kalau tak salah aku, tarikhnya lagi sebulan lebih..tapi apesal cepat sangat dapat ni? oh tak percaya!!!
hee...benda ni dah lama kot aku mengidam. acctually nak kata mahal tu tak da la mahal sangat kan, sampai aku tak mampu nak beli sendiri tapi..dah orang nak kasi, bedal aje la. since dah dapat benda alah ni dari petang tadi..bukan aku yang dok belek sangat pon, tapi adik aku pulak yang sebok dok buat macam harta dia sendiri..ciss..takpe-takpe..sabar Erin sabar...adik-beradik kena la bertolak ansur...dush2.
mai nak tunjuk sikit benda apa la yang mak aku bagi kan..JENG-JENG.....
yess..saya dapat dia, si solid yang berwarna merah..awuuumm
zoom sikit.muehehe
ok ni body dia..mak aku kata pelik..tapi who cares..kat mata aku dia tetap cantik.
dah tua-tua macam ni baru nak dapat hadiah gitar kan..dulu time muda-mudi tanak pulak mak aku kasi hadiah macam ni. serius aku minat sangat tengok orang main gitar. teringin jugak nak petik gitar time tu tapi ilmu kureng la pulak. nak masuk kelas muzik masa tu tak sempat sebab terkejar-kejar dengan study. sekarang ni dah free sikit maybe sempat la nak belajar pon.
aku ingat lagi tahun lepas masa pegi kenuri abang sepupu aku kat Negeri Sembilan, masa tu hari sanding dia kat sana. boleh tak, dia buat live performance main gitar sambil nyanyi-nyanyi kat isteri dia...pehh aku rasa macam dengki pon ada..apesal la dia romantik sangat dan pandai main gitar? lepas dari hari tu semangat teringin nak petik gitar tu melonjak la jugak..tapi macam tu la..selalu tak berkesempatan nak belajar. lagipon time tu aku tak dak gitar lagi.
sekarang dah ada gitar seniri..yess totally mine! boleh la memetik sepuas-puasnya..tapi sebelum tu kena la mendaftarkan diri kat kelas muzik dulu..belajar basic..hehehe..bunyik macam gempak je kan, tapi sepatah haram pon aku tak reti bab-bab nak goreng gitar ni.
Najwa Latif. mesti korang kenal kan budak ni. memang membakar semangat la dia. she's only 16teen kot tapi dah terer compose lagu sendiri. her song yang tajuknya 'Carta Hati' tu memang sedap woohh..haha aku kuat skodeng budak ni jugak..sebab dia sangat-sangat talented dan ada tone suara yang best.
so hopefully lepas ni bila aku dah register kelas, boleh la aku goreng gitar semahu-mahunya hehehe..aku nak main gitar ni pon just for fun aje..takda la aku main sebab dengki ngan Abang sepupu aku ke, dengki ngan Najwa Latif ke..tak da masa ah..tapi ann..harap-harapnya masa wedding aku splohtahun nanti boleh la aku perform kat future husband aku..biar meleleh air liur dia tengok aku petik gitar..baru dia tahu sapa Erin Azizan!
okeh bai!
LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA








8 comments:
aku pun nak belajar maen gitar..tp aku xminat dgn muzik pun
motif: maen gitar nampak cool..haha
erinnnnnnnnnnnn.. sangat cantik guitar kamu.. akak pun nak beli guitar gak 1 day.. huhu.. keyboard dah ada.. nak beli guitar pulak pasni..huhu.. suka main guitar nampak rock ja..
@adib
kan kan kan...maen gitar nampak cool kan..rasa macam ada identiti pulak..hehe
@akak
heheh mekaseh. akak ni mmg rock la!
mak suruh jd cam yuna..!! hahhaa... nk jugak!!
@shahjiehan
Yuna wanabe?oh tidak!!! hahah
wahhh.. macam menarik ja.. nadh datang melawat.. nak request apa cheQ.. sila2. ;)
@nadh
bukan "macam" nadh.."memang" menarik pon hehe
nt la erin bg story yerr
Post a Comment