Tuesday, October 26, 2010

.Obses tahap gajah..bila nak insaf tah?

orait straight to the point yeah. hari ni bolehla di-tema-kan sebagai hari mengantok + penat sedunia. serius bila aku kata mengantok maknanya memang benar-benar mengantok. bukan tak cukup tidur, tetapi lebihan tidur membuatkan aku terus dirundung rasa mengantok walaupon aku sebenarnya dah tidur hampir 20jam lamanya.

lama giler kan waktu tidur aku, nak buat macam mana..aku memang dilahirkan dengan berhobikan tidur, dan aku sangat redha..yerr redha dengan takdirku ini..aii ceeewah poodah!! mari aku sambung balik citer, selalu kalau ada ja free time aku mesti nak layan tidur sedas dua..hobi yang satu ni memang wajib tiap kali ada waktu terluang. sangat diwajibkan ke atas diri aku, tanpa sebarang paksaan dan godaan.

heeppp, dah dah!! cukup cukup!!hari ni tamao buat rancangan Erin Azizan In Person lagi..nak tau hobi-bobi aku len kali kita buat forum okeh.

so hari ni macam biasa larr, celik mata seawal pukul 5.30 pagi,tenyeh taik mata,bangun dari tempat tidur,mengeliat,turun bawah pegy toilet,bukak shower,mandi,uihhh sejukknya (cakap lam hati),sabun,gosok gigi,gosok kaki...dah abeh semua..bersiap, solat pastu mekap tebal-tebal..pukul 6.40 pagi dengan perasaan yang masih terbuai-buai dialam mimpi aku dah gerak pegy umah Cikgu Siti..kitaorang mengamalkan konsep car-pool since kitorang satu tempat keja,sebab tuh aku kena pegy umah dia.

dekat sekolah sumpah aku memang mangantok siot, taktau nak describe macam mana, dalam pala hotak berjambul ni asyik dok pikir nak abes kelas cepat-cepat then buley pegy canteen, auummm ngan Cikgu Siti.

tapi keadaan jadi lagi worse bila lepas jerr aku auummm, aku rasa lagi lalok, jahat betol la orang canteen neh, dorang letak ubat tidur lam makanan aku pe??..mengantok menjadi-jadi, tambah-tambah pulak kelas pon takde time tuh, sejam jugak la aku free before aku enter class for the next period, jadi haper lagi peluang tembaga sedemikian tak harus dilepaskan begitu saja.

layan lena sedas..tapi still cover-cover tunduk macam orang baca buku gitu, mak ehh takot siyakk..takot kang PK nampak, tak pepasal aku kena sound. so keadaan lena-cover-cam-baca-buku berlanjutan selama hampir sejam..err more specific, lagi 5 minutes before class start baru la aku batoi-betoi terjaga dari mimpiku yang pendek.

sampai kat kelas sekali lagi aku mengngantok. menguap ya rabbi berjuta kali kot. time tak mengajar mesty nak mengantuk siyak. dah la tuh hari ni aku kena jaga exam kot, lagi la mengantok tahap tapir. kalau mengajar takpa gak la, sebab buley dok menjerit-jerit so tak da la mengantok sangat.

jadi ingin sayer tegaskan disini bahwasanya sayer tidak berdosa okeh, salahkan mereka pasai pa depa exam hari ni seterusnya menyebabkan sayer tak buley mengajaq dan secara tidak langsungnya menyebabkan sayer mengalami masalah mengantok berpanjangan...huisshh nampak tuh hujah tamau kalah kot...masuk mahkamah dunia CONFIRM kes kena reject, tak layak dibicarakan!

tinggalkan kes tersebut diatas yaa, mari kita beranjak ke jam seterusnya iaitu pukul 01.00 ptg. time ni memang syahdu habes cuaca pon mendung-mendung masin gitu bagai menggamit aku segera pulang kerumah untuk menjamah tempat peraduanku yang indah itu. selesai kutip semua soalan exam, aku pon haper lagi mencari-cari la Encik Akon Handphoneku Si Hitam dalam beg. niat dihati nak tengok jam tapi......








dapat message pulak dari Incik Abah terchenta,

"SATGI DAH SAMPAI RUMAH, MAI UITM, KEY-IN MARKAH. DAH SAMPAI CALL DULU"

uihhh kau nampak tak..nampak tak Incik Abah guna capital form semua...nampak taakkkk???kalau tak nampak maknanya kau tak mandi, duduk ngan tok aki, banyak daki..boleyy jalan masuk perigi...

habes punah semua impian tidurku disiang hari di time-di time mendung-mendung masin begini..agak tak dapat nak menerima kenyataan sebenarnya.

so mahu-tak-mahu terpaksa memaksakan diri ke UiTM pulak..well aku dibayar..serius cakap, dibayar dengan harga yang sangat lumayan oleh bapak aku sendiri untuk buat kerja yang super mudah tapi memeningkan otak tu.

text Incik Bmw, info dia yang aku kat UiTM. tak sangka pulak dia pon ada kat sana..tah haper la mamat tu buat tah, rajen pulak masuk kampus padahal beliau takdak paper pon hari ni. pas dua-tiga-das-tembakkan mesagge, kata sepakat pon dicapai. dia nak tunggu sampai aku habes keja. haa tunggu la kau, berejam kot..

lepas duatigaempatjam merenung screen dengan perot berkeroncong lagu Zapin Sayang di sayang alah sayang...aku pon shutdown system. roger Incik Bmw balik, dia cakap dia kat Kafetaria, and suruh aku pegy sana terus, aku pon dengan happynya tunggang keta pusing kampus cari kafe, padahal aku taktau pon kat mana kafe tu sebenarnya,  4 kali weh 4 kali aku sesat dalam kampus tu gara-gara cari kafe tak jumpa.

Incik Bmw da guide tapi....ah malas nak cari dah aku terus pecut keta kuar kampus. dalam hati aku menyumpah giler.."weh buat malu jaa orang penang sesat kat tempat sendiri kot..sengal hang Erin!" then i text him back,

"i lost. dah kuar kampus pon i'm going to McD"

he replied "ha ok ok...tunggu kat McD tu nanti kte sampai sana"

"ye McD perda tau" aku jawab

"ish McD jugak yang dia pilih kan dah dok situ diam-diam..." dengan disertakan nada perli disitu oleh Incik Bmw

"hihi...nak wat cemana dah sesat" tanak kalah..aku jawab balik!

"hmmm ye la tunggu je kat situ..i'm coming"

"okeh".....

so after beberapa ketika dia pon sampai, masa tengah tunggu dia tu sempat jugak aku gossip-gossip ngan My Beb (thru fon) dah puas gossip bru la nampak batang hidung dia.

eh..kitorang tak auumm pon kat McD tu, sebab Incik Bmw nak gi auumm kat Route 69..aku pon follow je la..huhuhu dalam hati agak rabak jugak,dah sampai siap duduk gi tapi tak leh auumm McD...macam nak sekeh jerr pale dia ni...mencik betol!

walaubagaimanapon kekecewaan terubat bila neslo yang aku order tu sangat sedap tahap luar biasa. memang sedap tak hengat!!!...makanan pon superb la jugak. heh dalam hati mana leh challenge Mcd,still number one!

nampak tak kegilaan aku terhadap McD? har har har...sampai terpaksa la Incik Bmw menyetujukan dirinya untuk mem-visit ruang legar McD pulak...biler?? yesss...esok petang seh...

dan aku...

yaayyy yaayyy yaayyy!!!

tak tawu la bila nak stop obses dan insaf...dan seperti biasa aku pon.....

yaayyy yaayyy yaayyy!!! sekali lagi......

-THE END-

TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

2 comments:

+d.O.Y.A.h+ said...

comel kucin
jalan2 sinih

erin azizan said...

hikhik..kucing mengamuk tuh...
sila la terjah selalu...tenks dear