Monday, May 9, 2011

The Queen Of My Heart.



LAGU : A SONG FOR MAMA
BY : BOYZ II MEN





Tiada kata secantik bahasa, dan tiada madah seindah rupa yang dapat aku gambarkan tentang Emak. For me, she is my world, without her I am nothing. Dia sentiasa ada di saat aku mengecap kebahagiaan dan dia juga akan sentiasa setia di sisi saat aku terjatuh.


Emak, orang yang terlalu banyak jasanya pada aku. Andai segunung intan dan permata aku longgokkan di depannya, belum tentu dapat membalas segala budi dan jasanya. kadang-kadang bila bersendiri pasti aku terkenangkan segala derita yang pernah di laluinya. Sedih. Saat itu aku rasa aku bertanggung jawab untuk membersihkan segala derita dan duka yang pernah Emak lalui dulu.


Terlalu banyak pengorbanan yang Emak lakukan demi memastikan segala kemahuan aku dan adik dituruti. dan sebagai balasan, dia hanya meminta untuk kami menjadi seorang yang berjaya dalam pelajaran. Alhamdulillah setakat ini aku menjadi kebangaannya walaupon kejayaan yang aku hadiahkan masih kecil berbanding orang lain, tapi Emak tak pernah berputus harap. Sentiasa mendoakan kejayaan aku dan adik di masa yang akan datang. Bagi Emak, kami adalah satu-satunya harta yang dia miliki dan akan sentiasa menjadi kebangaannya sampai bila-bila.


Pernah Emak berbicara, walau semarah mana dia terhadap kami, walau senakal mana kelakuan kami, biarlah dia sendiri yang menghukum. Hatinya tidak rela membenarkan orang lain yang menjentik kami, walaupun orang lain itu adalah Abah sendiri. Walau peribadinya seakan garang di mata kami, tapi dialah Ibu yang tetap bersemadi di sanubari. Hatinya tulus menyanyangi kami kerana itu dia sentiasa menjadi sahabat sejati di hati ini.


Emak, seandainya aku berkemampuan untuk memberikan kau sesuatu yang berharga, akan ku pilih segala kebahagiaan di dunia ini untuk di hadiahkan kepadamu. Akan ku hapuskan segala air mata, agar bahagia sentiasa bersama untuk selamanya.


Terima Kasih Emak, 
kerana telah menjaga diri ini dengan sebaiknya, 
kerana telah menjadi sahabat yang paling setia,
kerana telah menjadi pengkritik yang berbisa,
kerana telah menjadi seorang Ibu yang sangat berjasa,
kerana kau telah berjaya mendidik kami dengan sempurna,
dan kerana kau telah bertarung nyawa melahirkan diri ini ke alam nyata.


dan dengan segala cinta yang ada, aku akan sentiasa menyayangi mu Emak!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: