Friday, August 20, 2010

MEKDI dan kami

yezzaaa dapat ugak daku mengupdatekan blog aku hari ni. bukan paa dah dua hari kot sangap nak bercerita tapi macam-macam problem masalah lak tubik.hehehe

ni kesah pasai semalam la. peduli hape aku semalam ke esok ke kemaren ke aku tetap gaks nak story..so de story bunyik cam ni la eh...

setibanya ramadhan yang mulia ni kan, aku memang tak berkesempatan langsung nak visit restaurant mekdi kesayangku..seingat aku malam sebelum sambut posa ritu ada laa aku lepak mekdi kejap beli Mc Flurry sambil tunggu geng-geng aku yang konon-kononnya nak dinner kat KFC. memang orang kata tak puas la sebab tak dapat nak lepak lelama. so bermula dari saat tuh la setiap hari aku berazam, pas bukak posa aku nak pi mekdi tak kesah la sorang pon aku sanggup. Tapi lain pulak jadinya bila dah bukak posa, perut pulak dah macam nak pecah so terpaksa la membatalkan niat aku yang suci tuh.

setiap hari bila petang mesti aku terbayang mekdi dok pangey-pangey aku. time tu iman aku sedikit tergocang la sebab dalam otak aku yang nakal ni da list down menu-menu hebat yang bakal memberi kepuasan bila aku telan nanti hahaha isk-isk ampa semua sila jangan ikot perangai otak aku yang mereng ni okehh..

nak dijadikan cerita dongeng aku umph..incik abah pulak semalam dok ada kat umah. selalunya malam-malam cam gini tinggai aku ngan adik aku ja kat rumah bicosh incik abah serta puan emak pi surau. incik abah sebenarnya ada meeting tapi tah cemana meeting tu cancel last minit. hoh terdetik lam hati aku ni peluang baik punya ni..leh la ajak incik abah pi mekdi. tapi kena balik awai la before puan emak abeh teraweh hehehehe jahat gila aku dalam diam-diam dah bajet plan..ala kira orait la tuh kan macam pepatah omputeh tuh.."if you fail to plan, you plan to fail"..jadi dengan berbekalkan pepatah tersebut aku pon dengan slumbernya berkata kat incik abah...

aku : "abah, jum pi mekdi jum..."

incik abah : "hah mekdi?nak buat apa?"

ish incik abah ni..dah pi mekdi mesty la orang nak ngap, takan la nak main golf pulak..yee tak?? tapi tak da la aku jawab camtu, gile ngko nanti tak pepesal incik abah tarek telinga aku, terus aku yang glamer ni jadi o.k.u.....so aku pon dengan hati yang berbungga riang menjawab soalan yang level UPSR tuh.

aku : "pi makan mekdi laa"

incik abah : "mekdi mana?"

aku : "seberang jaya suda. tapi kena balik awai laa satgi emak balik tengok tak dak orang kat rumah"

incik abah sambil dok pikiaq sambil dok tengok adik aku pastu macam mau tak mau jaa nak pi..neves gak aku kot-kot la dia tak mau pi satgi, naya jaa aku nak kena drive  pastu lepak sorang-sorang kat mekdi tuh.
incik abah tanya adik aku samada beliau nak pi ka dak, adik aku confirm-confirm la jawab nak pi..so incik abah pon decide..

incik abah : "haa okeyyh jom, pi setat keta"

yeyaayyyy at last dpat gak pi mekdi..........


************************


maka kami  tiga beranak pon sampai la kat mekdi...hehehe sorry yer puan emak kami terpaksa meninggalkan you, next time kami bawak okeh...tahahha

dengan tidak membuang masa lagi kami pon serbu la kaunter mekdi, masing-masing pilih set yang berbeza,
incik abah dengan Fillet-o-Fish-nya, aku dengan Big Mac berger, and adik aku tentunya sajian terhebat GCB Double...yaaa double okeh...

berikut merupakan gambo-gambo serta aksi-aksi ketiga-tiga anak beranak tersebut semasa menikmati hidangan mereka.....

GCB..nampak tak tuh yang bulat kaler merah tuh..DOUBLE okeh..

bersepah giler hahaha
sayer punya Big Mac jerr
ni incik abah punya

itu sayer,,waa besh2..terbaik la

incik abah dengan rokok beliau

sebelum di bahamkan oleh adik aku..
this one di take away oleh kami nak bagi kat puan emak

pas dah kenyang and perut pon dah sendat dengan suka citanya aku pon mengajak incik abah pulang kerumah lalalala dalam hati memang puas giler la siap leh nyanyi-nyanyi gi lam keta masa nak balik tuh..
tapi kan, bila dah sampai kat rumah tak sangka benda ni pulak jadi.............

keadaan yang agak scary kalau bukan di bulan posa..

apekah itu???
yaa tepat sekali....satu taman perumahan "banglo" kami dilanda gelap. maksudnya tak dak letric..maka kami pon bergelap gulita la sampai pagi....what the heck, sampai pagi okeh terpaksa bergelap, bukan tak buat repot, buat tapi cam tak dak tindakkan susulan jaa...so sebelom letric tak dak lagi, moleklah kiranya aku berenti takat ni ja....tatatititutu...

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: