Friday, October 22, 2010

.Jealous Tahap Gaban

susah rupanya bila ada penyakit mental illness ni yerk?

hot la topic perbualan dah macam doctor-doctor pakar jerr kan, tapi percaya la aku bukan seorang doctor jauh sekali seorang pengayuh basikal yang handal tapi aku cuba jugak untuk bawak topic ni dengan lebih berhikmah... err maksud aku dengan cara yang lebih santai.bukan pantai!

Benda yang kau perlu tau, mental illness ni banyak cabangnya. dalam bercabang-cabang tuh aku tertarik nak menggetengahkan(betul ke eja cam ni?) issue Jealous Tahap Gaban.

Hal ini demikian kerana pada pagi tadi sewaktu aku tidur-tidur ayam kat office (time aku free takde kelas okeh) aku terdengar perbualan dua orang cikgi kat sebelah aku, iaitu Cikgi Milah (nama sebenar dirahsiakan) dan Cikgi Temah (nama sebenar dirahsiakan) . Sambil me-review issue muka depan paper kosmo aku yang aku beli kat kedai mamak pagi tadi depa pon berdialog...


Cikgi Milah : ish aku dulu pon macam ni jugak kes...bekas boipren jeles kuat sangat!

Cikgi Temah : biaq betui kak? dah tuh jadi lagu mana?dia buat apa kat kak?

Cikgi Milah : aku putuih. susah betui nak putuih ngan dia ni. dah la perangai jeles tuh yaa tuh buat             aku tak tahan..semua benda nak kontrol, ngan kawan-kawan aku pon dia jeles, time kawan dengan dia ni jangan harap la aku nak dapat kawan ngan lelaki lain..semua dia kontrol.

Cikgi Milah : teruknye...yucks menci-menci(okeh efek menci2 ini aku sesaja yang menambah)

Cikgi Temah : hissh ada lagi..tahap jeles dia tu sampai sanggup nak membunuh kot..tu yang buat aku seriau tuh...last-last aku dapat posting kat Johor..uiii lega..rasa macam bebas, time-time tuh jugak aku mintak putuih.

*conversation berlaku dalam loghat utara

*******


sebenarnya ada lagi conversation between cikgi-cikgi ni tapi yang itu jerr yang aku dengar pon sebelom aku dengan jayanya me-lena-kan diri aku kat atas kerusi yang empuk tu.

oh biarkan saja Si Luncai tidur nyenyak diatas kerusi empuk itu. point yang aku nak highlight-kan kat sini is..kenapa nak jeles tahap gaban?

Bagi aku jeles tuh perkara normal. bohong la kalau ada manusia claim kata dia tak pernah jeles. sekali seumur hidop mesty dia pernah berperasaan sedemikian punya.

sesungguhnya setiap manusia itu ada perasaan jelesnya yang tersendiri, tapi jeles tahap gaban ni la yang tak bleh blah. jeles tahap max..tahap orang psycho...tahap yang orang kata sampai nak membunuh.

yang dimaksudkan dengan jeles tahap gaban ni bila boi/gal fren kau, suke suki nak kontrol life kau. nak tau semua benda yang kau buat, kau kawan ngan sapa, kau makan kat mana, lepak kat mana, message/call sapa and kalau buleh nak tau kau masok tidur time bila..ye la takot kau bergayot ngan orang lain lak ..mostly dorang takot kau bergayot dengan frens yang opposite sex la.

heyh hello...come on la, takan kau suka bila life kau dijajah macam tuh kan? aku memang tentang habes-habesan kot. ni namanya menceroboh hak privasi manusia..and you tak berhak langsung..nak control boi/gal frens punya life. since you guys pon bukan ada pape ikatan lagi sedangkan orang yang dah bernikah berpuluh tahun buley bercerai ni kan pulak you all yang setahun jagung baru nak bercinta...lagi la rapuh dek non oii.

sorry kat sesapa yang berpenyakit seperti ni, aku bukan nak mengata..tapi ini fakta kot. dari pada kau menyusahkan kapel kau baik kau bunuh muhasabah diri. dapat jugak memperbaiki diri ke arah kebaikan.

aku paling menyampah giler bila ada diantara kengkwan aku yang seakan-akan tak dibutakan mata sebab benda ni. dah jadi macam lembu kena cuck hidung lak..ikot jerr apa kapel dia kata. so ridiculous..kau tak sedar ke yang kau tuh berhak untuk say NO??

ada yang jenis patuh giler-giler babeng pon ada gak. sampai pakaian dalam pon kapel dia tentukan nak pakai kaler apa...apa tuh???kau tak rasa benda ni macam bodo ke?

serius weh tiap kali aku face probs macam ni memang aku da macam nak muntah berkati-kati tapi aku tahankan aje la..member punya pasal, malas nak cari hal ngan member-member.

so those yang mempunyai mental illness yang macam ni aku sarankan la..tolong tolong tolongla pi jumpak pakar sakit jiwa yerr..dah tau diri tu memang sakit and tak buley nak overcome sendiri so sila la cari bantuan segera. bantuan paramedik pon buleh kalau kau nak tau (aku tipu jerr).

diharapkan dengan penerangan serba ringkas ini saya..eh eh silap aku harap dapatla membantu kau mengatasi masalah kau ni yerr...plish la weh jangan nak buat jeles tahap gaban...serius aku menyampah dowh.

pesal bunyi ayat aku macam bunyi ayat esei SPM ntah dan yaa aku dah mula geli dengan gaya bahasa aku yang gampang ni..sila jangan ambil kesah yerr.



keratan paper kosmo yang ada kena mengena ngan topic


okeh babai!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: