Sunday, October 23, 2011

Pelikkah Kalau Seorang Perempuan Buat Macam Tu?



agak-agak ann apa reaksi kau kalau ternampak seketul perempuan sedang melepak-lepak kat kopitiam/gerai/mamak/mekdi/kepsi sensorang?



ataupon seketul perempuan sedang berwindow shopping secara solo?



tak pon seketul perempuan sedang mentengok wayang jugak secara single?



I mean apa presepsi/tanggapan/pandangan kau pasal seketul perempuan tu?



bagi aku bukanlah rare sangat kalau pompuan bergerak secara solo tanpa berteman ni. tapi kenapa certain masyarakat still nak pandang benda ni macam satu benda yang besar? salah ke kalau bergerak secara solo ni? berdosa eh? 



untuk pengetahuan kau semua aku tergolong dalam salah sorang pompuan yang suka buat sumthing secara solo. apadehal la sangat setakat nak beratur beli tiket wayang pastu tengok sorang-sorang tuh? dah berkali kot aku buat. tak da hal pon. heaven lagi ada la!



aku paling tak buleh blah bila time aku tengah buat benda secara sorang-sorang ni mula la ada makhluk dok usha aku pelik, macam la aku ni alien dari planet marikh kan. aku bagi contoh eh, semalam masa aku tengah nak tunggu order kopi oreo aku kat old town, ada la berapa ketul staff lelaki depa kat situ dok makan. yang aku pelik kejadahnya la depa dok tengok-tengok aku pulak. aku dah naik rimas, emo pon ada. tak pepasal la pulak aku nak kena check kot-kot la baju aku ka kasut aku ka tudung aku ka yang koyak..sampai depa usha aku dua tiga kali. paling sakai..dah la usha orang lepas tu dok cakap-cakap lak kat member depa...choihhh gussip letewww!!! aku dah memang bajet nak berambuss dah dari situ lepas dapat kopi oreo aku. kalau tak disebabkan ketagihan yang melampau memang awai-awai lagi aku kensel order tu. 



masalahnya sekarang kalau iye pon aku kelihatan macam alien kat situ tak payah la kau nak tengok-tengok aku dua tiga kali lepas tu cakap kat member kau and lepas tu member kau pulak tengok aku kan?? apa pelik sangat ke lepak sorang-sorang ni? kesian kau kan agaknya kau ni asal dari hutan kot, tak penah nak tengok pompuan sesofistikated macam aku lepak kat tempat macam tu sorang-sorang eh?derr fyi apa la sangat tempat macam tu untuk di lepak, sedangkan mamak yang super ramai manusia tu pon aku redah sorang-sorang..ini kan pulak kopitiam yang jarang-jarang orang masuk tuh...tak da hal la weh.



aku bukanlah manusia yang jenis anti-sosial. kalau kau tengok pesbuk aku dah cukup terbukti yang aku ni selalu jugak la melepak ngan member-member aku ( baca : bff ) now aku tengah deactive so takleh la tengok kikikiki. bukan nak bangga kata aku ni kaki lepak atau kaki sosial cuma nak membersihkan tanggapan segelintir manusia yang mengaggap aku jenis manusia yang anti-social sebab aku suka buat benda sorang-sorang. aku kalau boleh tak suka nak menyusahkan orang. that's why aku suka macam ni. senang tak payah nak ganggu sapa-sapa kan...duit pon kalau keluar tak payah nak double jimaaaaat blanja har har har.













motif gambar : aku rinduuuuuuuuuuu kat depa wehhhh!

credit to : Jusiza & Farhana



agak-agak ann cukup tak gambaq-gambaq kat atas ni untuk buktikann yang aku bukan sorang anti social? bahahaha gambaq yang lebih super kontrobersi hot dari ni pon ada dalam simpanan aku. malas ja nak publish kang betul-betul jadi hot topik naya jaaa. lagipon buat apa aku terhegeh-hegeh nak bukti kan yang aku bukan anti sosial ek??bukan dapat duit pon...choihh tetiba ja aku rasa entry ni pon sama macam entry mintak penendang...dughhhh!





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

3 comments:

emy|farid said...

terbaik, tpi emy x reti jalan sorg. takot. hehe

IFA Athirah said...

ak lak slalu shopping sorang2 kt times square. *kantoi*

siti kektus said...

Hehe. Orang tu sja nk ngurat kot. Pk je positif. :)