Monday, August 23, 2010

anugerah TERINDAH

tak tawu nak describe perasaan macam mana hari ni. yang pasti saya sangat seronok. saya tahu tuhan sedang ingin mengembalikan kebahagiaan saya. walaupon dugaan yang pernah saya lalui dulu terlalu perit tapi saya bersyukur kerana tanpa dugaan itu tak mungkin saya sedar yang saya masih disayangi dan tentunya tuhan lebih mengerti mengapa dugaan itu ditujukan buat saya. yaa saya redha, dan saya masih cuba menyesuaikan diri dengan keadaan ini. saya tahu saya harus bangkit. bangkit dari kekecewaan yang lalu, bangkit untuk menjadi seorang yang kuat, bangkit dari kenangan lalu..

buat mereka yang sentiasa sayangkan saya, terima kasih..kerana tak pernah sisihkan saya, selalu ambil berat keadaan saya. saya terharu sangat. pertemuan petang tadi merupakan anugerah terindah buat saya. tak pernah saya bayangkan kita semua dapat berkumpul macam tadi. berdebar hati saya bila tepikirkan reaksi korang bila bertemu dengan saya, saya takot saya akan dipandang semacam sebab tuh saya hanya call emy dan bagitau saya nak jumpa dia dan my big famliy yang lain, tapi lain pulak jadinya bila saya tercari-cari emy tiba-tiba terserempak dengan mai. dari situ budak-budak lain dah nampak saya. reaksi dorang diluar jangkaan saya. dorang datang dan terus memeluk saya sambil mencium-cium saya mencubit pipi saya seolah-olah kasih sayang dorang terlalu dalam buat saya. saya terharu, tergamam, tak tahu apa yang harus saya lakukan.

berlari-lari anak saya masa tuh kan..sebab tercari-cari emy dan yang lain-lain. dalam mind saya masa tuh, hanya nak jumpa, umma,macek,ottosan,mak tiri,buddy ngan sarah jer. tak sangka pulak belom sempat saya cari, korang dulu yang datang peluk saya. semuanya bertanya keadaan saya. saya cuma cakap saya gembira dengan hidup saya, ramai yang tegur kenapa saya dah tembam kan...tak kurang jugak si mai yang tetiba aja cakap muka saya dah lain, saya just jawab " ye la mai, erin dah tembam" tapi mai cakap "bukan la kulit erin dah lain erin dah cantik..." dalam hati duuhhh si mai ni, erin tak chantek la mungkin sebab erin dah cerah sebab tuh kulit erin dah nampak lain. berbanding dulu, kulit erin kan gelap.

dalam waktu-waktu kecederaan macam tuh dapat jugak saya berjumpa dengan ottosan saya. dia tegur saya dah tembam, saya mengaku je la. tak sempat berborak panjang dengan ottosan, dia ada bagitahu saya yang banyak ingin disembangkan dengan saya, tapi semuanya tersekat kerana waktu yang agak membataskan masa tuh. sebelum ottosan bergerak saya sempat remind kan dia mengenai janjinya yang nak datang beraya di rumah saya. humm sebelum ni dia ada bagitahu nak datang beraya rumah dan saya amat-amat mengalu- alukan kedatangan dia. sempat jugak saya cakap kat dia kalau ada benda yang ingin disembangkan just call je la. sampai sekarang saya tak dapat any clue tentang benda yang ingin disampaikannya. harap benda tuh tak da la serius mana kan.

apapun saya happy sangat hari ni. terlalu bahagia dengan pertemuan ini walaupon sekejap tapi terlalu bermakna buat saya. saya dapat  berjumpa orang-orang yang saya rindu, yang saya sayang, yang selalu saya ingati..terima kasih tuhan atas kebahagiaan ini. saya akan sentiasa ingat betapa eratnya pelukan korang kat saya, keceriaan yang korang pamer bila berjumpa dengan saya. dan dia..dia yang memeluk saya dengan erat mencium saya, hingga saya rasa seperti tak mahu pelukan itu dileraikan. terlalu ikhlas dirinya, kenapa selama ni saya begitu buta?sedangkan dia sentiasa ingin berkawan dengan saya. tapi saya sentiasa melarikan diri darinya. maafkan saya yer? saya dah berjanji akan sentiasa bersama dengannya saya harap saya dapat  menebus kesilapan saya yang lalu. saya jugak sayangkan awak...sangat sayang.

kepada yang bertanya kenapa saya seolah-olah menyepikan diri, tak sayangkah saya kepada mereka, lupakah saya dengan mereka? jawapan saya..saya terlalu sayang korang, saya tak menyepikan diri, saya selalu ada. mungkin saya agak jarang mengaktifkan diri di fb atau ym, tapi percaya la saya selalu ada. insyaallah setiap yang korang komen akan saya balas. andai korang rasa saya sudah terlau jauh, saya pinta korang letakkan saya dekat dengan hati korang, dengan itu, kita akan sentiasa berasa dekat. saya akan sentiasa wujud kalau-kalau korang perlukan saya. saya tak dapat menjanjikan yang saya akan menjadi sahabat terbaik, tapi saya akan sentiasa mencuba menjadi seorang sahabat yang baik. itu janji saya.

lega hati saya, bila segala kekeliruan ini berakhir, saya ingatkan korang marahkan saya sebab kes saya larikan diri dua tiga minggu yang lepas. saya tahu korang agak kecewa dengan sikap saya itu, saya sendiri buntu memikirkan keadaan ini, saya ingin sekali beri penjelasan tapi saya tak tahu dari mana harus saya mulakan. sebab tuh saya diamkan diri. tapi hari ni segalanya dah berakhirkan?setelah berminggu-minggu hari ni dia dah mula mesej saya balik. dia cakap dia terlalu rindukan saya. walaupon masa dia jumpa dengan saya tadi, dia seolah-olah tak berperasaan, tapi setelah saya pergi baru dia rasa sedih..dan saya dah tahu yang saya masih lagi wujud dihati dia. dia pesan agar saya sentiasa menjaga diri, dia terlalu rindu dengan saya, setiap bait-bait mesej dia membuatkan saya rasa terharu bergenang air mata saya. tahukah dia yang saya pon begitu merindui dia.walaupun kenangan yang tercipta bersama dia hanya seketika tapi dia tetap dah menjadi sebahagian dari diri saya. saya akan sentiasa mengingati dia.

buat yang mengharap agar saya dapat kembali ke arau, saya minta maaf sangat-sangat. saya mungkin akan cuba mengelak dari berada di bumi arau, it is not bicosh saya benci arau, it is bicosh saya rasa saya dah tak dapat teruskan kehidupan saya disana lepas ni. terlalu banyak kenangan pahit dan manis saya tercipta disana. arau pernah memberikan sejuta kebahagiaan buat saya, tapi arau jugak mengajar saya erti kehidupan yang kadang kala terlalu pahit untuk ditelan. saya dah tak boleh hidup dalam kenangan itu, jadi sebab tu la saya memilih untuk berada ditempat lain. ditempat yang boleh memberikan saya kehidupan baru, percayalah andai kata satu hari nanti saya benar-benar tidak ditakdirkan berada di bumi arau, saya akan sentiasa mengingati korang, kerana setiap seorang dari korang sudah saya tempatkan ditempat yang terindah disudut hati saya. buat Iqa yang risau akan faktor yang mungkin akan menjatuhkan saya bila saya ditempat baru nanti, saya harap agar awak sentiasa doakan kesejahteraan saya. mungkin faktor tersebut ada tapi probability untuk membuatkan saya jatuh sekali lagi agak tipis. kerana kali ini saya akan sentiasa berhati-hati, tak mahu diri tersungkur lagi biarlah pengalaman lalu menjadi pengajaran buat saya agar tidak mudah alpa meniti kehidupan saya pada masa depan.

sekali lagi maaf, mungkin saya tak dapat tunaikan permintaan korang untuk berada di arau, munkin tempat saya sudah tiada di arau. saya tahu bagi sesetengah orang mereka memerlukan saya di arau, tapi ada seseorang lagi yang memerlukan saya untuk berada disisinya. hanya dia yang dapat mengawal saya. dan saya benar-benar yakin dengan keputusan ini. saya harap kita akan sentiasa dekat, apapun yang terjadi kita tak akan terpisah..InsyaAllah,selagi tuhan mengizikan  kita berkawan selagi itulah saya akan sentiasa berada untuk korang semua. korang akan sentiasa menjadi perkara yang terindah dalam hidup saya.

mereka yang saya sayang
my BIG family
a part of my life
ottosan a.k.a counselor kacak
with them

always forever...

with luv,
-ERIN-
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: