Saturday, April 30, 2011

Amek MEdSI Pon Nak Over Ke?



Salam Sabtu semua!


hari ni tepat 30hb April bersamaan dengan pukul sploh pagi tadi, aku dah selamat menduduki ujian MEdSI yang mengegar jiwa tu. kenapa aku cakap mengegar jiwa? sedangkan ujian tu just ujian untuk menge-test personaliti kita ja kan..takan boleh gegar jiwa kot?


jawapannya.....


sangat mengegar jiwa ok sebab masa aku jawab ujian tu aku macam mengalami ketercelaruan identiti sikit. eh, tapi tak la kronik sangat kecelaruan identiti aku tu na..aku agak kopius sebenarnya nak jawab. tapi aku bedal jugak la yang termampu..lagi lama aku pikir lagi celaru aku dibuatnya. kawan-kawan ada yang pesan suruh jawab dengan jujur, ada jugak yang cakap jangan terlalu jujur..tapi My beb pulak pesan "ala u tengok-tengok la yang mana patot..bajet-bajet seniri laa"


dan tadi aku jawab based on my experience as a teacher ja la. ada jugak aku pegang kata-kata beb tu. well honestly aku boleh kata yang aku agak telus jugak la dalam menjawab 300 soalan tadi...phewww lenguh tegkuk kot. aku habes awal tapi tak sempat nak recheck jawapan yang muka akhir tu..err ralat jugak..T__T


apapon aku pegang satu ja cakap akak tersayang. dia dah pesan kat aku, kalau ada rezeki aku dalam bidang teaching ni dan aku dah memang ditakdirkan untuk bergelar Cikgu, maka tak perlu la aku runsing sangat sebab Allah pasti akan mempermudahkan segala jalan untuk aku..and guess what..mak aku pon pesan benda yang sama kot tadi..aku dah berusaha dan sekarang ni tinggal untuk berdoa dan tawakal sepenuh hati ja kat Allah.


bila pikir balik hari-hari aku sebelum nak jawab ujian MEdSI tu, bapak kelakar kot. dah la aku pulun cari info kat internet..call sana call sini..and everybody macam tak mampu nak jawab semua persoalan aku, time tu aku dah mula tensen ok. aku ni pulak dah lama kot tak amek ujian. nervous tu ada la jugak kan..menggeletar tangan aku masa memula pegang pensil nak jawab ujian tadi..padahal MEdSi ja pon ha ha ha..tu la dulu aku set soalan budak-budak jawab, sekarang orang set soalan aku pulak jawab..tu yang menggeletar tangan tu dah macam parkinson pon ada aku ni..haih =.="


[ ni la contoh selip peksa yang belom di perint out..ouchh nama sebenar haruslah dirahsiekan, takot nanti ada orang kidnap nama aku yang glamer ni boh kat anak depa pulak ]



 [ni pulak selip yang dah selamat di perint out..over tau aku perint dua sekali,dua-dua aku bawak masok dewan..cerr usha sikit sign aku tu...ni kalau Albert Einstein nampak menangis seumoq hidop kot sebab tak mampu tiru sign aku ]



[ ni pulak alat-alat tulih tadi..nampak tu pensil pon dua batang ok, siap ngan sharperner lagi. celah mana aku nak sharp pon tak tau..dah nama pon lama tak amek ujian harus la kena over kan..]


apa pon ujian ni dah selamat aku bedal. lepas ni tunggu result je la. bila nak keluar hentah, malas nak hambek pot lagi.



so those yang amek MEdSI jugak pagi tadi, aku wish gud luck kat ampa semua. kalau ada rezeki tu tak kemana la kan...kawan-kawan aku Hajar ngan Mira aku doakan yang terbaik jugak kat ampa. seronok kan pagi tadi dapat masuk sekolah lama kita. dulu amek ujian kat sekolah kena pakai uniform sekolah hari ni tak sangka kita balik sekolah lama lagi amek ujian sebagai orang luar pulak..oh banyak yang dah berubah sebenarnya.



orait habes se-bab(chapter) aku mengarut. jumpak lagi di next entry! k bai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

5 comments:

hadiee said...

semoga berjaya!

Adib said...

all the best erin..

Erin Azizan said...

@hadiee

tenkiu kapel! doakan saya k. lalala

Erin Azizan said...

@adib

mekaseh...doakan aku weh

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

gud luck bebeh