Wednesday, October 19, 2011

Tidur Iteww Nikmat!





sumpah hari ni rasa macam nak tido ja sepanjang hari. memandangkan aku kerja maka terpaksa la melupakan niat suci lagi murni aku tu..takan la nak amek cuti satu hari semata-mata nak qada tido aku yang tak cukup sejak 3hari yang lalu tu pulak kan..bukankah itu namanya keji?hwaaaaa



semalam sampai rumah dalam 2.30 pagi camtuh..lepas solat apa semua pukul 3 jugak la baru buleh tido pon. pukul 6 dah bangun...haihhh malas gila nak bangun kot. mujur laa mak aku yang baik hati iteww dengan suka citanya meng-iron-kan baju aku untuk kesekolah. comel tak? dah tua-tua ni pegi sekolah mak yang tolong iron kan baju? dah tu kalau aku ni student takpa jugak..kah kah kah.




lepas masukkan brekpest penuh-penuh dalam mulut tak sempat nak kunyah sebab dah lewat, lagipon aku tak selera nak makan pagi-pagi buta macam ni pulak tu aku wajib kena brekpest sebab nanti kat sekolah susah dah nak makan..terus capai handbag, amek kuci keta..pecut ke sekolah dengan jayanya..masa on the way tu aku memang sleepy gila..bawak keta macam orang tak betul buat jalan raya tu macam moyang aku yang punya...mujur pulak hari ni kurang keta..sempat la aku merasa macam jalan moyang aku kan..har har har.




minggu ni minggu exam kat sekolah aku. so pagi-pagi yang hening ni aku dah kena jaga exam. menangis kot nak jaga exam hari ni. bukan apa disebabkan kadar ketermengantukkan yang amat tinggi hari ni, terpaksa la aku bermuka ketat sepanjang exam tu berlangsung..buat-buat macam garang and straight biar budak-budak cuak sikit kalau depa nak melakukan ektibiti memplagiat antara satu sama lain...pada masa yang sama dalam diam aku cari peluang je nak take a nap..kah kah kah..




nak tunggu jarum jam menginjak ke 12.50 tu memang satu cabaran besar buat aku. mujur la aku tabah kan..kalau tak dah lama aku kecundang kat atas meja sendiri dalam bilik guru tu. walau macam mana pon kunci keta memang dah digengam erat kot..bunyik jerr loceng sekolah aku terus serbu pejabat..punch card dan berambus dengan riang gembiranya..tak sabar nak bermesra dengan rakan-rakanku yang empuk kat atas katil tu.




dan..aku bangga mengatakan dari tengah hari aku membuta sampai la ke petang hari ni aku masih lagi rasa sleepy...aku rasa aku dah overdose tido kot ni sebab tu la sleepy semacam ja nih...hemm ni pon dah malas nak type dah..rasa macam nak tido lagi..keja aku dah laa makin banyak..mujur dah siapkan separuh...buat penat ja tapao keja banyak-banyak balik rumah, padahal langsung tak sentuh pon...haihhh!



nunyte alll!




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: