Saturday, August 28, 2010

dia..



AMACAM BEST TAK VIDEO NIH??

apsal lak aku tetibe share video ni kan?mesti la bersebab, kalau tak, tak de la susah-susah aku cari kat youtube,semata-mata nak share ngan koramg sumer..jum kta zasss story aku yerr....

minggu ni kat facebook aku tengok agak ramai orang dok berdisscuss pasai khutbah yang disampaikan oleh ustaz yang kat atas ni. kat area penang ni memang ustaz ni sangat-sangat popular. tak salah, kalau aku cakap bukan setakat area penang ja tapi diluar dari kawasan penang pon dia ni popular. sebab aku penah dapat video dia tengah ceramah kat area KL. so no wonder la member-member aku yang tak stay kat penang pon leh bercakap pasal ustaz ni. dari dulu lagi aku memang kagum sangat-sangat dengan ustaz ni. sebab kebolehan dia mem"brain wash" sesapa saja hatta budak-budak skola rendah yang baru-baru blajaq nak jadi hantu pon insaf bila dengaq ceramah ustaz ni. tak salah aku ustaz ni agak aktif menjalankan ceramah-ceramah beliau dalam tujuh tahun kebelakangan ni la.

so sapa ustaz ni yer??

beliau dikenali dengan  nama Cikgu Abdullah Khairi Bin Haji Harun. kenapa aku kenalkan beliau dengan panggilan Cikgu dan bukannya Ustaz sedangkan diawal tadi aku menyebut Ustaz? sebabnya aku mula kenal dengan lelaki ni dengan panggilan cikgu, agak janggal aku nak membahasakan beliau dengan panggilan ustaz. walaupon aku tahu beliau sememangnya jauh lebih layak digelar Ustaz berdasarkan ilmu yang beliau ada.


pada hemat aku, yang bijaksana ni kan, tak lama lagi beliau ni pon bakal setaraf dengan penceramah-penceramah yang sedia ada la ni. bagi aku gaya ceramah yang dibawak oleh Cikgu Lah ada sedikit persamaan dengan Ustaz Akhil Hayy. sebab Cikgu Lah ni pon dalam setiap ceramah yang dia conduct mesti ada selingan nyanyian sumbang dari dia. serius dowh memang sumbang habess kalau dia menyanyi. sebab tu la gamaknya dia tak buleh jadi penyanyi kot. but one thing for sure,dia lebih best dari Akhil Hayy kalau dicompare dari segi penyampaian ceramah. kalau tak caye try ikot ceramah dia, gerenti korang akan tangkap leleh bila dengaq.

sebenarnya dikalangan student sekolah, beliau ni dipanggil cikgu, kalau ada yang panggil ustaz pon mungkin dorang tuh ngat Cikgu Lah ni mengajar agama kat sekolah kot, hakikatnya Cikgu Lah ni sebenarnya seorang guru yang mengajar subjek sains form three, tapi dia punya education level dia memang gempak habess la.sebelum beliau memulakan karier sebagai seorang guru, beliau terlebih dahulu menimba pengalaman bekerja di pelantar minyak.. (sorry aku lupa nama tempat kerja dia yang dulu) lepas dah bosan asik bekerja kat pelantar, beliau akhirnya bertekad untuk menjadi guru. bagi beliau menjadi seorang pendidik merupakan satu kerjaya yang sangat mulia, dan yang paling penting sekali, beliau menginginkan pahala yang berterusan di akhirat nanti, ye la..jadi guru, mengajar student sampai pandai lepas tuh student pulak amalkan ilmu yang beliau ajar tuh..bukankah pahala tersebut akan berbalik kepada beliau?

satu lagi fakta yang yang bukan auta mengenai beliau yang kalau orang tak kenal dia mesti ingat aku ni bohong kalau aku cakap. sebenarnya Cikgu lah ni seorang yang giler-giler..bukan gile ok. korang nampaklam video kat atas nih muka dia serius gile babeng kan?sebenarnya dia ni friendly giler babeng dah tuh otak pulak mak aiii memang masuk air kot, sebab tuh bebudak sekolah sume kat dia. kalau tak caye jugak try la lepak sekali ngan dia mesti korang time-time tuh jugak leh angkat dia jadi geng korang.

cemana eh aku tawu semua ni??

if nak tau(walaupon korang tak hingin tawu aku nak jugak bagitawu) sebabnya Cikgu Lah ni bekas cikgu aku dulu, dia mengajar kelas aku and yang paling sempoi dia jugak cikgu kelas aku selama satahun la(standard la kan..) sila usha image dibawah if tak xcaye lagi.....

time nih aku dah form 5 loo

selalu kalau aku malas nak masuk kelas (Math ngan KH time cikgu Tipah aku selalu ponteng) aku mesti pegy lab sains pastu melepak ngan Cikgu Lah sampai abes waktu baru aku balik kelas aku balik. haa ada satu hari ni (hari aku ponteng gak la) tengah syok-syok lepak ada la mamat dua heko ni datang lab, bawak hamster, aku dah la cuak tengok binatang berbulu ni tapi aku kental kan diri sebab aku tengok hamster tuh dalam sangkar. tah macam mana Cikgu Lah keluarkan benda alah tuh pastu letak atas meja, aku mula la bangun pelan-pelan niat dihati tu memang nak blah dah la, ye arr takan aku nak dok lagi kat situ karang benda alah yang berbulu tuh lompat kat aku kan ke kes naya tuh...tapi tak sempat aku nak blah cikgu Lah dah detect kata aku takot ngan hamster tuh haper lagi dia pegang hamster tuh terus kejar aku keliling lab..mak aiihh marathon pulak aku dalam lab tuh. sengal gile.

ni kalau aku nak bukak lembaran kesah Cikgu Lah yang sempoi ni aku rasa 40hari 40 malam pon tak habess paa, tuh belum masuk gi citer masa aku dah form 5 time ngah amek exam for trial SPM kot dia jadi pengawal exam, slumber badak datang kelas aku sambil bawak lappy kesayngan dia pastuh pasang lagu "Gugurnya Bunga Cinta" by Laksamana kuat-kuat..pergh..best gile la. kalau la 3 jam exam,3 jam jugak la lagu-lagu mental mengusik jiwa terpasang...

pape hal pon Cikgu Lah tetap terbaik kot. ntah la tak reti nak describe lebih-lebih pe kata korang nilai seniri dia macam mana.  kat bawah ni aku bagi sambungan ceramah dia yang kat atas tuh, tengok,jangan tak tengok, nanti menyesal...hahahaha





p/s: segala yang aku bagitau kat atas based on apa yang Cikgu Lah pernah cerita kat kami, student-student dia espcially bebudak d.o.b yang pernah kamceng ngan Cikgu Lah dulu.

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: