Tuesday, May 10, 2011

Demam Pon Nak Demand!

Status : oh saya demam lagi!


baiklah seperti yang tertera di atas, maka dengan ini secara officialnya saya mengumumkan yang saya diserang demam lagi. hal ini semestinya berkaitan dengan keadaan cuaca yang panas melampau pada masa kini. biasa la budak kurang imune macam saya ni selalu ja menjadi mangsa demam pabila musim dan cuaca berubah. phewww...apa nak di kata, tu la antibiotik tak pernah habes makan, sekarang dah tak cukup imune nak salahkan cuaca pulak.


bercakap soal demam ni kan, mesti kau semua pernah mengalami satu situasi di mana kau tak lalu nak makan, time ni la perut kau pon nak demand benda-benda pelik kan. err aku tak rasa orang lain masa demam demand nak makan benda pelik, most of the time orang tak lalu nak makan je kan...TAPI!!! situasi yang berbeza berlaku kat aku. well memang aku tak lalu nak makan. to tell the truth dari pagi sampai petang semalam langsung aku tak makan..err lapar memang lapar tapi tak selera la.


sebenarnya mind aku tengah dok teringat oreo cisskek buatan MISS FARHANA kita yang gojes sebab tu la aku macam tak selera nak hadap benda lain. woohh sampai sekarang masih terasa kelazatan kek itewww. kejap lagi lepas habes tuition aku rasa macam nak pegi shopping ja beli barang-barang yang di perlukan. sumpah simple gila nak buat cisskek ni. before ni aku pernah gak buat cisskek (plain je) tapi dia punya ingredient tu bapak banyak beno..this time around rasa macam nak try resepi si-doctor-in-the-making ni pulak. hope menjadik!



nyummmy..oppss ni bukan aku punya kek yerr ni Farhana yang punya..kita tengok nanti aku punya kek jadi ke tak. kalau tak jadi sumpah aku tak post hehe.



kbai!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, May 9, 2011

The Queen Of My Heart.



LAGU : A SONG FOR MAMA
BY : BOYZ II MEN





Tiada kata secantik bahasa, dan tiada madah seindah rupa yang dapat aku gambarkan tentang Emak. For me, she is my world, without her I am nothing. Dia sentiasa ada di saat aku mengecap kebahagiaan dan dia juga akan sentiasa setia di sisi saat aku terjatuh.


Emak, orang yang terlalu banyak jasanya pada aku. Andai segunung intan dan permata aku longgokkan di depannya, belum tentu dapat membalas segala budi dan jasanya. kadang-kadang bila bersendiri pasti aku terkenangkan segala derita yang pernah di laluinya. Sedih. Saat itu aku rasa aku bertanggung jawab untuk membersihkan segala derita dan duka yang pernah Emak lalui dulu.


Terlalu banyak pengorbanan yang Emak lakukan demi memastikan segala kemahuan aku dan adik dituruti. dan sebagai balasan, dia hanya meminta untuk kami menjadi seorang yang berjaya dalam pelajaran. Alhamdulillah setakat ini aku menjadi kebangaannya walaupon kejayaan yang aku hadiahkan masih kecil berbanding orang lain, tapi Emak tak pernah berputus harap. Sentiasa mendoakan kejayaan aku dan adik di masa yang akan datang. Bagi Emak, kami adalah satu-satunya harta yang dia miliki dan akan sentiasa menjadi kebangaannya sampai bila-bila.


Pernah Emak berbicara, walau semarah mana dia terhadap kami, walau senakal mana kelakuan kami, biarlah dia sendiri yang menghukum. Hatinya tidak rela membenarkan orang lain yang menjentik kami, walaupun orang lain itu adalah Abah sendiri. Walau peribadinya seakan garang di mata kami, tapi dialah Ibu yang tetap bersemadi di sanubari. Hatinya tulus menyanyangi kami kerana itu dia sentiasa menjadi sahabat sejati di hati ini.


Emak, seandainya aku berkemampuan untuk memberikan kau sesuatu yang berharga, akan ku pilih segala kebahagiaan di dunia ini untuk di hadiahkan kepadamu. Akan ku hapuskan segala air mata, agar bahagia sentiasa bersama untuk selamanya.


Terima Kasih Emak, 
kerana telah menjaga diri ini dengan sebaiknya, 
kerana telah menjadi sahabat yang paling setia,
kerana telah menjadi pengkritik yang berbisa,
kerana telah menjadi seorang Ibu yang sangat berjasa,
kerana kau telah berjaya mendidik kami dengan sempurna,
dan kerana kau telah bertarung nyawa melahirkan diri ini ke alam nyata.


dan dengan segala cinta yang ada, aku akan sentiasa menyayangi mu Emak!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, May 5, 2011

CONTEST SEMUA TENTANG 4



dah terpampang banner tu sah-sah la aku ada join somethingkan. well hari ni aku berbesar hati nak join kontest yang dianjur kan oleh Cik Polka Dot kita dari cikfiqa.bloqspot.com




so kengkawan out there yang nak join contest ni boleh la kelik laju-laju kat banner tu tau. but before that pelisss make sure yang kawan-kawan dah ikut syarat dan terma di bawah ni : 


  • BUAT ENTRY "CONTEST SEMUA TENTANG 4"
  • COPY DAN LETAK KAN BANNER KAT ENTRY KENGKAWAN *gambar atas entry ni
  • TAG 5 ORANG MEMBER BLOGGER LAIN. MAKE SURE DORANG TAU PASAL CONTEST NI


so apa tunggu lagik...marik kita mula sekarang!



1) 4 PERKARA DESCRIBE ABOUT YOURSELF.


@Suka bawak keta/moto laju-laju.
@Anak sulung dalam keluarga.
@Happening, sampai orang sekeliling pon boleh pening tengok aku.
@Imma kids lover.




2) 4 NAMA MANJA KAMU.

@Erin. 
@Erin..
@Erin...
@Erin...


*aku tak pernah ada nama manja selain nama Erin. everybodi call me Erin.




3) 4 PERKARA BAIK YANG KAMU BUAT HARI NI.


@masa aku drive tadi aku pakai seatbelt. sebetolnya selama ni aku langsung buat tak heran ja ngan seatbelt tu.
@temankan Abah aku pegi jumpak mak dia. err mak dia tu Tok aku la.
@ambilkan Besta yang adik aku tempah kat kedai.
@jadi pendengar yang baik untuk kawan aku sebab dia bakal di post kan untuk mengajar di salah sebuah sekolah yang paling hardcore. percayalah..aku dah pernah mengajar kat situ.




4) 4 TEMPAT YANG NAK SANGAT PERGI.


@Makkah al-Mukkaramah. 
@Istana Al-Hambra.
@Eiffel Tower.
@Puncak Gunung Kinabalu.




5)  BENDA WAJIB BAWA KALAU KELUAR.


@Purse.
@Handphone.
@Spek mata.
@Camera.




6) 4 PERKARA TERAKHIR KAMU BUAT SEBELUM JOIN CONTEST INI.


@Buat onar kat wall grup KBU...terpaksa memaksakan diri menyeru nama mereka-mereka yang nak join Mini-Gath besok.
@Sembang ngan member aku menerusi telephone. *perghh ayat bapak skema..
@Makan Megi.
@Sikat rambut.




7) 4 ORANG YANG PALING KAMU SAYANG DALAM DUNIA INI.


@Emak.
@Abah.
@Abang Chik.
@My beb - Wani




8) 4 JENIS RAGAM MANUSIA YANG KAMU JUMPA HARI INI.


@Orang yang memandu keta tak guna otak. lampu tengah hijau dia boleh dok berhenti..bonggak gila.
@Orang yang ngada-ngada. asal jumpa ja nak merenggek mintak itu ini..haihh.
@Orang yang genius gila. aku ajaq benda lain, benda lain yang dia soal.
@Orang yang sedang susah hati. aku jumpak member aku masa nak pegi tuition tadi, dia susah hati sebab besok dah start mengajar kat sekolah hardcore.




9) 4 MISI YANG MESTI KAMU CAPAI DALAM TAHUN INI.


@Aku kena pandai main gitar. kalau dapat perform at least untuk satu lagu pon dah kira bonus.
@Further my study. walau macam mana pon aku MESTI continue study balik.
@Polish skill swimming aku balik. 
@Learn on how to make a decoration atas Cup Cakes. benda ni paling leceh dah lama aku belajar hampess jaa..




10) 4 HABIT BURUK KAMU.


@Panas Baran.
@Kaki Shopping.
@Suka gigit kuku.
@Tak Sabar.




11) 4 PERKARA YANG KAMU FOBIA.


@Bus. Aku tak suka naik bus sorang-sorang sebab pernah ada bad history and sampai sekarang aku phobia  tempat yang paling jauh aku pegi naik bus adalah dari Penang ke Perlis. 


@Melintas jalan. when I was eleven, aku pernah kena langgar dengan moto. so everytime aku nak melintas I'll make sure tak da kenderaan lain di atas jalan.


@Strangers. ini kisah betol jugak, masa aku umo 5tahun aku hampir kena culik ngan entah-sapa-sapa-entah. Lelaki tu ketuk pintu rumah Tok aku. aku bukak and suddenly dia tarik aku keluar sambil tutup mulut aku. Luckily jugak aku sempat gigit tangan dia dan menjerit panggil Tok aku. Dengan Kuasa Allah..aku selamat sampai sekarang.


@Tidur malam dengan lampu tertutup. FYI aku selalu tidur pasang lampu sebab ada satu kes rumah aku kena  pecah masuk dengan lelaki-gila-sex. dia masuk rumah aku dengan keadaan bertelanjang bulat dan tutup lampu masa aku tengah tidur tapi dia tak sempat buat apa-apa sebab Emak aku sedar time tu dan sekali lagi aku terselamat! Syukur alhamdulillah.




12) 4 SEBAB KAMU JOIN CONTEST INI.


@Nak menang hadiah.
@Tambah kenalan.
@Dengan join contest ini maka dengan sendirinya belog aku ter-update hari ni.
@Saja nak invite kau datang belog aku yang chun-melecun ni.






My part dah habes.So now dengan hati yang sangat berkembang-kempis aku nak tag 5 orang adek beradek aku ni mereka adalah :











okeh done! till we meet again next time babai!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, May 4, 2011

American Chocolate Cake Yang Disediakan Oleh Minah Bajet Western.



ARAHAN :sila play lagu di atas untuk kesan dramatik yang lebih mendalam.


assalamualaikum dan selamat malam err..maksud aku gud evening la tu. kang kalau aku cakap selamat petang macam pelik pulak..haihh ni la masalah dulu time skolah tak amek subject geogrefi..dah tua-tua ni konpius pulak nak bagi ucap selamat!


apa kejadahnya la pulak aku meraban entah. sebenarnya aku just nak hapdate entry je pon atau dengan kata kasarnya saja nak tayang kat kau semua yang aku baked a cake hari ni. well, aku ni dah la jarang nak main masak-masak so kalau sesekali aku main tu rasa macam nak cakap jer kat seluruh pelosok donia yang "weh weh weh...aku tengah main masak-masak ni, apa selama ni kau ingat aku tak masak maka aku memang tak reti masak la eh?" dan kalau boleh tu nak aja aku pangey Bernama mai buat liputan....=.=' dah kau ni yang nak emo sangat pesal?


so kek hari ni temanya kek omputeh sikit nama dah memang cukup Western habes la..American Chocolate Cake. tapi yang bake nya orang Melayu-tulen-bajet-omputeh-namanya-ERIN.




belemuih(comot) gila. takpa-takpa next time kalau buat akan diperbaiki segala kecomotan yang ada..ayat penyedap hati sendiri.




walaupon kek ku rupanya burok tapi aku tetap bangga yang topping ganache' itewww sungguh lazat.



zoom sikit. actually aku malas gilaa nak godek-godek cari acuan yang sesuai. mana yang jumpak aku bedal je dulu. mujur ah tak mengecewakan jugak...sllurrrpp menitis topping tu. 



so iteww je la aku nak tayang pon. sebab buat pon dah malam buta maka aku malas la nak mendeco-deco sangat. habes kuat pon aku tabur chocolate chip ja kat tengah tu. bahagian atas pon aku tak ratakan. malas..malas..malassssssss..................


ini peringatan untuk diri sendiri la jugak yer, lain kali buat kek tu biarla waktu siang, tak da la rasa macam malas-malas begini..sampai nak tabur serbuk koko pon malas aper cerr...duhh okeh lah.. till we meet again next time.


bye!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Personal Entry.


status : rasa bersalah la pulak.



sebelum tu aku nak bagitau dulu yer yang entry ni memang entry tadah penampar, tak yah baca pon tak pa. aku advise kan sesapa yang terbukak entry ni sila la tekan button X kat hujung penjuru kanan tu ok. aku malas nak private entry...entah la malas sesangat.


semalam sepatotnya ada dinner ngan Incik Bmw. serius dah lama gilak tak jumpa dia. last time jumpa pon masa dia teman aku gi pusing pasar malam ngan uptown cari shawl. kau jangan nak bajet diva sangat la eh..kata tak pakai selendang uptown..nak pakai brand Fareeda nya tak mampu..gaji pon cukup-cukup isi minyak keta aku ja..haiih!


pompang-pompang-pompang lepas solat maghrib aku pon bajet-bajet nak siap la. sekali dapat text from him, kata tak jadi keluar lagi malam ni sebab dia ada meeting hape entah. terusss mood aku dah kelaut. ha ha ha bukan apa..aku dah bajet-bajet la kalau keluar malam ni buleh la jugak nak pi meminang DOMO kat Sunway tu. dari petang kot aku dah mention pasal DOMO bajetnya buleh la angkat bawak balik rumah kan...sekali...hmmphh hampeh ja.


aku tau Incik Bmw mesti rasa bersalah giler-giler ngan aku sebab he keeps on texting me cakap jangan merajok nanti dia akan tebus semua salah dia. hahaha kelakar pon ada. aku takda la nak tacing lebih-lebih since aku pon bukan la jenis yang macam tu. tapi ada la sedikit ralat tu sebab aku da excited tahap tapir dah kot at first. then, tak jadi pulak..aku nak cakap apa lagi. aku say ok je la, next time buleh jumpa. padahal aku pon tak sure bila.


hari ni hari first dia kursus. 2minggu okay. memang la kat Uitm je pon tapi..susah ah nak cakap. orang pemes cam dia ni kan, kena ja Sentiasa Siap Sedia..ah sudah kau, dah macam slogan JPAM pulak. tapi betul la..lepas dua minggu ni (kot) dia nak ke Langkawi pulak. after that pegi Kemaman-Labuan for praktikal seminggu. dan may be early in June ni dia dah fly ke Ober-C. tinggal la aku kat Malaysia ni sensorang..ok ayat tak cukup kasih sayang disitu nampaknya.



nampak tak packed giler babeng ah jadual. sampai aku sendiri dah boleh hafal kot. macam mana aku buleh hafal? sebab aku selalu dok conggak bila masa la gamaknya mamat ni pree kan? hari-hari ada ja program dia. so semalam tu bajet-bajet macam dia pree la sebab tu kitaorag decide nak hang out sesama, last-last..humm macam biasa meeting tak habes. 


seriusly hari ni aku bangun tido jer, terus rasa bersalah pulak kat dia kan. nak mintak sorry..aku sendiri tak tau apa salah aku. sudahnya aku mengarut kat belog je la eh. bajet macam Incik Bmw dok baca belog aku pulak. one thing for sure aku rasa bersalah sebab dia text aku kot. dia siap buleh detect yang aku merajok. err obvious sangat ke? hahaha as usual la aku mesti deny yang aku tak merajok..mak aiii tak rockers ah merajok-merajok ni..gua bukan budak perempuan umo doblas tahun kot nak merajok-merajok.


so itu je la alkesahnya..nak salahkan siapa pon tak tau. benda uncontrol macam ni..macam-macam boleh jadi kan. dia pulak akan sentiasa sibok ngan life dia dalam sebulan ni before dia dah betol-betol fly nanti. hope everthing will gonna be orite...and for him if you reading this, so sorry ok. this entry tak bermaksud nak marahkan sesapa..chill okey, jangan rasa bersalah sangat ya, sempoi-sempoi sudah.



aku cilok lam fb beliau, gamba di burrkan atas sebab keselamatan.



dah terpanjang la pulak karangan aku hari ni. okeh la till we meet again, chiao!





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, May 3, 2011

Erin Azizan Dah Pandai Tuit-Tuit Pulak Sekarang!

status : currently sedang gila bertuit-tuit.


okeh mai usha sikit profile tuit-tuit aku kat bawah ni :






amacam cun tak layout aku? peh aku pon tak paham pesal la lately ni semua nak kena kalerful. konon-konon comel leetttewww kalau kaler-kalerful ni..cisss..


okeh, before aku mengarut lebih panjang dan merapu tak tentu hala, baik aku straight to the point je la eh.


sebenarnya aku just nak bagi tau je, sekarang ni ada la dua tiga hempat ketul manusia specially adek beradek aku kat KBU ni dok mereng layan Twitter. aku tau benda ni dah lama. aku pon dah lama kot setup account, kalau tak salah aku dari tahun lepas kot account erinazizan tu dah wujud.


tapi yang jadi masalah problemnya, time tu aku tak reti lagi nak tuit-tuit ni. dalam hotak aku kejadah la benda RT RT ni..ingat LRT ka? tengok..betapa tak retinya aku time tu kan. pastu nak main pon cam tak best ja, sebab tak tau nak main ngan sapa. depa kata kalau ada geng baru syok main. aku yang serba naif ni pon percaya la...ok fine kena ada geng baru buleh main.


so aku pon abaikan je la twitter account aku untuk sekian lama, teruskan hidop seperti biasa..melayan account-account sesawang aku yang lain. sampai la satu malam yang hening dan tak berapa la dingin sangat fenomena tuit-tuit dicetuskan kembali. ada dua ketul manusia yang menggelarkan diri mereka #tahitwitter iaitu @AmoiMoy ngan @Asyrafulnaim. sumpah depa ni memang #tahitwitter betui aaa..kat TimeLine tu boleh kata depa jaa.


@AmoiMoy dan @Asyarafulnaim la yang gigih malam tu soh aku active balik account. depa pulun dok tanya aku punya twitter. aku pon dalam ingat-ingat lupa try la cari..mujuq ada. peh time tu boleh tengok ja la depa main. aku buta twitter lagi at that time. atas usaha aku yang tak pernah mengenal lelah, aku pon search la kat google. perghhh sekali jumpak link yang baguih punya baq hang..belajaq tak sampai sejam aku dah master! ha ha ha ayat berlagak disitu..


so konklusionnya kalau ampa pon nak jadi berlagak master macam aku boleh la kelik site yang aku letak kat bawah ni. baca tuto sampai habes sebab dia ajaq step by step ok!





so selamat mencuba la yerr!








TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

If I Were A Boy.



dah nampak banner kan? opkos la kalau dah tempek-tempek banner ni maknanya aku ada join something. this time aku join segment lagi. kali ni segment ni tanya kalau aku (Erin Azizan) di takdirkan menjadi lelaki, haper benda yang aku akan buat?






but before that, kalau kau semua teringin nak join segmen ni jugak, feel free to kelik-kelik kat SINI. ok jom mula!


5 PERKARA  JIKA KORANG SEORANG LELAKI APA YANG AKAN KORANG BUAT?????


gua tau gua hensem dalam persalinan baju melayu ini.


1. Korek hidong.

>>kebersihan adalah perkara utama!


2. Mengorat awek chun and seksi meksi.

>>phewwwiiit phewwwitt....aku rasa kena get ready jugak la kot-kot la dia baling ngan high heels hempat inci tu mampos aku.


3. Bersunat! 

>>err sebagai lelaki kita perlu la bersunat..baru la rasa remaja pastu buleh tawen ngan Erra Pazirra.


4. Hisap rokok.

>>aku tak pasti la kan betol ke tak, kalau jadi lelaki isap rokok orang tak kesah, kalau jadi  pompuan pegang pemetik api pon orang dah pandang serong. fakta disini sampai sekarang aku fail nak nyalakan api dari pemetik api.


5. Guna kata ganti diri Gua!

>> err yang ni kalau tak jadi laki pon aku still ja guna gua, lu, beb, ngan kengkawan..err maksud gua..eh eh silap pulak..maksud aku dengan kengkawan rapat je la. kalau kengkawan yang bajet ayu tu..aku bedal guna aku ja...tak reti ah nak sopan-sopan ni. duhh! kalau jadi laki free sikit nak guna kata ganti diri gua ni..rasa macam samsen ja, tak dak orang nak pandang pelik pon...huwakakaka!



acctually aku ponit point kat atas ni ada yang aku cilok dari orang. yang aku cilok tu satu point je la, yang lain-lain tu aku bedal ja sendiri. siap announce kat grup kot tanya budak-budak KBU. tak cukup dengan tu aku siap text abang bucuk aku kot si Dinie tu, tapi kekecewaan melanda diri ku..bila dia reply text suruh aku tido..hampesss. mujur la ada gak yang melayan. jom kita zoom sikit apa kata survey..eh eh silap..apa kata mereka!



di awal perbincangan ja depa pulun bagi point tu. yang last-last depa dah bukak cerita baru pulak..amboi Cik *** ****** sakan na layan duda meletop si Hidir tu...aiseh..caring habeh..wakakaka. aku cilok point Cik **** yang first sebab aku rasa cam menarik ja..kan kan kan? tak pernah terpikir lak aku nak buat benda ni ha ha ha.


so many tenks to kalian semua keh, kerana sudi meluang kan masa melayann soalan aku..walaupon last-last ampa bukak story lain..takpa aku paham..ampa memang kaki sembang! 


ok, till we meet again..bye for now!





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA