Sunday, September 26, 2010

pssttt tah pape tah.

woah..terasa sangat lama tidak mengarut di belog kesayangan aku ni, padahal baru jer seminggukan, tapi aku tau mesty readers semua dah rindu kat aku kan, espcially silent readers aku la kan..haipp jangan cuba-cuba nak berdalih yerr nanti aku sumpah jadi ferrari baru tau!

pejam celik pejam celik dah seminggu aku pon aku kat Sekolah Kebangsaan Penaga. walaupon seminggu still rasa macam baru je semalam aku lapor diri, pastu dok nervous cemana nak face environment baru kat tempat keja, rama-rama dalam perut la hape la, naseb baik semua tuh dah lepas. and so far aku boleh la adapt ngan environment kat sana. tak da la seteruk yang aku bayangkan..almaklumla aku ni memang terkenal pon dalam bab-bab nak imagine lebih-lebih ni. ni yang susah ni bila ada otak yang unik, semua benda dia pikiaq lebih.

alhamdulillah, kerja pon tak teruk, cuma memerlukan vocal soprano la untuk nak beat budak-budak tuh suruh follow arahan aku. ni yang aku tengah dok praktis nih. ngatkan suara aku dah cukup power, nak buat bangunan bergegar, rupa-rupanya ada lagi yang lebih hebat dari aku..aishh tak bleh jadi ni, nak kena praktis lagi dan lagi dan lagi la nampak gayanya.

dalam pada tuh jugak, aku risau giler ngan satu kelas standard 4 ni, aku ajar subjek science and ada lagi 2 chapter dorang tak abes, ntah sempat ke tidak aku nak cover kat dorang topic-topic yang ada dalam chapter tuh. risau giler aku. kelas yang satu lagi tuh macam ok jer, aku dah bajet nak habeskan jugak chapter dorang dalam minggu ni. so siap la budak-budak tuh aku pulun sampai muntah hijau la korang! sorry yerr kanak-kanak aku terpaksa, kalau tak mesty korang tak leh jawab peksa nanti.

seminggu ni jugak routine harian aku totally berubah. mana tak nya, tetiap hari nak kena bangun pukul 5.30 pagi. gile babeng punya awal, seumur hidop aku, tak pernah kot bangun pepagi buta camtuh, eventhough dulu aku jadi student pon abes awal bangun mesty la dalam 6.30 pagi.

pukul 6.30 pulak aku dah gerak pegy sekolah, dalam pukul 7.00++ camtuh dah tertempel muka aku kat office. saja aku keluar awal, sebab distance between sekolah tuh ngan umah aku agak jauh. lagi satu aku drive pon slow jer malas nak dah pecut-pecut. bawak slow-slow ni bukan hape, sambil aku drive, sambil makan dalam keta, jimat masa.

agaknya la kan, disebabkan aku bangun awal tuh la otak aku sekarang macam dah mereng sikit. mana tak nya, Princess mesej aku pon aku lupa nak reply balik. sian dia tertunggu-tunggu aku reply, aku betol-betol tak sengaja. aku tau pon sebab Incik BFF yang tolong ingatkan. memang senget habes la, pukul 3 pagi time aku ngah syok-syok mimpi nak kawen ngan anak raja, Incik BFF text aku tanya pasal benda ni, aku pon hape lagi dengan pantas serta tuntasnya time-time tuh jugak terus call Princess.

seb baik dia tolong ngat kan kalau tak, aku rasa sampai ke sudah pon lom tentu aku reply mesej Princess tuh, sebab aku memang betol-betol tak ingat. sikit sebanyak aku tau jugak la yang Princess tuh ok sekarang ni. sorri bangat tak da niat pon nak wat U risau kat I. buleh dikatakan setiap aktiviti penting Princess aku tau, sebab dia selalu jugak update kat aku. dan aku memang sangat senang macam ni sebab at least aku tau yang aku ni penting jugak kat dia..hehehehe.

ngan Incik BFF pon aku jarang kontek dah, bukan tak ingat, ingat tapi tuh la, masa agak limit. cuma sekali sekala ada la jugak aku tanya pasal dia. macam hari ni, aku tau dia ada game, and aku wish jugak la kat dia, risau aku takot dia injured lagi. ni aku rasa dia ok kot. hopefully la, aku bukan pe, memang tak leh dengar kalau dia injured, memang aku dah imagine bukan-bukan...well sekali lagi, aku tekankan disini, daya imiginasi aku sangat tinggi yerr.

Beb pulak, setakat ni takdak masalah la, sebab dia always follow pasal aku. tuh tak termasuk lagi Umma, Ottosan, kakak Emy, Macek ngan Cik Twin lagi la lama aku tak update-kan aktiviti aku kat dorang. Ngan Yana pon dah seminggu aku tak berfoya-foya ngan dia...banyak kan..korang jangan marah plish, pasni aku cuba alert ngan korang and pelan-pelan update-kan aktiviti aku.

Haa Incik Bmw lak, dari nak jumpa semalam, drag pagi ni sampai la malam selasa pulak baru buleh nak jumpa ngan dia. patotnya kitorang plan nak pegy tengok wayang tapi dah Incik Bmw sebok weekend ni, pastuh weekdays pulak dia ada kelas, so nampak gayanya macam kena cancel ja. semalam dia cakap lepas meeting nak datang Pulamed tapi meeting abes lewat, so dia bagitau pulak nak jumpa pagi ni, tuptup pagi ni pulak dia ada hal..so terus dia ajak aku pegy tengok sketsa selasa ni.haiisshh sebok betol dia tuh. aku tak confirm pun lagi nak pegy tengok ke tak sketsa tuh. awal lagi ni nanti la aku confirmkan balik...

haa dah update pon aktiviti aku. complete dah. senang-senang nanti aku mengarut lagi la yerr..

okeh chow!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, September 21, 2010

Selamat Pagi Cikgu!

hari ni hari yang sangat teruja untuk bercerita dan berkongsi rasa.eh bukan ke selalu pon aku teruja nak bercerita jugak, ish ish kalau dah namanya suka mengarut ni memang setiap hari pon rasa teruja nak bercerita pastu bila dah tak da idea selit la cerita mengarut bebanyak, tapi aiman tak kesah kan...sebab readers semua memang suka pon baca kes-kes mengarut ni.

baiklah seperti yang dijanjikan pagi tadi, dengan perasaan yang tak berapa ada, maksud aku nervous pon dah tak da, aku ke PPD untuk melapor diri. time aku tengah drive nak pegy PPD tuh, pegawai dia dah call aku tanya bila nak sampai, then aku jawab la aku on the way. nasib baik la time tuh aku dah nak sampai kot.

bila dah sampai, aku pegy la kat kaunter pertanyaan dulu, bukan apa, tak kan la nak main serang masuk pejabat orang kan..nak tak nak kena la bertatasusila sikit walaupon aku ni jenis yang tak berapa nak "sila" sangat la. nak dijadikan story, masa kat kaunter tuh, ada la pulak cikgu yang pernah mengajar aku masa kat Dato' Onn dulu. dia tengok aku, aku tengok dia pastuh apa lagi terjerit la jugak aku kat situ, tapi still under kontrol la.orang kata terjerit kecil gitu.

yang besh tuh, dia terus keluar dari office and datang kat aku, dia jugak la yang bawak aku jumpa pegawai yang sepatotnya aku jumpa (padahal aku tau jer office pegawai tuh kat mana). sempat la jugak kitorang borak-borak. dia pon tersenyum kot bila aku cakap aku nak lapor diri jadi cikgu sementara.ye la bekas anak murid, terserempak cikgu, tup tup anak murid dah nak jadi cikgu lak, memang la tak pelik, benda buleh berlaku kan. tapi bagi aku nak tak nak mesti dalam hati cikgu tuh terpikir, cepatnya masa berlalu, dulu aku ngajar dia, sekarang ni dia pulak nak ngajar budak-budak.

Cikgu Idris kuat jugak ingatan dia, sebab dia buleh ngat lagi aku ni dari Dato' Onn. dia penah jadi cikgu BM aku masa form 1, dan start dari situ la aku kenal dia. otak dia pon sempoi. okeh lepas dia hantar ke office tuh, aku dengar la sekejap taklimat tentang tugas aku, lepas tuh terus aku pegy lapor diri kat sekolah. before keluar dari office, pegawai tuh sempat tanya "macam mana kenai Cikgu Idris?" aku jawab "dulu dia cikgu saya masa kat Dato' Onn".

sampai kat sekolah, aku jumpa la pulak PK sebab Guru Besar tak da. so PK la yang arrange semua kat aku. dalam office pulak, ada jugak yang kenai aku disebabkan bapak aku, well selalu aja aku dibayangi bapak aku, mana-mana pon aku pegy mesty ada ja yang kenai dia, huff teruk la memang kena jaga reputasi la pasni.

bila kat bilik guru pulak satu lagi kejutan yang aku terima. terkejut gajah jugak la sebab dalam banyak-banyak cikgu tuh ada lagi sorang cikgu dari Dato Onn jugak. pergh ni lagi seronok sebab meja aku berdepan dengan dia.aku pon hape lagi bukak mulut ajak cikgu tuh bersembang la. cikgu tuh pon tergelak jugak sambil berkata "aii dulu saya mengajar kamu, sekarang kita dah jadi rakan sekerja pulak,kecilnya dunia" aku pon nak tergelak kot bila dengar dia kata macam tuh. ye la macam janggal jer, bekas cikgu aku ni pelik la, tanak membahasakan nama aku, dia lebih senang bahasakan diri aku dengan panggilan cikgu, geli urat perut aku bila dengaq dia pangil cam tuh, cam tak layak jer rasa keh keh keh (padahal dalam hati berbunga jugak la, besa la dalam hati aku kan ada taman)

kalau kau ramal, satu kelas akan senyap bila kau dah masuk, ramalan kau memang silap belaka! (aisshh macam bunyi tajuk lagu pulak akn..) mula-mula aku dah terbayang yang dorang semua akan dengar cakap aku, last--last terbalik aku pulak yang dengar cakap dorang. dah tu vokal aku ni kalah kot dengan dorang, dorang punya vokal lagi superb. aku ngat la nanti bila aku nak pegy ujibakat AF wajib la cari bebudak ni suruh ajar aku cemana nak kontrol vokal..

terpikir jugak aku, dulu time aku kecik-kecik, macam ni ke ek perangai aku? tapi ann aku rasa aku macam baik jer..macam skema jer HAHAHAHA. skema la sangat, aku la kaki menyembang number satu dulu!..eh eh silap lagi ni dah jadi sesi kutuk mengutuk diri sendiri ni..aisseymen...maaf yer readers sekelian, harap di-ignore-kan statement sebentar tadi.

papapon, semua ni dah jadi tanggungjawab aku, tak kesah la walaupon sekejap aku ngan dorang, nak tak nak harus la jugak aku face. gasak la, janji aku dapat pengalaman yang aku cari tuh.


okeh memurid, till i wrote again, jangan kutuk-kutuk cikgu yerr nanti cikgu tibai kamu semua!!!

bai.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, September 20, 2010

butterfly in my stomach

hello hello hello..finally dapat jugak nak update activity hari ni, ngatkan nak ajer terus tido tadi.


well selamat sudah open house raya for second time at my "bungalow". last tetamu yang datang tadi bebudak uitm penang, semuanya student my dad, and of course Incik Bmw pon ada sama, he said he came all the the way from KL. tak sempat nak balik rumah sewa lagi terus datang rumah aku ..err yerr ke? haa kantoi suda, mesty tak mandi tu...one word untuk kamu yerr Incik Bmw..BUCUK!!..hehehehe

aku pulak dari pagi tadi da start balik penyakit tak dapat nak tidur aku tuh, dah macam kena exam fever lak..yang paling tak buleh blah tuh siap ada rama-rama dalam perut ni. eveytime aku nervous mesty selalu ada rama-rama dalam perut aku ni..tak tau pasal apa. selalu penyakit rama-rama dalam perut ni, penyakit orang angau nak bercintan-cintun, tapi in my case lain kot, aku sebab dok asyik terpikir, cemana la aku nak face hari esok.

senget tak senget otak aku ni, sampai aku terpikir yang aku ni macam tengah menunggu detik nak ke tali gantung. unik tak otak aku??ha korang ada otak macam ni? buleh tak pikir macam yang aku pikir tuh?duhhh walau macam mana aku try nak overcome nervous ni still aku tak dapat nak elak dari pikir benda yang bukan-bukan. my bestie dah guide aku tadi on how to overcome nervous and control the class, Incik Bmw pon da wish kat aku tadi, he said "dun worry, cikgu mesty buleh punya, buat macam besa" wah wah macam senang je kan dia cakap...dia tak tau yang dalam hati aku ni dah macam ada bom jangka, tunggu time je nak meletop.

papepon tenks jugak la kat both of them at least they wish jugak kat aku. My beb punya wish lagi sempoi lain dari yang lain. "didik elok-elok, bukan stakat nak mengajar jer, tapi nak mendidik tuh yang payah" penuh tersirat dan sangat-sangat mendalam. aku tak pernah terpikir pon soal mendidik sebelum ni, sampai la dia cakap macam tuh kat aku. baru aku tersedar, yang kerja ni bukannya kerja main-main, berat dan penuh tanggung jawab..pergh ayat...makan dalam beb!

sekental-kental Erin Azizan ni ada jugak benda yang buat dia cuak, nak-nak pulak jenis yang kena berdepan ngan audiens ni lagi la cuak dia buleh sampai level max. kengkawan aku selalu pikir yang aku buleh handle crowd, padahal dorang tak tahu tiap kali aku nak handle crowd, mesty penyakit separuh giler aku datang menyerang.saje je aku buat-buat kental hehehe sorry yerr kengkawan selama ni korang tertipu ngan helah aku (selamat hari rayer).

okesh lah malas dah nak mengarut pepanjang, eh kejap ada satu benda yang tak best la. nak back to school of cos la kena back to old routine as a student. kalau student U takpa lagi..ni student sekolah kot, mesty kena bangun awal-awal subuh...uwaaa macam tak rela aje...eh eh kena betolkan nawaitu, baru first day dah nak malas-malas, patot kena humban je dalam laut budak ni...banyak songeh betol. hah???

okeh bai.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, September 19, 2010

LALALALA KERJA LA..

hello hello hello!!

saat jari ni terhegeh-hegeh di keyboard lappy, jam dah menunjukkan 12.43 a.m, maksudnya dah menginjak ke hari ahad dah. dan maksudnya jugak tinggal satu hari je lagi cuti pastu hari senin dah mula start kerja. yeshh kerja baru..kerja yang selama ni aku nak sangat buat tapi tak pernah dapat peluang, but now..things change dan aku dapat job tuh. syukur alhamdulillah.

gila senget sampai sekarang aku tak pegy visit lagi skool tuh aku tak dapat nak bayang kat mana tah location skool tuh,nak tanak esok musti kena pegy jugak la, kalau tak hari senin ni lepas lapor diri terhegeh-hegeh pulak aku mencari skool tuh.

a new life and a new beginning for me to forget all memories that always cross on my mind. just now i read emy's status, she miss me! urrghhh once again..sangat rasa ingin menangis tapi kentalkan jugak jiwa. dari mood yang hepi-hepi tadi aku dah jadi macam sayu pulak. sorry if entry aku kebelakangan ni banyak emo sikit besa la aku ni kan complicated. if she reading this, aku nak sangat bagitau dia, yang aku memang selalu rindu nak jadi buddy dia kat swimming pool. jahat gile kan aku, sampai hari ni aku tak pernah tahu sapa buddy emy yang replace tempat aku tuh..sengaja aku tanak tanya pon.

emy, sapa pon buddy emy, i hope u wont forget me..i noe i sangat teruk, tak pandai swim macam emy, but if i get one more chance, promise u i'll be a gud buddy (dlm mimpi je la).

dan seperti selalunya,..mood untuk mengarut pon dah hilang..one thing for sure, aku tak kan hilang lagi pasni.

okeh bai.

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, September 17, 2010

sengal ke senget?

hohohoi....senyumlah senyumlah ah hai cek mek molek...(mereng seketika yerr)

okesh hari sangat teruja nak bercerita yerr sebab tu mukadimah pon pakai lagu Datu M. Daud Kilau, cuma gigi jer tak berkilau yerr.

setengah hari ni, hidop aku macam sengal sikit sampai ler petang tadi Yana call ajak meronggeng ngan tengok wayang. pergh..senget giler, dengan tak ready hape terus jer ajak aku keluar, nasib baik la rumah dia ngan rumah aku jauh..paling busuk pon setengah jam jugak la amek masa nak sampai umah aku. so sempat la aku bersiap dulu..tak de la dia nak membebel kat aku kalau dia sampai awal dan aku tak bersiap lagi.

so we went to Sunway Carnivall, tempat lepak biasa kalau kitorang nak tengok wayang. at first, kitorang nak pegy Jusco, Perda tapi tah cemana Yana ajak gi Sunway..aku follow jer lagipon dia yang drive, tak kan la nak demand-demand lak kan..kang dia tinggal aku kat tepi jalan soh balik jalan kaki naya jer.

agak terkuciwa sebenarnya. kitorang dah excited gajah kot nak tengok citer Piranha. tapi seat pulak tak da..yang ada pon depan-depan jer, kuciwa giler time tuh, ye la sebelum tuh kitorang dah willing kot nak tunggu citer Piranha walaupon terpaksa tunggu selama dua jam, tup tup jadi macam ni..last-last decide amek citer senario Asam Garam..sumpah tak best!

ni la first time aku tengok citer senario kat panggung, dah tuh citer lak tah pape jer, tapi tak de la aku kuciwa sampai nak makan orang kan..sebab dari awai dah memang niat nak masuk panggung pon so belasah je la citer pape janji masuk panggung jugak. pasni aku ngan Yana memang dah bertekad la nak kena wajib tonton citer Piranha tuh..tunggu time free kitorang langgut lagi la jawabnya.

dah abeh tengok wayang, kitorang pegy la window shopping, Yana nak usha blouse aku pon join sekaki la, memang rambang mata kot..uish bahaya beb, naseb baik la tadi aku bawak cash yang cukup-cukup makan jer, kalau tak....ufhhh tak dapat nak dibayangkan..naseb jugak nafsu setan aku tuh terkontrol hari ni. (dalam hati bersyukur giler..hohoho) kalau tak abesh duet gaji eden..ekekek...(dah pandai sebut-sebut gaji sekarang)


aku ngan Yana, baru sampai jer time nih

terpaksa tengok kot citer ni..werkkss

ok..kat sini tak bleh tngkp gambr yerr (muke aku pon dah pelik kot)

yerr gaya tipikal seorang Erin Azizan

ni screen GSC yerr adik-adik

nampak tak kitorang tengah pengang aper tuh..yupp snack box KFC

khusyuk betol nenek ni cari syilling yerr

erk...ader sesapa kenal budak ni?

nampak tak? ni dalam keta aku snap Sunway, dalam keta jelas jerr bila snap macam ni pulak jadinya

aku dah malas dah nak mengarut panjang, besok nak kena bangun awal..yeyaayy going to meet my BESTIE!!!!! babai.

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, September 16, 2010

.kamu harus tahu.

entah dari mana patot saya mulakan. terlalu banyak dan terlalu payah untuk dihuraikan. lagipon benda dah terlalu lama berlaku. saya cuma mahu kamu tahu yang saya sudah melupakan perkara tersebut, dan mungkin jugak saya sudah memaafkan kamu..entah,saya sendiri tak dapat nak pastikan tentang kemaafan itu. tapi yang saya pasti kamu tak perlu menagih maaf dari saya, biar saja ianya berlalu.

biar mereka pandang saya sebagai pesalahnya, walaupon kamu sebenarnya yang mencipta sengketa. saya bukan seperti kamu, pandai bermain kata. walau saya diam, tak bermakna saya bersalah, cuma saya malas mahu memanjangkan drama yang kamu cipta. mereka tak pernah tahu tentang cerita kita. mungkin jugak lebih baik begitu.

sudah bertahun saya menoktahkan cerita kita. saya tahu sejak dari itu mereka meletakkan beban kesalahan ke atas saya. saya diam. tak mahu panjang cerita. demi mereka, saya kuncikan mulut. hanya mereka bertiga yang tahu tentang itu. dan demi merekalah saya terpaksa berpura-pura bermain sandiwara setiap kali bertemu kamu. yang saya tahu waktu itu saya hanya ingin menjaga perhubungan, tetapi sekarang bila saya dipaksa untuk buat sesuatu yang saya tak suka, saya tekad, untuk melenyapkan kamu dan mereka dalam hidop saya. bagi saya kamu tak pernah wujud dalam hidup saya.

terpulang kepada mereka untuk melabelkan saya sebagai pendendam atau apa saja,yang pasti saya tak pernah menyesal untuk melakukan semua ini. kita tak kan pernah bertemu lagi. andai takdir menemukan kita, kamu dan saya hanyalah orang biasa yang tak pernah mengenali antara satu sama lain.

saya cuma ingin kamu jangan sesekali dekati saya. biar kita lalui hidup begini, sudah bertahun kita begini, tak mustahil kesudahannya pon akan terus begini. kamu harus tahu, hati saya sudah terlalu keras untuk kamu, sebab itu saya tak mahu lagi berjumpa dengan kamu. dan saya sendiri akan terus menggelak dari kamu. saya dan kamu sudah tamat. tiada lagi perhubungan yang boleh mengaitkan kita. sudah puas saya dituduh tanpa sebab. dari dituduh begitu saja, saya rasa baik saya terus buat benda yang saya pendam sejak bertahun lamanya. dan satu hari nanti kamu akan tahu, ini lah harga yang harus kamu bayar atas "kesalahan" kamu.

kadang-kadang diam itu lebih baik dari mengeluarkan buah bicara dusta. saya akan terus diam.....
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Tuesday, September 14, 2010

gudbye HONDA, welcome sk PENAGA

hello hello hello...uhuk uhuk [batok okeh, bukan merengek!]


today, 14 september 2010 secara official-nya aku mengumumkan bahawa aku telah pon selamat me-resign-kan diri dari menjadi seorang pekerja HONDA yang-belum-di-confirm-kan-statusnya setelah sebulan lebih berpayungkan bumbung HONDA..yerr sebulan lebih ajer, bukan seTAHUN lebih okeh! (sebab tuh aku cakap tak confirm)

walaupon jodoh tak berapa nak panjang ngan HONDA tapi working experience yang aku dapat kat sana still berharga kot. haa cuba kau bagitau kat aku, kat mana aku bleh tengok orang serang menyerang secara live?orang mengamuk secara tiba-tiba, dapat angpau biler time nak rayer (acctually member aku yang kerja ngan company lain tak dapt pon angpau..most of them la, aku lain, boss sayang sebab tuh dapat angpau) boleh pangey Big Boss kau Uncle jer..ha cuba cakap kat mana?kat tempat kau ada? kat HONDA je kot...memang sempoi giler kerja kat sana.

seriusly a bit sad la jugak sebab aku kerja pon sekejap, yela orang kata baru nak mesra-mesra alam ngan environment kat situ tuptup dah nak benti, Kak Iza terkejut monkey biler aku cakap aku dah nak resign, masa tuh aku tengah nak pass baton yang mengandungi ketupat ngan redang yang aku bawak dari rumah kat tangan dia. bila aku cakap aku nak benti kerja dia macam "awat tak best ka kerja kat sini?" bila aku dah cakap aku dapat offer kerja baru dia macam over-eksaited lak "wow best la buleh try benda baru" aku dalam hati.."haii menda la kau Kak Iza oii..aku seniri pon tak dapat nak bayangkan macam mana la aku nak try benda baru tuh"

buleh ke tidak tah aku nak bawak diri kat tempat baru tuh, agak risau sebenarnya..well mungkin orang nampak aku agak cool, bila dorang soal pasal benda ni. tapi percaya la jauh di sudut hatiku yang paling dalam lebih dalam dari bikini bottom ada la sikit perasaan "tah pape" aku tak reti nak describe la perasaan apa, but one thing for sure, perasaan tuh wujud.

kengkawan yang tahu pasal kerja baru aku ni semua macam "weh betol ke?makk aii cam tak cayer lak,kalau ang involve dalam marketing confirm-confirm kami cayer, ni...hahaha..serius weh ang kena story kat kami lagu ni, cemana first day ang nanti"..hampages btol kengkawan aku ni, takpe cool-cool hero kena macho..hampa tunggu noo nanti aku story abeh-abeh biaq menanah telinga hampa dengaq citer aku! miahahahah (gelak jahat)

kat HONDA, sehari before rayer

sekian..babai!


p/s: kojaq giler pembunuh Datuk Sosilawati Lawiya (arwah) tuh..perangai macam setan jer. hari-hari aku dok imagine cemana la dia mati terseksa...nauzubillah..semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh nya.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA