tetiba je terasa macam nak mencantikkan belog ni, tapi still macam tu jugak kan, tak cantik-cantik pon. still searching for a new template. al maklum la nak buat seniri terasa malas la pulak..ceh, hakikatnya dulu masa amek html punya subjek asyik dok meniru jerr last-last, final main hafal jerk coding. well aku memang agak berkebolehan dalam bab-bab menghafal ni..ye sayer memang poyo!
minggu ni temanya minggu sentap 2. sebab tu la banyak entry yang agak-agak sewel aku buat. nak lepas kat mana lagi kalau bukan kat sini. kalau dulu boleh la sikit-sikit naik status kat fb. semua orang baca, lepas tu dorang pon sewel macam aku jugak main teka teki apa sebenarnya yang aku post tu. kalau la fb tu boleh bercakap, gamaknya dia mesti da suruh aku benti dari post status yang pelik-pelik. eh suka hati aku la, fb aku kot.
sebenarnya dah janji ngan Bintang Hati tanak dah buat entry-entry puitis. tapi memang betol pon kan mana ada i buat entry puitis melainkan entry emo, maki-maki orang jerr kan..so jangan marah yerr Bintang Hati. sebenarnya i dah cuba nak jadi best balik but how eh? tak dapat serum lagi kot, ke aura you tak sampai kat i ni?
secebis pesanan kat Bintang Hati sayer, sayer sorry sangat-sangat, mood agak tunggang terbalik sekarang dan sayer sememangnya tak suka keadaan yang macam ni. sayer memang nak jadik best tapi tak buleh lagi la sekarang, if you notice, sayer dah cuba jadi best tapi diselang-selikan dengan ke-emo-an sayer. jadi best ni bukan buleh buat-buat, dia kena datang dari hati yang suci
![]() |
| caption : sebagai penyeri. lalala |
chop! pe kejadahnya yang aku dok bersayer-sayer dari tadi entah. nak kena tempeleng kot ni. baiklah sorry atas entry merapu. pasal "my dark side" tu nanti-nanti la aku pikir nak buat karangan yang macam mana. yang pasti bukan enrty pasal filem tak pecah panggung atau rambut bermotifkan corak mop di atas kepala.
okeh bai!
NotaKaki : kau rasa sweet like candyfloss tak dapat call pepagi, pastu dengar orang cakap, nanti I balik kita pegy tengok wayang...erk (?).
LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA








2 comments:
Nak tekan suke x boleh, senget x boleh..apakah?
Sweeeeeeeeet...wa mmg fhm keadaaan Erin LOL.
ni la namanya mencabar IQ..sila la pikir nak tekan yang mana satu..hak hak hak
Post a Comment