Tuesday, September 21, 2010

Selamat Pagi Cikgu!

hari ni hari yang sangat teruja untuk bercerita dan berkongsi rasa.eh bukan ke selalu pon aku teruja nak bercerita jugak, ish ish kalau dah namanya suka mengarut ni memang setiap hari pon rasa teruja nak bercerita pastu bila dah tak da idea selit la cerita mengarut bebanyak, tapi aiman tak kesah kan...sebab readers semua memang suka pon baca kes-kes mengarut ni.

baiklah seperti yang dijanjikan pagi tadi, dengan perasaan yang tak berapa ada, maksud aku nervous pon dah tak da, aku ke PPD untuk melapor diri. time aku tengah drive nak pegy PPD tuh, pegawai dia dah call aku tanya bila nak sampai, then aku jawab la aku on the way. nasib baik la time tuh aku dah nak sampai kot.

bila dah sampai, aku pegy la kat kaunter pertanyaan dulu, bukan apa, tak kan la nak main serang masuk pejabat orang kan..nak tak nak kena la bertatasusila sikit walaupon aku ni jenis yang tak berapa nak "sila" sangat la. nak dijadikan story, masa kat kaunter tuh, ada la pulak cikgu yang pernah mengajar aku masa kat Dato' Onn dulu. dia tengok aku, aku tengok dia pastuh apa lagi terjerit la jugak aku kat situ, tapi still under kontrol la.orang kata terjerit kecil gitu.

yang besh tuh, dia terus keluar dari office and datang kat aku, dia jugak la yang bawak aku jumpa pegawai yang sepatotnya aku jumpa (padahal aku tau jer office pegawai tuh kat mana). sempat la jugak kitorang borak-borak. dia pon tersenyum kot bila aku cakap aku nak lapor diri jadi cikgu sementara.ye la bekas anak murid, terserempak cikgu, tup tup anak murid dah nak jadi cikgu lak, memang la tak pelik, benda buleh berlaku kan. tapi bagi aku nak tak nak mesti dalam hati cikgu tuh terpikir, cepatnya masa berlalu, dulu aku ngajar dia, sekarang ni dia pulak nak ngajar budak-budak.

Cikgu Idris kuat jugak ingatan dia, sebab dia buleh ngat lagi aku ni dari Dato' Onn. dia penah jadi cikgu BM aku masa form 1, dan start dari situ la aku kenal dia. otak dia pon sempoi. okeh lepas dia hantar ke office tuh, aku dengar la sekejap taklimat tentang tugas aku, lepas tuh terus aku pegy lapor diri kat sekolah. before keluar dari office, pegawai tuh sempat tanya "macam mana kenai Cikgu Idris?" aku jawab "dulu dia cikgu saya masa kat Dato' Onn".

sampai kat sekolah, aku jumpa la pulak PK sebab Guru Besar tak da. so PK la yang arrange semua kat aku. dalam office pulak, ada jugak yang kenai aku disebabkan bapak aku, well selalu aja aku dibayangi bapak aku, mana-mana pon aku pegy mesty ada ja yang kenai dia, huff teruk la memang kena jaga reputasi la pasni.

bila kat bilik guru pulak satu lagi kejutan yang aku terima. terkejut gajah jugak la sebab dalam banyak-banyak cikgu tuh ada lagi sorang cikgu dari Dato Onn jugak. pergh ni lagi seronok sebab meja aku berdepan dengan dia.aku pon hape lagi bukak mulut ajak cikgu tuh bersembang la. cikgu tuh pon tergelak jugak sambil berkata "aii dulu saya mengajar kamu, sekarang kita dah jadi rakan sekerja pulak,kecilnya dunia" aku pon nak tergelak kot bila dengar dia kata macam tuh. ye la macam janggal jer, bekas cikgu aku ni pelik la, tanak membahasakan nama aku, dia lebih senang bahasakan diri aku dengan panggilan cikgu, geli urat perut aku bila dengaq dia pangil cam tuh, cam tak layak jer rasa keh keh keh (padahal dalam hati berbunga jugak la, besa la dalam hati aku kan ada taman)

kalau kau ramal, satu kelas akan senyap bila kau dah masuk, ramalan kau memang silap belaka! (aisshh macam bunyi tajuk lagu pulak akn..) mula-mula aku dah terbayang yang dorang semua akan dengar cakap aku, last--last terbalik aku pulak yang dengar cakap dorang. dah tu vokal aku ni kalah kot dengan dorang, dorang punya vokal lagi superb. aku ngat la nanti bila aku nak pegy ujibakat AF wajib la cari bebudak ni suruh ajar aku cemana nak kontrol vokal..

terpikir jugak aku, dulu time aku kecik-kecik, macam ni ke ek perangai aku? tapi ann aku rasa aku macam baik jer..macam skema jer HAHAHAHA. skema la sangat, aku la kaki menyembang number satu dulu!..eh eh silap lagi ni dah jadi sesi kutuk mengutuk diri sendiri ni..aisseymen...maaf yer readers sekelian, harap di-ignore-kan statement sebentar tadi.

papapon, semua ni dah jadi tanggungjawab aku, tak kesah la walaupon sekejap aku ngan dorang, nak tak nak harus la jugak aku face. gasak la, janji aku dapat pengalaman yang aku cari tuh.


okeh memurid, till i wrote again, jangan kutuk-kutuk cikgu yerr nanti cikgu tibai kamu semua!!!

bai.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: