Wednesday, April 13, 2011

Nervous system sedang terancam.

status : hati sedang di amuk nervous.


okeh I know this is sumthing yang nonsense la  kan. post perkara-perkara yang tak berfaedah dalam belog....walaupon nonsense aku tetap gak nak post t________t.


as usual jadual permulaan hari aku macam biasa la hari ni. err tak biasa sangat kot. acctually everything has change now. ni semua gara-gara rombongan dari Jemaah Nazir yang akan datang ke sekolah la. pheww sumpah aku dah rasa tertekan kot. mana tak nya everything nak kena update. ni pon aku baru jaa balik dari skolah. padan muka aku la kan..sapa suruh tak buat keja awai-awai..tsk tsk tsk..


mujur la file panitia aku dah setelkan awai-awai dulu. kalau tak parah aku. memang menjerat leher la gamaknya..dengan minit mesyuaratnya lagi segala mak nenek la...kurang-kurang pon makan masa jugak la nak update tu. LINUS punya file pon dah selamat aku setelkan. LINUS takpa sebab baru habes saringan jaa, tu pon sebab ada due date..dan aku berjaya mensetelkan file tersebut dengan jayanya tadi kihkihkih..bangga..bangga...file RMT pon dah hampir setel...insyaAllah esok semua akan diberesi dengan kadar yang segera.


yang menervouskan aku sekarang ialah...errr aku bakal di observe. sumpah before ni mana ada orang pernah observe aku. at first aku macam okay lagi. tapi bila diberitahu bakal diobserve dari segala sudut...itu yang buat aku nervous tu..haii tak senang duduk kot. aku ni dah la nak berambus minggu depan, minggu depan jugak la yang depa nak mai pon..aii aii aii...and the best part is..turn aku bertugas minggu depan..which means masa perhimpunan aku kena la sediakan text...bapak senget aaa adui aduii aduiii migrain la aku pasni.


apa-apapon aku berdoa sangat-sangat yang aku dapat conduct minggu depan dengan baik. puaskan hati majikan before aku berambus, dan bagi impak yang positif kat sekolah..aku harap sangat everything will gonna be alright nanti... bukan apa, aku kan masih cikgu amatur, so banyak sangat benda yang aku tak tau. pengalaman sepanjang aku kat sekolah sekarang ni memang terbaik la.. macam-macam benda aku belajar. dan sekarang aku dah tau satu fakta yang tak berapa best sangat.


sebenarnya tugas sebagai seorang pendidik tidak tertumpu pada tugas mengajar saja tau. banyak benda kot yang dia kena buat. kalau nak cerita tugas pendidik ni kan..sampai esok pon tak habes. sapa yang jadi cikgu tu tau la...aku ni bukan cikgu lagi. belum officially pon. masih mencuba, harapnya lepas ni ada rezeki teringin jugak nak bergelar pendidik yang betul-betul official.


entry merepek. sila abaikan. okeh bai.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: