Tuesday, October 19, 2010

.Tak berkenaan kot

"aku pi mana pon semua orang sayang"

gile kentang sengalsenget punya statement. ada berbaur poyo sikit. tapi nak buat cemana orang yang keluar statement tu memang tip-top habes kot, aku tekankan kat sini lagi tip-top habes kot, lagak diva dah.

al kunun-kununnya dia tu lemak berkerim disukai ramai lah...err disukai ramai?? dah macam iklan susu Dutch Lady full creamnya perisa lak kan.

well mintak maaf atas statement super senget diatas yerr, tak berniat nak bangga cuma aku dah penat sangat ni, mengantok weh. tak pernah-pernah dalam splohtaun kebelakang ni aku kayuh basikal, tuptup hari ni dok buat kental and patuh arahan.

"ala ni ada dua-dua orang muda ni, bagi depa ja la ikot budak-budak, kami dah tua tak larat"

mari kita discuss statement kat atas ni sikit. agak-agak kau, bila dah dengar statement cam tuh perlukah kau....

  1. buat-buat macam tak dengar pastu buat-buat sembang pulak ngan member sebelah..sambil berkata "weh Enon aku ada rahsia ni,semalam masa aku pi beli cotton buds kat kedai apek tu, aku terkentut daaa yang paling besh bau dia tu bushuk gilerr sampai apek termuntah".
  2. memberikan sepenuh perhatian serta mempamerkan muka suci dan berhati mulia sambil tersenyum dan menggeluarkan dialog "emm nak saya follow depa ka??"walhal dalam hati tak berapa nak follow sangat pon.
  3. lari masuk toilet kunun-kununya saket perut..semalam salah makan so hari ni cirit la.
  4. berdiri dengan lemah sambil berkata "dughh saya ada lelah, doctor tak bagi lari jejauh" .
dari keempat statements di atas, aku rasa statement kedua la yang orang normal akan pilih..betuii dak?

statement yang lain-lain semua tu nampak sangat kau tuh auta. nak pulak kalau kau jenis yang tak pandai nak membohong...sila la jangan auta. pi belajaq teknik-teknik membohong tu bagi peghabeh dulu nooo.

dalam kes ni, aku dan cik Panda terpaksa-memaksa-relakan diri kami untuk mem-follow, naseb baik Sir Zul bertindak menculik basikal tahsapasapatah bagi kat kami duaorang. time kaseeyy la ye atas penculikkan yan tak terancang tu. kami sangat menghargai jasa Sir Zul...lebiuu lah.

maka dengan ini, mahu saja aku tammat-kan karangan panjang berjela yang tahpape ni kat sini aja. nak tengok citer Asmara sat..dughh hensem kot Asmara tu...sampai ketemu lagi besok...daaaa.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

No comments: