Sunday, April 3, 2011

Penulis Senja Terakhir : Bisikkan Pertama.


ogeh hari aku rasa macam tertarik hati pulak nak join kontest dari Penulis Senja. macam biasa la, bila cerita bab kontest-mengkontest ni ada la terma dan syarat-syarat-nya yang tersendiri. yang kat bawah ni aku kopi-paste ja dari belog Penulis Senja, for more information sila la merajinkan jari-jemari anda yang runcing tu ke belog dia naa.


1. Jadi la follower kat belog Penulis Senja, mana tau kot-kot la dia nak update apa-apa ka, kot-kot kontest tak jadi ka..apa ka kan...takot ampa tertunggu-tunggu lak, memang recomended la untuk follow belog beliau tu.


2. kalau rajin lagi buleh la like page fb beliau,  http://www.facebook.com/wanmohdsalim


3. pastu buat entry ngan tajuk " PENULIS SENJA TERAKHIR " then tepek banner beliau kat atas entry ampa.


4 . Bagitau pasai pa, ampa nak join kontest ni.

example : aku join contest penulis senja nih sebab aku memang terer menulis..confirm-confirm aku menang.


5 . ghasak ampa la nak wat puisi ka .. cerpen ka .. novel ka .. suka hati la .. janji bukan hasil karya ore len .. kalo korang curi karye ore len .. dose beb ,,,


6. tarikh tutup kontets ni 25 apriL 2011. set dalam reminder naa takot ampa lupa pulak nanti.


7 . tinggalkan URL ampa dalam petak koment kat belog Penulis Senja naa


8. Lastly tag 3 org member, ok?


aku join kontest ni sebab rasa tercabar kot, orang lain boleh tulis cerpen dengan best, so aku pon teringin gak la nak terai buat kan..mana tau lepas ni boleh buat nobel ngan Ramlee Awang Murshid ka...who knows rite?



baiklah jum kita mula, mengarut lelama pon tak guna.


BISIKKAN PERTAMA
Milia membelek-belek sekeping gambar lama didalam simpanannya. Sekilas memori lalu terimbas. waktu itu adalah waktu yang sangat indah buat Milia. Andai ada satu permintaan indah yang membolehkan dirinya kembali ke alam itu, ingin saja Milia tuturkan permintaan indah tersebut. tetapi pada siapa? mampukah tertunai permintaan gila seperti itu?


Tidak terus melayan perasaan, Milia mempercepatkan pergerakkan jari melipat-lipat baju yang masih menimbun di atas katilnya. Milia harus cepat kerana sebentar lagi dia mahu bertemu dengan sahabat karibnya, Aisha. Ada sesuatu yang penting mahu diberi pada Aisha. Pada Milia, Aisha adalah satu-satunya sahabat karib yang paling dipercayainya malah Milia sudah menganggap Aisha seperti saudara kandungnya sendiri.


jeritan telefon bimbit Milia benar-benar mematikan lamunan. pantas Milia mencapai telefon bimbit, tertera nama Aisha disitu. tidak terus menjawab, sengaja dibiarkan Aisha menunggu lebih lama dari biasa, niat hatinya ingin mengusik si gadis comel itu. apabila dirasakan puas, barulah Milia menekan butang hijau di telefonnya untuk menjawab panggilan Aisha.


Aisha : hoi nenek tak reti-reti ka nak angkat call cepat-cepat ke? dah tumbuh uban aku tunggu kau nak menjawab ni tau.

Milia : hehehe..assalammualaikum! amboi marah sakan nampak Cik Aisha kita yang comel ni sampai lupa nak bagi salam?

Aisha : a'ah la ye ye lupa pulak aku. tadi kau dah bagi salam, sekarang aku jawab la ye...Waalaikumussalam warahmatullahhi wabarakatuh! haa sekarang aku dah betul-betul nak marah.

Milia : kenapa pulak? kau ni sikit-sikit nak marah. patot la aku tengok si Kimi tu dah makin kecut sekarang ni, gara-gara kau punya amarah la ye?

Aisha : ah kau ni Milia, ke situ pulak. Kimi tu lain la. sengaja aku yang tak nak kasi dia makan banyak-banyak takut nanti tak muat pulak baju pengatin yang aku tempah tu. dah dah..tak payah nak potong line ye, aku call ni pon nak bagitau kau yang aku on the way ke rumah kau. lagi sepuluh minit aku sampai.

Milia : oh ok ok. aku pun dah siap ni. kejap lagi aku tunggu kau kat depan rumah ye?

Aisha : alright then. cepat sikit ye nenek, kau tu kalau bersiap bukan aku tak tau mengalahkan pengantin. lotih den ni ha menunggu.

Milia : eh, tak baik la kau ni kutuk aku. aku dah siap la. tak percaya cepat datang ambil aku.

Aisha : ye la nenek oii aku tengah nak pegi ambil kau la ni.


sejurus kemudian perbualan ditamatkan.


Milia dan Aisha memilih sebuah restoren makanan segera untuk melepas penat setelah seharian bersiar-siar dan membeli belah. sementara Aisha sibuk memesan makanan di kaunter, Milia pula lebih senang mencari tempat duduk untuk mereka berdua. Milia memilih tempat duduk di hujung restoren itu. kebetulan pada hari itu tidak ramai  pula orang, jadi mudahlah untuk Aisha memilih tempat.


setelah menjamu selera, kedua sahabat itu mula bercerita. Kali ini giliran Aisha memulakan perbualan. Sebenarnya Aisha agak sedikit pelik dengan kelakuan Milia hari ni. Makanan yang dipesan Milia bagai tak terusik, bila di tanya katanya tidak berselera. paling menimbulkan tanda tanya di hati Aisha ialah Milia seakan bukan dirinya yang sebenar, tidak lagi menjadi seorang gadis yang periang dan ceria hari ni. semua itu amat membimbangkan Aisha. selepas seminggu hilang tanpa khabar berita, Milia muncul dengan keadaan yang jauh berbeza dengan dirinya yang dulu.


 "oii nenek kau pergi mana hah seminggu aku cari kau bagai nak gila" Aisha mula bersuara.

"tak pergi mama-mana pun ada ja kat sini." jawab Milia acuh tak acuh.

"kau jangan nak main-main la. aku cari kau merata beb, tapi semua tak tau kau pergi mana. kau hilang seminggu tuptup muncul macam ni, dengan muka pucat lesi..tak banyak cakap..macam bukan diri kau yang sebenar dah aku tengok" balas Aisha seakan tidak berpuas hati dengan jawapan dari Milia.

"aku ke Terengganu" ringkas Milia menjawab.

"apa? sikit pun tanak bagitau aku kan" Aisha sedikit protes dengan jawapan dari Milia. sungguh dia tidak menyangka gadis itu akan ke Terengganu sendirian.

"aku pegi bercuti la. tenangkan otak"

"oo selama ni otak kau semak ke? kau pegi bercuti ke kau pegi mengenang kisah cinta lama?" tanya Aisha yang masih ingin mengetahui kisah sebenar dari Milia.

"dua-dua pun boleh" Milia masih seperti tadi seakan mahu menghentikan perbualan mereka bila diasak soalan yang bertubi-tubi dari Aisha.

"kau masih ingatkan Rayyan?" berterusan pertanyaan Aisha masih ingin menduka hati kecil gadis dihadapannya ini. Segaja dibangkitkan soal Rayyan dengan harapan Aisha dapat mengetahui punca sebenar yang membawa Milia ke Terengganu.

"kenapa kau tanya ?" Milia mula menyoal kembali.

"jadi untuk apa lagi kalau kau ke Terengganu kalau bukan untuk kenangkan kisah kau dan Rayyan" pantas Aisha memerangkap Milia dengan soalan itu.

"ya, aku pergi ke sana untuk mengenang segala kenangan kami. at the same time jugak aku nak tatap Terengganu lama-lama. takot rindu pulak dengan Terengganu nanti hehehe"

"ah mengada-ngada la kau ni setakat nak fly pergi Adelaide tu aku rasa masih boleh lagi kot kau nak balik Malaysia sekali sekala kalau rindu sangat kat Terengganu tu" balas Aisha.

"entah la Aisha. mungkin lambat lagi kot kalau aku nak balik. ataupun aku ingat tanak balik Malaysia terus"

"mak aii kau ni takan nak beranak pinak kat sana kot. aduh la, ini belum pergi lagi dah cakap tanak balik..nanti kalau dah betul-betul jejakkan kaki kat Adelaide tu terus hilang ingatan kat Malaysia apa"

"macam-macam la kau ni. Aisha sebenarnya aku ada something nak minta tolong dari kau. boleh tak?" Milia mula berbicara dengan lebih serius.

"serius semacam kau ni. kau nak mintak tolong apa? kau tau kan apa saja yang kau mintak mesti aku tunaikan..tak payah la nak tanya boleh ke tidak"


sambil mengeluarkan sepucuk sampul surat berwarna biru dari tas tangan, Milia pantas menyorong sampul itu kepada Aisha.


"tolong berikan ini kepada Rayyan" pinta Milia kepada Aisha.

"apa ni? surat cinta atau undangan perkahwinan?" sambil berseloroh Aisha membalas percakapan Milia. Aisha tahu sampul tersebut bukanlah berisi kad undangan perkahwinan.

"itu kenangan untuk Rayyan masa aku takde nanti" terang Milia.

"kenapa kau tak bagi kat Rayyan sendiri?" giliran Aisha pula untuk menyoal.

"sebab aku nak kau bagi sampul ni kat dia masa aku takde nanti la" "lepas seminggu aku fly baru kau bagi kat dia ye" terang Milia lagi.

"baik boss!!" " bila kau nak fly ye?"

"lagi empat hari"

"mak aii cepat nya bukan bulan depan ke baru kau nak pegi?" Aisha sedikit terkejut mendengar jawapan dari Milia.

"ikut plan asal memang macam tu, tapi Uncle Azman suruh aku pergi awal, biasakan diri dengan keadaan kat sana"

"patot la, beriya kau shopping tadi rupanya dah nak berangkat"

" tak kesah la macam mana pon" "Aisha aku percaya kat kau, sampaikan amanat aku ni pada Rayyan ya"

"eh iya la tak kan la aku tak bagi pulak" "lepas je seminggu kau pergi cepat-cepat aku kasi kat dia ye.." "tapi kenapa lepas seminggu kau pergi baru nak kasi surat ni kat dia?"

"Aisha, Rayyan tak pernah tahu pun yang aku akan ke Adelaide." "sengaja aku rahsiakan pemergian ini, aku tanak dia sedih" berkaca-kaca mata Milia semasa menerangkan sebab kenapa Aisha harus menyerahkan surat itu selepas pemergiannya.

"Milia, sabarlah" "kau dan Rayyan masih seperti dulu?" Aisha cuba menduga perasaan Milia.

"aku tak tahu nak jawab macam mana Aisha" "dah hampir setahun aku tak berjumpa dengan Rayyan" "sometimes dia ada jugak call aku bertanya khabar"

"kau tahu bukan yang Rayyan akan ditunangkan dengan Syazlin?" tanya Aisha lagi bersungguh-sungguh.

"tahu. dan sebab itu aku ingin bawak diri ke Adelaide..jauh dari Rayyan" " aku dah tak mampu menipu diri aku lagi Aisha" "sesungguhnya dari dulu lagi aku sangat mencintai Rayyan"

"dan aku rasa Rayyan jugak mencintai kau, Milia"

"tidak Aisha, tidak. Rayyan hanya menyanyangi aku sebagai seorang adik sahaja tidak lebih dari itu, dia mahu aku kekal di dalam hatinya sampai bila-bila sebagai seorang adik" kali ini tampak bersungguh benar Milia menerangkan perkara itu kepada Aisha.

"baiklah Milia, kalau itu yang kau mahu, akan aku sampaikan surat ini pada Rayyan nanti" Aisha cepat mengalih perbualan tidak mahu Milia terus mengenang Rayyan dalam hidupnya.

"terima kasih Aisha kau satu-satunya orang yang aku percayai dan maaflah kalau permintaan aku ini menyusahkan kau" " ingat tau apa pun yang jadi, seminggu lepas tu baru kau kasi kat Rayyan ye" ucap Milia lagi.

"eh takde benda la perkara kecil ja ni" dengan senang hati Aisha membalas ucapan Milia sebentar tadi.


hari hampir menginjak senja. Aisha mengajak Milia untuk pulang kerana malam nanti Aisha mahu bertemu dengan tunangnya, Muhammad Hakimi. tetapi Milia berkeras mahu Aisha pulang terlebih dahulu. alasannya dia mahu menikmati dan menghirup udara luar dengan lebih lama lagi. mendengarkan permintaan Milia yang agak pelik itu membuatkan Aisha mahu menemani Milia selama mana yang gadis itu mahu. Milia masih seperti tadi berkeras mahu Aisha pulang juga. Aisha tidak ada pilihan lain. pada pandangannya mungkin Milia mahu bersendirian. sebelum pulang Aisha berpesan pada Milia agar menghubunginya jika ada apa-apa berlaku.


Azan Maghrib sudah lama berkumandang. Milia tahu kewajipannya sebagai umat Islam harus ditunaikan segera. lantas dia mempercepatkan kayuhan langkahnya ingin ke Masjid yang berdekatan. seboleh mungkin Milia mahu segera menunaikan solat. dia tahu sesungguhnya melewat-lewatkan solat adalah perkara yang tidak disukai Allah.


sewaktu ingin menyeberang ke kawasan Masjid tanpa Milia sedari ada sebuah kereta meluncur laju ke arahnya. dengan tidak semena-mena kereta itu melanggar sekujur tubuh Milia. Milia rebah. darah membuak-buak keluar dari hidung dan mulutnya, tudung putih yang di pakai Milia mula bertukar warna. orang ramai mula memenuhi kawasan kemalangan itu.


kini cukup seminggu pemergian Milia. pemergian yang telah tertulis di dalam buku takdirnya. Milia maut dalam kemalangan jalan raya seminggu yang lepas. masih terngiang lagi gelak tawa Milia dicuping telinga Aisha. dan satu-satunya amanat Milia pada Aisha harus dilaksanakan pada hari ini. Rayyan harus ditemui.


* * * * * * * * *

Rayyan membaca satu persatu bait-bait surat terakhir yang ditinggalkan Milia kepadanya;


Rayyan yang sangat aku sayangi,

Rayyan semasa kau membaca surat ini, aku telah pun berada jauh dari kau. aku amanahkan Aisha untuk memberi surat ini pada kau. maaf Rayyan aku sengaja merahsiakan pemergian ini dari pengetahuan kau kerana aku tak mahu kau bersedih.

Rayyan seminggu sebelum aku pergi, aku telah ke Terengganu. sengaja aku ke sana sendirian, mengulang kembali detik-detik perkenalan kita disana. terasa seperti baru semalam kita tinggalkan UMT dan Terengganu. sesungguhnya kerinduan ini telah membawa aku kesana untuk mencari kenangan kita berdua.
betapa hati ini terlalu rindu untuk bersama-sama kau melewati tempat-tempat yang pernah kita jejaki berdua. kadang-kadang hati terlalu berharap agar kau akan sentiasa ada bila mana aku memerlukan kau.

aku tahu Rayyan aku tidak harus mengkhianati janji yang telah kita patri bersama.  kita berjanji tidak akan jatuh cinta demi menjaga hubungan persahabtan kita kerana kau takut akan kehilangan aku andai ditakdirkan percintaan kita kecundang. aku terima keputusan kau itu.

dan hari ni Rayyan ingin aku akui yang aku sangat menyayangi dan mencintai kau. dan demi itu aku ingin jauh dari kau. Rayyan aku sentiasa mendoakan kebahagian kau walau dengan siapa pun yang menjadi pilihan kau. Rayyan detik-detik seaktu kita di Terengganu adalah detik yang terindah dalam hidupku. terima kasih Rayyan kerana sudi mencipta kenangan bersama aku semasa di sana.

aku harap kau akan dapat membahagiakan gadis yang menjadi suri di hati kau nanti. tentang aku usah kau bimbang. yang penting aku mahu kau sentiasa bahagia dengan hidup yang bakal kau tempuh. aku sentiasa berdoa kepada Tuhan agar di berikan segala kebahagiaan buat Rayyan yang aku kasihi.

aku akhiri surat ini dengan segala kasih dan sayang aku pada kau Rayyan. jaga diri sebaik mungkin semasa ketiadaan aku nanti. dan yang penting kau harus sentiasa ingat yang aku akan sentiasa kekal sebagai adik di dalam hati kau buat selama-lamanya ikatan yang tak akan pernah terputus.

sekian, Assalammualaikum.


Yang sentiasa merindui,

Milia.


sebak di dada Rayyan tidak tertahan lagi bila mengetahui perkara sebenar. Milia masih mencintainya. betapa tulus gadis itu menyanyanginya dan sanggup berkorban untuk kebahagiaannya. Rayyan mula mengakui silapnya. sesal mula menyelubungi benak hati. sesungguhnya Rayyan juga amat mencintai Milia. sudah terlambat untuk mengakui cintanya pada gadis itu.


Rayyan tersa kehilangan yang teramat sangat. dahulu Rayyan takut untuk mencintai Milia kerana Rayyan bimbing jika sesuatu terjadi pada perhubungan cinta mereka akan menyebabkan Milia terus terpisah darinya. atas sebab itulah Rayyan menetapkan yang dia dan Milia hanya sebagai kawan. bagi Rayyan hubungan sebagai kawan tidak akan terpisah. tapi keadaan sebaliknya berlaku...Milia pergi di saat Rayyan belum sempat melafazkan rasa cintanya.


beberapa keping gambar yang diselitkan bersama surat itu turut menambahkan sebak di hati Rayyan. gambar-gambar semasa Milia di Terengganu di tempat-tempat yang pernah mereka lewati bersama suatu ketika dulu dan sekeping gambar kenangan lama antara Rayyan dan Milia sewaktu mereka masih lagi bergelar penuntut di UMT. seingat Rayyan gambar itu antara yang menjadi gambar kesayangan Milia.

"Milia Adnan, aku cinta padamu...cinta padamu!!" bisik hati kecil Rayyan. andai bisikkan pertama itu mampu mengembalikan Milianya pasti Rayyanlah orang yang paling berbahagia di dunia.



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Friday, April 1, 2011

Saya single, saya okay.



just now terbaca entry Adam Zulhilmi...giler kentang lenyek ah targis macam dilanggar lori cerita dia. personally aku rasa Adam mesti dah trauma ngan kesah dia sebab tu dia lebih selesa berstatus single sekarang, well....anyway aku pon berkongsi perasaan yang sama ngan Adam. cuma kesah aku ngan Adam ja tak sama.


kalau Adam persoalkan kejujuran dan kesetiaan, aku pulak nak persoalkan tentang kepercayaan. bagi aku dalam satu relationship kita kena ada sikap saling percaya antara satu sama lain..yeah bunyi macam sama meaning ngan kejujuran la jugak tapi konsep dia tak sama. percaya, maksudnya kita yakin dengan pasangan. setiap tindak tanduk dia kita percaya (trust), maksudnya tidak ada sebarang pertikaian dalam sesuatu isu. jujur pulak bermaksud benar. maknanya disini..kita harus bercakap benar dengan pasangan. jangan sesekali menipu takot nanti terkantoi lagi susah.


jujur dan percaya antara dua elemen penting yang aku percaya tak semua orang boleh buat. kalau ada pon maybe golongan tu dah makin pupus sekarang ni. to be honest, aku agak ragu-ragu ngan lelaki zaman sekarang. aku tak cakap semua. pengalaman-pengalaman dalam hidop banyak buat aku berhati-hati. aku pernah buat silap, aku mengaku. tapi kesilapan dulu tu la banyak buat aku sedar yang lelaki macam mana yang boleh dibuat kawan dan lelaki yang macam mana jenis nak have fun saja.


sorry to say that aku tak percaya orang yang kalau selalu dok ungkap soal kesetiaan dan kejujuran tu adalah orang yang betul-betul setia dan jujur terhadap pasangan dia. bagi aku orang yang macam ni selalu reflect apa yang dia kata. makna nya kalau dia cakap dia jujur..sebenarnya dia bukan seorang yang jujur sangat pon. kalau ada yang nak menghentam..silakan. aku cakap ni pon based on pengalaman jugak.


bagi aku, selagi aku tak dapat cari sifat jujur dalam pasangan aku dan selagi aku tak mampu nak letakkan trust aku kat dia..selagi tu la aku rasa yang stay single ni lagi better. jujur aku cakap aku dah pernah tengok boyfren-boyfren curang terhadap gerlfren-gerlfrennya, hubby-hubby pulak dok sebok takel anak dara..apa lagi yang aku nak expect dari seorang lelaki? cukup la benda-benda ni semua.


walau macam mana pon aku bersyukur jugak sebab seawal ni Allah dah tunjukkan aku mana lelaki yang baik, mana yang tidak. aku terima setiap benda yang jadi ada hikamah tersendiri. well..as a perempuan opkos la aku sentiasa mendoakan agar dipertemukan dengan seseorang yang beriman yang dapat membimbing aku dan semoga Allah akan bukak kan balik pintu hati aku. so buat Adam harapnya lebih tabah, chill dan tak payah la kenang kan lagik kesah-kesah tu. tak perlu membenci dia, aggap saja yang satu waktu dulu, dia pernah memberi kebahagiaan buat Adam.


macam biasa la...I hate to talk about love!

okeh bai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, March 28, 2011

Terima kaseh yaww, nanti-nanti bagi la petik ais pulak yaww.

yaww yaww...bertemu lagi kita dalam segmen "mari merosakkan bahasa" bersama hos jemputan anda pada minggu ini Erin Si Kuat Keyaw. let's cekidout yaww!


ok..aku tau, intro macam bonggaks je kan. nak buat macam mana minggu ni terlampau kurang sangat kasih sayang sebab tu la otak pon dah macam nak mereng ke 45 darjah Barat pulak..."depa-depa" dok riuh tapi tak pedulik pon kat chek..sian chek kan..sekali lagi aku bagi statement raih simpati, tima kasih.


well anyway, entry ni sepatotnya aku post dua hari yang lepas, tapi atas sebab-sebab tertentu yang agak important dan setelah bermusyawarah dari hati ke hati maka aku decide nak buat entry ni hari ni. sorry lambat.


bukan nak bercerita pasal gathering lepas (takde makna-nya nak cerita bukan aku pi pon) atau nak cerita pasal meeting tu (d*#$ aku tak pi gathering sebab meeting ok!) just nak war-warkan kat seluruh pelosok alam yang aku dah dapat award follower bertuah dari Cik Puan Jelita lagi Gojes Maira Queen (pilih la yang mana kau suka Maira oii Cik or Puan..both also can). tenkiu sesangat Maira. sebab rajin pulak kau nak buat award-award segala ni. orang dah nak kasi kan...kita bedal ajer, FYI this is my first award jugak la yeh..aku just nk cakap yang benda pertama ni selalunya kita tak mudah lupa.



simple but nice yaww



as far as I know, Maira (is it okay if I call U Maira?) dah siapkan award ni dah lama. cuma penerima bertuahnya aja yang belum muncul-muncul lagik. dah ditakdirkan pada suatu hari yang indah lagi best, aku secara tak sengaja ter-jadi follower si Maira ni...okok the truth is Maira visit aku dulu and then she left her footprints dalam shoutbox aku. dah jadi kebiasaan aku kalau ada orang tinggal jejak mesti ah aku cari balik, lepas parking seround dua kat belog dia..aku rasa "wow" best aaaaaaaa belog ni then terus follow. haaa macam tu la al-kesahnya...ok tak payah nak kutuk-kutuk eh aku tau, teknik penceritaan aku sangat over.


by the way, sesapa yang teringin nak merasa pengalaman "wow" yang aku cerita tadi, boleh la parking seround dua kat belog si Maira Queen ni ya...




kbai.

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, March 24, 2011

Aku Obses Dengan ADAM.

ADAM....


cuba bagiatau kat aku, dalam hati wanita mana yang tak tergugat perasaannya apabila dikaitkan dengan ADAM. tanya lah pada mereka yang sedang hangat bermadu asmara dengan  ADAM, apakah yang paling terpenting dalam hidopnya saat itu? pasti jawapannya adalah ADAM......ADAM......dan ADAM......


aku pon macam tu jugak..walaupon sekarang AARON yang bertakhta dihati namun ADAM tetap takan aku lupa sampai bila-bila. kadang-kadang rasa macam tak sempurna jaa hidop bila tak mendengar perkataan ADAM. selama hidop ni dah banyak kali sangat aku terkait ngan ADAM. kadang-kadang..sampai terpikir, kalau dah ada zuriat nanti tidak dapat tidak, pasti nama ADAM akan aku abadikan padanya.


ok. sebenarnya aku pun kurang pasti, apa kebenda la yang aku dok merepek ni enn.. tapi yang pastinya aku suka sangat ngan ADAM. obses tahap gaban pon ada. aku pantang gila kalau orang dok sebut-sebut pasai ADAM mesti aku nak kena siasat kali ni ADAM mana pulak. mesti ampa nak tau enn sapa ADAM aku? sorry AARON, kau bukan yang pertama.


mai chek nak tunjuk ADAM-adam yang dah berjaya mengetuk pintu hati chek.



1. Aku Darah Anak Malaysia (A.D.A.M)

ADAM ni la antara pencetus aku minat kat novel Ramlee Awang Murshid. aku start baca novel-novel RAM pon sebab aku tertarik ngan title A.D.A.M ni..since dari tu..terus jadi peminat RAM pula...saaaayyaaaagggg ADAM !


2. Adam & Hawa


yang ini pon aku buat aku rasa macam nak obsess gila ngan ADAM. watak utama dalam nvel Adam Hawa..cuba ah baca sumpah bagus banget karya nya..


3. Adam Boy


ok, sapa yang baca kesah LBS nk sampai habis mesti tau sapa Adam Boy yang aku maksudkan. walaupon watak dia tak dak la sebesaq watak Kasyah tapi enn aku tetap rasa Adam Boy satu watak yang sangat interesting...actually Adam Boy ni anak Kasyah ngan Katerina. dan dalam novel ni Adam Boy masih kecik lagi..tak dak satu pon dialog Adam Boy yang terselit kat novel tu. disebabkan dia Adam Boy aku tetap obsess walaupon tak banyak cerita pasai dia.


4. Adam Danish



aku tak pasti la kan..pasaipa aku obsess sangat ngan Adam Danish ni kat tution center. Adam pulak cam bajet best je enn..malu-malu tapi mau...=)


5. Adam anak Asmara.


ok ni yang tak boleh blah..Adam si anak Asmara ni pon aku rasa macam best HAHAHA terpaut hati pulak kat ADAM ni comey woooo..


sebenarnya banyak lagi ADAM-adam yang aku suka. malas nak state banyak-banyak dah. aku cuma nak highlight kan kat sini, walaupon kau tu penjual satey ditepi jalan atau penebas rumput di rumah orang atau pencuci tingkap di bangunan-bangunan, kau tetap akan jadi sorang yang gah dimata aku kalau nama kau ADAM! bagi aku orang yang nama ADAM ni ada aura tersendiri ah...sebab tu la kalau boleh aku nak letak nama anak aku nanti dengan nama ADAM. ADAM Lambert tu tak termasuk dalam senarai ok.




NotaKakiErin : Nama Adam Haris pon sedap jugak enn...


TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

My life as a Teacher #2



dulu aku tak suka nak on chat kat fb sebab aku tak suka orang dok chat ngan aku. kalau aku on fb pon selalunya aku akan make sure yang aku akan offline chat.


baru ja duatigahari ni aku online balik. well takdak reason yang kukuh pon aku online chat sebenarnya..just saja-saja.


suddenly tadi, before aku nak offline, one of my ex-student meng-hai-kan aku kat chat tu. layan jela ann. aku pon dah lama gila tak jumpak depa.



ABAIKAN TYPO disitu
she's one of my peberet student jugak la..acctually aku sayang semua kot kat budak SKP sebab depa tu anak murid pertama aku.


boleh tak dia pulak yang tolong sampaikan rindu si Wan Asyraf ni kat aku? hahah nak tergelak pon ada. seingat aku la kan, Asyraf ni selalu kot kena tarik telinga ngan aku sebab banyak mulut pastu suka buat kecoh dalam kelas. everytime masuk ja kelas depa mesti aku kena main kejar-kejar seround dua dulu then baru buleh start P&P.


aduhh ni yang buat kenangan lama di SKP terimbau balik ni. seriyes weh..rindu sesangat kat depa semua. kalau la ada masa teringin kot nak visit budak-budak ni.


apapon jugak aku harap budak-budak ni semua akan perform dalam study. depa ni pon dah darjah 6, tahun ni, calon UPSR 2011 pulak tu. harap depa dapat ulang sejarah gempak dalam result UPSR macam calon-calon tahun lepas.



ni budak darjah 6tahun lepas kecuali yang tak pakai uniform sekolah tu eh


akhir kata.....huwaaaa t_______________t Cikgu pon rindu kat ampa semua!!!





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, March 23, 2011

Aku memang dengki sangat-sangat ngan KBU ni.





sumpah aku memang dengki!


tak tau pasai pa rasa macam nak pi letupkan ja venue untuk gath KBU kali ni. biaq semua pon tak payah nak attend gath tu. kalau la tindakkan membeli bom tu legal kat Malaysia ni, mau la jugak angkut buang 2kati habuan nak main letup-letup hari tu.


semalam ada la jugak aku survey kat KBU sapa yang tak pi. bukan pa..aku dengki la jugak (aku memang suka dengki) depa pakat dok ghairah sembang pasai gath Sabtu ni..yang aku dok terkelip-kelip baca post depa..rasa panas semacam ja..tak buleh jadi kot, tu yang tanya sapa yang takpi..ghupenyee(perok la pulok) ada jugak yang tak pi...oh senaseb sungguh mereka iteww dengan saya yang suka mendengki ini.


sejam dua jugak la dok pom-pang-pom-pang dalam grup semalam..sampai ada pulak yang suggest nak buath gath untuk mereka-meraka yang tak dapat join kali ni, yang nak naik cruise pusing Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Sapi..and back to Pulau Pinang pon ada jugak..tapi malangnya..terlalu demanding pulak la kan..nak naik cruise segala..unless kalau ada orang support boleh la kan...tunggu aku support gamaknya tua dulu la ampa..baru boleh kot merasa ke-support-an dari aku. ok perosak bahasa sudah tiba.


ok..takpa la nak buat macam mana kan tak boleh join kali ni tak dak rezeki kot. walaumacam manapon mai aku nak bagi info kaw-kaw kat ampa naaa..gath KBU kali ni agak unik sikit sebab ada ANAK-ANAK YATIM dari Rumah Sinaran Kasih akan join. personally la kan..aku rasa interesting gilaaaaa aaaa benda ni. ya ah..dalam banyak-banyak gath, jarang ada orang buat benda-benda macam ni kan. selalunya kalau sebut pasai gath aja..mesti benda-benda tipikal macam main boling, makan-makan, berkenal-kenalan..makan-makan lagi sekali..balik-balik tu ja yang depa dok selalu buat pon.


tapi KBU agak lain ann ada siap ada anak-anak yatim join lagi. ni la yang orang dok kata..berhibur sambil beramal..dalam-dalam dok seronok-seronok pon masih jugak ingat kat depa-depa yang kurang kan..thumbs up la sapa yang bagi idea ni. those yang free hari tu please join this gath ok..show your support..bukan selalu nak buat benda-benda lagu ni..kalau dah pi nanti tolong la jangan tangkap gambaq banyak-banyak kalau boleh jangan upload pon..bukan apa..nanti aku dengki lagi!!!!huwaaaa...t______________t

 

well, sebagai orang yang sangat dengki memang aku rasa dengki sangat-sangat ngan depa yang join benda ni. aku ponnnnn teringin nak pi juga sebenarnya..tapi disebabkan ada meeting hari tu..terpaksa la melupakan niat murni lagi tulus suci aku tu. acctually aku ni bukan la pendengki sangat kan kan kan.?....so, those yang tak boleh nak join gath on that day tu pasai apa eh? mai la share story ngan aku...mai..mai..mai..


Click on that banner untuk ke link yang sepatotnya.



NotaKakiErin : agak-agak ann kalau aku pakai BOMB POP nak letupkan venue gath tu ok tak?






TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Saya perlukan 48jam untuk satu hari.

PELIK,


tersangatlah pelik. aku tak paham kenapa sekarang aku rasa setiap hari macam dikejar sesuatu. bukan hantu atau jembalang, tapi masa yang menuntut untuk dipertimbang.


wah sudah pandai bermadah pulak sekarang ni ye. sumpah aku cakap yang sekarang ni aku sangat-sangat memerlukan masa yang panjang untuk satu hari. 24jam satu hari memang sangat-sangat tak cukup. banyak yang patot aku setelkan dalam masa 24jam tu. celik aja bijik mata dari pukul 6pagi maka segala pergerakkan body dah di-set untuk menyiapkan semua kerja non-stop. waktu rehat cuma ada masa nak tidoq ja. tu pon selalu sangat tidoq lewat. pukul 1 baru la boleh nak rest. 5jam untuk rehat...agak tak cukup sebenarnya. bagi aku la.


kadang aku terpikir, munkin Tuhan mahu aku lebih menghargai waktu agaknya. apapon jugak, aku tak pernah menyesal dengan apa yang aku pilih. ini yang aku mahu, jadi aku patot terima semua benda. yang penting lakukan kerja dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas.




semoga ALLAH akan sentiasa mempermudahkan segala urusan aku.



NotaKakiErin : sangat tension..perlukan "sumthing" untuk lepas tension.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA