Thursday, September 22, 2011

Nak Anak Macam Ni Jugak Lah Nanti.

masa tengah skodeng baikkk punya kat youtube tadi..aku tetiba terjumpak satu video ni which is sangat comel rasa macam nak picit-picit jeww budak-budak dalam video tu....terus rasa macam nak ada anak sekarang jugak-jugak *hentak-hentak kaki kat lantai



joooom aku introducekan budak-budak yang cheeky boom boom ni..





bapak comel gila budak-budak ni ikot rentak tarian Bruno Mars ngan dancers yang kat belakang tu...tiba-tiba ja nak jadi kipas-susah-mati Justin & Jeremy lepas ni...oh lupa aku nak bagitau Justin & Jeremy ni adik beradik kembar...ada lagi video dorang kat youtube..tapi aku paling suka yang ni la...so enjoyyyy!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, September 21, 2011

Lelaki Dan Kain Pelekat...Ohsem Sangat ke? Jawapannya Memang Super Ohsemmm Ganda 10 Okeh!!

dulu aku penah confess yang aku memang tak pandai nak pakai kain batik dalam entry ni sebab tak berapa selesa..in fact aku lebih prefer guna jeans..dan aku untuk kesekian kalinya aku mengaku lagi yang sampai sekarang aku masihhh yaa masih tak pandai ikat kain batik...



walaubagaimanapon, aku sangat-sangat tertarik kalau tengok lelaki mengenakan kain pelekat. aku rasa macam comel ja..hell yeah kepada mereka yang berkata kain pelekat hanya untuk orang tua!!



sebenarnya dulu-dulu aku pon tak suka tengok lelaki pakai kain pelekat...rasa serabut jiwa ja aku kalau tengok depa pakai kain..seingat aku semasa waktu pembesaran aku menjadi seorang kanak-kanak remaja dewasa tak pernah sekalipon..aku terserempak member-member lelaki aku pakai kain pelekat. that's why masa first time aku nampak Dinie ngan Syed pakai pelekat masa kat rumah mak angkat kitorang..aku rasa macam berdebar je tengok...hahahaha tak tak aku main-main ja..time tu sumpah aku rasa pelik gilaaaa macam diorang tu buat jenayah pulak. ye la aku dok pikir aaahh dorang ni tak rasa malu ke pakai pelekat depan khalayak ramai..khususnya aku yang pada ketika itewww belom cukup umur?keskeskes..




eh kejap..lately ni rasanya dah berkali-kali jugak aku mentioned nama Dinie kat sini selain dari Wani...okay la okay la...I Mish my Dinie jugak agaknya..



tapi dah lama-lama ni aku pon dah jadi terbiasa tengok lelaki pakai pelekat...nak nak pulak bila aku dah stay kat umah ni lagilah selalu tengok adik aku pakai pelekat..so dari situ la aku rasa betapa ohsemmnya guys yang pakai pelekat ni tambah-tambah bila pakai bawak pegi solat...nampak sopan jewww, ayu gitewww bak kata orang muda-muda menantu pilihan ibu mertua hokehhh!!!!



[PIC] even kalau datuk ni pakai kain pelekat pon..still boleh jadi pilihan ibu-ibu metua okayyyy


chiaooooo!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Doa.

hari ni bermacam-macam soalan aku dapat.


semuanya berkisar pada satu soalan yang sama...KENAPA? mudah untuk dijawab sebenarnya tapi perlu berhati-hati takut ada pihak terasa hati.





dalam banyak-banyak soalan. satu soalan yang aku kira, cukup susah untuk aku jawab dan aku tak sangka dia yang akan tanya. sampai sekarang aku tak mampu lagi nak menjawab..samada perlu dibiarkan terus kosong atau mencari masa sesuai untuk diberikan jawapan...ah aku tak pasti. cuma saat ini aku terlalu yakin yang jawapan aku nanti pasti akan membuat kan dia terus berkecil hati.


Ya Tuhan...permudahkanlah urusan aku yang satu ini....
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Rindu.

sekarang dah masuk pukul 2.40 pagi waktu aku tengah type entry ni.




malam ni sumpah aku demotivated lagi. tadi tengah amek mood nak tido pon aku boleh dok bantai menangis teresak-esak..sampai la aku bangun terus on lappy update blog. time-time macam ni serius aku rinduuu sangat kat Wani. kalau dia ada time aku nangis, dia la selalu pujuk aku..even dia kadang-kadang macam tak reti nak pujuk tapi dia ikhlas kot..at least masa tu aku tau yang aku ni penting... maksud aku, masih ada lagi orang yang sudi nak amek berat pasal aku selain family aku yang jauh masa tu.


kalau dulu aku time aku tengah down memang aku tak suka gila kalau orang cuba nak pujuk aku...biaq aku tenang dulu baru la nak pujuk ka apa pon. tapi Wani selalu takan biaq aku rasa down sorang-sorang walau macam mana sekalipon dia mesti nak ada ngan aku setiap masa bila aku rasa sedih..kalau aku lari dari bilik kolej sekalipon dia mesti dapat cari aku..kadang-kadang aku rasa best pulak bila tengah-tengah sedih ada orang pujuk...walaupun hakikatnya aku tak suka...biasala perempuankan sukar difahami dan aku mengaku yang aku sangat complicated.




baru ja dua hari lepas aku jumpa Wani kat Perlis..tapi sekarang aku rasa rinduu sangat nak dok dengan dia lagi. 1hari memang tak cukup nak spent time sama-sama. aku ada call dia tadi. masa dial number dia aku dah menitis air mata..aku taktau la lately ni murah betul air mata aku...lepas ja dia pick up fon terus aku tak jadi nak menangis...entah..mungkin dah lama kot aku tak menangis kat dia sampai aku dah taktau macam mana nak menangis..tak sempat pon nak sembang panjang, fon dia pulak habis bateri. then aku cakap takpala next time aku call lagi.


habes ngan Wani aku call Beap pulak. lama jugak la sembang..Beap detect aku nangis, tapi tak ngaku pon aku just cakap yang aku kena selsema...suara-suara pulak tersekat-sekat sebab batuk..mujur dia percaya. entah la aku dah malu kot nak menangis macam dulu since semua orang ingat aku cukup tabah. to tell the truth aku masih cuba nak lupakan benda yang lama tu. memang aku ada life baru..tapi tak sama macam yang dah lepas.





sampai sekarang aku rasa macam aku lost. aku tak tau nak mengadu kat sapa. family memang la ada even Mak aku selalu support aku dalam segala hal dia jugak yang kadang-kadang pujuk aku bila aku down. tapi dah selalu sangat aku down macam ni. sebab tu aku rasa better aku menangis sorang-sorang at least takdak la Mak aku risau sangat. kawan-kawan pon macam tu jugak...semua ada untuk nak bagi moral support kat aku..cuma aku ja yang tanak share ngan dorang..biarlah..belom masanya lagi kot.


aku ingat lagi Mak aku penah cakap. dalam dunia ni takdak sapa boleh bantu aku..even Mak ngan Abah pon tak boleh bantu aku kalau susah. hanya Allah ja yang dapat bantu aku dalam segala hal. jadi setiap kali bila aku rasa susah Mak aku suruh aku mintak pertolongan dari Allah, dan jangan sesekali mengharapkan pertolongan orang. baru aku sedar jugak yang selama ni mungkin aku terlalu bergantung dengan pertolongan orang sedangkan selama ni sepatutnya aku mintak pertolongan dari Allah dulu. aku mengaku itu silap aku. jadi mulai dari saat ini aku dah tanamkan dalam hati aku..yang setiap kali bila aku rasa takdak tempat nak mengadu, aku kena ingat yang Allah itu selalu ada untuk mendengar aku. dengan cara macam ni aku rasa lebih tenang dan better sebab aku dah tak menyusahkan orang-orang sekeliling aku...InsyaAllah.






TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saturday, September 17, 2011

Mulut Tu Jaga Sikit Lain Kali!

sebenarnya aku rasa macam nak buat entry pasal open house kat rumah Wany...tapi tah macam mana hati ni meronta-ronta nak mempaparkan kronologi kes sesat aku, Hidir, Abang Naim, Kak Aima and her sister masa on the way nak balik. jap jap...yang aku beriya-iya type macam nak publish story kat Mastika ni pehal??!!!


ok..aku tak sure sangat la exact time yang kitorang depart dari rumah Wany tu..tapi Hidir kata time tu mebi around 7.30 pm macam tu, yang pasti after solat maghrib semua tetamu-tetamu kehormat KBU dah berangkat pulang. kat sini la bermulanya kes kronologi sesat kami berlima. kebetulan masa tu keta Hidir paling belakang antara semua-semua keta. ada 4bijik keta semua termasuk keta Hidir. 


sebelum nak keluar tu kami semua macam yakin ja amek jalan straight dan dengan berpandukan landmark sebuah Balai Polis kami try cari. tapi makin lama jalan makin sunyi. jangan kan kata Balai Polis, rumah orang pon kami dah tak jumpa..yang ada kat kiri dan kanan kami..pokok getah jaa...agak creepy actually. sign board yang ada tu pon macam tak bermanfaat...oh yaa lupa pulak..kami sempat tangkap nama satu tempat ni kat signboard tu....tempat tu nama NAMI..peliks tapi benar..

berikut adalah aksi-aksi yang sempat kami rakamkan untuk tontonan umum sebelum kejadian sesat itu berlaku;


budak bedua ni memang macam ni kalau kat rumah orang memang tak reti segan kan 



ni lagi satu kompilasi terhebat tengah duduk pon aksi bunga matahari tetap ada..err sebenarnya aku nak highlight kan kat sini tu haa budak Hadi kat belakang aku..bangga oh!



 walaupon salam macam tak berapa nak ikhlas..tapi ada aku kesah??! kata candid kan..



nampak tak..pasangan serasi disitu?? sapa lagi ai ngan Hadi la...sekaler giteww u'olss



ala-ala diva la tu kan..ok muka aku dah jadi berpetak akibat pemakaian awning..cisss tak suka ok!



Hadi jugak yang cool tahap sejuk..yang lain cover letewww...(~naik buaian nyanyi lagu aku nak kawen anak raja~)



alolololo perempuan yang pegang froggy tu...sweetnyer beliau!!! 



depa-depa ni memang suka buat rumah orang macam rumah depa kan..



oh oh awkward  pulak rasanya lalala awkward la sangatttttt!



aku letak gambaQ ni sebab ada Adam Kiut Batrisya and his GPS bukan nak tayang gambaQ Hadi pon...sumpah tak! lalalalala



 kan aku dah cakap depa ni memang tak segan aihh..tambah-tambah yang baju kurung putih tu..tak padan pakai baju kurung..lari mak mentua kalau dapat menantu camni!



last but not least..with my beloved Along and his unta..lalalala beliau jugak adalah salah sorang Admin KBU hoiik.



ok sambung cita naa.....


suasana dalam keta macam biasa ja. masing-masing layan perasaan..cuma Kak Aima ja super power sikit banyak bersembang..aku lagi la diam terus kot. daya imiginasi aku time tu memang ditahap membanggakan..siap buleh imagine lagi yang aku sedang berada dalam zon Final Destination..perghhh hebat. sampai satu tahap Hidir buat decision nak patah balik sebab kalau kitaorang terus ikot jalan yang sama takot makin jauh sesatnya..at the same time aku tengok henpon..ah sudahhh line takdak kredit pon takdak ..aku diam lagi..entah macam mana Kak Aima pon tengok henpon beliau..rasanya Kak Aima pon dapat detect coverage tak da kat situ..tapi sekejap lepas tu ada balik...terus beliau tepon Kak Shida mintak direction.


kitorang patah balik..ikot direction Kak Shida suruh cari simpang Gurun-Jeniang..time patah balik tu memang lagi super amazing..tetiba ja buleh jumpa Wat Siam yang besar...seingat aku masa lalu jalan ni tadi..tak jumpa pon benda ni..hisshh ke aku rabun sebenarnya? the best part is..kitorang masa dah patah balik tu langsung tak jumpa rumah Wany tadi..padahal rumah Wany tu tepi jalan ja pon. Balai Polis tu lagi la..memang ghaib terus. dekat sejam jugak la sesat pon..mujur jumpa simpang yang Kak Shida cakap tu..tapi masalah baru pulak timbul...ada dua simpang..taktau nak amek simpang yang mana...Hidir siap tanya kitorang nak amek yang mana satu..masing-masing kelu..taktau nak jawab...last Hidir jugak yang decide..mujur dia amek simpang yang betul...lega gila time tu..sebab dah boleh nampak lampu banyak-banyak better dari keadaan sesat tadi.


dah sampai rumah aku still terpikir..apa yang jadi sebenarnya masa kitorang sesat tadi? betul ke kitorang amek jalan tu? mana pegi balai polis yang jadi landmark kitorang? mana hilangnya rumah Wany yang kitorang pegy makan-makan tadi? pelikss...


I told Dinie pasal benda ni..buleh pulak dia tanya aku, "betol ke hang tak dak cakap papa?" maksud dia mungkin aku ada tegur benda-benda pelik atau cakap besar..paling worst dia sempat aja bukak story pasal mulut aku yang berbisa menegur benda-benda pelik satu malam tu masa kami on the way nak pegi Kangar...okok aku ngaku la masa tu mana aku tau nak jadi benda pelik-pelik ni..so aku tegur ja la.. tapi masa dalam keta Hidir tu aku rasa mulut aku di jaga rapi kot..hishh entah la...aku pon tak paham laaaaa!!!



pics : credit to Asyraful Naim



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, September 16, 2011

Im Not Okay!

currently otak tak berapa nak center sangat. dah cuba nak buat macam semua nya okay tapi at last air mata aku mencurah curah jugak. dah lama sangat tak rasa macam ni. last time pon aku macam ni masa tahun lepas. demm aku asyik menangis pasal benda yang sama ja.


sekarang ni aku cepat sensetif. dalam solat selalu ja aku menangis. aku betol-betol rasa lost. aku tau takdak sapa dapat tolong aku. kadang-kadang aku rasa semua ni macam mimpi..dan aku harap bila aku bangun nanti semua tu akan jadi nightmare dalam hidop aku..masalahnya sekarang adakah aku sedang bermimpi?


aku cuba positif. aku selalu motivate diri sendiri. mungkin ni ujian dalam hidop aku...dah lama sangat aku hidop senang lenang..sesekali apa salahnya diturunkan kesusahan..aku cuma harap akan ada satu pengakhiran yang baik untuk semua ni. dan aku selalu berdoa semoga aku tetap tabah untuk tempuh benda-benda ni.


saat ni jugak aku rasa rindu kat Wani..selalu kalau aku down macam ni dia mesti ada teman aku. kalau aku menangis dia sentiasa ada untuk lap air mata aku. Dinie pulak..aku rindu sangat nak pinjam belakang badan dia...nak nangis puas-puas kat situ...ah rindunyaaaaaa!!!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, September 15, 2011

Dia Yang Sengal, Dia Yang Best dan Dia Yang Kecoh!

assalamualaikum!


ya ya ya..aku tau tika dan saat ini ampa semua mesti terkejut ann tengok aku yang dah berkurun lama tak menghupdate belog tetiba ja ada entry baru. well what can I say...aku berbelog time aku rasa nak belog..kalau tak rasa nak belog tu maknanya belog aku jadi ladang getah je la.  ala bak kata orang Amerika dulu-dulu "sayang kan laki tangan-tangan kan..sayang kan belog tinggal-tinggalkan"...ni kalau ampa semua percaya pepatah aku ni..kompem la masa kelas sejarah dulu ampa semua dok lena dalam kelas....kannszzz??ok tak payah nak sebok-sebok ngaku...aku dah tau.


okeh berbalik kepada tujuan asal aku, actually aku tak berapa nak okay sangat 2,3 hari ni. stress. nak online pon malas ini kan pulak nak berbelog..memang harapan tinggal harapan la kan. tapi tadi masa aku tengah dok ngadap lappy ni dok baca entry-entry panas Mikro Kokus, aku ternampak satu link blog yang dah lama aku tak singgah. so lepas dah puas lepak kat belog Mikro, aku pon dengan segala kepantasan yang ada terus la menterjahkan diri ke blog tersebut.


aku tak seprais sangat sebenarnya masa sampai kat belog tu sebab aku dah memang sedia maklum, owner dia pon baloq liat macam aku jugak. tak reti-reti nak up cerita baru...asyik cerita 4tahun lepas ja dok tertempek kat situ. tapi one thing yang aku sedar..sepanjang aku menjadi pengikut belog iteww aku tak pernah pon nak catch up story dia yang lepas-lepas. kebetulan hari ni aku moody gilaa and free pulak tu..so memang aku pulun baca seketul-seketul la isi belog tu.


amazing! first entry dia yang aku baca pon dah buleh buat usus aku bergegar hebat. masuk entry kedua aku rasa nak mereng pulak..entry ketiga memang aku tepuk kepala la...dan dengan segala kesenangan yang ada terus aku godek-godek entry-entry lama. lepas dah siap godek tu baru aku text dia..aku cakap aku tengah baca belog dia, dari stress terus rasa nak senyum lebaq-lebaq. time tu sambil mulut dok senyum sampai ke belakang telinga sempat lagi aku post link dia kat fb. a few minnutes later, he replied my text..and said tenkiu.
lagi la aku bantai gelak sakan-sakan..tau sebab apa? sebab aku dah boleh imagine macam gaya dia yang ala-ala retiss tu dok buat lambaian ratu sebab aku baca belog dia....ohh mannn I miss him lah!


one of feveret gambaQ


baiklah aku rasa ann mesti ramai dah buleh agak belog sapa yang aku maksudkan tu..well to tell the truth he's one of my bff yang paaaaliiinngggg aku sayangggg!!! selalu buat orang gelak sampai semput tak boleh nak makan. even aku baru ja kenai dia dalam 6 bulan ni tapi..rasanya kami serasi. dari adegan membaling bowling masuk dalam longkang, melepak Old Town ditengah malam, sampai la sesat di tengah-tengah jalan..semua kami dah lalui bersama. dan aku rasa sesapa yang pernah kenai dengan dia mesti sentiasa senang nak berdamping dengan dia...aku rasa dia dah jadi feveret semua orang ok!!!


dan kepada pemilik nama di facebook Hidir Abdullah merangkap si empunya belog Dir..antologi hayat apple sepi.... (perghhhh tajuk tanak kalah u'olss) tenkiu banget deh..sebab entry-entry anda iteww telah membuat kan hari-hariku begitu ceria kembali...ok macam hiperbola pulak ayat ni. tak tak...maksud aku baca belog Hidir ni boleh buat aku gelak sorang-sorang..kira ok la tu..buleh release stress.


ok tadi gambar bahagian belakang, now kita amek angle depan lak. yang berbaju biru tu sapa tak kenai memang kena terjun laut laaa blogger pemes kot...and beside him ni la Hidir..depa ni retiss oh..rasa macam terpinggir lak ada kawan-kawan pemes macam ni ahaaaaa


see see kan aku dah cakap beliau ni retiss oh..amek posing tengok la kalah Amitabh Bachan kot, ni kalau Kareena Kapoor tengok sure nanges guling-guling


ni time baju TERsama kaler..padahal cardigan ja pon..gigih nak kata sama kaler jugak.


ni pon of my peberet GambaQ. background tu kompem la edit. time ni Hidir datang lambat. tapi who cares janji dia mai sudah!


so to my bff yang paling gelong-sengal-senget-mulut banyak, Hidir Abdullah tenks for being a part of my life. kami semuaaaa sayang anda!!!!!


p/s : Hidir jangan nanges eh baca entry ni....woooo
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA