Friday, October 7, 2011

Rawak-ness dan Randomness Serta Muka Inesen Mintak Penendang.

sebenarnya aku tak terniat pon nak update my daily routine kat blog ni..entah macam mana aku rasa macam nak sumbat segala cerita dalam entry ni..biaQ jadi macam sotong sumbat....sumbat-sumbat pon sedap apa..






  • ok semalam cubaan aku untuk mendodoikan diri seawal jam 12.30 malam takjadi. kekonon nak habaq kat semua orang yang aku tidoQ awai la. aku text gudnite kat semua bestie..ok diulang semuaaaa b.e.s.t.i.e yang aku rasa berpotensi untuk tidoQ awai. saja tak text kat akak misteri sebab aku tau beliau kompem tak tidoQ lagi time tu..al-maklum la orang sedang berkomboo kennn =) tapi sapa pon tak reply..kan aku dah kata depa dah tidoQ awai-awai lagi. sejam lepas tu baru Dinie reply tanya aku dah tidoQ belom. aku tau dia tak tidoQ lagi sebab minggu ni dia shift petang so kompem la balik tengah malam. kebetulan memang aku pon tak boleh tidoQ so apalagi angkat fon terus la memborak kan diri dengan beliau barang seketul dua. aku rasa Dinie pon dah sedia maklum kot penyakit aku yang tak boleh tidoQ malam sekali sekala ni. hehehe dulu-dulu aku suka kacau pakcik ni suruh teman sampai aku boleh tidoQ..tapi hampeh jerr dia yang selalu membuta dulu grrrr. eh pinau pulak mata aku banyak sangat perkataan tidoQ laa.


  • tadi pagi aku tengok cita Anak Mamak Menantu Mami. perghhh dasat baq ang. depa punya slang kalau cakap perghh (sekali lagi) sampai aku rasa aku ni bukan anak jati Pulau Pinang pulak..nuh nala punya riuh toksah dok lawan la (sila baca dalam nada mamak sambil geleng-geleng tangan anda). dulu masa study bila aku cakap aku asai dari Penang, kompem member-member bantai kata aku anak mami...hallooooo aku anak orang Melayu weh..agak-agak la. muka aku ada bentuk anak tanjung ka taktau...tau la skin tone aku tak macam orang Melayu yang konon-konon brown people kan..tapi aku orang Melayu weh walaupon aku black people...sob sob sob..tolong la pecaye. tapi kan kalau anak mami tanjung yang ori punya perghhh macam Hidustan kot. aku tengok pon buleh terliur baq ang...Gulp!

  • dalam cita tu anak mami depa nama Shasha Bee...pastu kan aku pon Verangan la letak nama aku jadi Bee jugak...so pronounciation dia mesti la Erin Bee....erkk...tetiba ja aku rasa macam huduss gilaa nama aku...nak sebut pon seram sejuk. elok-elok dah ada nama western tambah Bee kat belakang terus jadi mak lebah agakya. tapi annn orang puteh pon ada nama Erin Bee tau...serius tak tipu aku baru ja gugel tadi.

  • hari ni hari ketiga adik aku PMR. selama dia dok berPMR ni selama tuh la aku yang  tukang jadi driver dia hantaq pi sekolah. usually lepas subuh jaa terus aku terpacak tunggu dalam keta. ok jangan tanya aku drive macam mana sedangkan lesen aku entah kemana. cuak tuh memang cuak nak buat cemana redah jugak ahh sekolah adik aku tu pulak bukannya dekat. kesian pulak kalau suruh dia naik bus masa minggu exam ni. takpa hari Isnin last paper beliau dah..bertabah lah Erin untuk satu hari lagi. 

  • hemm selama 3hari ni jugaklah aku terpaksa bertabah mengharungi jemm tatkala pagi hari. err macam pelik pulak ayat aku ni..ahh belasah lah. jemm adalah antara sebab musabab aku malas nk drive time pagi-pagi ni...dah la tu umah aku ni pulak memang strategik la sangat kan....asal keluaq umah jaaa MESTI kena jumpak tol, jumpak tol jaa mesti aku keluaq umah....punohhh ringgit aku huks!


so tu ja la kot sotong sumbat aku hari ni...aku tau mata ampa semua mesti dah berambu ayaq mata kan (sekali lagi ayat pelik) sebab baca karangan aku yang diluar kotak pemikiran ni...ahakss sekali sekala apa salahnya berfikir diluar kotak kan...tu pon kalau ampa ada kotak pemikir la yerr =)



ampa nampak tak kepala aku berbentuk 4segi? maknanya aku seorang yang selalu berpikir diluar kotak...hak hak haktuihhh. jangan tanya kenapa muka aku sebegitu rupa macam mintak penendang 45682345678kali kan..mata sebelah besaq sebelah kecik...adik aku punya keja..grrrr






TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

1 comment:

Muslimah Optimis said...

keh3... erin..erin..

gambar tu sangat comel lorhh.. sweet sangat.. suka tengok