Thursday, April 21, 2011

Contest : Gambar Desktop Lappy!



assalamualaikum!
ok, hari ni feeling nak join kontest dah di tahap yang meluap-luap. tambah-tambah pulak aku dah di tagged oleh akak misteri yang yang sangat rockers ni kan. so first of all, would like to say million tenks to her sebab sudi lagi mengetagged diri ini.


kontest kali ni berkenaan dengan wallpaper kat desktop. memandangkan akak misteri tersebut pon nak tau wallpaper apa yang aku pakai, makanya aku tanpa segan silu dan dengan rasa megah sekali ingin menayangkan current wallpaper aku

 







 


JENG~JENG.....



 




       amacam chun tak?lalalala~~!!



okeh simple je kan? sebenarnya aku baru format lappy hari tu so tak sempat lagi nak select wallpaper yang chun-chun. dah lama-lama ni aku rasa cam best pulak pakai wallpaper ni sebabnya dekat wallpaper tu ada simbol cap Compaq. Lappy aku pon cap Compaq ja..so sebab tu la kot aku rasa malas nak tukar yang baru lagi. buat masa ni nak stick ngan yang ni dulu la.


kalau diperhalusi secara halus lagi, akan ternampak la beberapa bijik ikon kecik kat situ. ada dua software untuk edit gambar (G.I.M.P & Photoscape), pastu ada YM..recycle bin..Media Player Classic..AVG..dan sebagainya. sebenarnya aku memang akan semaksimumnya melimitkan ikon-ikon kat desktop ni. sebab aku tak suka sangat kalau ada banyak-banyak ikon..semak mata memandang..aku ni kan rockers. rockers sejati memang macam ni..tak buleh tengok benda yang semak-semak.


so I guess I'm done la kot. those yang nak join kontest ni do visit this site ogeh :



kat site ni ada semua term-term dia, selamat men-join kan diri yerr..opss lupa as for me, I wanna tag 2 orang blogger yang di kasihi ni : Kumiko Ryou and Cahaya Wany.


kbai!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Dedicated This Post To My Superhero.

HALLO!! HOLLA!!and HELLO!!


just nak share apa yang aku rasa sebagai seorang perempuan. and this is all because of a man yang buat aku sangat trauma.


sumpah cakap selepas apa yang jadi semalam, persepsi aku terhadap kaum yang bergelar LELAKI sangat la sadis. aku tak cakap semua tapi most of them, aku rasa macam tak boleh dipercayai dah. lagi-lagi pada mereka yang memegang jawatan-jawatan "mulia". phewww kalau dah nafsu tu tahap gajah, gajah jugak la!


tak boleh nak dibayangkan ketakutan aku semalam. time dok tunggu Incik Bmw sampai kat aku, aku rasa macam nak mati ja. tak secure langsung. sedangkan time tu aku lepak kat tempat public kot. aku memang cam ni kalau dah takot tu memang sungguh-sungguh takot la, bukan main-main lagi dah.


seriusly aku tak pernah nak imagine akan face situation yang macam semalam. tak tau la apa akan jadi kalau time tu tak da Incik Bmw. mujur la dia pon baru habes paper tengah hari tu, so petang semalam sempat la dia lari kat aku sekejap. kalau la paper dia petang sekali pon aku rasa memang aku akan tunggu sampai dia habes paper jugak la baru aku keluar dari "tempat persembunyian" tu. bukan nak ngada-ngada tak boleh panggil orang lain, masalahnya dah aku kat tempat dia time tu, lagi satu memang aku tak percaya kat orang lain dah. time tu memang aku rasa terancam sangat-sangat. dalam mind memang terpikir dia ja la yang boleh buat aku rasa selamat balik.


aku tak ingat berapa lama aku amek masa nak bertenang. berjam-jam jugak la kot. paling sempoi yang aku takan lupa masa Incik Bmw cari aku..orang tengah takot, boleh pulak dia dok buat cool sambil senyum-senyum pastu ajak blah. otak aku dah jem follow ja la cakap dia. so lepas ni agak trauma jugak la kalau aku nak keluar jalan sorang-sorang. nak tengok wayang sorang-sorang pon dah tak berani T____T.


to Incik Bmw yang supercool tenkiu again ya sebab dah jadi Superhero semalam. dan dengan ini jugak saya berjanji takan mentengok wayang secara bersendirian, berjalan tanpa teman, dan ke swimming pool secara berseorangan atau membuat apa-apa jugak la yang boleh mengancam saya. so dun ya worry about me okeh. saya berjanji benda-benda bonggak seperti ini InsyaALLAH tidak akan berulang lagi. again, tenkiu!



Super B.

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, April 20, 2011

6 Sebab Kenapa Seorang Lelaki Perlu Memilih Seorang Cikgu Sebagai Isteri.

acctually aku dah lama sangat nak buat benda ni. disebabkan ketiadaan masa yang teramat sangat maka terpaksa la menangguhkan dulu ektibiti me-list down point. lagipon otak aku tengajh jem sangat hari tu. ni yang dah free ni tu yang boleh meneruskan niat. so apa tunggu lagi jo m la cekidout point-point ni yeh.


1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.


5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)


Senang kan?


Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).


Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu


2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (tapi takde la sampai nak jatuh hati ngan anak murid seniri pulak!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.


 Sekejap.....


Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juru terbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?


Mana ada!


Semua nak salahkan cikgu.


Maka, cikgu mestilah kena komited.


Masih lagi dalam konsep yang sama
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh? *sambil asah pensel dan pisau di tepi*


3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.


Bila boleh nak menipunya?


Nak berpeleseran?


Jauh sekali.


Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?


Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"


Gila kau.


Mana nak sempat lupakan suami begitu?


Hidup akan hanya dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.


4. Terapi melepaskan tekanan.

Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.
Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?


Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?


Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.


Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?


Pukul budak-budak di sekolah?


Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.


5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.


Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.

Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.

Aku : Kau nak yang macam mana?

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.

Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.

Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.

Aku : Amboi kau.

Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.

Aku : Kenapa?

Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. *ketawa

Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. *ketawa


6. Penampilan.

Ini memang satu fakta yang tersangat lah betul. Sebabnya, budak-budak akan mudah tertarik hati untuk belajar bila mereka nampak guru-guru mereka berpenampilan menarik. Jangan tanya aku kenapa. Tanyalah budak-budak kat sekolah tu kenapa yeh. Based on my experience sendiri la kan, budak-budak akan selalu puji cikgu mereka dan ingin berpenampilan menarik just like their teacher. So tak dak la istilah old fashion or fashion disaster dikalangan guru yer, sebab guru-guru sekarang dah up-to-date tau.


Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?
Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.


Haih!


Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?


Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh? Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.



 tengok..sapa kata Cikgu suka pukul murid? kitorang mesreeee kot =)



ok..ini sangat manjengkelkan..penyakit peace aku takan pernah padam walaupon berada di dalam komuniti sekolah...haih



 yess kami tau, kami adalah yang tersangat comel di dunia.


credit : HERE


aku terjumpa point ni masa dok BW. ada jugak point-point yang aku tambah sikit. walau macam mana pon still aku credit la kat sapa yang buat benda ni kan. aku dah investigate, ramai gak yang post benda ni kat belog dorang. so aku tak dapat detect sapa yang create. well sapa pon yang create benda ni, aku tetap nak say tenks sangat kat dia. ye la at least ada gak dia mention kebaikan-kebaikan seorang guru.


NotaKakiErin : Ini kira macam reply sebab-sebab Kenapa Seorang Perempuan Patut Berkahwin dengan Engineer. Aku pernah di tag oleh Incik Bmw kat fb. acecece mentang-mentang la bidang study dia engineering kan..(well hopefully he will achieve his dream to be an Engineer one day..insyaALLAH)
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, April 14, 2011

I Know They Will Kill Me.

status : belog ni dah jadi belog personal balik.





i know i'm going to die soon.


and i know they will kill me...


....the day has come.


oh Tuhan tolong la selamatkan aku.


TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, April 13, 2011

Nervous system sedang terancam.

status : hati sedang di amuk nervous.


okeh I know this is sumthing yang nonsense la  kan. post perkara-perkara yang tak berfaedah dalam belog....walaupon nonsense aku tetap gak nak post t________t.


as usual jadual permulaan hari aku macam biasa la hari ni. err tak biasa sangat kot. acctually everything has change now. ni semua gara-gara rombongan dari Jemaah Nazir yang akan datang ke sekolah la. pheww sumpah aku dah rasa tertekan kot. mana tak nya everything nak kena update. ni pon aku baru jaa balik dari skolah. padan muka aku la kan..sapa suruh tak buat keja awai-awai..tsk tsk tsk..


mujur la file panitia aku dah setelkan awai-awai dulu. kalau tak parah aku. memang menjerat leher la gamaknya..dengan minit mesyuaratnya lagi segala mak nenek la...kurang-kurang pon makan masa jugak la nak update tu. LINUS punya file pon dah selamat aku setelkan. LINUS takpa sebab baru habes saringan jaa, tu pon sebab ada due date..dan aku berjaya mensetelkan file tersebut dengan jayanya tadi kihkihkih..bangga..bangga...file RMT pon dah hampir setel...insyaAllah esok semua akan diberesi dengan kadar yang segera.


yang menervouskan aku sekarang ialah...errr aku bakal di observe. sumpah before ni mana ada orang pernah observe aku. at first aku macam okay lagi. tapi bila diberitahu bakal diobserve dari segala sudut...itu yang buat aku nervous tu..haii tak senang duduk kot. aku ni dah la nak berambus minggu depan, minggu depan jugak la yang depa nak mai pon..aii aii aii...and the best part is..turn aku bertugas minggu depan..which means masa perhimpunan aku kena la sediakan text...bapak senget aaa adui aduii aduiii migrain la aku pasni.


apa-apapon aku berdoa sangat-sangat yang aku dapat conduct minggu depan dengan baik. puaskan hati majikan before aku berambus, dan bagi impak yang positif kat sekolah..aku harap sangat everything will gonna be alright nanti... bukan apa, aku kan masih cikgu amatur, so banyak sangat benda yang aku tak tau. pengalaman sepanjang aku kat sekolah sekarang ni memang terbaik la.. macam-macam benda aku belajar. dan sekarang aku dah tau satu fakta yang tak berapa best sangat.


sebenarnya tugas sebagai seorang pendidik tidak tertumpu pada tugas mengajar saja tau. banyak benda kot yang dia kena buat. kalau nak cerita tugas pendidik ni kan..sampai esok pon tak habes. sapa yang jadi cikgu tu tau la...aku ni bukan cikgu lagi. belum officially pon. masih mencuba, harapnya lepas ni ada rezeki teringin jugak nak bergelar pendidik yang betul-betul official.


entry merepek. sila abaikan. okeh bai.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, April 12, 2011

Segmen : Jujur "Aku MATA DUITAN!!"



salam all.


hari ni feeling rasa macam nak join segmen pulak. acctually banyak gilaaaaa nak story-morry kat sini, dari cerita yang kontroberxi sampai la yang dah baxi. tapi malas lagi la nak cetuskan kentroberxi baru, maka-nya kita alih perhatian join segment.


well segment ni datangnya dari Cik Maira Queen. info tambahan sikit pasai Maira ni yerr, Maira adalah salah seorang gang KBU gak. baru-baru ni pon aku ada buat entry pasal Maira boleh kelik SINI kalau nak tengok.


segala terma dan syarat berwajib boleh kelik kat SINI pulak. ok jom kita mula..*sedang menjujurkan diri menjawab semua persoalan.


1. Kenalkan jantina blogger dan mengaku ya atau tidak anda seorang Mata Duitan.

Nama aku erin, and of course I'm a gal yaww. Mata duitan? err agaknya la kot. eh tak tak..saya memang Mata Duitan.


2.Nyatakan kau ni mata duitan yg bagaimana??kau kaki kikis ke??kau pandai cari duit sendiri ke??kau hnya tau mintak duit dekat mak ayah kau??

well basically aku memang la mata duitan. tapi takda la sampai nak jadi kaki kikis pulak kan..kaki aku dah elok kot, buat apa nak kikis lagi? selalunya orang ja yang kikis duit aku. aku pon kadang-kadang TERpow jugak aa duit orang. TER ok TER...tapi pow pon beragak la wey. kalu orang pelawa memang aku pow la. tu pon kalau pow aku masih mengekalkan ciri-ciri malu nak pow ok.

sekarang ni aku dah berkerjaya (berkerjaya laaa sangat kan...haktuiiihh) jadi kurang la ektibiti mengepow duit ibu bapa. err seingat aku la kan..aku tak mintak pon kadang-kadang abah aku bagi gak..err itu pon dikira pow jugak ka??  bukankah orang tetua pernah berpesan "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari" dah orang kasi aku hambek je la..boleh gak tampung-tampung minyak keta aku dan tampung ektibi berpoya-poya bersama teman sebaya.

aku ni jenis mata duitan yang baik *sambil dua tangan rapat di dada, mata ke atas*. sumtimes aku tak kesah sangat bab duit-menduit ni. bukan nya aku selalu keluar berpoya-poya pon. kalau tak dak duit aku senyap je la, tapi kalau berduit sikit aku laa yang paling gila. sekarang ni aku rasa aku perlu bermata duitan jugak la..serius aku cakap. orang yang study ngan orang yang kerja sama jaa situasi. aku dulu pon time study kena gak tampung minyak transport sendirik, makan lagi. now dah keja pon macam tu jugak kot. situasi tetap tak berubah. yang baiknya pasal aku ni laa kan, aku tak da la nak kikis duit orang sangat-sangat. bagi aku, aku lebih selesa pakai duit aku sendiri. hentah la..duit sendiri lebih terjamin kot.


3.Adekah kau setuju dengan ayat ni."Aku  tak kisah hidup susah mcm ni..asalkan bahagia" dan ayat nie "Aku tak kisah hidup sederhana pon asalkan aku bahagia."

setuju laaaaa. tapi aku lagii setuju ngan ayat yang "Aku tak kisah hidup sederhana pon asalkan aku bahagia."


4. Nyatakan alasan kau jika kau setuju atau tidak setuju dgan ayat2 di atas.

sebab sekarang hidop aku pon sederhana jepp, bahagia jugak. aku takot aaa kalau-kalau aku kaya nanti tetiba pulak aku berubah jadi riak ka apa ka..dalam kubuq naya kena seksa beb. buat apa bahagia kat dunia, tapi nanti derita di akhirat...hishh tak mao la..biaq aku macam ni pon takpa.

bab susah tapi hidop bahagia tu aku tak berapa nak berkenan kot. err macam mana nak cakap yehh, hidop sekarang banyak main duit. aku tak jamin sangat la kau boleh bahagia kalau hidop tanpa duit. aku tak bermaksud duit boleh membeli kebahagiaan. tapi dah terbukti kot yang mana sesebuah institusi kekeluargaan berkemungkinan tinggi akan runtuh disebabkan masalah kewangan. heyh pattern sekarang ni kan..suami isteri pon sanggup meninggalkan pasangan demi nak mengejar kekayaan kot. jadinya..sedikit sebanyak aura duit tu mempengaruhi kehidupan setiap insan.


hookeyh I'm done. as usual aaa kena la tag 2orang member blogger.


Tag : Hadi Pelera, Encik Angah.


kbai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Erin Azizan Di Dalam Episod : Maafkan Saya Hakimi!


Dear Hakimi,


apa yang jadi hari tu semua kerana ketidaksabaran saya terhadap awak.
saya tau saya tak sepatotnya buat macam tu kat awak...err tapi benda dah nak jadi apa saya boleh buat kan?


saya ni pon manusia biasa jugak..punya rasa baran yang tinggi. Gunung Everest pon boleh kalah ngan baran saya tahu. saya pon dah banyak bersabar ngan sikap awak ni. tapi hari tu awak betul-betul menguji kesabaran saya. sebab tu saya hangin..naseb baik hangin saya tak kuat sangat kalau tak, awak ngan semua-semua tu pon boleh terpelanting kot.


lepas ni saya promise kay, saya tak buat lagi. saya harap awak terima pemberian saya tu. saya ikhlas tau...saya nak awak jadi yang terbaik dari yang terbaik. saya nampak potensi awak. dan saya yakin awak mesti boleh..errr cuma awak perlu la ubah sikit sikap awak tu yeh. jangan la selalu bagi saya marah-marah awak.


apa awak ingat marah orang ni seronok ke? awak tau tak benda yng paling saya tak suka buat ialah menjerit marah kat orang...penat wooo dah la vokal saya kena di-high-pitch-kan selalu..lama-lama kotak suara saya pon boleh lingkup. kalau lingkup kotak suara saya tu awak nak ganti ke? err...



err saya tau saya salah..hukhukhuk




to Mohd Hakimi,


haa tengok tu rajen nau..boleh jadi prof math nanti..ekekeke



Teacher sorry sangat-sangat kay. Teacher harap lepas ni awak akan terus succes. bukan dalam subject teacher jaa tapi dalam semua subject. yang penting awak jangan bagi teacher naik hangin lagi kay..lalalala...



ikhlas dari Teacher mu,
Erin Azizan.



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA