Wednesday, June 8, 2011

Sepagian, Semalaman di Pasific Megamall Edisi Puas Hati!

kemaren hari yang memang exausted gila. pagi dah la bangun awal sebab nak teman member baik punya  aku pi interview. dah kata keluar ngan member baik wajibulghunnah la tak reti nak balik rumah awal-awal...ceh padahal aku kalau keluar memang tak reti nak balik awal pon..member baik, member tak baik semua aku taram balik lewat..haha alasan semata ja tadi tu.


habes interview dia terus kitorang melepak kat Megamall. hajat hati aku memula tu nak ajak member aku ni golek boling or layang panggung tapi aku segan la pulak sebab semua benda dia pulun nak belanja. sebab dia kata dah dia ajak aku keluar jadi dia nak belanja. agak melampau la kalau aku biar semua atas dia..last sekali aku decide ikot ja la mana dia nak pi, aku follow sudeh.


member aku ajak terjah pasific. aku on ja..window shopping je la. aku pulak mana ada cash time-time tu. sekali aku terberkenan kat satu beg ni..peh aku rasa  macam hensem ja kalau aku pakai. dalam banyak-banyak handbag/tas tangan/beg-beg/airbag/eyebag yag ada kat situ hanya beg tu ja yang mampu membuat aku terpegun terkesima terkentut terbelenggu dan ter rasa nak beli. lagipon sekarang kat Pasific tengah sale kot. rega pon buleh tahan hebat.


tapi...tu la naseb orang yang tak ber cash ni..terpaksa melihat dari dekat tapi tak mampu nak memiliki..sedih betol. tak lama lepas tu member aku ajak balik..dalam mind aku dah set aku KENA grab that beg jugak, kalau tak aku akan gila..pergh dasat ok! 


masa kitorang blah dari Pasific tu dah pukul berapa entah. member aku pulak ajak lunch, teringin nak makan Bakso katanya. aku taktau Bakso tu ada kat area mana, dalam hati aku terdetik jugak tang mana nak cari Bakso tengah-tengah hari buta ni? mujoq member aku tau area mana..rupanya kat area rumah aku je pon..pesal aku tak pernah tau pon ni???


ok habes cita Bakso. sumpah sedap besok nak ajak Abah and Adik lunch kat sana la hihihi. lepas balik umah tu..membuta je la keja aku...ganti tido sebab pagi tu aku bangun awal. sedar-sedar pon dah petang sangat..lepas tenyeh-tenyeh bijik mata, mak aku pulak ajak pi beli barang..aku on lagi. masa teman mak aku tu la, aku bagitau pasal sale kat pasific. sebab mak aku pon macam tengah nak beli handbag. mak aku cakap, lepas maghrib,siap..kita terjah Pasific.


berapa jam entah mak aku dok survey..tapi satu pon dia tak grab. so aku pon tunjuk la beg yang aku suka. mak cakap cantik. terkejut bapak la, sebab mak aku ni selective sikit kadang-kadang tak sama pendapat ngan aku, kadang aku cakap cun dia cakap biasa. ni sama-sama kata cantik aku pon apa lagi berbunga la hati! belek pi belek mai mak aku cakap ambik la nanti kalau belajar pon buleh guna. mak bayar! hooooo


so begitu la kesudahan beg idaman aku tu..dalam masa satu hari ja dah jadik milik aku. kan aku dah cakap walau macam mana pon aku KENA jugak beli beg tu! tapi aku tak sangka la kesudahannya macam ni..cepat pulak tu hehehehe....


ekspresi muka yang mengambarkan satu kepuasan yang tak terhingga..pabila beg idaman dimilikinya.



introducing my new girlfie...Sembonia (white)


aku suka beg ni satu sebab dia besaq..aku rasa semua beg yang pernah aku beli..semua besaq-besaq sebab aku buleh isi macam-macam. ni beg kedua kaler putih yang pernah aku ada..dulu masa zaman aku rock pernah beli beg kaler putih..tapi ada gambar evil kat depan tu...otomatik member aku pangey beg setan grrr mahal kot aku beli..depa pangey beg setan? hahaha. lagi satu beg ni best sebab dia nampak sporty. aku tak reti nak pakai beg kecik a.k.a handbag sebab..aku ni ganas sikit mcm geli pulak pakai benda-benda macam tu.tengok la esok lusa bila aku insaf aku cari la handbag pulak.


ok time tu watch muviee now...babai all!






TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

2 comments:

fRaMe+LenSeS said...

amboihh.. ahahahahhaha

H Y D E said...

ghasa cam nak tampaq ja awek dok berposing kat atas tuh.. hahahah