Wednesday, September 21, 2011

Rindu.

sekarang dah masuk pukul 2.40 pagi waktu aku tengah type entry ni.




malam ni sumpah aku demotivated lagi. tadi tengah amek mood nak tido pon aku boleh dok bantai menangis teresak-esak..sampai la aku bangun terus on lappy update blog. time-time macam ni serius aku rinduuu sangat kat Wani. kalau dia ada time aku nangis, dia la selalu pujuk aku..even dia kadang-kadang macam tak reti nak pujuk tapi dia ikhlas kot..at least masa tu aku tau yang aku ni penting... maksud aku, masih ada lagi orang yang sudi nak amek berat pasal aku selain family aku yang jauh masa tu.


kalau dulu aku time aku tengah down memang aku tak suka gila kalau orang cuba nak pujuk aku...biaq aku tenang dulu baru la nak pujuk ka apa pon. tapi Wani selalu takan biaq aku rasa down sorang-sorang walau macam mana sekalipon dia mesti nak ada ngan aku setiap masa bila aku rasa sedih..kalau aku lari dari bilik kolej sekalipon dia mesti dapat cari aku..kadang-kadang aku rasa best pulak bila tengah-tengah sedih ada orang pujuk...walaupun hakikatnya aku tak suka...biasala perempuankan sukar difahami dan aku mengaku yang aku sangat complicated.




baru ja dua hari lepas aku jumpa Wani kat Perlis..tapi sekarang aku rasa rinduu sangat nak dok dengan dia lagi. 1hari memang tak cukup nak spent time sama-sama. aku ada call dia tadi. masa dial number dia aku dah menitis air mata..aku taktau la lately ni murah betul air mata aku...lepas ja dia pick up fon terus aku tak jadi nak menangis...entah..mungkin dah lama kot aku tak menangis kat dia sampai aku dah taktau macam mana nak menangis..tak sempat pon nak sembang panjang, fon dia pulak habis bateri. then aku cakap takpala next time aku call lagi.


habes ngan Wani aku call Beap pulak. lama jugak la sembang..Beap detect aku nangis, tapi tak ngaku pon aku just cakap yang aku kena selsema...suara-suara pulak tersekat-sekat sebab batuk..mujur dia percaya. entah la aku dah malu kot nak menangis macam dulu since semua orang ingat aku cukup tabah. to tell the truth aku masih cuba nak lupakan benda yang lama tu. memang aku ada life baru..tapi tak sama macam yang dah lepas.





sampai sekarang aku rasa macam aku lost. aku tak tau nak mengadu kat sapa. family memang la ada even Mak aku selalu support aku dalam segala hal dia jugak yang kadang-kadang pujuk aku bila aku down. tapi dah selalu sangat aku down macam ni. sebab tu aku rasa better aku menangis sorang-sorang at least takdak la Mak aku risau sangat. kawan-kawan pon macam tu jugak...semua ada untuk nak bagi moral support kat aku..cuma aku ja yang tanak share ngan dorang..biarlah..belom masanya lagi kot.


aku ingat lagi Mak aku penah cakap. dalam dunia ni takdak sapa boleh bantu aku..even Mak ngan Abah pon tak boleh bantu aku kalau susah. hanya Allah ja yang dapat bantu aku dalam segala hal. jadi setiap kali bila aku rasa susah Mak aku suruh aku mintak pertolongan dari Allah, dan jangan sesekali mengharapkan pertolongan orang. baru aku sedar jugak yang selama ni mungkin aku terlalu bergantung dengan pertolongan orang sedangkan selama ni sepatutnya aku mintak pertolongan dari Allah dulu. aku mengaku itu silap aku. jadi mulai dari saat ini aku dah tanamkan dalam hati aku..yang setiap kali bila aku rasa takdak tempat nak mengadu, aku kena ingat yang Allah itu selalu ada untuk mendengar aku. dengan cara macam ni aku rasa lebih tenang dan better sebab aku dah tak menyusahkan orang-orang sekeliling aku...InsyaAllah.






TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

2 comments:

Akulah Pak Lan said...

nak tisu ka nak baldi?

Diana @ bilakukatacinta said...

beruntung ada kwan susah sedih..tempat mengadu....