan punya kontest tak muntah baca esei espiem saya

hadiee said...

wah. ada bakat untuk jadi penulis hebat ni

nice one lah

P/s: ni cerita betul ka tipu punya? haha

Erin Azizan said...

@hadiee
acececeh....biar betol ni dpt pujian dr jejaka genius hahahah


p/s : agak2 betol ke tipu?

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

gud luck bebeh

Erin Azizan said...

@GKSB
tenkiu bebebh....hoho